Thursday, June 07, 2007

HAMPIR RM300 JUTA AKAN LESAP UNTUK SAMBUT KEMERDEKAAN

Media internet hari ini melaporkan bahawa kerajaan Islam Hadhari akan membazirkan duit rakyat berjumlah hampir RM300 juta untuk menyambut 50 tahun kemerdekaan pada tahun ini.Jika benar dakwaan ini maka ini satu lagi episod malang buat rakyat apabila wang rakyat digunakan sewenang-wenangnya tanpa ada rasa tanggungjawab oleh pucuk pemimpin yang dipilih rakyat dengan mandat terbesar dalam sejarah Malaysia selepas merdeka.
Kegusaran dan ketidakselesaan belanja sambut merdeka tidak wajar , dikala dan tika rakyat terbeban dengan kenaikan harga barangan dan kos sara hidup yang kian meningkat, pemimpin kerajaan yang tidak berhati perut ini tetap berdegil tidak mahu berjimat cermat. Pemimpin seperti ini sewajarnya sudah lama di'terajang' dari 'singgahsana' pemerintahan.
Belanja mewah, sebegini bukanlah dapat 'mengundang' semangat patriotisme ke dalam lubuk hati dan sanubari rakyat. Tentulah ada cara lain yang dikira berpada dan wajar. Sikap hipokrit kerajaan , kita ingat nak berubah bilamana mereka mengalu-alukan majlis perkhwinan Raja Nazrin-Zara ditaja oleh wang kocek. Seruan Raja Nazrin atas tawaran MB Perak nampak ditempelek dan diperlekehkan oleh orang-orang beraja dan bernafsu memerintah negara.
Dalam masa yang sama rakyat diminta berjimat, berbelanja pada yang perlu sahaja. Bilakah sikap ketam mengajar anaknya berjalan akan dipraktikkan.

No comments: