Sunday, May 13, 2007

Bapa nafi semua kandungan surat... kes di bawah


Bapa Dr Al Jannah, Mohd Mingan Tasman, 60, menafikan semua dakwaan dalam kandungan surat anaknya kepada Editor Harian Metro, malah langsung tidak mempercayai surat itu ditulis anaknya.
Saya dan isteri tidak pernah memarahi atau membuat perkara seperti didakwa dalam surat itu sepanjang dua bulan Jannah tinggal dengan kami, malah sentiasa menjaga Amar (anak Jannah) dengan baik seperti menatang minyak yang penuh.“Mana mungkin kami sanggup memaki hamun cucu sendiri yang masih kecil,” katanya sebak ketika dihubungi, semalam.Mohd Mingan berkata, anaknya sebelum ini ada menyatakan hasrat untuk memulakan hidup baru dan menyambung pelajaran.Selain itu, Mohd Mingan berkata, dia dan isteri sanggup menerima menantunya walaupun mengetahui dia bekas banduan dan penagih dadah dengan syarat sanggup berubah.“Perkara itu boleh diselesaikan dengan baik dan saya sangat berharap mereka pulang ke pangkuan keluarga,” katanya.Apabila ditanya mengenai dua air jampi mengikut dakwaan surat itu, Mohd Mingan mengakui ada menyediakannya tetapi berkata, dia dan isteri tidak pernah memaksa Al Jannah meminum air berkenaan.“Kami memang ada menyediakan air jampi itu tetapi tidak pernah walau sekali pun memaksa Jannah meminumnya. Dia meminumnya secara sukarela,” katanya.Dr Al Jannah yang dikatakan pernah menjadi pengikut Ustaz Zul, hilang dari rumah bersama bayinya, Amar Alijan, sejurus selesai solat Maghrib berjemaah dengan Mohd Mingan dan ibunya, Markamah Yusuf, 56, di ruang tamu rumah mereka.Sebelum ini, wanita itu pernah memberitahu, dia mengenali lelaki dikenali sebagai Ustaz Zul pada 2003 sebelum mengikuti lelaki itu ke Terengganu dan berkenalan dengan pengikutnya bernama Fauzi, dan mereka kemudian bernikah pada Ogos 2004.Selepas bernikah dengan Fauzi, Dr Jannah mendakwa jarang berhubung dengan Ustaz Zul sebaliknya lebih menumpukan perhatian kepada suami.

No comments: