Moleklah demi kelaangsungn sistem pendidikan negara. Wajar
Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mencadangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya pelajar kelas peperiksaan dibenarkan kembali ke sekolah lebih awal daripada Fasa Ketiga Pelan Pemulihan Negara.
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata, bagi menyokong permohonan itu, KPM juga memohon kepada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) supaya pemberian vaksin kepada guru dan pelajar kategori itu dapat dipercepatkan.
"Namun, ini semua tertakluk kepada keputusan MKN bila anak kelas peperiksaan ini dapat kembali ke sekolah secara bersemuka.
"Urusan vaksinasi pula di bawah JKJAV, maka segala proses itu akan dilaksanakan oleh mereka.
"Dalam konteks pendidikan, kita akan bincang bagaimana kita boleh laksanakan (vaksinasi) di sekolah atau sebagainya dan ini memerlukan penelitian yang lebih mendalam," katanya dalam Wawancara Pelan Pemulihan Negara secara dalam talian, hari ini.
Menurut beliau, setakat ini 36 peratus atau 148,580 guru menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin
MMMMM
KUALA LUMPUR –
Kementerian Pendidikan (KPM) sudah mempunyai kerangka dan akan melaksanakan
prosedur operasi standard (SOP) yang baharu apabila sesi persekolahan dibuka
nanti.
Menteri Pendidikan, Datuk
Dr Radzi Jidin berkata, pelaksanaan SOP itu akan dilaksanakan pada fasa ketiga
Pelan Pemulihan Negara (PPN) namun semuanya tertakluk kepada situasi pada masa
tersebut.
Menurutnya, KPM akan
melihat perkembangan semasa situasi Covid-19 kerana keadaanya yang dinamik dan
pihaknya tidak tahu apa situasi yang bakal berlaku pada fasa ketiga.
Berdasarkan kes lalu,
beliau berkata, risiko jangkitan Covid-19 berlaku di sekolah berasrama.
“Ini berdasarkan data
yang kita lihat. Sekolah asrama susah dikawal memandangkan pelajar tinggal di
situ,” katanya dalam sidang media khas PPN
di sini hari ini.
Ditanya mengenai
pembukaan sesi persekolahan bersemuka, Radzi berkata, KPN tidak akan
terburu-buru dalam membuat keputusan sebaliknya akan mematuhi garis panduan
yang ditetapkan oleh PPN.
Jelas beliau, pemulihan
dari satu fasa ke fasa lain mengambil kira purata kes harian CovidD-19,
penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) serta proses vaksinasi yang
dijalankan.
Ia merupakan tiga nilai
ambang utama yang akan dijadikan ketetapan oleh kerajaan sebelum membuka sesi
persekolahan.