Sunday, May 13, 2007

Cinta dan soal Cinta

Isunya, soal cinta sebenarnya menjadikan manusia gelap mata, hilang pertimbangan, lebiah jauh dalam kes Dr Jannah dengan kedua ibubapa iaitu wak Mingan di Klang Selangor.
Bagi kita, yang tidak terlibat dalam kes dan kancah cinta bersegi di atas nampak 'enteng' dan mudah jalan penyelesaian, tetapi bagi ampunya diri dan keluarga yang terlibat sukar dileraikan. Cuma kes ini, tidaklah sekronik CINTA sehingga bawa kepada MURTAD seperti kes LINA JOY atau HARTINA KAMALUDDIN sedikit masa dulu, sekadar merujuk satu dua kes.
Apa pun manusia hilang pertimbangan, jikalah CINTA dan SOAL CINTA tadi diaplikasi kepada soal-soal KETUHANAN, adalah lebih berbaloi . Cuma manusia tidak BOLEh rasai kematian dulu dan kemudian dihidupkan kembali ke dunia fana , ituPUN mungkin nak sedar atau mahu SEDAr.
Justeru kita sebagai langkah AWAl wajib mempasakkan ILMU CINTA sebenar kepada anak-anak, buatlah kelas2 tuisyen AGAMA, lebihkan pendidikan2 ISLAM dan KEISLAMAN ini,

Bapa nafi semua kandungan surat... kes di bawah


Bapa Dr Al Jannah, Mohd Mingan Tasman, 60, menafikan semua dakwaan dalam kandungan surat anaknya kepada Editor Harian Metro, malah langsung tidak mempercayai surat itu ditulis anaknya.
Saya dan isteri tidak pernah memarahi atau membuat perkara seperti didakwa dalam surat itu sepanjang dua bulan Jannah tinggal dengan kami, malah sentiasa menjaga Amar (anak Jannah) dengan baik seperti menatang minyak yang penuh.“Mana mungkin kami sanggup memaki hamun cucu sendiri yang masih kecil,” katanya sebak ketika dihubungi, semalam.Mohd Mingan berkata, anaknya sebelum ini ada menyatakan hasrat untuk memulakan hidup baru dan menyambung pelajaran.Selain itu, Mohd Mingan berkata, dia dan isteri sanggup menerima menantunya walaupun mengetahui dia bekas banduan dan penagih dadah dengan syarat sanggup berubah.“Perkara itu boleh diselesaikan dengan baik dan saya sangat berharap mereka pulang ke pangkuan keluarga,” katanya.Apabila ditanya mengenai dua air jampi mengikut dakwaan surat itu, Mohd Mingan mengakui ada menyediakannya tetapi berkata, dia dan isteri tidak pernah memaksa Al Jannah meminum air berkenaan.“Kami memang ada menyediakan air jampi itu tetapi tidak pernah walau sekali pun memaksa Jannah meminumnya. Dia meminumnya secara sukarela,” katanya.Dr Al Jannah yang dikatakan pernah menjadi pengikut Ustaz Zul, hilang dari rumah bersama bayinya, Amar Alijan, sejurus selesai solat Maghrib berjemaah dengan Mohd Mingan dan ibunya, Markamah Yusuf, 56, di ruang tamu rumah mereka.Sebelum ini, wanita itu pernah memberitahu, dia mengenali lelaki dikenali sebagai Ustaz Zul pada 2003 sebelum mengikuti lelaki itu ke Terengganu dan berkenalan dengan pengikutnya bernama Fauzi, dan mereka kemudian bernikah pada Ogos 2004.Selepas bernikah dengan Fauzi, Dr Jannah mendakwa jarang berhubung dengan Ustaz Zul sebaliknya lebih menumpukan perhatian kepada suami.

Kisah Secebis Hidupan Melayu .... Tolak ibu ayah kerana CINTA

Kisah yang dipaparkan dalam HM negara beberapa hari lalu, antara lain kaitanakn kes ..Lari kerana ada kaitan sihir...
Berikuta ini kata laporan pertama ...
“Saya keluar rumah atas kerelaan sendiri dan tiada kaitan dengan unsur sihir atau sebarang ajaran sesat,” kata Dr Al Jannah Mohd Mingan, 32, bekas doktor yang ‘ghaib’ bersama bayinya berusia lapan bulan dari rumah ibu bapanya di Kampung Pinang, Klang, 2 Mei lalu.
Wanita yang dikaitkan dengan Ustaz Zul dan pernah menghilangkan lebih dua tahun sebelum ditemui semula di Kuala Terengganu, kira-kira dua bulan lalu, menyatakan demikian menerusi sepucuk surat yang dialamatkan kepada Editor Harian Metro, semalam.Surat bertulisan tangan bertarikh 7 Mei diterima Harian Metro semalam, didakwa ditulis oleh Al Jannah.Ia turut melampirkan salinan fotostat MyKad wanita itu, tetapi tidak mempunyai alamat atau nombor telefon untuk dihubungi.Surat itu mempunyai cop Pejabat Pos Bukit Raja, Klang, bertarikh 9 Mei lalu.Menerusi surat itu, Al Jannah menerangkan sebab sebenar dia lari dari pangkuan keluarganya.Berikut adalah kandungan surat berkenaan:Assalamualaikum w.b.t.Tuan/Puan Editor“Tujuan saya menulis surat ini secara peribadi kepada pihak tuan adalah untuk menjelaskan perkara sebenar berkenaan kenyataan yang diberikan keluarga saya mengenai kehilangan saya yang beberapa kali tersiar di akhbar tuan.Untuk pengetahuan pihak tuan, saya keluar dari rumah atas kerelaan saya sendiri dan tiada kaitan dengan sebarang unsur-unsur sihir seperti pukau atau mana-mana ajaran yang kononnya sesat. Saya keluar dari rumah ibu bapa saya kira-kira jam 8 malam melalui pintu dapur bersama anak saya kerana tidak tahan ‘deraan emosi’ yang terpaksa saya hadapi di rumah ibu bapa saya.Tuan editor, semasa menjemput saya pulang dari Kuala Terengganu dua bulan lalu, ayah saya berjanji untuk menyelesaikan masalah keluarga secara baik. Beliau berjanji bahawa saya boleh balik kepada suami saya selepas tiga hari.Tetapi, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Apabila suami saya datang ke rumah ibu bapa saya, suami saya dihina dan dimaki hamun oleh mak saya.Bermacam-macam cara ibu bapa usahakan supaya saya dan anak berpisah dengan suami. Saya dilarang menghubungi suami. Telefon bimbit saya mereka rampas. Saya tidak diizinkan keluar rumah kecuali berteman dan ‘selamat’ pada pandangan mereka.Setiap hari saya dipaksa minum dua jenis air. Satu air penenang hati yang dibekalkan pak cik saya dan satu lagi air jampi bomoh di Tanjung Karang supaya saya dapat melupakan suami saya.Tuan editor, saban hari, saya dimarahi dengan kata-kata menyakitkan hati. Tidak cukup dengan itu, anak saya yang masih kecil pun mereka hina dan maki hamun.Tuan editor, ayah saya pernah memaksa dan beberapa kali mengugut saya supaya membuat pengakuan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bahawa saya dalam keadaan ‘tidak sedar’ seperti disihir oleh suami semasa majlis pernikahan kami... Saya terpaksa membuat pengakuan itu kepada seorang ustaz di pejabat Jais Klang kerana ketika itu ayah dan pak cik saya juga ada bersama-sama saya.Tuan editor, saya berhenti kerja bukan kerana saya bernikah dengan suami tetapi kerana tidak mahu ibu bapa menemui saya. Mereka pasti akan mengganggu saya sekiranya mereka tahu di mana saya bekerja.Tuan editor, saya amat berharap sekiranya pihak tuan sudi memperbetulkan salah faham yang berlaku. Semuanya adalah berpunca daripada masalah keluarga. Tiada kaitan dengan unsur-unsur luar. Segala jasa baik pihak tuan amat saya hargai. Saya dahulukan dengan jutaan terima kasih.Sekian, wassalam.Yang benar,(Al-Jannah Bt Mohd Mingan)750830-10-5884

Friday, May 11, 2007

Kisah cebisan hidup Melayu...Penggiat seni tolak agama


Segelintir penggiat seni visual, teater dan pemuisi bangsa Melayu sanggup menjual maruah agama dan diri apabila secara terang-terangan mengaku tidak percayakan kewujudan Tuhan dan tidak menganut sebarang agama atau berfahaman ‘freethinker’ dengan pelbagai aliran seperti atheis, agnostik dan rasionalis.
Golongan itu yang menggelarkan diri sebagai Melayu aliran baru mendakwa bebas menentukan jalan hidup masing-masing dan menjadikan fahaman berkenaan seperti satu ‘trend’ hebat di mata kelompok mereka. Kebanyakan mereka berlagak seperti golongan intelek dengan mengusung buku tulisan beberapa tokoh falsafah barat seperti Friedrich Nietzsche, Søren Kierkegaard, Lord Byron dan Karl Marx yang terkenal dengan ideologi antiketuhanan dan komunisme sebagai ‘kitab’ ajaran mereka selain buku penulis berhaluan kiri dari Indonesia.Dipercayai, golongan terbabit mendapat bantuan kewangan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) luar negara yang sentiasa memberi galakan terutama untuk menghasilkan karya bertentangan dengan Islam dan budaya timur yang disalurkan melalui segelintir aktivis sosial negara ini.
Malah, mereka juga berani mengambil tindakan yang boleh menimbulkan kemarahan dan bersifat provokatif di kalangan masyarakat Islam negara ini. Ini termasuk menghasilkan karya seni dan penulisan artikel serta puisi di laman blog yang bertentangan dengan adat ketimuran, kononnya bagi memperjuangkan hak individu. Selain itu, golongan freethinker terbabit sanggup melukis tatu pada anggota badan, minum arak dan mengamalkan seks bebas serta perkara lain yang bertentangan dengan Islam.
Perkara berkenaan diakui seorang pereka grafik hanya mahu dikenali Azfar, yang pernah menjadi pereka set untuk satu pementasan teater di utara Semenanjung, membabitkan beberapa penganut freethinker pada tahun lalu. Menurutnya, dua daripada tenaga kerja produksi itu termasuk pengarahnya mengaku berfahaman atheis dan sudah murtad.“Kami (tenaga kerja teater berkenaan) cuma menyedari perkara ini apabila mereka berdua tidak turut serta ketika sesi bacaan doa sebelum persembahan dimulakan. Malah, seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Taji dengan bangga mengaku bukan Islam dan tidak mahu berdoa.“Pengarah teater terbabit pula sering mempersendakan tenaga kerja lain yang menunaikan solat dan selepas diselidiki, dia pernah bersekedudukan dengan seorang lelaki ‘Mat Saleh’ dari Amerika Syarikat ketika menuntut di sebuah universiti.
Saya dengar cerita, mereka sudah berkahwin tetapi masih berfahaman freethinker,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.Wartawan Harian Metro yang menyamar penulis bebas, berjaya menjejaki dan menemubual Taji yang menjadi pemuzik jalanan di kawasan Bukit Bintang di sini.Taji berkata, dia mula dipengaruhi fahaman freethinker selepas berkenalan dengan seorang aktivis sosial ketika masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di ibu kota.“Kerana tertarik dengan hujah serta idea yang diperkenalkan aktivis berkenaan mengenai fahaman ini, saya mula mengkaji sendiri dengan membaca beberapa buku karangan ahli falsafah dan saintis terkenal.“Akhirnya, saya terpengaruh serta yakin tuhan tidak wujud dan manusia berkuasa penuh untuk menentukan sendiri nasib masing-masing,” katanya.
Menurut Taji, dia banyak menulis naskhah teater dan cuba menyelitkan mesej tersirat dalam penceritaannya.“Selain mengarang, saya aktif berlakon, mengarah atau membuat kerja belakang tabir pementasan teater terutama membabitkan karya radikal yang melawan arus,” katanya. Sementara itu, seorang lagi penganut freethinker dikesan menulis artikel dan puisi yang mengenengahkan pendapatnya di laman blog kononnya untuk memperjuangkan hak kebebasan beragama. Menurutnya, orang Melayu sepatutnya diberikan hak memilih menjadi atheis, agnostik atau menganut agama lain dengan mudah tanpa campur tangan mana-mana pihak.Selain itu, dia berpendapat masyarakat Melayu diskriminasikan kerana tidak bebas memakan daging babi, minum arak dan membeli nombor ekor. Difahamkan, dia juga aktif menyertai pameran seni visual dan mempunyai lukisan tatu pada lengan.

Realistikkah kita .. ke apa ni !!!!

Gaji baru perlu realistik... itulah bunyi berita dalam akhbar perdana berbahasa Melayu pada hari ini. DAN diperkuatkan dengan ayat berikut...Kerajaan kena ambil kira kemampuan kewangan, prestasi kakitangan.
Mengulas perkara di atas, sesiapapun tidak berhak untuk menyangkal dan menolak apa yang pihak kerajaan mahu kepada kakitangan kerajaan. Berbalik dalam konteks kita sebagai hamba dengan Khaliq. Tidak boleh menolak dan membantah ....
Sikap berhati-hati, kerajaan dan berhemah berbelanja dengan menggunakan duit rakyat adalah sikap terpuji yang patut dipuji oleh semua orang. Sikap kerajaan kita harap konsisten , berhemah dan berhati-2 terhadap apa yang mahu dibelanja oleh duit rakyat dengan sikap diatas. Kita berbangga dengan kepimpinan negara sebegini. Inilah yang dikatakan realistik.
Namun, adakah kita nak bangkitkan realisitik bila harga minyak naik melonjak sebanyak 30 sen . Adakah realistik jika kapal terbang jutaan ringgit di beli untuk kegunaan 16 orang ternama. Realistikkah harga rumah RM60 juta. Dan banyak lagi benda2 realistik.. yang perlu diperbanding dan dipaparkan.

Ikutilah ulasan penuh akhbar tentang isu ini.....

Kerajaan perlu realistik dalam memberi kenaikan gaji kepada 1.2 juta kakitangan awam dengan mengambil kira prestasi dan produktiviti mereka serta kemampuan kewangan kerajaan, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Perdana Menteri berkata, mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Pekerja Sektor Awam, semalam membincangkan beberapa perkara berkaitan terma dan syarat dalam sektor itu.Bagaimanapun, katanya, tiada sebarang keputusan dibuat kerana masih banyak perkara yang perlu dibincang dan diperhalusi sebelum perincian kenaikan gaji kakitangan awam diumumkan.“Apa sekalipun, faktor paling penting ialah kita perlu realistik,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu, di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di sini.Hadir sama ialah Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan; Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah dan Ketua Pengarah JPA, Tan Sri Ismail Adam. . Isnin lalu, Abdullah yang juga Menteri Kewangan mengesahkan gaji kira-kira 1.2 juta kakitangan awam akan dinaikkan, tetapi peratusannya berbeza antara pegawai kanan dengan kakitangan rendah bagi memastikan jurang perbezaannya tidak begitu ketara.Cuepacs pada 11 Januari lalu mengemukakan memorandum kepada kerajaan memohon tuntutan kenaikan gaji secara menyeluruh untuk kakitangan awam dengan alasan ia perlu disesuaikan dengan kos sara hidup semasa.Dalam memorandum itu, Cuepacs memohon kenaikan gaji 30 peratus bagi kakitangan awam Gred 17 hingga 40, 20 peratus (Gred 41 hingga 54) serta lima hingga 10 peratus (Jawatan Utama Sektor Awam). Kali terakhir semakan gaji kakitangan awam ialah pada 1992.Ditanya sama ada wujud faktor sampingan lain yang akan dipertimbangkan sebelum penyelarasan gaji kakitangan awam diputuskan, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan mengeluarkan pekeliling mengenainya."Saya bukan hanya bercakap mengenai perkara ini. Saya juga mempunyai perkara kecil lain (yang dibincangkan) dan akan diketahui selepas pekeliling itu dikeluarkan," katanya.Menjawab soalan sama ada mesyuarat berhubung perkara itu sudah sampai ke peringkat akhir, Abdullah berkata: "Ada lagi, ada lagi, ada lagi... tak habis lagi."Ditanya sama ada keputusan kenaikan gaji itu akan diumumkan pada majlis perhimpunan kakitangan awam bersama Perdana Menteri 21 Mei ini, seperti yang diharapkan Cuepacs, Abdullah berkata: “Tengoklah.”Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas) 2007 di Kuala Lumpur pula, Abdullah berkata, soal kenaikan gaji Perdana Menteri, timbalannya serta menteri Kabinet setakat ini tidak dibincangkan langsung.Ketika itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz yang turut hadir pada sidang akhbar itu, menyampuk: “Kami tak ada niat pun,” dan sambil ketawa berkata: “Walaupun kami berharap.”

Thursday, May 10, 2007

Guru dipukul pelajar

Terbaru dan semasa seorang pelajar sekolah menengah bertindak biadap memukul seorang guru. Kejadian ini berlaku di daerah Bera, guru yang terlibat dipukul semasa proses P&P berjalan. Guru berkenaan bertindak membuat laporan polis, pelajar berkenaan dah ditangkap oleh pihak polis dan pihak sekolah bertindak dengan membuang terus pelajar berkenaan. Pengetua dan bapa pelajar berkenaan dikatankan cuba berhubung untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan guru berkenaan. kes ini tidak dilaporkan oleh akhbar.
Senario, kes ini adalah bukan kes terpencil. ramai guru-guru kalau ditanya mengalami stress berhadapa dengan karenah dan masalah pelajar pada hari ini. Inilah hasil binaan dan pembentukan selepas kita merdeka, pelajar nya ramai yang merdeka, mereka belakangi rasa hormat dan tiada sifat sabar. Bagi pihak guru tentulah dia rasa dirinya teruja dan tercabar.

Wednesday, May 09, 2007

Isu patung Kudat

Perbincangan jalan terbaik selesai isu patung di Kudat
Keharmonian dan jalan pemaufakatan adalah pilihan terbaik, dikira tidak ada pihak yang merasa dia menang. Begitu juga dengan kedudukan isu patung Budhha di Kudat. Pihak mainoriti perlulah akur dengan kehendak majoriti. Langakh awal ini dikira paling bijak dan wajar sebelum ia berakhir menjadi nasi kepada bubur. Pihak yang mohon membina perlulah pertimbang dan ambil kira sama hak dan perasaan orang lain.

benarlah bagaia apa yang dikatakan oleh Bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Salleh Tun Said berkata adalah wajar bagi kerajaan untuk respon terhadap bantahan dan reaksi umum berhubung cadangan pembinaan patung Buddha di Kudat yang mencetuskan kontroversi sekarang.

Katanya, kerajaan sewajarnya perlu berbuat demikian dengan mengambil kira sensitiviti semua pihak walaupun sudah ada kelulusan terdahulu diperolehi berhubung pelaksanaan projek itu.
“Kerajaan perlu meneliti sama ada bantahan itu (yang disuarakan pelbagai pihak) berasas atau mempunyai motif lain. Semua pihak tidak harus mensensasikan (sensationalize) isu ini.
“Pada saya, isu agama tidak timbul tetapi sensitiviti semua pihak hendaklah diambil kira. Ini sebenarnya isu di Kudat saja dan kita kena melihatnya dalam konteks itu, bukan melarang kebebasan beragama,” katanya Isnin sebagai mengulas mengenai isu pembinaan pantung di Kudat yang menimbulkan kontroversi.

Beliau yakin Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dapat menangani perkara ini dengan baik menerusi perbincangan dan saluran yang ada secara tertutup. Lagipun, katanya, Ketua Menteri sendiri sudah menyatakan sebelum ini bahawa beliau tidak membantah pelaksanaan projek itu dan mengemukakan cadangan pilihan, selain hanya mengetahui mengenainya kemudian. “Saya percaya kerajaan bersikap proaktif dan memahami kemahuan rakyat yang mahu supaya isu ini jangan berpanjangan sehingga di luar kawalan,” katanya.

Salleh berkata pendirian bekas Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Chong Kah Kiat, berhubung projek pembinaan patung berkenaan boleh difahami, tetapi keputusan kerajaan juga adalah selari dengan konsep kepimpinan bertanggungjawab.
Sehubungan itu, beliau berpendapat adalah wajar dihentikan perdebatan terbuka berhubung perkara itu, sebaliknya semua pihak terbabit perlu menggunakan saluran rasmi kerajaan bagi mencari jalan penyelesaian terbaik yang dapat diterima oleh semua pihak.
Salleh yang juga Ahli Parlimen Kota Belud berkata perdebatan yang berpanjangan tidak akan menyelesaikan itu itu, sebaliknya memberi ruang kepada pembangkang memanipulasinya bagi meracuni pemikiran rakyat.
Beliau berkata kerajaan negeri yang diterajui Musa sentiasa bersikap terbuka dan prihatin, dengan mengambil kira pandangan semua pihak sebelum membuat sesuatu keputusan.
Cadangan pembinaan patung Ma Tzu atau ‘Goddees of The Sea’ di pekan Kudat mencetuskan kontroversi berikutan lokasinya yang berhampiran dengan sebuah masjid.
Patung Buddha yang dicadangkan itu dikatakan setinggi 10 tingkat bangunan dan menjadikannya sebagai patung Buddha tertinggi di dunia.
Sebelum ini, Chong Kah Kiat menyatakan bahawa salah satu sebab beliau meletak jawatan adalah kerana keputusan kerajaan enggan membenarkan pembinaan patung berkenaan.
Dalam pada itu, Salleh berkata kerajaan menghormati kebebasan beragama bagi semua kaum di negara ini dan pada masa sama juga menghormati sensitiviti setiap kaum dan agama.
“Pertimbangan inilah yang sentiasa diambil kira oleh kerajaan dalam membuat sesuatu keputusan terhadap hal-hal yang menyentuh soal agama, selain pandangan pelbagai pihak.
“Isu pembinaan patung ini sebenarnya boleh diselesaikan dalam semangat kekeluargaan Barisan Nasional (BN) kerana pihak-pihak yang terbabit dalam perdebatan ini adalah rakan dalam komponen BN,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap apa juga masalah yang timbul diselesaikan secara muafakat atas semangat BN demi menjamin kekuatan menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa.
Salleh berkata semua pihak perlu mengetepikan soal perjuangan bersifat individualistik, sebaliknya mengutamakan soal perpaduan dan keharmonian yang merupakan prasyarat membawa kemakmuran kepada negara.

Beliau merujuk kepada peribahasa Melayu berbunyi `Menang sorak, kampung tergadai’ bagi memberi gambaran kerugian jika perdebatan dibiar berpanjangan tetapi akhirnya rakyat sendiri yang rugi.

Sementara itu Bernama melaporkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman Isnini menafikan beliau cuba meghalang kebebasan beragama di negeri berkenaan. Musa berkata beliau tidak pernah membantah cadangan untuk membina patung Ma Tzu (Dewi Laut) di Kudat, tetapi menawarkan tapak alternatif untuk membina patung itu.

"Saya tak pernah membantah pembinaan patung itu. Isu sebenar di sini ialah kesesuaian tapak yang dicadangkan dan saya tidak pernah dimaklumkan, atau diajak berunding, tentang cadangan bagi membina patung berkenaan sebelum pembinaannya dimulakan," kata beliau kepada pemberita di Kota Kinabalu.

Musa berkata beliau membuat tawaran berkenaan selepas mendapatkan nasihat daripada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara itu kerana pada waktu berkenaan, perdana menteri berada di luar negara. "Beliau (Najib) menasihati saya supaya berjumpa dengan Tan Sri Chong (Kah Kiat) dan menawarkan kepadanya tapak alternatif secara percuma dan membayar pampasan bagi kos yang telah dibelanjakan bagi membina patung berkenaan pada waktu itu," katanya.

Musa berkata apabila beliau mengemukakan tawaran berkenaan, selain tidak menerimanya, Chong juga menuduh beliau menghasut Umno dan masyarakat Islam di Kudat supaya menentang projek itu.
Ketua Menteri juga berkata dalam perbincangannya dengan beberapa pemimpin Cina dan pemimpin agama tentang pembinaan patung itu di tapak alternatif yang dicadangkan, golongan itu menyatakan mereka bersetuju mengenainya demi memelihara perpaduan dan keharmonian antara kaum.
Musa berkata beliau memberitahu mereka bahawa beliau tidak pernah membantah cadangan pembinaan patung itu dan menawarkan tapak alternatif kepada Chong setelah menerima tentangan daripada pelbagai pertubuhan, termasuk Persatuan Islam Bersatu Sabah (Usia) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Katanya kerajaan akan sentiasa mengambil kira sensitiviti agama dan budaya masyarakat pelbagai kaum di negara ini "kerana kita hidup dalam masyarakat pelbagai kaum dan agama."
"Tan Sri Chong berkata beliau meletak jawatan kerana ingin menegakkan kebebasan beragama. Dengan berkata demikian, beliau secara tidak langsung menuduh saya menekan kebebasan beragama.

"Saya bercakap hari ini kerana ingin menghentikan perbuatan memburuk-burukan peribadi. Saya juga ada prinsip," katanya. Musa berkata kenyataan yang tersiar di dalam akhbar bahawa pembinaan patung itu sudah siap sepenuhnya adalah sesuatu yang mengelirukan. Chong berkata beliau meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri kerana ingin mempertahankan kebebasan dan hak beragama di Sabah dan di negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

Beliau juga berkata patung Ma Tzu boleh dianggap sudah siap dibina dan hanya menunggu masa untuk memasang bahagian tubuhnya sahaja ketika perintah agar projek itu dihentikan pelaksanaannya dikeluarkan pada Jun tahun lepas

Miskin bukan punca utama pelajar tercicir09


Sepatutnya topik ini yang wajar diperdebatkan kenapa dan mengapa para pelajar kita kini dalam pasca modenisasi dalam dunia tanpa sempadan ini, semakin tiris minat mahu mengejar kemajuan diri melalui usaha melalui bidang akademik. Bukannya perbahasan kenapa dan mengapa Fasha Sandha sanggup terima watak kecil berlakon adengan ranjang dalam sebuah filem Indonesia ,.... yang judul nya tah apa-apa itu. Berbalik kita kepada isu serius ini.
Menurut laporan ini faktor kemiskinan bukanlah faktor utama pelajar tidak meneruskan persekolahan, sebaliknya faktor pencapaian akademik yang rendah dan serta sikap pelajar yang tidak berminat untuk belajar lebih mempengaruhi keadaan itu, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Hon Choon Kim.

Beliau berkata kajian Kementerian Pelajaran menunjukkan 67.5 peratus pelajar yang tercicir disebabkan faktor pencapaian akademik yang rendah atau tidak dapat mengikuti pelajaran, manakala 31.3 peratus berpunca daripada sikap pelajar yang tidak minat untuk mengikuti pelajaran.

"Faktor lain termasuklah kemiskinan, ketiadaan sokongan keluarga dan masalah kesihatan," katanya ketika menjawab soalan Datuk Musa Sheikh Fadzir pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Musa bertanya mengenai langkah-langkah yang diambil kerajaan untuk mengatasi masalah keciciran pelajar ketika negara sedang mengorak langkah ke arah mencapai Wawasan 2020.Hon tidak menolak bahawa faktor kemiskinan turut menyumbang ke arah itu, malah kajian Kementerian Pelajaran dan Unesco pada 2003 mendapati 84.6 peratus pelajar yang tercicir daripada sekolah rendah daripada keluarga golongan sosioekonomi rendah.

"Secara keseluruhannya, keciciran di sekolah rendah dan menengah menunjukkan trend penurunan yang ketara dalam tempoh 10-15 tahun kebelakangan ini," katanya.Bagaimanapun berdasarkan perbandingan antara sekolah bandar dan luar bandar menunjukkan peratusan keciciran di peringkat sekolah rendah adalah tinggi sedikit di bandar berbanding di luar bandar.

"Tetapi tidak semua pelajar yang tercicir daripada sekolah benar-benar tercicir daripada sistem pendidikan. Sebahagian pelajar ini sebenarnya meneruskan pelajaran di sekolah seperti Sekolah Menengah Agama Negeri, Sekolah Menengah Agama Rakyat, Sekolah Menengah Persendirian Cina dan sekolah menengah swasta," katanya.

Antara langkah yang dilakukan untuk membendung masalah itu ialah menambah baik kemudahan asas, meningkatkan kesedaran ibu bapa, mewujudkan dan memperluaskan program bantuan seperti Rancangan Makanan Tambahan, Skim Pinjaman Buku Teks, Skim Baucar Tuisyen, Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin serta memperkenalkan Dasar Pendidikan Wajib, katanya.

Mengenai masalah keciciran pelajar dalam kalangan Orang Asli, Hon berkata, bagi menanganinya, Kementerian Pelajaran telah mewujudkan sekolah khas untuk Orang Asli di kawasan-kawasan tertentu selain menyediakan kelas pemulihan untuk mengenal pasti murid-murid yang lemah dan Kelas Intervensi Awal membaca dan menulis untuk membantu mereka meneruskan persekolahan.
Justeru itu, kita mahu akhbar-akbar kita berperanan dan ambillah sedikit tanggungjawab sosial, memberatkan sedikit atas apa2 yang sudah berat. Janganlah rakyat kita terbuai dan dibuai dengan perkara2 khayol dan asyik kepada mahshuk sahaja. Janganlah kita ulangi sejarah, para wartawan peganglah dengan etika kewartawanan. jangan lah dihiburkan rakyat dengan hiburan2, cerita2 klasik artis2 Melayu. Benda2 ini dah cukup banyak dah dalam internet, janganlah kerana keuntungan dan demi perniagaan semua dibelakangkan.

Tuesday, May 08, 2007

Wakil rakyat keliru dan bertelagah



Dilaporkan di Dewan Rakyat pada hari ini, dalam sesi perbahasaan berkenaan ddengan ...Rang Undang-undang Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2006 yang dibentang di Dewan Rakyat di sini hari ini mencetuskan kekeliruan di kalangan anggota Parlimen khususnya berkaitan definisi golongan belia.

Rang undang-undang itu yang antara lain memperuntukkan hanya pertubuhan belia yang mempunyai pemimpin berusia di bawah 40 tahun dan berdaftar dengan Kementerian Belia dan Sukan yang layak menerima geran, menyebabkan beberapa anggota Parlimen berpandangan ia mewujudkan dua kategori pertubuhan belia iaitu yang berusia bawah 40 tahun dan satu lagi untuk yang melebihi 40 tahun.

"Mengapa harus ada opsyen iaitu bagi pertubuhan belia yang pemimpinnya berusia melebihi 40 tahun mereka tidak payah mendaftar dengan Kementerian Belia dan Sukan dan tidak layak menerima geran serta bebas membuat aktiviti mereka.

"Apakah pertubuhan yang mempunyai pemimpin berusia lebih 40 tahun ini juga boleh dianggap sebagai pertubuhan belia? Tetapi kenapa mereka tidak tertakluk di bawah Kementerian Belia dan Sukan dan hanya perlu berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan?" kata Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) ketika membahaskan rang undang-undang itu.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Liow Tiong Lai ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata peruntukan yang mensyaratkan hanya pertubuhan belia mempunyai pemimpin berusia di bawah 40 tahun yang mesti berdaftar dengan kementerian itu dan layak menerima geran adalah selaras dengan definisi belia menurut Dasar Pembangunan Belia Negara iaitu golongan yang berusia antara 15 dan 40 tahun.
Bung Moktar berkata tidak sepatutnya wujud peruntukan sedemikian memandangkan ia boleh menjejaskan matlamat rang undang-undang itu yang mahu membangun dan menentukan hala tuju belia di negara ini.
Datuk Mohd Alwi Che Ahmad (BN-Ketereh) pula mempunyai pemahaman berbeza berkenaan peruntukan itu dan berpandangan bahawa persatuan belia hanyalah untuk mereka yang berusia 40 tahun ke bawah, manakala persatuan yang mempunyai pemimpin berusia lebih 40 tahun dianggap sebagai pertubuhan bukan kerajaan.

Oleh itu tidak timbul isu dua kategori pertubuhan belia memandangkan definisi belia telah ditetapkan sebagai mereka yang berusia antara 15 dan 40 tahun, katanya semasa meminta laluan daripada Bung Moktar.

Mendengar pendapat Mohd Alwi, Bung Moktar berkata faktor umur pemimpin belia tidak sepatutnya menjadi isu kerana yang penting adalah komitmen mereka dalam menggerakkan belia negara.

Kenyataan beliau disokong Datuk Raja Ahmad Zainudin Raja Omar (BN-Larut) yang berkata pemimpin yang berpengaruh memudahkan usaha mengutip dana bagi menjalankan aktiviti mereka.

"Mereka perlu kutip dana kerana peruntukan yang diberi kementerian tak cukup. Sekadar untuk buat AGM (mesyuarat agung tahunan) saja," kata Raja Ahmad yang meminta laluan daripada Bung Moktar.

Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) juga mempunyai pandangan serupa iaitu usia pemimpin belia tidak penting asalkan mereka mempunyai fikiran seperti orang muda dan mampu mempengaruhi golongan muda.

"Pemimpin belia yang ada sekarang walaupun telah melebihi usia 40 tahun adalah berpengaruh seperti Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohamed Ali Rustam (Ketua Pergerakan Belia 4B) dan Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar (presiden Persatuan Kelab Belia Malaysia atau MAYC)," katanya.

Bagaimanapun, Datuk Badruddin Amiruldin (BN-Jerai) yang turut membahaskan rang undang-undang itu pula mempunyai pandangan berbeza."Pada saya, memang eloklah belia ini didefinisikan sebagai mereka yang berusia antara 15 dan 40 tahun kerana mereka ini mempunyai pemikiran yang berlainan. Pada usia mereka pukul 10 malam masih lagi 'happenings'. Pada orang yang usia macam kita ini 10 malam tu dah tak boleh dah.

"Tapi kita ini orang politik, lainlah. Saya bercakap mengenai mereka yang seusia kita tapi tak terlibat dengan politik," katanya.
Apa yang penting dalam kepala wakil2 rakyat macam mana nak konkong dan sekat dan kedua nak bagi 'geran' ke tidak. Inilah minda kelas-kelas dan golongan wakil rakyat kluster yang berjaya dijinakan bawah PPIP bawah Kementerian pelajaran.
Renung-renungkanlah .. apa yang tersirat daripada berita di atas.

Rakyat berjalan tempang....

Berita gempar dan terkini adalah 'kesanggupan' kerajaan pimpinan Pak Lah menerima tuntutan Cuepas agar menerima formulanya agar kakitangan kerajaan dinaikkan , ini kerana sejak 1992 masih dibuat pelarasan sahaja.
Setidak2 dengan kenaikan melegakan kakitangan bawahan terutama dibandar2 besar. Kelazimannya dia orang ini membuat dua atau tiga kerja sehari disamping dibantu oleh anak2 dan isteri masing2. Jikalah pak2 menteri tak percaya turunlah gelanggang dan lihatlah keperitan hidup dan kejerihan hidupan seharian mereka.
Bagi kakitangan swasta pula, kebanyakan mereka hanya dapat melihat dan tumpang gembira sikit, itupun jika ada adik beradik atau saudara mara yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Penulis sendiri berpengalaman sangat dan tahu sangat tentang hidupan dan jerih payah kakitangan swasta yang terpaksa bekerja 2 dan 3 kerja dalam sehari dan tinggal pula di rumah2 flat di KL atau bandar2 besar di Malaysia. Hidupan mereka ini 3 kali sengsara dan payah berbanding dengan rakan-rakan di kalangan sektor swasta. Desakan supaya kerajaan 'mendesak' majikan swasta memberi minima gaji RM1000, ibarat menyalak anjing ke gunung.
Kalau kerajaan ada kekuatan minta dijayakan gaji minima RM1000 kepada sektor swasta, adalah besar rahmat. Penulis rasa zaman penulis bkerja di sektor swasta maksima gaji adalah RM350 sekitar tahun 1980an. Bila penulis bertanya kembali kata mereka di sektor swasta cuma RM400 sebulan. Tuan-tuan bayangkan dengan kos sara hidup kini , itu sebabnya kita minta kerajaan sifarkan kemiskinan atau minimakan gaji sektor swasta RM1000 sebulan. Amacam boleh ....

.2 juta naik gaji -- PM setuju formula kenaikan ambil kira jurang pendapatan kakitangan awam


Kira-kira 1.2 juta kakitangan awam akan menerima kenaikan gaji baru tidak lama lagi menggunakan formula yang mengambil kira jurang pendapatan antara kakitangan kumpulan rendah dan pegawai tinggi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mengesahkan kesediaan kerajaan untuk menimbangkan kenaikan gaji sektor awam berkata, formula gaji baru tersebut sedang diperhalusi oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Beliau berkata, semua kakitangan awam bakal menerima kenaikan gaji, tetapi kerajaan perlu memberi perhatian kepada golongan berpendapatan rendah kerana kos sara hidup yang meningkat membebankan mereka.
‘‘Semua (kakitangan) akan menerima kenaikan, cuma yang berbeza nanti adalah jumlahnya,” kata Perdana Menteri kepada pemberita selepas merasmikan Forum Halal Sedunia 2007 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Menurut beliau, jurang pendapatan sedia ada yang terlalu lebar tidak baik kerana ia akan menjadikan mereka yang berpendapatan tinggi terus mempunyai lebih kemampuan, manakala kakitangan kumpulan rendah berhadapan dengan masalah kewangan.
Khabar gembira kenaikan gaji kakitangan awam itu diumumkan oleh Abdullah semasa beliau berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya pagi ini.
“Kakitangan awam akan menikmati kenaikan gaji kerana mereka ‘berhak’ mendapatkannya.
‘‘Usul ini sedang dipertimbangkan dan saya rasa anda semua wajar mendapat kenaikan gaji. Sudah sewajarnya difikirkan tentang banyak mana, tetapi soal banyak mana, hanya Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam seorang yang tahu. Saya tak tahu,” katanya.
Sementara itu, Ismail ketika ditemui pada majlis yang sama memberitahu, kajian mengenai kenaikan gaji kakitangan awam kini berada di peringkat akhir penelitian JPA.
Ditanya sama ada kumpulan berpendapatan rendah akan menikmati peratusan kenaikan yang lebih tinggi daripada kumpulan pegawai tinggi, Ismail menegaskan bahawa pendekatan yang digunakan adalah serupa seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri.
Katanya, ia juga sama seperti yang diminta oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).
Ketika ditanya bilakah kajian mengenai kenaikan gaji tersebut akan diserahkan kepada kerajaan, Ketua Pengarah JPA itu berkata: ‘‘Tunggulah... Perdana Menteri akan umumkan.”
CUEPACS dalam satu memorandum kepada Perdana Menteri baru-baru ini menuntut kerajaan membuat semakan gaji dengan kenaikan antara 20 dan 40 peratus, selain mahukan persaraan kakitangan awam dilanjutkan sehingga 60 tahun dan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dihapuskan.
Kongres itu mencadangkan kenaikan gaji 40 peratus untuk kumpulan sokongan II (Gred 1-16) yang merupakan jawatan terendah dalam sektor awam, manakala kumpulan sokongan I (Gred 17 hingga 26 dan Gred 27 hingga 40) pula menikmati kenaikan gaji sebanyak 30 peratus.
Bagi kumpulan pengurusan dan profesional (Gred 41 hingga 54) CUEPACS mencadangkan mereka diberi kenaikan gaji sebanyak 20 peratus manakala para penjawat Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) diberi kenaikan gaji sebanyak 10 peratus.
Ketika merasmikan Perhimpunan Hari Pekerja 2007 di Stadium Bukit Jalil dekat Kuala Lumpur kelmarin, Abdullah memberitahu, cadangan semakan gaji itu kini dalam ‘pertimbangan aktif’ JPA.
Kali terakhir kerajaan membuat semakan gaji kakitangan awam ialah pada 1992.
Perdana Menteri menjelaskan, pengumuman mengenai kenaikan gaji berkenaan akan dibuat apabila kajian mengenainya selesai.
Beliau berkata, kedudukan kewangan negara serta beberapa faktor lain perlu diambil kira dalam menentukan kadar kenaikan gaji yang dicadangkan itu.
Abdullah secara berseloroh berkata, beliau memilih untuk bercakap mengenai isu kenaikan gaji pada perhimpunan bulanan kakitangan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini “kerana kakitangan awam sudah tidak berminat untuk mendengar perkara lain lagi.”
‘‘Ada orang kata dah lama dah tak dapat kenaikan gaji. Ada pula yang cakap sistem penyampaian perkhidmatan awam tak elok lagi, macam mana mereka nak naik gaji.
“Ada yang cakap gaji perlu dinaikkan kerana kos hidup makin tinggi. Macam-macam saya dengar dan saya tahu bahawa sudah lama kita tak pertimbangkan untuk kenaikan gaji,” katanya.
Bagaimanapun, menurut Perdana Menteri, walaupun kenaikan gaji sudah lama tidak dibuat, kerajaan tetap memberikan beberapa elaun lain seperti Elaun Kos Sara Hidup (COLA) kepada kakitangan kerajaan.
Pada majlis yang sama, Abdullah meminta kakitangan awam memberi perhatian kepada usaha-usaha meningkatkan mutu perkhidmatan awam dengan memberi tumpuan kepada aspek kecekapan, kepantasan serta keadilan dalam bekerja.
‘‘Kita mesti bekerja dengan cekap, cepat dan adil, barulah orang puas hati. Memang kerja kita banyak tetapi apa boleh buat, kita kena buat sebab itu merupakan kerja kita.
‘‘Kita tak boleh hadkan perhatian kita pada 10 fail kalau fail di depan kita bertimbun-timbun. Kita tak boleh kata kita nak terima surat rayuan sekian banyak sahaja sedangkan yang sampai ke meja kita berpuluh-puluh, beratus-ratus,” tegasnya.
Menurut Abdullah, semua itu memerlukan perhatian kakitangan awam yang bertanggungjawab menguruskannya secara efisien.

