Thursday, March 01, 2007

wEBLOG ROSLAN SMS


Saksikan kehebatan MalaysiaSaya tidak pasti adakah kita prihatin atau pun tidak, kerana dari 32 ahli kabinet termasuk PM dan TPM, sekarang ini 8 daripada mereka berada di luar negara.PM dan 5 orang anggota kabinet termasuklah Rafidah, Samy Vellu, Mustapha, Abdullah Mat Zain dan Syed Hamid kini berada di Yemen. Najib berada di Saudi manakala Muhyiddin berada di Afrika.Anggota Jemaah Kabinet MalaysiaSoalnya adakah amalan meninggalkan negara dalam jumlah yang ramai sebegini sesuatu yang perlu dan baik untuk negara?Kita bukannya minta tetapi katakanlah negara tiba-tiba dilanda musibah atau diancam keselamatannya, maka siapakah yang akan membuat keputusan dan mengarahkan negara?Siapakah Pemangku PM sekarang? Ong Ka Ting atau Lim Kheng Yaik?Saya kira amalan sebegini perlulah dihentikan.Mengapa contohnya perlu PM dan TPM berada dalam satu rantau yang sama serentak? Tidakkah ini aneh, seolah-olah kepimpinan negara bagaikan berpecah? Saya rasa tidak pernah melihat amalan seumpama ini diamalkan oleh mana-mana negara lain.Mereka memang masing-masing berhak untuk membuat lawatan dan kunjungan luar demi manfaat negara (walaupun tahap kemanfaatan itu masih boleh dipertikaikan) tetapi kenapa perlu pergi serentak berbondong-bondomg begini?Nampaknya semakin hari semakin aneh negara di bawah pimpinan Pak Lah. Kalau manusia berperangai aneh orang kata dah buang tabiat, kalau pemimpin negara?
posted by Roslan SMS 4:34:00 PMComments (14)
* * * * * * * * *
The Star mensensasikan isu murtadIsu masyarakat Islam yang memohon untuk meninggalkan agamanya atau murtad dalam negara ini adalah satu isu yang sangat sensitif dan kalau boleh tidak mahu disensasikan. Ini kerana ianya satu isu yang membawa malu dan aib kepada agama dan jika ditonjolkan secara keterlaluan ia bakal mengundang padah kerana isu agama adalah isu yang boleh mencetuskan ketegangan.Saya kira masyarakat Islam di Malaysia adalah satu kelompok masyarakat yang paling toileran jika dibandigkan dengan masyarakt Islam dunia. Walaupun mereka menganut agama Islam namun mereka boleh hidup di bawah satu bumbung dengan masyarakat bukan Islam yang lain tanpa banyak karenah dan pertikaian. Perayaan dan upacara kepercayaan agama lain dihormati dan tidak diganggu atas sifat tolak-ansur dan muhibbah tadi.Walaupun terhidu asap dari daging khinzir yang disalai dikhalayak ramai di Jalan Petaling atau bau colok dari kuil-kuil termasuklah yang dinyalakan di hadapan rumah (colok zaman moden ini sebesar pemeluk kadangkalanya) dan di pokok serta binaan tertentu atau jalanraya ditutup dan sesak kerana perarakan Thaipusam, mercun yang bingit dan mendesingkan telinga dan berbagai lagi, namun semuanya diterima kerana menghargai kehadiran dan sumbangan semua pihak ke arah pembinaan negara yang dikasihi.Akan tetapi saya perhatikan sejak akhir-akhir ini ada beberapa pihak (saya tidak menuduh semua, tetapi segelintir pihak yang berkepentingan) sengaja mahu menjolok-jolok dan mencabar social equilibrium atau tahap ketenangan sosial ini kononnya atas nama hak asasi sedangkan ianya sebelum ini tidak pernah pun dijolok-jolok sedemikian rupa.Pada hari Sabtu lalu 23 Febuari (keratan akhbar di bawah) akhbar The Star muka 10 dengan gambar warna membawa laporan dengan tajuk:10 siblings want to be listed as Hindus in their MyKad(10 adik beradik mahu disenaraikan sebagai beragama Hindu dalam MyKad mereka)

Konon-kononnya dengan bantuan ahli Parlimen DAP Bukit Mertajama, Chong Eng, seramai 10 adik-beradik yang disenaraikan sebagai beragama Islam dalam MyKad mereka mahu menukar status itu ke agama Hidnu kerana menurut mereka walaupun bapa mereka Ibrahim Noyah 67 beragama Islam namun mereka dibesarkan dalam mengamal gama Hindu.Pada 16 Febuari mereka masing-masing telah mengemukakan pengakuan bersumpah di Mahkamah Majistret Seberang Perai Selatan mengaku bahawa mereka telah mengamalkan agama Hindu sejak lahir.Mereka masing-masing telah berkahwin dengan penganut Hindu (tetapi tak seorang pun telah mendaftarkan perkahwinan mereka itu).Dalam laporan akhbar itu dikatakan bahawa bapa mereka Ibrahim Noyah asalnya telah berkahwin dengan seorang wanita Islam , Sabariah, yang telah meninggal dunia pada tahun 1958. Selepas itu Ibrahim telah berkahwin dengan jirannya M.Nagamah (seorang Hindu) tanpa mendaftarkan perkhawinan itu. Ditulis dalam laporan akhbar itu:He then married M.Nagamah but did not require her to convert(Beliau kemuadian telah mengahwini M.Nagamah tetapi tidak mensyaratkannya menukar agama)Laporan ini sungguh memilukan hati mana-mana penganut Islam kerana bagaimana seorang bapa yang beragam Islam boleh rela dan membenarkan kejadian ini. Dan dalam gambar yang disertakan dengan laporan The Star ini ditunjukkan dalam kumpulan adik-beradik itu hadir Ibrahim bersama (yang ketika itu tidak pula dilaporkan mengalami apa-apa kecacatan)Tiba-tiba selang tiga hari iaitu pada 27 Febuari dimuka 14 akhbar yang sama dilaporkan:Parents of Hindu sibblings want to stay as Muslims(Ibu-bapa adik-beradik Hindu mahu kekal sebagai Muslim)

Menurut laporan ini pula kes murtad adik-beradik ini berubah apabila Ibrahim Noyah, bapa kepada adik-beradik tersebut yang buta penglihatan (pada laporan 24 Febuari tidak langsung dinyatakan yang Ibrahim ini buta) menyatakan bahawa:He was still a Muslim and that his wife M.Nagamah had converted to Islam in 2005 and assumed the name Mariah Abdullah(Beliau masih seorang Muslim dan isterinya M.Nagamah telah pun memeluk agama Islam pada tahun 2005 dan mengambil nama Mariah Abdullah)Apa sudah jadi?Akhbar yang sama yang mensensasikan isu murtad ini tiba-tiba mencanggahi laporan asalnya!Dalam laporan awal dikatakan bahawa M.Nagamah tidak menukar agamanya, bermakna Ibrahim merelakan isterinya kekal sebagai seorang Hindu, tetapi rupanya M.Nagamah telah pun Islam 2 tahun lalu.Perkembangan ini sungguh membimbangkan dan kita mengharapkan agar Jabatan Agama di Pulau Pinang segera mengambil tahu dan bertindak agar kes ini tidak dieksploitasi atau diambil kesempatan oleh mana-mana pihak.Saya boleh percaya bahawa pada ketika laporan awal The Star itu terbit mungkin Ibrahim yang buta itu tidak pun sedar apa yang berlaku, cuma menurut sahaja. Jika tidak masakan kemudian dia mendakwa pula bahawa mahu kekal sebagai Islam dan isterinya juga telah Islam.Kenapa semua pihak membisu dalam isu ini, siapakah yang bertanggungjawab memelihara dan mempertahankan maruah agama dalam hal ini. Kenapa The Star boleh diberi lesen mensensasikan isu murtad ini seolah-olah Malaysia kini begitu terbuka dan mengizinkan penganut Islamnya murtad tanpa apa-apa masalah.Bangkitlah segera dari tidur anda sebelum Allah mencampakkan murka Nya kepada kita.
posted by Roslan SMS 11:09:00 AMComments (17)
* * * * * * * * *
Rasi Yatim pertikai penemuan pakarSejak akhir-akhir ini Rais Yatim bagi saya lebih merupakan seorang penglipur lara lebih dari seorang intelek yang bertaraf menteri. Barangkali beliau benar-benar menjiwai porfolio kebudayaan, kesenian dan warisan yang dijawatnya.Sedangkan beliau merupakan seorang intelek dengan Phd dalam bidang undang-undang, tetapi kenyataan dan reaksi beliau terhadap satu-satu isu kebelakangan ini sungguh lucu dan kadangkala dangkal tidak langsung mencerminkan ilmu dan statusnya.Dr Kahidzir IsmailAkhbar Utusan muka 7 hari ini membawa tajuk:Rais persoal kaedah penyelidikan seksSemalam kita semua dikejutkan dengan hasil kajian seorang Pakar Psikologi Kanak-kanak dan Remaja Dr Khaidzir Ismail dari UKM yang menyatakan bahawa dari 887 pelajar perempuan sekolah menengah yang bermasalah (20 dari setiap sekolah di Selangor) (bermakna lebih kurang 44 sekolah), 886 membuat pengakuan bahawa mereka pernah terlibat dalam kegiatan seks.Hasil kajian ini sepatutnya memberikan amaran kepada semua pihak agar segera bertindak, suluh dan kenal-pasti kelemahan yang perlu diperbaiki kerana angka-angkanya sungguh parah dan membimbangkan lantas ia melibatkan murid di antara 13-18 tahun.Tiba-tiba Rais berkata:Agak pelik bagi saya apabila seramai itu yang disoal semuanya mengaku ya saya buat. Ini (menimbulkan) satu tanda tanya amat berat. Oleh itu bolehlah dikatakan saya mempersoal atau mempertikaikan kaedah penyelidikan itu.Kita yang membaca laporan akhbar semalam dimaklumkan bahawa Dr Khaidzir hanya memilih pelajar-pelajar yang bermasalah dan jumlahnya 20 dari setiap sekolah. Dan mereka yang bermaslah ini dikategorikan sebagai pelajar yang kerap ponteng sekolah, melawan cakap dan sering melakukan salah laku lain serta berlatarbelakangkan keluarga bermasalah.Mengapa Rais mempertikaikannya? Sudahkah Rais sendiri melihat hasil kajian ini? Malah saya kira permasalahn ini sebenarnya tidak pun berkaitand engan portfolio Rais sehingga mendesak beliau untuk membuat kenyataan, biarlah Hishamuddin, biarlah Sharizat atau Radzi yang membuat kenyataan, itu lebih relevan lagi berbanding beliau.Beliau menambah:Kalau orang yang membuat penyelidikan itu hanya mencari jawapan, anda sudah membuat hubungans eksual ke, kalau orang itu jawab belum, dia tak pakai orang itu, tapi akan mencari orang lain untuk menjawab ya. Ini satu hal yang kita kena tengok.Saya kira Rais membuat satu pertuduhan yang amat tidak bertanggungjawab terhadap seorang pakar yang memang ahli dibidangnya.Kalau beginilah rupa seorang menteri negara kita yang bakal menjadi sebuah negara maju dalam masa 13 tahun, maka wajarlah kita menimbang-nimbang untuksegera membuat perubahan.
posted by Roslan SMS 10:11:00 AMComments (10)
* * * * * * * * *
Masih FEEL GOOD lagikah?Apabila indek komposit Bursa Malaysia melonjak ke paras tertinggi atau ALL TIME HIGH sehari selepas cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini, masing-masing pihak mendabik dada, menyatakan bahawa negara berada dalam suasana FEEL GOOD. Maknanya mewah dan sejahtera.Tiada siapa yang mahu mengambil pusing bahawa hakikatnya kenaikan indek itu sebenarnya adalah merupakan lonajkkan REGIONAL atau serantau yang turut melibatkan negara-negara lain dirantau ini.Masing-masing sudah mencongak-congak tarikh pilihnaraya umum dengan menyatakan bahwa inilah masa paling sesuaui untuk PM memanggil pilihnaraya kerana negara kononnya diselubungi mood FEEL GOOD tadi.

No comments: