Monday, May 07, 2007

Belasah bapa saudara

Syabas kepada insan yang bergelar bapa saudara di bawah atas keberanian menegur anak saudaranya sendiri atas perlakuan sumbang dan kurang wajar...

Berikutan berang ditegur kerana membawa teman wanita pulang ke rumah di Kampung Tualang Salak, dekat Bachok, seorang penganggur sanggup memukul bapa saudaranya dengan kayu hingga cedera, kelmarin.
Berikutan itu, mangsa yang berusia 30 tahun bengkak di mata kanan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Bachok (HB). Sebelum kejadian antara jam 12 hingga 1 tengah hari itu, mangsa dikatakan pulang ke rumah dan mendapati pintu sebuah bilik dikunci dan selepas dibuka mendapati suspek sedang berdua-duan bersama seorang wanita.
Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Nazley Mohd Said, berkata selepas mangsa mengambil kunci dan membuka pintu bilik, dia terkejut melihat anak saudaranya bersama seorang wanita dalam bilik itu. Menurutnya, mangsa dikatakan memarahi dan menegur perbuatan anak saudaranya itu. “Bagaimanapun, anak saudaranya berusia 20-an itu dikatakan berang, mengambil kayu sepanjang kira-kira 0.3 meter dan bertindak memukul mangsa. “Selepas itu, lelaki terbabit bersama teman wanitanya terus keluar dari rumah berkenaan dan melarikan diri,”
Katanya, mangsa kemudian membuat laporan mengenai kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok. “Berikutan itu, sepasukan polis melancar gerakan mencari lelaki berkenaan bagi membantu siasatan, namun belum ditemui dan dipercayai bersembunyi bagi mengelak ditahan. “Kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebab kecederaan mengguna senjata atau benda berbahaya. “Jika sabit kesalahan boleh dipenjara tiga tahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya sekali,” katanya.

No comments: