Thursday, April 29, 2010

UM: Menulis biar berpada-pada ?

Antara percaya dan tidak percaya, tetapi bila keluar dalam akhbar Utusan Malaysia, maka conformlah tidak boleh dipercayai. Wow !!!! hebatnya kerajaan PAS Kelantan dan hebatnya penulis blog berkenaan.

Bila dengar macam tu penulisteringatlah apa kata kerajaan Kelantan bayar aje RM4 juta kepada Subky Latif yang lebih pengalaman dan banyak pengalaman serta tulisannya cukup berbiasa daripada penulis blog berkenaan.

Inilah manusia yang merasakan dirinya hebat, anggap orang lain tergila-gila akan kepadanya. walhal allahualam sahaja.Lu fikirlah sendiri ..

Saya terima RM4 juta'

KOTA BHARU 28 April - Seorang penulis blog mengakui menerima peruntukan lebih RM4 juta dalam tempoh tiga tahun bertujuan mewujudkan persepsi buruk bagi melemahkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan memastikan Pas terus kekal memerintah di Kelantan.

Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Kickdefella membuat dakwaan tersebut dalam laman blognya selepas beberapa pihak termasuk Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan mengecam dan mempertikaikan sumbangannya terhadap parti.

Beliau turut mencabar pihak-pihak terbabit supaya menjalankan siasatan berhubung pendedahan itu dan dari mana sumber peruntukan yang disalurkan kepadanya diperoleh.

"Sepanjang hampir tiga tahun berkhidmat di Kelantan, saya telah membelanjakan sejumlah hampir lebih RM4 juta untuk membiayai pelbagai aktiviti termasuklah pembelian aset, peralatan, pembayaran upah operatif, percetakan dan lain-lain yang bertujuan menggerakkan satu Operasi Gerak Saraf.

"Saya tidak mempunyai wang sebanyak itu. Dari mana saya mendapat wang sebanyak itu bagi mengendalikan satu Operasi Gerak Saraf untuk mewujudkan persepsi yang boleh melemahkan Abdullah seterusnya mempermudahkan Pas menewaskan Barisan Nasional (BN) di Kelantan?" katanya.

Beliau mendakwa demikian dalam tulisan di blognya hari ini.

Tulisannya itu merujuk kepada kenyataan oleh Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Ahmad Fadhli Shaari yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas negeri dan tulisan seorang penulis blog yang menyifatkannya sebagai seorang yang kecewa serta membuat pelbagai pembohongan.

Sebelum ini, Syed Azidi yang suatu ketika cukup akrab dengan pimpinan Pas Kelantan turut mendedahkan dokumen mengenai beberapa kepincangan dalam negeri.

Ini bagi mengesahkan dakwaannya berhubung pemohon tender kawasan balak dan hutan simpan memberi sumbangan kepada Pas Kelantan, juga sebahagian daripada syarikat serta individu yang sering mendapat habuan.

Malah beliau juga individu yang menjadi tumpuan ketika isu menantu Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdul Ariffahmi Ab. Rahman yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), dikaitkan dengan isu rasuah.

Syed Azidi pernah bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Awam PMBK dan jawatannya itu ditamatkan pada November 2009.

Syed Azidi turut mencabar penulis blog berkenaan menyiasat dan mendedahkannya sekali dengan nama individu yang membiayai aktiviti gerak saraf itu dan jumlahnya di blog beliau.

Jelasnya, beliau tidak perlu membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana agensi tersebut telah membuat kenyataan bahawa kes melibatkan Nik Abdul Aziz dan Abdul Ariffahmi masih dalam siasatan.

Syed Azidi juga mencabar pihak terbabit supaya membuktikan bahawa beliau kini 'dibela' oleh individu-individu tertentu.

Sementara itu, Syed Azidi ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan menerima peruntukan tersebut daripada beberapa sumber bagaimanapun enggan mendedahkan individu terbabit.

Dakwanya, sehingga sekarang beliau masih memegang beberapa aset yang digunakan untuk tujuan operasi gerak saraf semasa memainkan peranan penting melalui sebuah syarikat berkait dengan multimedia di sini.

"Kunci bangunan dan peralatan yang berharga berjuta ringgit sehingga sekarang masih saya pegang.

"Saya ada bukti siapa yang memberikan peruntukan tersebut," dakwanya.

Monday, April 26, 2010

Sorotan PRK Hulu Selangor: Masa BN kena tunai e janji?

BN banyak janji, Kamalathan kata SAYA mahu tunai janji. Samy Vellu yang malang, dia janji akan bersara jika BN menang. Moral ceritanya banyak mana BN menang banyak itulah makin pecah sesama pemaufakatan 1Malaysia Najib.

Moral ceritanya orang Melayu Hulu Selangor mahu bersarakan Samy. Itupun kalau dia pegang pada janji. Tetapi kebanyakan dan rata-rata pimpinan BN dari UMNO ke MCA dan MIC memang kaki auta. Jangan percaya ...

Sorotan Prk Hulu Selangor: Apa tak percaya ke ?

Ukuran mudah media pro BN. Katanya kemenengan BN adalah tanda Dasar Najib diterima rakyat. Maka mudahnya rakyat kagum dan menerima dasar-dasar kerajaan adalah dengan kemenangan sesuatu parti di sesebuah DUN atau Parlimen. Adakah wajar ? dan bolehkan dijadikan sebagai ukuran dan kesimpulannya ? Jawapannya boleh diterima dan tidak boleh diterima kerana ukuran dan unjuran keputusan dalam politik.

Buat masa ini, kita boleh menerima hujah dan analisis yang dibuat oleh penganalisis di bawah ini. Artikel di bawah ini menyimpulkan bahawa dasar-dasar Najib telah diterima rakyat Malaysia.

Pujian dan sanjungan ini dengan kelekaan Najib tersandung dengan APCO dan peranan APCO dalam mencaturkan strategi UMNO bukan sahaja setakat isu PRK Hulu Selangor, tetapi lebih daripada itu, hasilnya kemenangan Hulu Selangor adalah segala-galanya.

