Thursday, March 01, 2007

Lagi Pertikai Kajian Dr Khaidzir UKM


WAO pertikai kajian UKM fokus seks......
Sebuah pertubuhan wanita hari ini mempertikaikan laporan media mengenai hasil kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mendapati majoriti pelajar perempuan bermasalah disiplin pernah melakukan hubungan seks

Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) menyifatkan laporan media "berat sebelah dan membimbangkan" manakala fokus kajian tersebut terlalu sempit dan mendiskriminasi wanita.
Pegawai programnya Chin Oy Sim mempertikaikan objektif kajian tersebut yang dilihat sebagai satu usaha untuk mengawal kebebasan wanita.

"Idea dalam kajian tersebut menyatakan keruntuhan nilai moral yang teruk di kalangan wanita, tetapi kenapa hanya wanita sahaja yang menjadi sasaran?" katanya, apabila diminta mengulas laporan mengenai "Kajian Profil Remaja Perempuan Risiko Tinggi" yang didedahkan oleh Dr Khaidzir Ismail, pakar psikologi remaja UKM.

Kajian itu mendapati hanya seorang daripada 887 responden yang tidak pernah melakukan hubungan seks.

Golongan yang dikategorikan berisiko ringgi itu adalah pelajar perempuan yang bermasalah disiplin seperti kerap ponteng sekolah dan melawan cakap guru.

Seramai 20 orang responden dari Tingkatan Satu hingga Lima di setiap buah sekolah di Selangor dipilih oleh guru kaunselor mereka untuk kajian selama tiga bulan yang tamat Disember lepas.

Chin turut mempersoalkan premis kajian tersebut yang memfokuskan isu moral."Saya fikir, kajian ini bermula dengan idea nilai moral. Jika mereka hanya mencari jawapan kepada persoalan itu sahaja, sudah tentu mereka menjumpai jawapan yang mereka mahukan, jadi, mungkin ia adalah satu self-fulfilling prophecy sahaja," kata Chin.

Hasil penemuan daripada kajian itu dilaporkan akan diguna oleh kerajaan negeri untuk merangka modul latihan yang "terancang" dan "teliti" untuk diterapkan kepada golongan berkenaan.

Chin menjelaskan, berbeza daripada premis kajian tersebut, WAO meletakkan aktiviti seks sebagai pilihan individu dan tidak mengambil pendirian sama ada seks bercanggah dengan nilai moral.

"Apa yang lebih penting bagi kami adalah kebajikan dan hak pelajar perempuan ini. Dalam laporan akhbar itu dinyatakan kesemua, kecuali seorang pelajar perempuan yang bermasalah itu telah melakukan seks, tetapi adakah mereka tanya jika pelajar perempuan yang cemerlang juga pernah mengadakan hubungan seks?" katanya kepada mStar Online semalam.
"Saya sendiri belum berpeluang meneliti laporan kajian ini. Mungkin juga kajian itu dilakukan secara menyeluruh dan fokus seks itu hanya digembar-gemburkan oleh media, sedangkan ada faktor-faktor lain yang turut dikenal pasti," katanya.
"Jika mengenai seks, mengapa dikaji terhadap pelajar perempuan sahaja sedangkan jika mereka telah melakukan seks, biasanya mereka akan melakukannya dengan pasangan lelaki?"
Chin juga berkata: "Seharusnya dijalankan secara lebih menyeluruh supaya dapat mengenal pasti punca-punca masalah disiplin pelajar dengan bertanya lebih banyak soalan, dengan objektif untuk membantu mereka, bukan hanya fokus kepada perkara seksual sahaja.
"Faktor kemiskinan seperti kemampuan pelajar untuk membeli buku sekolah juga boleh menjadi sebab kepada masalah disiplin."Jelasnya, antara masalah lain yang boleh dikenal pasti daripada kajian sebegitu adalah keyakinan diri, kemahiran komunikasi dan motivasi belajar.
"Jika hendak disediakan modul latihan untuk mereka, perkara inilah yang perlu diberi perhatian."

Menurutnya lagi, program-program penerapan nilai moral tidak efektif untuk menangani masalah disiplin. "Sebaliknya, mereka memerlukan pendedahan tentang seks selamat, penyakit bawaan seks dan bagaimana memilih pasangan yang sesuai."

Laporan media turut menyatakan kebanyakan pelajar itu didapati lemah dari segi kemahiran akademik, komunikasi, keyakinan diri, kawalan diri dan kemahiran penyelesaian masalah.
Ia menyebut kebanyakan daripada pelajar dalam lingkungan 15 hingga 16 tahun itu didapati berasal daripada keluarga bermasalah dan tinggal di rumah kos rendah. Masalah disiplin lain yang dikenal pasti termasuklah mengambil dadah, terlibat dalam kongsi gelap, bahan lucah, judi dan vandalisme.

Dr Khaidzir dipetik dalam laporan itu sebagai berkata dapatan kajian itu adalah satu petunjuk bahawa generasi kini berhadapan dengan masalah sosial yang serius.
Lihatlah kebanyakan pembuat dasar dan orang-orang yang berada dekat dengan pembuat dasar tidak percaya dan yakin. Tidak yakin dan percaya adalah lumrah, macam uamat nabi2 terdahulu bukan senang hendak meyakinkan mereka, tapi bila mana ahli keluarga mereka terjebak dan terkena barulah mereka nak tengadah. Inilah resam manusia, kes ini macamlah kes kajian ASLI dulu, banyak mana pemimpin yang melatah, hakikatnya kekayaan negara kita berlegar kat elit-elit bumiputera , orang kampung dapatlah tengok menara KLCC, MRR2, KLIA, SMART, tol naik, Buaian Terbesar, apa lagi.... ye

No comments: