Thursday, March 01, 2007

Lagi Pertikai Kajian Dr Khaidzir UKM


WAO pertikai kajian UKM fokus seks......
Sebuah pertubuhan wanita hari ini mempertikaikan laporan media mengenai hasil kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mendapati majoriti pelajar perempuan bermasalah disiplin pernah melakukan hubungan seks

Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) menyifatkan laporan media "berat sebelah dan membimbangkan" manakala fokus kajian tersebut terlalu sempit dan mendiskriminasi wanita.
Pegawai programnya Chin Oy Sim mempertikaikan objektif kajian tersebut yang dilihat sebagai satu usaha untuk mengawal kebebasan wanita.

"Idea dalam kajian tersebut menyatakan keruntuhan nilai moral yang teruk di kalangan wanita, tetapi kenapa hanya wanita sahaja yang menjadi sasaran?" katanya, apabila diminta mengulas laporan mengenai "Kajian Profil Remaja Perempuan Risiko Tinggi" yang didedahkan oleh Dr Khaidzir Ismail, pakar psikologi remaja UKM.

Kajian itu mendapati hanya seorang daripada 887 responden yang tidak pernah melakukan hubungan seks.

Golongan yang dikategorikan berisiko ringgi itu adalah pelajar perempuan yang bermasalah disiplin seperti kerap ponteng sekolah dan melawan cakap guru.

Seramai 20 orang responden dari Tingkatan Satu hingga Lima di setiap buah sekolah di Selangor dipilih oleh guru kaunselor mereka untuk kajian selama tiga bulan yang tamat Disember lepas.

Chin turut mempersoalkan premis kajian tersebut yang memfokuskan isu moral."Saya fikir, kajian ini bermula dengan idea nilai moral. Jika mereka hanya mencari jawapan kepada persoalan itu sahaja, sudah tentu mereka menjumpai jawapan yang mereka mahukan, jadi, mungkin ia adalah satu self-fulfilling prophecy sahaja," kata Chin.

Hasil penemuan daripada kajian itu dilaporkan akan diguna oleh kerajaan negeri untuk merangka modul latihan yang "terancang" dan "teliti" untuk diterapkan kepada golongan berkenaan.

Chin menjelaskan, berbeza daripada premis kajian tersebut, WAO meletakkan aktiviti seks sebagai pilihan individu dan tidak mengambil pendirian sama ada seks bercanggah dengan nilai moral.

"Apa yang lebih penting bagi kami adalah kebajikan dan hak pelajar perempuan ini. Dalam laporan akhbar itu dinyatakan kesemua, kecuali seorang pelajar perempuan yang bermasalah itu telah melakukan seks, tetapi adakah mereka tanya jika pelajar perempuan yang cemerlang juga pernah mengadakan hubungan seks?" katanya kepada mStar Online semalam.
"Saya sendiri belum berpeluang meneliti laporan kajian ini. Mungkin juga kajian itu dilakukan secara menyeluruh dan fokus seks itu hanya digembar-gemburkan oleh media, sedangkan ada faktor-faktor lain yang turut dikenal pasti," katanya.
"Jika mengenai seks, mengapa dikaji terhadap pelajar perempuan sahaja sedangkan jika mereka telah melakukan seks, biasanya mereka akan melakukannya dengan pasangan lelaki?"
Chin juga berkata: "Seharusnya dijalankan secara lebih menyeluruh supaya dapat mengenal pasti punca-punca masalah disiplin pelajar dengan bertanya lebih banyak soalan, dengan objektif untuk membantu mereka, bukan hanya fokus kepada perkara seksual sahaja.
"Faktor kemiskinan seperti kemampuan pelajar untuk membeli buku sekolah juga boleh menjadi sebab kepada masalah disiplin."Jelasnya, antara masalah lain yang boleh dikenal pasti daripada kajian sebegitu adalah keyakinan diri, kemahiran komunikasi dan motivasi belajar.
"Jika hendak disediakan modul latihan untuk mereka, perkara inilah yang perlu diberi perhatian."

Menurutnya lagi, program-program penerapan nilai moral tidak efektif untuk menangani masalah disiplin. "Sebaliknya, mereka memerlukan pendedahan tentang seks selamat, penyakit bawaan seks dan bagaimana memilih pasangan yang sesuai."

Laporan media turut menyatakan kebanyakan pelajar itu didapati lemah dari segi kemahiran akademik, komunikasi, keyakinan diri, kawalan diri dan kemahiran penyelesaian masalah.
Ia menyebut kebanyakan daripada pelajar dalam lingkungan 15 hingga 16 tahun itu didapati berasal daripada keluarga bermasalah dan tinggal di rumah kos rendah. Masalah disiplin lain yang dikenal pasti termasuklah mengambil dadah, terlibat dalam kongsi gelap, bahan lucah, judi dan vandalisme.

Dr Khaidzir dipetik dalam laporan itu sebagai berkata dapatan kajian itu adalah satu petunjuk bahawa generasi kini berhadapan dengan masalah sosial yang serius.
Lihatlah kebanyakan pembuat dasar dan orang-orang yang berada dekat dengan pembuat dasar tidak percaya dan yakin. Tidak yakin dan percaya adalah lumrah, macam uamat nabi2 terdahulu bukan senang hendak meyakinkan mereka, tapi bila mana ahli keluarga mereka terjebak dan terkena barulah mereka nak tengadah. Inilah resam manusia, kes ini macamlah kes kajian ASLI dulu, banyak mana pemimpin yang melatah, hakikatnya kekayaan negara kita berlegar kat elit-elit bumiputera , orang kampung dapatlah tengok menara KLCC, MRR2, KLIA, SMART, tol naik, Buaian Terbesar, apa lagi.... ye

Garis panduan tentang pendidikan seks bagi melindungi kanak-kanak dan remaja daripada menjadi mangsa jenayah seksual akan diperkenalkan tidak lama lagi.
Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datin Paduka Chew Mei Fun berkata Garis Panduan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (GPPKRS) itu akan diterapkan dalam mata pelajaran Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Kesihatan, Biologi, Sains dan program-program yang dilaksanakan kementeriannya.
Pendidikan ini tidak dijalankan sebagai mata pelajaran khusus di peringkat sekolah, kata Chew pada sidang berita di sini, hari ini.
Beliau berkata garis panduan itu masih di peringkat perbincangan antara KPWKM dan Kementerian Pelajaran untuk menyelaraskan langkah pelaksanaannya.
Kementerian Pelajaran bertanggungjawab dalam pelaksanaan dan peluasan garis panduan itu di peringkat sekolah, matrikulasi dan institut perguruan manakala KPWKM mensasarkan kepada kanak-kanak, golongan ibu bapa dan masyarakat awam.
GPPKRS telah dirangka oleh sebuah kumpulan kerja teknikal yang dipengerusikan oleh Kementerian Pelajaran yang dianggotai pelbagai pihak kerajaan, termasuk Kementerian Kesihatan, Kementerian Belia dan Sukan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran P. Komala Dewi pada sidang berita yang sama berkata pendidikan itu memberi peluang kepada masyarakat terutamanya golongan muda untuk bersoal jawab, meneroka dan menilai sikap seksual supaya lebih memahami nilai kekeluargaan serta memahami tanggungjawab terhadap anggota keluarga.
Beliau berkata kumpulan sasaran pendidikan ini terbahagi kepada lima kategori umur mengikut kesesuaian dengan tahap perkembangan individu iaitu prasekolah, kanak-kanak, awal remaja, remaja dan dewasa. BERNAMA

wEBLOG ROSLAN SMS


Saksikan kehebatan MalaysiaSaya tidak pasti adakah kita prihatin atau pun tidak, kerana dari 32 ahli kabinet termasuk PM dan TPM, sekarang ini 8 daripada mereka berada di luar negara.PM dan 5 orang anggota kabinet termasuklah Rafidah, Samy Vellu, Mustapha, Abdullah Mat Zain dan Syed Hamid kini berada di Yemen. Najib berada di Saudi manakala Muhyiddin berada di Afrika.Anggota Jemaah Kabinet MalaysiaSoalnya adakah amalan meninggalkan negara dalam jumlah yang ramai sebegini sesuatu yang perlu dan baik untuk negara?Kita bukannya minta tetapi katakanlah negara tiba-tiba dilanda musibah atau diancam keselamatannya, maka siapakah yang akan membuat keputusan dan mengarahkan negara?Siapakah Pemangku PM sekarang? Ong Ka Ting atau Lim Kheng Yaik?Saya kira amalan sebegini perlulah dihentikan.Mengapa contohnya perlu PM dan TPM berada dalam satu rantau yang sama serentak? Tidakkah ini aneh, seolah-olah kepimpinan negara bagaikan berpecah? Saya rasa tidak pernah melihat amalan seumpama ini diamalkan oleh mana-mana negara lain.Mereka memang masing-masing berhak untuk membuat lawatan dan kunjungan luar demi manfaat negara (walaupun tahap kemanfaatan itu masih boleh dipertikaikan) tetapi kenapa perlu pergi serentak berbondong-bondomg begini?Nampaknya semakin hari semakin aneh negara di bawah pimpinan Pak Lah. Kalau manusia berperangai aneh orang kata dah buang tabiat, kalau pemimpin negara?
posted by Roslan SMS 4:34:00 PMComments (14)
* * * * * * * * *
The Star mensensasikan isu murtadIsu masyarakat Islam yang memohon untuk meninggalkan agamanya atau murtad dalam negara ini adalah satu isu yang sangat sensitif dan kalau boleh tidak mahu disensasikan. Ini kerana ianya satu isu yang membawa malu dan aib kepada agama dan jika ditonjolkan secara keterlaluan ia bakal mengundang padah kerana isu agama adalah isu yang boleh mencetuskan ketegangan.Saya kira masyarakat Islam di Malaysia adalah satu kelompok masyarakat yang paling toileran jika dibandigkan dengan masyarakt Islam dunia. Walaupun mereka menganut agama Islam namun mereka boleh hidup di bawah satu bumbung dengan masyarakat bukan Islam yang lain tanpa banyak karenah dan pertikaian. Perayaan dan upacara kepercayaan agama lain dihormati dan tidak diganggu atas sifat tolak-ansur dan muhibbah tadi.Walaupun terhidu asap dari daging khinzir yang disalai dikhalayak ramai di Jalan Petaling atau bau colok dari kuil-kuil termasuklah yang dinyalakan di hadapan rumah (colok zaman moden ini sebesar pemeluk kadangkalanya) dan di pokok serta binaan tertentu atau jalanraya ditutup dan sesak kerana perarakan Thaipusam, mercun yang bingit dan mendesingkan telinga dan berbagai lagi, namun semuanya diterima kerana menghargai kehadiran dan sumbangan semua pihak ke arah pembinaan negara yang dikasihi.Akan tetapi saya perhatikan sejak akhir-akhir ini ada beberapa pihak (saya tidak menuduh semua, tetapi segelintir pihak yang berkepentingan) sengaja mahu menjolok-jolok dan mencabar social equilibrium atau tahap ketenangan sosial ini kononnya atas nama hak asasi sedangkan ianya sebelum ini tidak pernah pun dijolok-jolok sedemikian rupa.Pada hari Sabtu lalu 23 Febuari (keratan akhbar di bawah) akhbar The Star muka 10 dengan gambar warna membawa laporan dengan tajuk:10 siblings want to be listed as Hindus in their MyKad(10 adik beradik mahu disenaraikan sebagai beragama Hindu dalam MyKad mereka)

Konon-kononnya dengan bantuan ahli Parlimen DAP Bukit Mertajama, Chong Eng, seramai 10 adik-beradik yang disenaraikan sebagai beragama Islam dalam MyKad mereka mahu menukar status itu ke agama Hidnu kerana menurut mereka walaupun bapa mereka Ibrahim Noyah 67 beragama Islam namun mereka dibesarkan dalam mengamal gama Hindu.Pada 16 Febuari mereka masing-masing telah mengemukakan pengakuan bersumpah di Mahkamah Majistret Seberang Perai Selatan mengaku bahawa mereka telah mengamalkan agama Hindu sejak lahir.Mereka masing-masing telah berkahwin dengan penganut Hindu (tetapi tak seorang pun telah mendaftarkan perkahwinan mereka itu).Dalam laporan akhbar itu dikatakan bahawa bapa mereka Ibrahim Noyah asalnya telah berkahwin dengan seorang wanita Islam , Sabariah, yang telah meninggal dunia pada tahun 1958. Selepas itu Ibrahim telah berkahwin dengan jirannya M.Nagamah (seorang Hindu) tanpa mendaftarkan perkhawinan itu. Ditulis dalam laporan akhbar itu:He then married M.Nagamah but did not require her to convert(Beliau kemuadian telah mengahwini M.Nagamah tetapi tidak mensyaratkannya menukar agama)Laporan ini sungguh memilukan hati mana-mana penganut Islam kerana bagaimana seorang bapa yang beragam Islam boleh rela dan membenarkan kejadian ini. Dan dalam gambar yang disertakan dengan laporan The Star ini ditunjukkan dalam kumpulan adik-beradik itu hadir Ibrahim bersama (yang ketika itu tidak pula dilaporkan mengalami apa-apa kecacatan)Tiba-tiba selang tiga hari iaitu pada 27 Febuari dimuka 14 akhbar yang sama dilaporkan:Parents of Hindu sibblings want to stay as Muslims(Ibu-bapa adik-beradik Hindu mahu kekal sebagai Muslim)