Monday, May 07, 2007

Belasah bapa saudara

Syabas kepada insan yang bergelar bapa saudara di bawah atas keberanian menegur anak saudaranya sendiri atas perlakuan sumbang dan kurang wajar...

Berikutan berang ditegur kerana membawa teman wanita pulang ke rumah di Kampung Tualang Salak, dekat Bachok, seorang penganggur sanggup memukul bapa saudaranya dengan kayu hingga cedera, kelmarin.
Berikutan itu, mangsa yang berusia 30 tahun bengkak di mata kanan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Bachok (HB). Sebelum kejadian antara jam 12 hingga 1 tengah hari itu, mangsa dikatakan pulang ke rumah dan mendapati pintu sebuah bilik dikunci dan selepas dibuka mendapati suspek sedang berdua-duan bersama seorang wanita.
Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Nazley Mohd Said, berkata selepas mangsa mengambil kunci dan membuka pintu bilik, dia terkejut melihat anak saudaranya bersama seorang wanita dalam bilik itu. Menurutnya, mangsa dikatakan memarahi dan menegur perbuatan anak saudaranya itu. “Bagaimanapun, anak saudaranya berusia 20-an itu dikatakan berang, mengambil kayu sepanjang kira-kira 0.3 meter dan bertindak memukul mangsa. “Selepas itu, lelaki terbabit bersama teman wanitanya terus keluar dari rumah berkenaan dan melarikan diri,”
Katanya, mangsa kemudian membuat laporan mengenai kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok. “Berikutan itu, sepasukan polis melancar gerakan mencari lelaki berkenaan bagi membantu siasatan, namun belum ditemui dan dipercayai bersembunyi bagi mengelak ditahan. “Kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebab kecederaan mengguna senjata atau benda berbahaya. “Jika sabit kesalahan boleh dipenjara tiga tahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Guru abaikan PTK...ngape ?

Jika benar bagai yang dilaporkan maka, wajarlah guru berkenaan dicela. Kecelaan kerana enggan memajukan diri sendiri. Mana mungkin seorang insan yang bergelar guru berfikiran dan bertindakan sedemikian, maka wajarlah mereka dicela... ikuti laporan akhbar berbahasa Melayu yang utama pada hari ini...

Kira-kira 70,000 guru bukan siswazah yang berkhidmat lebih 20 tahun, mungkin bersara tanpa berpeluang naik pangkat ekoran keengganan menduduki peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) kerana mereka yakin tidak akan lulus.Kebanyakan guru itu, yang sudah hampir mencapai umur bersara, juga terkilan dan berasakan seolah-olah sumbangan mereka terhadap profesion keguruan tidak dihargai kerana peluang naik pangkat mungkin disekat oleh PTK. Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Anuar Ibrahim berkata sebahagian besar guru terbabit berpendapat PTK menutup peluang mereka untuk naik pangkat walaupun mempunyai pengalaman luas mendidik.“Mereka berpendapat sukar untuk lulus PTK kerana terlalu tua bagi menghadapi peperiksaan. Amat sukar bagi mereka menjawab soalan pada usia semasa berbanding jika ketika masih muda.“Mereka ini ada yang hanya empat atau lima tahun lagi untuk bersara dan kebanyakannya sudah mencapai tangga gaji maksimum.
Satu-satunya peluang untuk naik gaji ialah menerusi kenaikan pangkat,” katanya kepada Berita Harian semalam.Antara syarat kenaikan pangkat bagi guru bukan siswazah daripada gred DGA29 kepada DGA32 yang ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ialah lulus peperiksaan PTK, berkhidmat 10 tahun ke atas serta tidak mempunyai sebarang laporan tatatertib.Anuar berkata, ramai di kalangan guru terbabit, khususnya yang sudah terbukti berjaya melahirkan pelajar cemerlang dalam peperiksaan dan kokurikulum, berpendapat mereka tidak seharusnya disyaratkan menduduki PTK untuk naik pangkat.“Mereka berharap pengalaman dan sumbangan terhadap profesion selama ini turut diberi pertimbangan dalam menilai peluang sama ada mereka layak diberikan kenaikan pangkat, bukannya menerusi PTK semata-mata.“Malah, ada di kalangan guru terbabit percaya syarat lulus PTK yang ditetapkan JPA itu sebagai tidak menyebelahi mereka sebaliknya lebih menguntungkan guru bukan siswazah lebih muda,” katanya.
Tinjauan NUTP mendapati lebih 50 peratus guru bukan siswazah yang sudah berkhidmat berpuluh tahun enggan menduduki PTK dengan alasan tidak akan lulus walaupun kesatuan memberi galakan dan menyediakan kursus khas.Berikutan itu, NUTP menyarankan supaya Kementerian Pelajaran dan JPA menimbang semula syarat lulus PTK untuk golongan itu menikmati kenaikan pangkat, dengan mewujudkan pendekatan lain yang lebih praktikal.“Kami mencadangkan kementerian mengadakan kursus bagi menggantikan peperiksaan PTK untuk golongan ini supaya ia sekurang-kurangnya dapat mengembalikan sedikit harapan untuk mereka naik pangkat sebelum bersara,” katanya.
Anuar berkata, dengan cara itu kementerian akan dilihat sebagai tidak mengabaikan pengalaman dan sumbangan guru bukan siswazah yang banyak membantu proses pembangunan pendidikan serta melahirkan generasi muda cemerlang. Katanya, perkara itu juga sejajar dengan teras kelima Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang dilancarkan kerajaan iaitu Memartabatkan Profesion Perguruan, ke arah memajukan lagi profesion berkenaan dan masa depan negara.