KEMENANGAN calon Barisan Nasional (BN), P. Kamalanathan dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor semalam menunjukkan dasar-dasar yang diumumkan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diterima oleh rakyat. Ia juga membuktikan gagasan 1Malaysia dan Model Ekonomi Baru turut diterima. Walaupun ada yang berkata penerimaan itu tidak mewakili seluruh rakyat Malaysia, namun ia sebenarnya adalah satu permulaan yang baik bagi kerajaan Najib.

Ia juga membuktikan bahawa pengundi di Hulu Selangor semakin bijak memilih antara kaca dan permata. Jika dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 pada 2008, pengundi di kawasan itu menolak calon BN, Datuk G. Palanivel kerana terpengaruh dengan fitnah yang dilemparkan oleh pakatan pembangkang sepanjang kempen PRU Ke-12, namun semalam pengundi yang sama menolak calon PKR kerana menyifatkan perjuangan parti yang diterajui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ada hala tuju yang jelas, selain merasakan mereka telah ditipu apabila segala yang dijanjikan dalam kempen tersebut tidak ditunaikan.

Mungkin pengundi Hulu Selangor mula kecewa dengan PKR kerana para pemimpinnya tidak pernah jemu menabur fitnah terhadap kerajaan BN. Malah, dilaporkan menjelang tarikh akhir berkempen pada tengah malam, 24 April lalu, risalah-risalah fitnah sempat ditabur di beberapa lokasi panas di Hulu Selangor.

Sesungguhnya Allah SWT itu maha adil. Fitnah yang dilemparkan itu memakan diri apabila penduduk Hulu Selangor menolak calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim. Apatah lagi, peribadi Zaid yang didedahkan oleh media alternatif sepanjang kempen pilihan raya kecil itu.

Sebaliknya, kerajaan Najib tetap bersama penduduk Hulu Selangor walaupun ketika wakil rakyat kawasan itu dari PKR, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad masih berkhidmat.

Dari awal lagi, Najib menunjukkan keprihatinan terhadap masalah penduduk Hulu Selangor, misalnya meninjau sendiri masalah penduduk yang mendiami pangsapuri kos rendah di sekitar Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung pada 9 Januari 2010. Pendekatan mesra rakyat yang ditunjukkan itu telah membuahkan hasil di Hulu Selangor.

Syabas kepada pengundi-pengundi Hulu Selangor yang telah membuat keputusan yang tepat. Nampaknya, mereka tidak sanggup lagi hidup di bawah pimpinan PKR yang semakin kucar kacir sejak kebelakangan ini.

Sebenarnya, pakatan pembangkang awal-awal lagi telah menempah 'tiket kekalahan' apabila memilih Zaid yang mempunyai pelbagai kisah yang sudah diketahui umum termasuk rakan-rakan pakatan PKR iaitu DAP dan Pas.

Namun atas semangat setiakawan, Pas terpaksa menerima Zaid dan mengharungi kempen pilihan raya kecil itu dalam keadaan sukar.

Pas yang selama ini berjuang untuk menjaga kesucian agama Islam terpaksa mengikut rentak tari yang dimainkan oleh DAP dan PKR. Akhirnya tindakan Pas itu memakan diri apabila 20 ahlinya di Hulu Selangor keluar parti pada 23 April lalu. Mereka kecewa melihat struktur Pas yang lemah.

Kini keputusan rasmi telah pun dikeluarkan dan Hulu Selangor kembali kepangkuan wakil rakyat BN. Justeru semua parti komponen terutama UMNO, MIC dan MCA perlu bekerja keras untuk membuktikan bahawa apa yang dijanjikan dapat ditunaikan.

Konsep pendekatan mesra rakyat mesti diteruskan memandangkan PRU Ke-13 akan diadakan dalam tempoh sekurang-kurangnya dua tahun dari sekarang.

Pihak yang kalah pula harus menerima kekalahan dengan hati terbuka kerana dalam setiap pertandingan, pasti ada yang kalah dan ada yang menang. Kepada BN dan P. Kamalanathan selamat bertugas.

Begini lah kesudahan saman ke atas Nordin Kardi

Naib Canselor UUM didenda RM5,000

PENGARAH Urusan KIC Management, Azahar Abdul Rahman (kanan) bersama peguamnya, C.V. Krishnadevan di Mahkamah Tinggi Alor Setar semalam.

ALOR SETAR - Mahkamah Tinggi di sini semalam memerintahkan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Tan Sri Dr. Nordin Kardi membayar denda RM5,000 kerana kesalahan menghina mahkamah dalam tempoh dua minggu atau menjalani hukuman penjara sebulan.

KERATAN Kosmo! 19 April 2009.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Zamani Abdul Rahim mengeluarkan perintah itu selepas menolak rayuannya bagi penangguhan pelaksanaan hukuman denda itu sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan.

Pada 3 Februari lepas, Nordin didenda RM5,000 atau penjara sebulan kerana gagal melaksanakan perintah injunksi yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi di sini yang menghalang universiti itu menganjurkan program pengajian Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA).

Nordin yang tidak hadir di mahkamah semalam diwakili peguam K.Valen.

Rakyat sanggup sokong lagi

Perkabaran yang dinantikan BN Kembali Tawan Hulu Selangor. Tiadalah berita yang menyukakan Najib melainkan berita ini. Semalam PRK Hulu Selangor menyaksi pertandingan dua penjuru antara Pakatan Rakyat dan BN. Bagi Pakatan Rakyat diwakili oleh Dato Zaid Ibrahim daripada PKR dan manakala BN oleh Kamalathan daripada MIC.

Keputusannya PKR Hulu Selangor dimemangi oleh BN dengan majoriti undi 1725 undi. Kamalathan Bn mendapat 24,967 undi manakala Zaid Ibrahim Pakatan 23, 272. Dengan sejarahnya terdahulu ketiga-tiga DUN bawah Parlimen Hulu Selangor ini dimemangi oleh BN.

Pembangkang wajar menerima keputusan yang dibuat oleh rakyat Hulu Selangor. Walaupun kita boleh memaparkan 1000 deretan salah guna kuasa, salah laku dan sebagainya. Di mana semua etika, akta , moral dilanggari oleh UMNO BN.

Saturday, April 24, 2010

Malaysia negara kaya !!!!! dengan SLOGAN ?

Mohd. Osman Jailu (kiri) dan Jamaluddin Mohd. Radzi (kanan) dibebaskan daripada pertuduhan rasuah berkaitan projek pembangunan Pusat Bandar Baru Seri Iskandar di Mahkamah Sesyen Ipoh, semalam.

IPOH 23 April - Lima tertuduh termasuk dua bekas Exco kerajaan negeri Perak masing-masing dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini daripada pertuduhan rasuah tanpa dipanggil membela diri.

Dua Exco terbabit ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu, 59, dan ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi, 54.

Mereka kini merupakan ADUN Bebas setelah keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Februari tahun lalu.

Tiga lagi ialah bekas ADUN Bota, Kapten (B) Usaili Alias, 58; bekas Ahli Majlis Daerah Perak Tengah yang juga peniaga, Zul Hassan, 48, dan kontraktor, Fairul Azrim Ismail, 32.

Mereka berlima menghadapi 16 pertuduhan rasuah membabitkan projek pembangunan Pusat Bandar Baru Seri Iskandar.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di pejabat Exco kerajaan negeri Perak, Restoran Kluang Stesen Cafe di sini dan Aquarias Restaurant & Bar, Summit Hotel, Bukit Mertajam di Pulau Pinang di antara 12 Ogos hingga 19 Ogos 2008.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh memutuskan mereka dilepaskan dan dibebaskan setelah pihak pendakwa gagal membuktikan wujudnya kes 'prima facie' untuk memanggil tertuduh membela diri.

''Mahkamah telah meneliti keterangan semua saksi dan mendapati pihak pendakwa gagal membuktikan tuduhan tersebut," katanya.

Sebaik mendengar keputusan itu, semua tertuduh kelihatan gembira dan di kalangan mereka ada yang mengalirkan air mata.

Ahli keluarga tertuduh yang berada di galeri awam juga kelihatan lega sambil berpelukan sesama mereka.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 11(a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana satu lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Shahrullah Khan Nawab Zadah Khan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Seramai 31 saksi telah dipanggil untuk memberikan keterangan sejak 12 Oktober tahun lalu.

Tertuduh pula diwakili oleh barisan peguam bela, Surjan Singh, Abdul Roni Abdul Rahman, M. Saravanan dan Mohd. Asri Othman.

Sementara itu, Mohd. Shahrullah Khan berkata, pihaknya akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan itu ke Mahkamah Tinggi dalam tempoh terdekat.

Friday, April 23, 2010

Isu APCO dan kepentingan rakyat mana didahulukan ?

Ketua Whip BN di Parlimen merestui Anwar dihadapkan ke Jawatankuasa Hak Disiplin Parlimen, atas kelakuan Anwar dalam Dewan Rakyat menuduh kerajaan dan UMNO bersengkokol dengan Yahudi melalui APCO.

Kerajaan tiada hujah, Anwar membangkitkan isu ini kerana menjaga kepentingan rakyat. Ini kerana Yahudi bukan sahaja musuh rakyat Malaysia, tetapi terang terangan melawan Allah dan umat Islam.

Lebih memelikkan kita kenapa dan mengapa terjahan Anwar dilihat sebagai sesuatu yang mengancam mereka (UMNO) Walhal mereka adalah kerajaan dan mereka adalah ada kuasa. Ini kerana kuasa adalah segala-galanya bagi mereka.

Seingat dan setahu kita, kita sesuatu usul dibuat mestilah libatkan 3 kreteria perkara iaitu perlu disegerakan, kepentingan awam dan mendesak. Apa sangat kes Anwar tersebut ?

Jadi inilah gelagat puak dan juak UMNO. Memalukan cara gaya politik kita. Diperlekehkan oleh kaum imigran yang kita marah kerana sudah membuat kontrak sosial dengan mereka itu.

Wednesday, April 21, 2010

HINA AL QURAN: MELAMPAU DAN KETERLALUAN

Lihatlah apa yang di lakukan oleh org DENMARK terhadap Al- QUR’AN….betapa mereka membenci dan menghina Islam, sehingga kitab suci kita diperlakukan sebegitu rupa….Masyaallah terguris hati ini…. Haruskah kita membiarkan sebegitu saja… Dimana rasa KASIH dan CINTA kita pada ALLAH, bila kalamnya yg SUCI dihina sebegitu rupa… Masihkah ada setitis iman dan hasih kita kpd ALLAH dalam jiwa kita… Jika jawapannya YA..Marilah kita sama-sama melakukan apa yg terdaya kita lakukan dgn memboikot semua barangan dan produk-produk keluaran DENMARK sebagai BUKTI kepada penyataan iman dan kasih kita kpd ALLAH, bila bertemu dgn ALLAH di akhirat kelak. Moga ALLAH akan memelihara kita di AKHIRAT kelak dari azabnya yang amat dahsyat dan pedih..AMIN…..

----- Forwarded Message ----

---
@
SEE WHAT'S HAPPENING IN DENMARK !

.

Translation:

If you have Imaan, as from today boycott products of Denmark….your Imaan is very important and valuable…..
You can live without these things but without Quran there is no life.

Tuesday, April 20, 2010

Episod keluar yang mengelikan ?

Sesi keluar masuk dan masuk keluar memang mendapat tempat dan perhatian muktahir ini. Khasnya daripada parti-parti politik yang mahu bertanding. Fokus isu kini mendapat perhatian kita adalah di PRK Hulu Selangor.
Trend ini dapat dikesan buat masa ini yang keluar partinya dan masuk parti pemerintah yang busuk masih orang 'mahu masuk' datang daripada parti PKR -parti yang bertanding. Situasi sama juga akan berlaku kepada DAP bilamana PRK Sibu nanti.
Justeru kita sebagai orang yang sihat minda dan fizikal serta waras tentulah dapat membuat pertimbangan yang wajar. Rasional kita akan memilih untuk berada dalam kumpulan baik atau orang baik sebagai kawan kita. Mana ada orang yang berada di luar sana memilih untuk berkampung bersama orang yang jahat dan rosak akhlaknya. Kecuali orang gila sahaja mahu berbuat keputusan begitu.
Hari ini, dua betina PKR Perak katanya mahu masuk kumpulan 'busuk lagi membusukkan itu'. Peliknya yang keluar PKR semua pemimpin, maknanya jem dan lumpuh PKR dibuatnya dengan senario ini.

Saturday, April 17, 2010

Isu Zaid : Mahu cakap mahu fikirlah dulu

Bila bekas ketua Pemuda PAS Pulau Pinang memberi reaksi dan komen kepada media hari ini yang menempelak dan menolak calon Pakatan Rakyat kebetulan yang diwakili oleh seorang manusia bernama Zaid Ibrahim seorang pengamal undang-undang yang kontroversi satu ketika dahulu.
Gara-gara tindakan beliau 10 tahun dahulu semasa dalam UMNO menfailkan saman terhadap kerajaan Kelantan kerana mahu melaksanakan Hukum Hudud oleh kerajaan negeri inilah yang dipersoalkan oleh Bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang ini.
Bekas ketua Pemuda PAS ini adalah seorang ustaz, menurut pandangan ilmunya yang beliau ada adalah sesuatu yang 'cukup besar' kelakuan dan perlakuan Zaid kerana berani melawan Hukum Allah. maka kita sekali fikir akan menerima pandangan dan pendirian ustaz ini.
Tetapi bilamana kita, reverse kembali , sirah ada mengajar kita bagaimana Saidina Umar yang sebelum Islam adalah cukup kuat melawan Islam, akhir menerima Islam dan akhirnya menjadi lebih kuat Islam dariapada orang islam yang awal menerima Islam. Bayangkan
Kita bukanlah bermaksud meletakkan Zaid sama taraf dengan saidina Umar, cuma sekadar contoh.
Selain itu, bagaimana percaturan strategi dan ruang yang dibuka oleh bekas ketua pemuda yang bersifat peribadi itu akan merugikan perjuangan Pakatan Rakyat, menjejaskan peluang, memberi ruang dan peluru tanggung kepada UMNO bagi menyerang balas.
Akhirnya kita yang hendak ke Islam ini jugalah yang rugi. Kemenangan islam menjadi lambat. Melambatkan semuanya maka tindakan kita ada kesan belaka dan memberi kesan belaka.
Maka lain kali mahu pikiqlah dulu...

Pengerusi SPR yang dungu ?

Telefon bimbit, hilang, pemuda kita cedera, terpaksa di bawa ke hospital. Inilah kata jurucakap UMNO kepada media. Dan media walaupun sudah menyiarkan berita terdahulu, menyiarkan semula cerita kekecohan semasa penamaan calon di Hulu Selangor.

Ini memang agenda, media dan dilaporkan S Samy Vellu yang hebat 'cedera' kerana terlanggar kawat duri yang dipasang oleh pihak berkuasa bagi menghalang rusuhan.

Sebelumnya TPM dengan penuh yakin dan angkuh yakin akan merampas kerusi ini daripada PKR. Bagi TPM kerusi Hulu Selangor adalah segala-galanya. Dan dalam masa yang sama pengerusi SPR sebelum ini menempelak kerja , bersungguh-sungguh dan bermati-matian untuk dapatkan kerusi ini bukan lah perjuangan hidup mati.

Inilah pandangan dangkal pengerusi SPR yang sempit dan dungu. Kuasa eksekutif ini adalah penting kerana 1kerusi Hulu Selangor dikira 1suara dalam membuat dasar-dasar negara dan mencaturkan negara pada masa depan.

bayangkan jika kita dihujung kampung, berteriaklah sampai keluar anak tekak mahukan itu ini, dan Islam. Maka ke mana Islam boleh pergi. Bayangkan hukuman sebat ke atas Kartika yang telah dijatuhi hukuman, boleh diubah kerana apa, kerana ada kuasa.

Inilah namanya kuasa, janganlah pengerusi SPR ini dungu sangat .

Melayu: Terancam bawah siapa ?

Proses penamaan calon sudah selesai bagi PRK Hulu Selangor sudah selesai. Ada 4 calon iaitu 1 daripada PKR 1 daripada BN dan 2 Bebas. Ringkasnya 2 calon Melayu dan berlawan dengan 2 calon berbangsa India. Pakatan Rakyat membuktikan segala-galanya kepada rakyat Malaysia. Siapa bela siapa ? Siapa didahulukan , pencapaian siapa diutamakan ?

Kawasan parlimen ini majoriti pengundi adalah orang melayu. Sebelum PRU 12 ia diwakili oleh Dato Palanivel daripada MIC. Namun selepas PRU 12 Palanivel dikalahkan oleh calon Melayu daripada PKR iaitu Dato Zainal Abidin Ahmad dengan majoriti undi kurang 200 undi.

Jelas perjuangan Pakatan Rakyat lebih terbuka dan lebih jelas hala tujunya, walaupun sering dikencam, bantal sama mimpi lain-lain. Lihat orang yang bantal sama dan mimpi sama apa yang dibuat dengan kerusi Hulu Selangor sebelumnya ?

PKR khasnya dan Pakatan Rakyat amnya, berjaya menjiwai perjuangan Melayu bilamana memberi jawapan selama ini kerusi orang Melayu juga tiada masalah , dan sepatutnya kawasan ramai kaum tertentu maka wajarlah diwakili oleh kaum majoriti tersebut. Justeru tempelakkan mengatakan masa depan orang Melayu terancam , diancam, tergugat dan gelap masa depan adalah omongan palsu dan satu bentuk penipuan UMNO semata-mata, jika duduk bawah Pakatan.

UMNOlah sebenarnya adalah pengadai masa depan Melayu dan pengharapan orang Melayu untuk mempertahankan masa depan Melayu sudah tamat dan berakhir. Justeru itu, Perkasa dan Perkasam ditubuh bagi memeram dan memenjara Melayu bawah NGO sanjungan Dr M ini.

Imej dan pemimpin

Bila Dato Tuan berkata, katanya adalah pandangan, maka pandangannya adalah pandangan parti, imejnya adalah imej parti, pembawaannya adalah pembawaan parti.

Banyak reaksi terhadap pandangan, walau apa pun kesannya tidaklah dapat mempengaruhi pengundian di Hulu Selangor, rakyat akar umbi tidak akan faham dan dapat memahaminya situasi ini.

Namun imej dan penampilan Dato Tuan sebagai pemimpin masa depan PAS akan tercalar jika kenyataan beliau tidak berhati-hati. Para penyokong dan pengamal pilihanraya yang yakin dengan amalan sistem ini akan mempertahankannya.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berpendapat sistem pilihan raya kecil (PRK) di negara ini wajar dihentikan dan diganti dengan pemilihan terus wakil dari parti yang telah menang pada pilihan raya umum (PRU).

Memberi pandangan melalui blognya, beliau berkata proses PRK yang diamal pada waktu ini sangat bercelaru sehingga menimbulkan kecaman dan kritikan pelbagai pihak.

"Bilamana berlaku sebarang kematian kepada wakil rakyat, maka apakah perlu diadakan pilihanraya semula bagi menggantikannya? Saya berpendapat bahawa parti politik yang memenangi pilihanraya umum berhak menamakan terus pengganti, sebagaimana yang dijalankan di negara jiran tanpa memerlukan pilihanraya kecil.

"Isu undi pos, sistem kawalan penggunaan jentera kerajaan dalam pilihanraya, isu rasuah dan sogokan, pengisytiharan pelbagai projek setelah pembubaran Dewan Rakyat, dan isu penggunaan media rasmi sebagai media kempen oleh parti pemerintah adalah antara pelbagai isu yang memerlukan kesungguhan dan ketegasan SPR bagi melahirkan keadilan dalam sistem pilihanraya di negara ini," tulisnya.

Selain pelanggaran peraturan, pilihan raya kecil juga ujarnya merupakan medan berleluasanya amalan rasuah apabila pelbagai janji ditabur dan jutaan peruntukan diluluskan.

Kesannya menyebabkan pengundi tidak lagi memilih wakil mereka secara tenang dan jujur, bahkan ianya banyak dipengaruhi oleh suasana pada hari pengundian.

"Rakyat digula-gulakan setiap kali PRK; sehingga ada kata-kata sinis “kalau inginkan pembangunan segera, doakan kematian wakil rakyat," tulisnya lanjut.

Selain itu, cadangan lantikan terus dari parti yang menang juga jelasnya mampu menyelesaikan permasalahan wakil rakyat lompat parti kerana kaedah itu memberi lebih kuasa dan hak kepada parti yang telah menang pada PRU.

"Saya berpendapat sebarang tindakan melompat parti, bermakna wakil tersebut telah hilang kalayakan sebagai wakil rakyat, dan kekosongan kerusi hendaklah diisi oleh parti yang memenanginya dalam PRU. Sistem pilihanraya di Malaysia yang menjadikan asas kepada parti bukan individu mesti diiktiraf dan dilayan secara adil," jelasnya lagi.

Sehubungan itu, kewajaran mengadakan PRK tegasnya perlu dinilai semula atau negara beralih memikirkan kaedah baru yang mampu memnyelesaikan permasalahan tersebut.

PRK Hulu Selangor : UMNO memang gila dan sasau

UMNO BN dulu kata dia bijak. Bila Pak Lah hilang 'kawalan' ke atas semua orang termasuk ahli kabinet, parti komponen. Maka sibuk 1Malaysia semua pakat dan gerakkan usaha mahu jatuhkan Pak Lah. Alasan gagal dan hilang kawalan.

Hari ini, di bawah Najib 1Malaysia, UMNO BN gagal kawal. Bahang kemarahan nya kerana dua calon Bebas mencalonkan diri masuk dalam PRK Hulu Selangor. Seorang Johari AJK Pemuda Bahagian Shah Alam dan Vindran AJK MIC .

Paling cepat KJ menantu Pak Lah, akan memecat si Johari. Inilah UMNO cara menjatuhkan hukum. Bukan melalui saluran parti tetapi melalui saluran hati. Sepatutnya si Johari diberikan masa dan surat tunjuk sebab, kenapa dan mengapa berbuat demikian.

Tetapi undang-undang UMNO berajakan dihati, bersultan nafsu mereka bertindak sesuka hati. Macam nilah perangai depa, semasa memerintah dan urus tadbir nagara.

Thursday, April 15, 2010

Antara seorang Guru dan Mawi di boo

Seorang guru tua, telah diboo oleh satu floor pelajar di satu majlis, selepas beliau bertindak merotan palajar yang nakal. Akibat diboo guru tua berkenaan bertindak menempeleng dua 'pelajar nakal' tadi. Pelajar lain terlepas, kerana jumlah mereka yang ramai dan mana mungkin dikenakan hukuman kepada 1000 orang yang lain.

Tindakan guru mengundang kemarahan kepada ibubapa yang anak nyaa terlibat tadi. Ibubapa yang anaknya terhukum bertindak datang ke sekolah lalu menyerang pihak sekolah. Malah beliau bertindak melaporkan kepada pihak polis tanpa mendapat penjelasan terlebih dahulu daripada pihak sekolah dan guru yang terlibat.

Pihak polis terus bertindak membuat siasatan. Hasil perundingan 3 pihak sekolah, polis dan gurupelajar terloibat di selesaikan. Namun ibubapa yang anaknya salah seorang yang mengeboo guru tadi enggan menerima penyelesaian tersebut. Malah beliau mencabar guru berkenaan supaya jika tidak tahan diboo, sila menoreh getah an berhenti menjadi seorang guru.

Itulah kesan daripada mengeboo...

Mawi Mencari Jawapan Di'boo'
Mawi bersedia menempuhi zaman kejatuhannya- Foto THE STAR oleh AZMAN GHANI

PERISTIWA di'boo' penonton ketika malam Anugerah Bintang popular yang berlangsung baru-baru ini, penyanyi dan penerbit, Asmawi Ani memberitahu perkara tersebut masih menimbulkan persoalan kepadanya.

Menurut penyanyi kelahiran Felda Taib Andak, Johor, ini, dia keliru dan tertanya-tanya kenapa perkara begitu berlaku kepadanya di dalam majlis yang gilang gemilang itu.

"Saya sendiri tertanya-tanya kenapa perkara begitu boleh terjadi kepada saya, saya tidak buat salah. Secara jujur kalau boleh saya nak tahu jawapannya.

"Bagi saya kalau mereka tidak suka, tidak perlu 'boo'. Sebab kita datang ke sesebuah majlis adalah untuk memeriahkan majlis dan beri sokongan bukan untuk merosakkan atau memalukan orang.

"Saya sedih sebab sebelum ini belum pernah terjadi perkara-perkara sebegitu dan saya harap ia tidak berulang pada majlis anugerah yang akan datang," ujarnya yang bakal mengadakan persembahan pada Anugerah Industri Muzik akan datang.

Dalam pada itu, Mawi yang baru sahaja keluar dengan produk terbarunya, telemovie Jiwa Kacau pada 11 April lalu memberitahu pembabitannya dalam bidang produksi adalah sebagai langkah untuk masa akan datang.

Mawi dan isterinya, Ekin.

"Industri hiburan terlalu besar, bukan hanya bidang nyanyian sahaja. Saya cuba beralih ke bidang produksi bagi memantapkan lagi empayar saya.

"Saya mahu peminat saya tahu saya masih aktif dalam industri ini. Saya juga terfikir tak kan mahu menyanyi sampai tua," jelasnya.

Selain itu, ketika ditanya tentang populariti yang semakin menurun, Mawi memberitahu dia sudah bersedia menghadapinya.

"Sebelum saya menjadi artis, saya berada di bawah jadi kalau sekalipun saya jatuh dan tidak popular saya tidak rasa terkejut sebab saya pernah melaluinya.

"Hidup ini seperti roda, kadang kala kita berada di atas dan kadang kala di bawah, saya perlu menerimanya sebab itulah lumrah kehidupan," ujarnya.

Raja SMS ini turut mengakui hal-hal peribadinya sedikit sebanyak menyumbang kepada kejatuhannya.

"Saya akui hal peribadi saya memberi kesan sampingan kepada populariti namun ia bukan faktor utama. Saya sedar tahun lalu saya agak slow sedikit.

"Insya Allah tahun ini saya akan keluar dengan lebih banyak drama dan sebuah album duet dan filem Magika," katanya.

Malaysia Tanah air ku

Berita dan paparan di bawah tidak mempelikkan kita di Malaysia. Kerana kes yang berlaku adalah terpencil sahaja. Meminjam ayat yang selalu menteri gunakan. Apa yang mahu dihairankan sedangkan enjin jet yang besar boleh hilang, duit BMF RM2 billion sampai sekarang tidak 'dijumpai' , apalah ada dengan kes 'buat lokasi filem' ?

Penerbit filem asing dipercayai menjadikan Taman Negara sebagai lokasi pembikinan filem lucah.

KAWASAN yang didakwa menjadi lokasi penggambaran filem lucah di Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut.

Penggambaran tersebut dikatakan dilakukan dengan melibatkan pelakonnya berbogel di Taman Negara Kuala Tahan di sini sehingga mencetuskan kemarahan penduduk tempatan.

Ketua Pemuda UMNO Jerantut, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak mendedahkan, penggambaran seumpama itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia memberikan imej buruk kepada negara.

“Saya menerima aduan daripada penduduk dan semasa membuat lawatan mengejut di situ awal April lalu, saya telah melihat sendiri beberapa adegan yang tidak sepatutnya.

“Malangnya, pengarah produksi asing berkenaan tetap berkeras mengatakan adegan itu tidak menyalahi budaya tempatan dan sebahagian merupakan arahannya,” kata beliau semasa ditemui pemberita.

p/s: Satu lagi perkara yang boleh mendatangkan bala kepada negara ini. Dan nampaknya Malaysia dah semakin terserlah maju kehadapan seiring dengan negara-nagara barat.

Tuesday, April 13, 2010

Tulisan Khalid Samad ada respon BH

Artikel ini mendapat liputan akhbar Berita Harian hari ini (13 April 2010)

Saturday, April 10, 2010

Respon Kepada Pengunjung Mac - Bahagian 3

5. Artikel saya (Bukti kejujuran terhadap PR) sememangnya mempunyai serampang banyak mata. Yang penting ialah mempelajari dari pengalaman yang ada dan dari sahabat dan rakan perjuangan. Di antara yang perlu dipelajari ialah semua perlu ketepikan ‘kepentingan’ diri demi mencapai persepakatan yang lebih mantap. Contoh-contoh yang saya berikan adalah berasaskan fakta. Bagaimana PKR dan DAP mengenepikan kepentingan parti demi PR. Tetapi, kalau ada yang terasa, memang itulah tujuannya pun. Untuk Pakatan kukuh, setiap parti mesti sanggup mengutamakan kepentingan PR tanpa mengorbankan dasar parti sendiri dan tidak bersikap ‘mementingkan diri’.

‘Kepentingan’ dan ‘dasar’ ini tidak sama. Ini yang ramai tidak faham yang mungkin menganggap perjuangan PAS adalah perjuangan untuk ‘kepentingan’ PAS. Sebenarnya PAS memperjuangkan dasarnya iaitu Islam, bukan kepentingannya seperti mahu MB mesti dari PAS, walaupun hanya 8 kerusi atau hendak menjadi Ketua Pembangkang mesti dari PAS dan sebagainya. Perjuangan di dalam PAS bukanlah untuk jawatan tetapi untuk menentukan jalan ke arah kefahaman dan kebangkitan Islam di buka luas. Pada masa yang sama PAS ingin menzahirkan keadilan Islam dan kelebihan pejuang Islam, termasuk dalam adab berkawan dan berpakat. Dengan itu akan tersebar luas kefahaman dan pengaruh Islam sebagai cara hidup dengan membawa perubahan dalam pemikiran rakyat, mengubah persepsi rakyat (Islam dan bukan Islam) terhadap Islam sehingga akhirnya memungkinkan Islam menjadi asas kepada pemerintahan yang akan mampu menjamin kesejahteraan ummat Islam dan yang bukan Islam.