Menurut laporan ini pula kes murtad adik-beradik ini berubah apabila Ibrahim Noyah, bapa kepada adik-beradik tersebut yang buta penglihatan (pada laporan 24 Febuari tidak langsung dinyatakan yang Ibrahim ini buta) menyatakan bahawa:He was still a Muslim and that his wife M.Nagamah had converted to Islam in 2005 and assumed the name Mariah Abdullah(Beliau masih seorang Muslim dan isterinya M.Nagamah telah pun memeluk agama Islam pada tahun 2005 dan mengambil nama Mariah Abdullah)Apa sudah jadi?Akhbar yang sama yang mensensasikan isu murtad ini tiba-tiba mencanggahi laporan asalnya!Dalam laporan awal dikatakan bahawa M.Nagamah tidak menukar agamanya, bermakna Ibrahim merelakan isterinya kekal sebagai seorang Hindu, tetapi rupanya M.Nagamah telah pun Islam 2 tahun lalu.Perkembangan ini sungguh membimbangkan dan kita mengharapkan agar Jabatan Agama di Pulau Pinang segera mengambil tahu dan bertindak agar kes ini tidak dieksploitasi atau diambil kesempatan oleh mana-mana pihak.Saya boleh percaya bahawa pada ketika laporan awal The Star itu terbit mungkin Ibrahim yang buta itu tidak pun sedar apa yang berlaku, cuma menurut sahaja. Jika tidak masakan kemudian dia mendakwa pula bahawa mahu kekal sebagai Islam dan isterinya juga telah Islam.Kenapa semua pihak membisu dalam isu ini, siapakah yang bertanggungjawab memelihara dan mempertahankan maruah agama dalam hal ini. Kenapa The Star boleh diberi lesen mensensasikan isu murtad ini seolah-olah Malaysia kini begitu terbuka dan mengizinkan penganut Islamnya murtad tanpa apa-apa masalah.Bangkitlah segera dari tidur anda sebelum Allah mencampakkan murka Nya kepada kita.
posted by Roslan SMS 11:09:00 AMComments (17)
* * * * * * * * *
Rasi Yatim pertikai penemuan pakarSejak akhir-akhir ini Rais Yatim bagi saya lebih merupakan seorang penglipur lara lebih dari seorang intelek yang bertaraf menteri. Barangkali beliau benar-benar menjiwai porfolio kebudayaan, kesenian dan warisan yang dijawatnya.Sedangkan beliau merupakan seorang intelek dengan Phd dalam bidang undang-undang, tetapi kenyataan dan reaksi beliau terhadap satu-satu isu kebelakangan ini sungguh lucu dan kadangkala dangkal tidak langsung mencerminkan ilmu dan statusnya.Dr Kahidzir IsmailAkhbar Utusan muka 7 hari ini membawa tajuk:Rais persoal kaedah penyelidikan seksSemalam kita semua dikejutkan dengan hasil kajian seorang Pakar Psikologi Kanak-kanak dan Remaja Dr Khaidzir Ismail dari UKM yang menyatakan bahawa dari 887 pelajar perempuan sekolah menengah yang bermasalah (20 dari setiap sekolah di Selangor) (bermakna lebih kurang 44 sekolah), 886 membuat pengakuan bahawa mereka pernah terlibat dalam kegiatan seks.Hasil kajian ini sepatutnya memberikan amaran kepada semua pihak agar segera bertindak, suluh dan kenal-pasti kelemahan yang perlu diperbaiki kerana angka-angkanya sungguh parah dan membimbangkan lantas ia melibatkan murid di antara 13-18 tahun.Tiba-tiba Rais berkata:Agak pelik bagi saya apabila seramai itu yang disoal semuanya mengaku ya saya buat. Ini (menimbulkan) satu tanda tanya amat berat. Oleh itu bolehlah dikatakan saya mempersoal atau mempertikaikan kaedah penyelidikan itu.Kita yang membaca laporan akhbar semalam dimaklumkan bahawa Dr Khaidzir hanya memilih pelajar-pelajar yang bermasalah dan jumlahnya 20 dari setiap sekolah. Dan mereka yang bermaslah ini dikategorikan sebagai pelajar yang kerap ponteng sekolah, melawan cakap dan sering melakukan salah laku lain serta berlatarbelakangkan keluarga bermasalah.Mengapa Rais mempertikaikannya? Sudahkah Rais sendiri melihat hasil kajian ini? Malah saya kira permasalahn ini sebenarnya tidak pun berkaitand engan portfolio Rais sehingga mendesak beliau untuk membuat kenyataan, biarlah Hishamuddin, biarlah Sharizat atau Radzi yang membuat kenyataan, itu lebih relevan lagi berbanding beliau.Beliau menambah:Kalau orang yang membuat penyelidikan itu hanya mencari jawapan, anda sudah membuat hubungans eksual ke, kalau orang itu jawab belum, dia tak pakai orang itu, tapi akan mencari orang lain untuk menjawab ya. Ini satu hal yang kita kena tengok.Saya kira Rais membuat satu pertuduhan yang amat tidak bertanggungjawab terhadap seorang pakar yang memang ahli dibidangnya.Kalau beginilah rupa seorang menteri negara kita yang bakal menjadi sebuah negara maju dalam masa 13 tahun, maka wajarlah kita menimbang-nimbang untuksegera membuat perubahan.
posted by Roslan SMS 10:11:00 AMComments (10)
* * * * * * * * *
Masih FEEL GOOD lagikah?Apabila indek komposit Bursa Malaysia melonjak ke paras tertinggi atau ALL TIME HIGH sehari selepas cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini, masing-masing pihak mendabik dada, menyatakan bahawa negara berada dalam suasana FEEL GOOD. Maknanya mewah dan sejahtera.Tiada siapa yang mahu mengambil pusing bahawa hakikatnya kenaikan indek itu sebenarnya adalah merupakan lonajkkan REGIONAL atau serantau yang turut melibatkan negara-negara lain dirantau ini.Masing-masing sudah mencongak-congak tarikh pilihnaraya umum dengan menyatakan bahwa inilah masa paling sesuaui untuk PM memanggil pilihnaraya kerana negara kononnya diselubungi mood FEEL GOOD tadi.

Syabas TV3

Syabas dan tahniah atas keperihatinan TV3. Begitulah TV3 menghormati keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pemantauan Siaran Televisyen dan Radio Awam dan Swasta (JKPPSTRAS) yang mengeluarkan arahan supaya stesen televisyen itu menghentikan rancangan Sensasi dengan serta-merta.
Tambah laporan itu lagi, Pengurus Komunikasi Korporat TV3, Ratnawati Jamil, berkata pihaknya akur dengan keputusan mesyuarat JKPPSTRAS pada 23 Februari lalu yang memutuskan untuk tidak membenarkan Sensasi disiarkan sama ada secara siaran langsung atau rakaman berikutan program yang bersiaran pada 30 Januari lalu tidak mematuhi syarat ditetapkan.“Sebagai stesen televisyen yang bertanggungjawab, kami menerima keputusan dibuat dengan hati terbuka. “Kami juga faham siaran Sensasi pada 30 Januari lalu menyinggung perasaan masyarakat Islam di negara ini. “Malah, kami juga kesal dengan apa yang sudah berlaku dan sedar perkara itu sama sekali tidak patut berlaku,” katanya ketika dihubungi, semalam.Sungguhpun begitu, Ratnawati berkata, pihaknya amat berharap rancangan ini dapat dihentikan buat sementara waktu saja. “Kami akan merayu kepada Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi Malaysia (KTAK) supaya membenarkan rancangan bersiaran semula dalam waktu terdekat.“Surat rayuan sudah dibuat dan kami akan menghantarnya dengan segera kepada KTAK yang mempengerusikan JKPPSTRAS,” katanya. “Kami maklum peluang membuat rayuan ini sangat tipis sekali sebagaimana dinyatakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). “Malah, kami juga tidak tahu sejauh mana mereka akan menerima rayuan yang kami buat nanti. Namun, kami masih mahu mencuba dan berusaha membuat rayuan.“Kami akan lakukan sedaya mungkin. Kalau tidak mencuba, kita mungkin tidak akan tahu apa tindak balasnya nanti,” katanya.Ratnawati berkata, jika TV3 diberi peluang kedua untuk menyiarkan semula Sensasi, pihaknya akan mengambil langkah lebih berhati-hati dalam menangani isu yang dibincangkan termasuk membuat rakaman dan kemudian menyerahkan kepada Lembaga Filem Negara (LPF) untuk kelulusan.“Malah, kita juga akan berbincang dengan pihak produksi sendiri berhubung isu atau bahan yang bakal diketengahkan sebelum ia disiarkan secara rakaman,” katanya.
Inilah satu tanggungjawab besar sebagai orang Islam, benda2 seumpama ini tidak boleh dimain2kan dan diremehkan. Lain kali menjadi pengajaran dan menjadi tanggungjawab penerbit khas dan TV3 pada masa akan datang perlu buat garis panduan ttentang bersangkutan hak-hak keagamaan jangan disemborono. Kita juga minta pelakon yang terbabit minta taubat nasuha. sekadar pergi umrah dan hebahkan kepada ramai orang sahaja tidak cukup. Ini adalah tanggungjawab diri beliau dengan ALLah.
Kita sekadar beri ingatan, jangan dunia dia rugi, akhirat terus lagi rugi
Siaran Al Kuliyyah TV3 bersiaran pada 16hb Februari waktu petang.Bawah tajuk “Artis Islam” mengundang dua penal iaitu tokoh artis Dato J Shamsuddin dan Ustzah Siti Noor Baayah.

Di dalam rancangan , dihentikan sekejap pengerusi program kuliyyah Islam TV3 ,menghubungi Rosnah Mohd Aris, minta buat pengakuan kesal dan buat pengakuan mohon maaf.

Apa yang menarik penulis adalah pengakuan yang dipaksa-paksa oleh TV3, kemudian pujian dan rasa puashati panel yang nampak macam memuji-muji sikap terbuka Rosnah. Bagi situan pesalah tidak rasa nampak kesal dan nampak tiada azam untuk perbetul, jika betul-betul dah dimaklumkan oleh penerbit, dia (rosnah) tentu buat persediaan dengan susun kata lebih teratur dan bersungguh untuk tebus keterlanjurannya.

Inilah jika manusia jahil, dia masih bangga dengan kejahilannya. Langsung tiada rasa bersalah. Kita nak ingatkan pihak media jangan asyik mahu melariskan media awak saja, kena fkirkan tanggungjawab juga kepada agama.

Akan datang tidak payah lah mengundang artis2 berwacana dan berikan pandangan yang lansung tidak sensasi, jadikan iktibar, kalau itu yang mahu disensasikan kita akan dilaknat oleh Allah.

Abah .... buatlah program2 yang boleh bermanfaat

Lagi Bab Keliru !!!!

Di dalam masyarakat terlalu banyak benda yang dicelarukan. Masalah mudah adalah adalah menyalahkan pihak musuh, terutama dalam perkara agama Islam,khusus dalam bab aqidah.

Kita wajar di’refresh’ dengan ilmu-ilmu Islam pada setiap masa dan saat. Jika dizaman nabi basirun dan wanazirun dibuat pada seminggu seklai. Kini ingatan nasihat dan amaran bukan lagi boleh seminggu sekali tapi adalah pada setiap hari. Ini kerana pancaroba yang mengharubirukan umat Islam khusus dan amnya manusia beriman terlalu banyak dan pelbagai sifatnya.

Malah disertai pula atas sifat ini kerana sikap manusia mudah lupa, dan pelupa tidak kiralah jika manusia itu sama ada manusia Melayu ke, Cina, India, asli dan sebagainya. Selagi ianya bergelar manusia dia akan mudah lupa. Apatah lagi musuh-musuh Islam banyak cabang mempancaroba dari pelbagai sudut dan aspek yang bersifat rencam, palin mudah adalah contoh dari segi menaja dan melabelkan Islam dengan jenama-jenama ciptaan mereka. Yang mana bersifat halus dan terlalu cermat bunyinya. Secaca sedar atau tidak sedar oleh kita. Maka bagi manusia Islam yang kurang dan jauh ilmu Islamnya akan terima bulat-bulat. Terkadang ia berkembang atas sifat ilmu dan keilmuan menjadi pula bahasan para pemikir2 Islam atau tokoh Islam. Cabang ini berkembang biak dari semasa ke semasa.

Antara jenama-jenama mudah Islam terdahulu dan terkini, ada dinamakan Islam feudemantelis, islam extream, Islam Modarate, islam Liberal dan islam pluralisme dan islam hadhari. Semua Islam berjenama ini berligar-ligar dalam negara umat Islam,menjadi ikutan ,bahasan intelektual. Maka kita sebagai orang Islam wajar menolak, kerana islam-islam jenama di atas. Kerana Islam yang nabi bawa adalah hanyalah satu.

Al Quran itu sudah jelas dan penganut islam harus jelas bahawa mereka, para penganut Islam kalangan orang awam sepatutnya tidak dipayah-payahkan dengan Islam. Jelas orang islam awam apa yang dimahukan oleh mereka adalah, jika Islam apa yang sepatut dibuat dan dia tinggalkan. Biaarlah para ulama yang faqih ilmu membahaskan bahasan tentang Islam-Islam yang berjenama di atas. Yang mereka mahu tahu Islam dan amalkan apa yang patut sebagai seorang Islam.Menjadi tanggungjawab pihak berkuasa mengawal jenama-jenama Islam daripada sesat baratkan umatnya.

abah... banyak sangat ularnya dalam hidup kita

Dunia dan Manusia Islam Keliru ?

Manusia makin keliru, hari semalam penulis dapat menonton siaran Wanita Hari Ini (WHI). Slot pagi itu panjang, paling menarik dijemput dua orang aktivitis sosial dan seorang wartawan penyiaran. Dua aktivitis itu adalah beragama Islam agaknya kerana seorang bertudung, seorang lagi berdasarkan nama Maythia Maydin serta seorang wartawan Penyiaran TV3 yang dijemput adalah Thenmoli Subramaniam. Tajuknya jenayah perang dan aktivis sosial lebih-lebih kurang begitu. Untuk pengetahuan semua Thenmoli ni banyak meninjau kawasan-kawasan konflik di negara-negara umat islam termasuklah di Palestine, Lebonan, Sudan isu Darfur


Dua pengacara, adalah beragama Islamlah agaknya sebab Melayu rasanya belaka cantik-cantik tapi kedua-dua tidak bertudung. Yang menjadi kelakar sekali bilamana soalan ini diajukan dan minta pandangan Thenmoli , kita tahu memanglah kerana hak satu ni terpaksa bertanya dan jawab. Adakah patut persengketaan umat Islam ditanya kepada Thenmoli, tapi kita ucap syabas juga kat Thenmoli dengan pandangan-pandangan kemanusiaannya.


Myhia Maydin dalam jawapannya isu Dafur jawpannya tidak jelas kerana gunakan bahasa campur-campur sekejab bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Kalau orang Inggeris pun tonton dia tak faham , dan penulis pun tak faham apa yang dia jawap. Malah pengerusi WHI yang jadi pengantara pun tak faham.

Manakala jawpaan Dr Zubaidah Iskandar begitulah nama aktivis ini kata , kalau kita duk bincang setahun tak habis (tambah penulis) yang penting kita kena bertindak, dia lebih tindakannya dicontohi oleh anak dan keluarga.

Menariknya pengacara tu bangkit soalan kenapa sesama Islam boleh bergaduh di Darfur. Maka jawapan Mythia Mydin kerana Arab dan Arab Afrika berlaku penghapusan kaum atau genosid. Nampak pengacara tidak berpuashati dia bertanya kenapa islam dengan islam bergaduh secara bersungguh-sungguh. Rasa penulis jawapan dari aktivis social aje .

Berbalik dengan diri penulis, atau pengacara tadi dan juga mana-mana umat Islam di Malaysia ni mungkin sama. Bagi penulis dan sebahagian orang kampung penulis, ustaz tak ada dalam kampung ustaz datang sekali sekala masa hari-hari kebesaran islam sahaja ceramah kat surau. Kita orang rasa itulah Islam, sampai bulan Puasa kita puasa, ada surau kita sembahnyang 5 waktu, ada duit mana mampu pergi Mekah, sampai masa buat Qurban. Anak-anak hantar ke sekolah. Malah itulah rutin orang kampung penulis sejak 45 tahun dulu. Maka kita anggap itulah islam. Kita orang berpuashati dengan amalan islam kita, jangan adalah yang lain-lain.

Tetapi bila penulis dan sebahagian anak kampung penulis berhijrah penulis sendiri dapat rasakan betapa orang kampung penulis dan apa yang kita buat selama ini adalah salah belaka, kita jauh sangat dengan Islamnya , amalan Islam adalah amalan nenek moyang aje, tidak ada pembaharuan dan perubahan.

Gambaran Islam bagi penulis dan orang kampung penulis adalah ibarat 10 orang buta dengan seekor gajah. Nak dapatkan Islam melalui media adalah terbatas, nak ke pangajian pondok saying meninggalkan kerja-kerja menyara kehidupan, kerana rata-rata adalah majority kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Nakkan penjelasan ustaz tidak ada usaha kerana terhalang dengan jawatankuasa surau, banyak yang mengata dan mengotakan kata-kata.

Maka sehingga kini generasi demi generasi datang dan pergi, perahu kejahilan masih menebal dan membelenggui orang kampung penulis. Bukan tidak ada usaha penulis dan rakan-rakan penulis dan generasi yang telah sedar, tapi bila dibawa ustaz-ustaz untuk memberi penjelasan ia lebih kepada cop-copan atau label melabel dengan politik kepartian. Bila keadaan ini berlaku maka sekawan kambing akan terus sesat barat dengan aktiviti. Dilabelkan ada aktiviti yang boleh dicampur dan ada aktiviti yang mahu dijauhi. Maka teruslah mereka dengan penuh sesat dan kesesatan.

Kemudian masalah berjiran , dalam kampung ada-ada sahaja mu masam muka dengan orang ini dan itu, orang itu tak betul orang ini betul , ini adalah lumrah asam garam hidup berkampung dan berjiran di kampung. Kalau berjiran di bandar lagilah lainnya mu mu aku aku lagi parah.

Justeru kita sebagai orang Melayu dan Islam yang sering bangga-bangga dan dabik dada kena kaji dan cermin diri. Islam keturunan dan bagaimana ?
Abah.... mula koreksi diri dan insaf diri langit selalu tak cerah

Friday, February 16, 2007

Terima kasih daun keladi ..

Gemparlah seantero Malaya, ungkapan dailog popular filem-filem klasik P Ramlee. Semalam Perdana Menteri berkata, bawah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) Program Lonjakan Perdana Pendidikan Luar Bandar itu turut membela nasib 143,000 guru melalui insentif khas guru pedalaman mengikut lokasi dan kesukaran perkhidmatan. Nilai duit elaun antara RM500 sehingga RM1500 sebulan ke.. rasa setahun la tu.

Tambahnya, mereka turut diberikan elaun ‘balik kampung’ sekali setahun beserta perlindungan insurans selain pembinaan rumah guru yang baru dan menaik taraf perumahan sedia ada.‘‘Guru yang mengajar di kawasan pedalaman ini perlu dibantu dan diberikan insentif kerana mereka menerima arahan dan sanggup berkorban menghadapi kesusahan. Inilah hero kita dalam perkhidmatan perguruan,” ujar beliau.
Maka tidak adalah khabar gembira yang mengembirakan para guru yang puluhan tahun berkhidmat di pedalaman. Penulis berharap penyelarasan dan pemberiaan itu diperjelaskan dengan sejelas oleh pekeliling JPA. Abah ucapakan terima kasih kepada PM dan tahniah dan syabas teruskan khidmat kepada rakan-rakan guru yang banyak menabur khidmat bakti di Sabah dan Sarawak. Guru-guru lain bersikap profesional dan jangan gelabah.
Memanglah kalau nak diulas banyak benda, pahit getir. maka kerajaan amat faham dan cukup memahami. Janganlah kakitangan jabatan lain rasa cemburu, itu aje...

Thursday, February 15, 2007

Siapa Pembela Islam ?

Minggu ini tiada berita sehebat cerita Zulhaidi Omar dari Batu Pahat, yang dikatakan tertukar sejak 29 tahun dahulu. Beliau dipelihara oleh sepasang pasangan Melayu yang bermasalah dan bertindak meninggalkan dia. Kemudian beliau dipelihara oleh sepasang pasangan Cina. Diberitakan oleh media dia tidak gembira dan mahu kembali kepada agama asal ibubapanya iaitu agama Buddha.
Penulis teringat lirik lagu "Kian" , luka sebagai umat islam semakin lama terhiiris tidak siapa yang tahu. Bagaimana 'tsunami' atau krisis nilai kepada umat Islam Malaysia. Rata2 hanya segelintir sahaja yang ada rasa dan perasaan sayu terhadap masa depan kepada Zulhaidi Omar. Harapan kita nak harap kepada sapa ? Jika kes atau hal ini berlaku di dunia luar tentulah tidak macam mana berlaku kat negara kita. Itulah hujah yang paling naif daripada penulis, hujah streotaip dan diulang-ulang.
Janji Allah akhir zaman Islam kembali dagang , kegeldangan dan kedagangan islam, di serlahkan, kita letakkan harapan kepada yang diharap, kita mahukan pulangan dan jagaan kepada pihak yang wajar menjaga, islam tidak terjaga-jaga juga. Tidak usahlah kita menunjuk tangan atau jari telunjuk kepada orang atau pihak yang ditunjuk, kerana itu semua sudah letih. Nampaknya orang yang berkuasa dan ada kuasa pun dah letih ?
Ini kes terpencil mungkin itu jawapan mereka. Berapa banyak kes2 seumpama Zuhaidi Omar dah sedang berlaku, wallahualam bissawab...
Abah.... Allahua akhbar, Allahua akhbar

Main-main atau bermain-main ?

Bila menteri dalam kabinet Malaysia main-main, atau bermain-main dengan tugas serta tanggungjawab. Isunya tidak lah besar sangat iaitu KKDN tawarkan cabutan bertuah sebuah kereta MyVy bagi pemegang bertuah pembuat My Kad satu ketika dahulu. Janji tidak ditunaikan sebaliknya , kementerian yang diambil oleh menteri Baru bangkitkan ia sebagai satu tindakan bodoh. Sebarang bentuk tindakan atau apa sahaja pengucapan kita akan menjadi sejarah dan perisitiwa bersejarah bagi negara. Apatah lagi jika ia dilakukan oleh seorang menteri.
Atas sifat sebagai seorang Islam mengaku salah dan memperbetulkan kesalahan diri atau orang lain adalah baik. Langkah ini amat kita alu-alukan dan hargai. Cuma sedikit sahaja bilangan orang yang mahu mengaku salah dan memperbetulkan kesalahan, apa tah lagi melibatkan urusan dengan orang ramai bagi sesebuah negara.
Rakyat mudah dipermain dan mainkan, umpama seorang budak hingusan, tawarkan benda, gula-gulakan semua tindakan dengan ganjaran, rangsangan, di mana akhirnya rakyat terdidik secara langsung dengan perkara-perkara seumpama itu.
Selepas rakyat dilekakan, dirangsang dan dididik seumpama itu, kerajaan nanti akan marah dengan macam2 yang dilabelkan. Berbudaya makan suaplah, mentaliti subsidi lah, budaya masih lagi bergantung kepada tongkatlah . Semua istilah-istilah di atas adalah untuk dinegatifkan sesuatu bangsa dalam negara itu.
Selepas ini, cakap tidak serupa bikin ini akan berlaku pula dalam pilihanraya umum yang akan datang tidak berapa lama lagi.
Dua berita dan pemberitaan yang berbeda dalam dua buah akhbar berbahasa Melayu. Pertama kegigihan seorang wanita bekerja 18 jam sehari kerana kesempitan hidup di Melaka, bagi membantu suaminya membesar dan menyekolahkan lima daripada enam anak mereka termasuk seorang yang kini menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, Alor Gajah, di sini.

Faridah berkata, dia terpaksa berkerja keras termasuk mengambil upah menjahit baju berikutan pendapatan suaminya yang bekerja memotong rumput secara kontrak tidak mencukupi untuk menampung keperluan dan kehidupan mereka sekeluarga terutama pelajaran anak mereka.Katanya, gaji suaminya hanya RM500 sebulan manakala pendapatan yang diperoleh dengan mengambil upah menjahit baju tidak menentu kerana ia bergantung kepada keadaan.“Bayangkan dengan pendapatan suami saya sebanyak itu, manalah cukup untuk kami hidup dengan selesa anak-beranak kerana perbelanjaan sekolah budak-budak saja lebih dari segalanya.“Tiga anak kami yang belajar di tahun satu, empat dan lima termasuk seorang lagi yang menuntut di tingkatan empat manakala yang paling kecil pula akan memasuki tadika tidak lama lagi,” katanya.Faridah berkata, perbelanjaan persekolahan anak kedua mereka yang menuntut di tingkatan empat untuk sehari saja perlu disiapkan sebanyak RM5 termasuk wang tambang bas dan wang saku. Katanya, itu tidak termasuk perbelanjaan lain bagi anak mereka yang belajar di sekolah rendah dan UiTM.“Kami langsung tidak menerima bantuan bulanan kebajikan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mahupun mana-mana pihak.“Malah, kami juga terpaksa menyewa rumah awam untuk sementara dengan sewa sebanyak RM100 sebulan,” katanya.
Dia mendakwa pernah memohon pinjaman untuk membeli sebuah mesin jahit tetapi ditolak kerana masih mempunyai suami. “Bagaimanapun saya tetap bersyukur apabila terpilih untuk menerima sumbangan bantuan wang tunai daripada Majlis Agama Islam Melaka (Maim) hari ini sebanyak RM200 termasuk sekampit beras dengan bantuan Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) negeri dan ia sekurang-kurangnya dapat meringankan kesulitan yang kami hadapi ini,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di majlis penyampaian sumbangan bantuan kepada fakir miskin di pejabat Maim di Bangunan Graha Maju dekat sini, semalam..
Sementara berita kedua, dilaporkan suami minta gaji isteri sara keluarga. Katanya saya sudah empat tahun mendirikan rumah tangga dan mempunyai dua cahaya mata. Masalahnya suami saya kedekut dan suka mengharapkan duit gaji saya. Oleh kerana dia melihat gaji saya kini hampir sama dengan gajinya, dia menyuarakan hasrat supaya saya membantunya dalam perbelanjaan bulanan. Adakah dia mempunyai hak untuk meminta gaji saya; setakat mana hak suami terhadap saya dan adakah benar dia tidak boleh meminta duit daripada saya. Selain itu, adakah benar sekiranya saya memberinya wang, itu dikira hutang kepadanya; suami saya terlalu kedekut dan bolehkah saya mengambil wangnya untuk membeli keperluan saya dan anak tanpa pengetahuannya. Malah, suami saya juga tidak mahu memberitahu ke mana wang gajinya pergi setiap bulan. Saya pernah meminta dia menyenaraikan segala perbelanjaan tetapi dia enggan.
Makna dua orang isteri yang bebeza latar belakang pendidikan. Mungkin kerana corak hidup yang berbeda. Apa pun itulah asam garam dan realiti dunia. Penulis tidak mahu menghukum antara dua suami dan isteri mereka masing2. Cuma kita mahukan dalam kerukunan hidup terpancar keikhlasan. Kes pertama suami pertama kurang pendidikan, kerja kuat, ikhlas kepada isteri dan anak-anak. Isteri simpati sama-sama bangunkan dan majukan keluarga. Kes kedua suami isteri tinggal dibandar besar, berpendidikan, mahu hidup senang dan glamour kot, masing-masing curiga mencurgailah tu, keikhlasan tiada, pihak masing2 anggap dialah betul dan benar.
Apa pun penulis, mau respon dengan satu artikel dalam akhbar di negara kita dua tiga hari kelmarin. Tajuknya bukan bermakna kekal lama berumahtangga itu hidup berkeluarga berkualiti. Rencana di atas menidakkan macam mana orang zaman era 60 an dan 70an berjaya kekalkan rumahtangga tak bercerai berai keluarga, namun hidup berkeluarga mereka tidak ada kualiti.
Memanglah nilai 'kualiti' adalah mengikut ukuran sezaman. Kita tidak boleh mengklasfikasikan kualiti hidup berkeluarga zaman nenek moyang sama dengan zaman globalisasi. Ukuran sezaman sudah berbeda. Sememangnyalah matlamat akhir kualiti dan kepuasan. Jika jawatan atau kuasa peringkat akhir mahu sebagai PM, pegawai matlamat akhirnya naik pangkat menjadi ketua pengarah. Hartawan matlamat akhir mahu sasarkan ke tahap Jutawan. Pendekata semua orang mahu kejarkan kualiti hidup dalam kehidupan. Seandai matlamat itu tidak tercapai adakah kita nak anggap hidup mereka tadi tiada kualiti. Hatta tugas dan jawatan yang anda pegang kini pun tak kanlah tiada kualiti.
Jika lah kita nak terima begitu. Marilah kita katakan kepada penulis yang menulis artikel berkenaan hal ini , kita katakan tiada kualiti penulis atau wartawan awak zaman ini, berbanding zaman sebelumnya.. kerana mereka (wartawan) mampu menjana dan membuat perubahan, kerana mereka pencetus dan penjana semangat nasionalisme Melayu. Mereka adalah golongan reformis duduk dibarisan hadapan, membangkit dan menjana jati diri bangsa bangun menentang penjajah waktu itu. Berbanding awak(penulis artikel di atas) apa yang awak buat sekadar jurulapor, tidak lebih daripada itu, apa sumbangan anda selain daripada maka gaji. Jika inilah yang kita mahukan kualiti dalam bidang kewartawanan. Cuba awak pulihkan masalah sosial dalam masyarakat dengan cetuskan kesedaran. lakukan perubahan , macam mana ?
Abah.... cermin diri, cari salah orang memang sedap

Wednesday, February 14, 2007

Pemikiranan Ala Sister In Islam (SIS)..

Berita paling menyedihkan untuk dikongsi bersama, ini adalah atas sikap, iaitu sikap tolak ansur. Kita perlukan satu pemahaman dan kefahaman yang jelas. Maka dapat disimpulkan dan digambarkan inilah bentuk dan corak pemikiran sebahagian besar para pembuat dasar dan juga pelaksana dasar.
Isu atau subjeknya begini, ..Guru diminta oleh Ketua Pengarah jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Datuk Azman azmin Hassan memainkan peranan dengan menganjurkan amalan dan kegiatan-kegiatan yang menyatupadukan murid dan menggalakkan mereka berinteraksi secara bebas, bukan memecah-belahkan mereka. Kita tidak mahu timbul isu kerana guru atau ustaz serta ustazah berpandangan sempit dalam soal agama sehingga boleh menjejaskan perpaduan sesama murid, katanya.
Beliau berkata, amalan itu telahpun diberhentikan di semua taman bimbingan kanak-kanak yang ditadbir oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Di tabika-tabika perpaduan, arahan sudah dikeluarkan supaya bacaan doa tidak diamalkan. Ada guru-guru yang berasa seronok apabila kanak-kanak bukan Islam pun boleh mengikut membaca doa, tetapi saya ingatkan mereka bahawa itu sesuatu yang melanggar etika kerana mereka masih kanak-kanak.Kita tidak mahu anak-anak kecil bukan Islam nanti membaca doa apabila pulang ke rumah masing-masing. Ini boleh menyinggung perasaan ibu bapa mereka, katanya.Beliau yang membuat kenyataan itu adalah Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Datuk Azman Amin Hassan.
Walaupun kecil dan nampak kecil, kita sendiri mengaggal dan mengasingkan agama dalam urusan kehidupan. Demi untuk mendapat pujian dan sanjungan yang bukan Islam, kita tidak bersikap sebagai sikap seorang Islam. Jika kita nak membuat bandingan dan membandingkan. Bagaimana kumpulan, pertubuhan, orang-orang atau individu yang beragama lain, berlumba-lumba mengamalkan dan menunjukkan agama mereka dalam setiap sudut dan segi.
Bayangkan semasa kita ada kuasa dan diberi kuasa, kita tidak mampu untuk merencanakan apa-apa yang bawa kebaikan kepada kita. Saya teringat semasa peristiwa satu hari semasa saya dan seorang ustaz berkunjung dan ziarah sahabat ustaz yang bersama-sama saya bertemu dengan seorang Timbalan Mufti di salah sebuah kerajaan negeri. Banyaklah isu dan perkara yang dibualkan, antara yang masih segar dalam ingatan saya, soalan ustaz sahabat saya ini kepada Timbalan Mufti, isunya bab berdoa kepada pemerintah, tanya kenapa dibuat seolah-olah diwajibkan, jika tak baca akan dipecat, surat tunjuk sebab, dan lebih hebat dipanggil ke istana untuk disoal siasat. Jawab Timbalan Mufti tersebut, soalan jawapan berbentuk pertanyaan kepada ustaz sahabat saya , adakah salah kita menasihati atau mengajak pemerintah ke arah kebaikan. Tambahnya sekurang-kurangnya ada bentuk nasihat yang kita berikan, lebih baik daripada kita yang komen itu dan ini maka tidak sumbangkan apa-apa. Katanya lagi saya pelik dengan sikap orang kita.
Maka berbalik kita dengan sikap Dato Ketua Pengarah tadi, atas anjuran tolak doa ini, berpunca dari aduan ke, atau sesaja mahu menjaga perasaan orang lain ke dan kaum lain ke. Pada hal berdoa itu adalah minta kesejahteraan dan kebaikan kepada semua. macam mana boleh memecah belahkan. Jika ditanya kepada ibubapa pelajar2 yang bukan Islam tentu dia pun suka kita , minta doa kesejahteraan sama atas anak dia. Guana boleh tersinggung. Jika dihafalpun maksud doa tentu budak bukan Islam cakap dan minta benda yang sama. Adakah doa ini minta keburukan, bala, minta mati dan mampus bangsa atau umat lain.
Penulis tak faham apa yang ada dalam benak dan kotak kepala Dato Ketua Pengarah. Dalam Pelan Integrasi Nasional tidak sendi ke agamaan kot. Mungkin beliau seorang pelaksana dasar yang hebat. By rule.....
Bantah atau tidak bantah, samada setuju atau tidak bersetuju, empangan Klau akan diteruskan projeknya. Berilah 1001 dengan pelbaai alasan dan hujah. namun pilihannya adalah tetap diteruskan, petaka dan bencana serta musibah ke depan biarlah orang masa itu fikirkan. Inilah bentuk dan jenis pemimpin bersultan di mata, beraja di hati.
Sebenarnya, rakyatlah kena bangkit dan bangun untuk berbuat sesuatu. Bentuknya semacam peringat ALlah SWT berikan tsunami banjir kepada penduduk Johor. Jika kita sekadar membentuk jawatankuasa bertindak, forum melalui media , tindakan ini tidak ke mana.
Maka ikutilah, laporan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar memberi bayangan Projek Empangan Kelau di Raub, Pahang, akan diteruskan kerana ia memberi lebih banyak kebaikan berbanding keburukan.
Menterinya, Datuk Seri Azmi Khalid, berkata kemusnahan flora dan fauna di tapak Empangan Kelau tidak dapat dielak, tetapi projek pembekalan air itu memberi manfaat lebih besar kepada orang ramai terutama rakyat Selangor dan Kuala Lumpur."Memang banyak khazanah tapi kesan EIA (Penilaian Kesan Alam Sekitar) sudah dikaji dan diluluskan, kita tidak boleh elak kemusnahan flora dan fauna kerana alam kita memang begitu banyak."Tapi kebaikannya (projek Empangan Kelau) bila dibandingkan dengan kemusnahan (yang dibawanya)... kalau yang baik lebih besar, kita terpaksa (teruskan projek)," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan agensi swasta di sini, semalam.Hadir sama, Ketua Pengarah FRIM, Datuk Dr Abdul Razak Mohd Ali. Harian Metro sebelum ini melaporkan kira-kira 14,000 penduduk berhampiran tapak pembinaan Empangan Kelau, Pahang, khuatir pelaksanaan projek itu kelak akan memberi kesan negatif terhadap kehidupan mereka pada masa depan termasuk menghadapi kemungkinan banjir besar, selain menjejaskan alam sekitar.Ini kerana, penduduk mendakwa, 16 peratus daripada 1,055 hektar Hutan Simpan Lakum akan ditenggelamkan untuk membolehkan projek empangan itu dilaksanakan.
Pengerusi Badan Bertindak Pemuliharaan Hutan Simpan Lakum, Zubir Harun, berkata tindakan itu akan menjejaskan kualiti udara dan air, mengancam flora dan tumbuhan, menghapus flora dan hidupan liar serta menjadikan kawasan terbabit berisiko tinggi dilanda banjir.Pembinaan empangan itu bagi melaksanakan Projek Penyaluran Air Mentah Antara Negeri dari Pahang ke Selangor (Pahang-Selangor ISRWT) bagi mengelak berlaku krisis air di Lembah Klang pada masa depan.Ditanya apakah kerajaan sudah memberi 'lampu hijau' untuk membangunkan Empangan Kelau, Azmi berkata setakat ini, kerajaan pada dasarnya sudah membuat keputusan cuma tarikh pelaksanaan belum ditentukan lagi.