Di atas keyakinan bahawa PR tidak menghalang usaha ini, maka PAS bersama mereka. Pada masa sama PAS memerintah dengan melaksanakan prinsip ‘good governance’ yang dituntut Islam. Yang pasti, PAS tidak boleh buat ini semua sekiranya bersama UMNO/BN.

Dominasi Islam bukan sesuatu yang hendak dituntut atau dilaung-laungkan. Teriak macam budak kecil yang tidak diberi apa yang dikehendakinya. Pemikiran Islam memang tidak dominan sekarang, itu hakikatnya dan kita berusaha untuk mengubah keadaaan ini. Pemikiran Islam mestilah menjadi yang dominan sebelum kita boleh mendapat sokongan untuk memerintah berdasarkan Islam.

Saya sebenarnya hairan dengan golongan yang melaung-laungkan slogan “Islam mesti dominan” tetapi sikap dan tindakan mereka begitu meloyakan mata yang memandang. Mereka anggap Islam akan menjadi dominan atas desakan dan ugutan mereka sedangkan tindakan mereka menghalau orang dari Islam. Ini termasuklah sikap mementingkan diri semasa di dalam pakatan. Sikap sebegini akan menyebabkan rakan yang lain tidak tertarik kepada PAS dan oleh itu dengan kepada Islam itu sendiri. Atau apakah perkara ini dianggap bukan urusan kita? Hati manusia, urusan Allah. Maka serahkan sahaja kepada Allah? Dan buat ikut suka hati atas nama Islam, walaupun perangai dan adab meloyakan, tidak mencerminkan Islam pun tidak mengapa. Ini kerana walaupun perangai meloyakan, Allah akan tetap menjadikan siapa yang dikehendakiNya Muslim!

Ya, memang benar, tetapi bersiap sedialah kita apabila berhadapan dengan Allah! Kerana kita menjadi penghalang kepada manusia yang hendak ke jalan Allah.

Juga memang benar, jemaah penting dan harapan saya ialah jemaah memahami bahawa tugas sebagai ahli jemaah gerakkan Islam adalah untuk menarik manusia kepada Islam melalui akhlak yang baik. Termasuk akhlak yang baik adalah adab berpakat, kesetiaan dan kejujuran, mengorbankan kepentingan demi pakatan yang dipersetujui dan sebagainya. Ini akan memikat hati mereka yang bersama dan seterusnya kepada Islam itu sendiri.

Walaubagaimanapun, jika PAS merasakan dengan berada dicdalam PR ini merugikan, maka keluar sahajalah dan jangan khianat. Tetapi, apabila di dalam pakatan, bertindak jujur dan ikhlas terhadap Pakatan, jangan menjadi gunting dalam lipatan atau bagaikan biawak hidup. Tercemar imej Islam. Bersama PR merupakan keputusan jemaah dan mengukuhkan PR juga keputusan jemaah. Maka laksanakan dengan jujur dengan kefahaman jelas terhadap proses perubahan yang saya nyatakan tadi. Jikalau tidak bersetuju dengan keputusan jemaah, diam atau keluar. Jangan sekali-kali menimbulkan masalah dalam jemaah dengan adanya ‘agenda sendiri’.

Masyarakat Jahilliyah zaman Rasulullah (SAW) jauh lebih teruk dari masyarakat Melayu, Tiong Hua dan Hindu hari ini. Mereka menanam anak-anak perempuan mereka hidup-hidup! Namun akhirnya menjadi Islam atas sebab kebenaran risalah dan ketinggian akhlak ummat Islam. Kebenaran dan ketinggian ini dizahirkan bukan dislogankan atau didesak untuk diperakui.

Saya penuh yakin, insyaAllah jika kita mampu menghayati dasar Islam yang sebenar, masyarakat Melayu, Tiong Hua dan Hindu akan tertarik kepada Islam dan memeluknya dengan sebenarnya secara rela hati. Atau itu bukan urusan kita juga?

Sdr Ali Zaidan pula berkata, “Pakai falsafah politik sesat kau ni, masa DAP sokong Pope time Pope buat statement kurang ajar kepada Islam dulu, kita kena sokong DAP la kan? Maklum la, persahabatan dengan DAP ni kita kena letak atas kepala.”

Inilah orang yang tidak mahu faham. Benarkah DAP menyokong kenyataan Pope yang menghina Islam? Kalau UMNO sokong saya boleh percaya pasal UMNO sering menghina Islam.Kalau ianya benar, kita kena sanggah. Dan kita nasihati DAP. Saya kata korbankan ‘kepentingan’ bukan ‘dasar’.

Saya tidak kata letak PR atas kepala dan PAS atas bahu. Hakikatnya perumpamaan itu tidak wajar. PR adalah keputusan PAS. Kalau dengan meletakkan PR di atas bahu dengan sendirinya kita memperkecilkan keputusan PAS. Bahawa ianya tidak penting dan boleh diketepikan bila-bila masa atas alasan ianya hanya atas bahu. Maka ketepikan PR sekiranya PAS kata kita ketepikan bukan apabila ada yang berkepentingan minta ianya diketepikan. Namun saya yakin kita tidak akan ketepikan kerana mereka tidak pernah bertindak khianat terhadap kita. Tidak wajar kita pula menunggu-nunggu alasan untuk mengkhianati mereka.

6. Dalam Isu Natrah pula saya ucapkan terima kasih pada yang menegur, iaitu Sdr Hasbullah Pit dan Ali Zaidan, yang memaklumkan bahawa ianya PKMM dan bukan KMM. Sebenarnya artikel tersebut adalah petikan dari harakahdaily, bukan tulisan saya sendiri. Ianya hasil dari temuramah di pejabat saya. Ada beberapa kesilapan tetapi secara dasarnya OK. Tetapi mengenai soal KMM, itu silap saya.

Kedua, ianya juga benar bahawa Prof Dr. Burhanuddin tidak ditahan pada ketika isu ini menggelegak. Saya pun tidak sebut begitu. Namun peranannya pada ketika itu, dalam peristiwa tersebut, semestinya diambil kira oleh pihak British apabila beliau ditahan kemudiannya.

Walaubagaimanapun, perkara yang terpenting ialah UMNO tidak melakukan apa-apa sama sekali dan oleh itu tidak layak bagi Muhyiddin menggunakannya sebagai bukti orang Melayu serta organisasi Melayu bersatu dalam peristiwa berkenaan. Yang cuba menggambarkan seolah-olah bersatu di bawah kepimpinan UMNO. Inilah perkara yang ingin saya ketengahkan dan wajar diketahui oleh masyarakat umum. Ianya bukan juga merupakan hujjah untuk memungkinkan penyatuan di antara PAS dan UMNO seperti yang ingin diutarakan oleh Muhyiddin dan mereka-mereka yang termakan dengan mainan silap matanya.

Ikuti juga Bahagian 1 dan Bahagian 2 Respon Kepada Pengunjung Mac.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Najib Obama : Siapa jumpa siapa

Antara kebanggaan dan kemegahan pimpinan dunia , bilamana dapat bertemu muka dan berbincang dengan Presiden AS. Berjumpa dan berbincang dengan Obama adalah menjadi agenda pimpinan dunia.

Samada perjumpaan itu diatur atau diagendakan secara diplomatik tanpa niat apa-apa menandakan kehebatan pimpinan itu.

Monday, April 12, 2010

Situasi di Thailand Malaysia bagaimana ?

Gambar di atas adalah kesan tindakan Kumpulan Baju Merah. Atau kumpulan Pembangkang di Thailand yang tidak berpuashati dengan kerajaan pimpinan Abashit. Ini adalah perkara biasa dan rakyat dan pemerintah sendiri sudah biasa. Di katakan menjadi aman selepasnya.

Bayangkan jika situasi ini berlaku di Malaysia lah. Apa ceritanya...bayangkan...bayangkan ?

Sunday, April 11, 2010

APCO atau UMNO yang bahaya ?

Hari sudah masuk 3 report kepada Polis oleh Pemuda Pakatan berhubung isu APCO dan 12 report berhubung Anwar terdahulunya oleh Pemuda UMNO kepada pihak polis berhubung rancangan 16 September Anwar.

Kedua-dua report itu dibuat oleh parti politik yang berbeda. Kini siasatan mana yang harus disegerakan atau didahulukan. kedua-duanya melibatkan kepetingan umum yang perlu disegerakan. memmenuhi belaka tuntutan yang mendesak serta melibatkan kepentingan umum atau awam.

Jika polis kita pro maka kedua-dua report akan disiasat. Jika polis tidak pro dan memihak. Maka kita boleh menjangkakan arah kerja menyiasatnya mereka.

Bagi kita isu APCO adalah isu yang cukup berat. Kita malu bernegara dan berpemimpin seperti pemimpin yang ada. Masuk Yahudi atau israel dalam hal ehwal negara adalah cukup bahaya. Kerana segala-gala maklumat negara tergadai. Negara kita akan terjajah kemudian lebih dahsyat bagi kali kedua oleh bangsa yang sekutu dan serupa dengan nya.

Saturday, April 10, 2010

Wajar atau tidak wajar tindakan ini ?

Kenapakah sampai jadi begitu ? Penduduk Telok Kemang PD di N9, marah kerana projek perumahan mereka terbengkalai. Dan betulah tindakan mereka, dan itu adalah hak mereka dan normallah mereka bersikap dan bertindak sedemikian. Kerananya yang merasai dan menanggungnya adalah mereka. Dan merekalah yang tahu dan laluinya semua ini.

Penduduk nekad bakar geran rumah, protes projek jalan terbengkalai. Akibat projek pembinaan jalan raya terbengkalai selama enam tahun, 24 penduduk dari Rumah Rakyat Pasir Panjang, Port Dickson nekad membakar geran rumah mereka sebagai tanda protes.

Kerja pelebaran jalan sepanjang 17 kilometer yang menghubungkan Pasir Panjang ke Linggi itu terbiar selepas kontraktor yang dilantik gagal menyiapkan projek itu sehingga menyebabkan banjir lumpur sering terjadi selain keadaan jalan yang membahayakan.Wakil penduduk yang mengetuai protes itu, Rahimuddin Md Harun, berkata penduduk di situ pernah membuat aduan kepada pihak yang bertanggungjawab tetapi tiada satu pun tindakan yang diambil."Kita tidak menolak pembangunan tetapi jalan ini sudah terbiar terlalu lama. Bila hujan rumah kami dilanda banjir lumpur, bila kering, debu berterbangan dan permukaan jalan juga tidak selamat," katanya.Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Gerakan Memantau Perkhidmatan Agensi Kerajaan (Gempak), berkata penduduk sudah mula hilang sabar apabila kerap diberitahu bahawa projek itu masih berjalan tetapi sudah enam tahun berlalu dan jalan masih tidak siap-siap.

Seorang lagi penduduk yang ditemui, Siti Rohani Muhammad, 28, berkata anaknya kini menghidap penyakit lelah yang dipercayai akibat debu daripada projek jalan raya yang terbengkalai itu."Saya sudah duduk di sini selama lima tahun, memang sudah tidak tahan lagi kalau boleh hendak pindah. Bila kering berdebu dan saya terpaksa tutup pintu dan tingkap rumah tetapi bila hujan, rumah kami pula dilanda banjir lumpur," katanya.Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan, Datuk Ir Roslan Mohd Taha yang ditemui pemberita ketika menjalankan pemantauan di kawasan itu menjelaskan, projek jalan raya itu terbengkalai akibat kegagalan kontraktor menyiapkan projek itu berikutan masalah dalaman.“Kontraktor lain sudah dilantik untuk meneruskan semula projek itu dan ia dijangka siap menjelang hujung tahun ini.Sebuah tembok berukuran 1.5 meter tinggi juga akan dibina di hadapan rumah penduduk yang dilanda banjir lumpur semasa hujan,” katanya. -

Friday, April 09, 2010

PPMM: Mahu Islam kekal dalam Perlembagaan Negara

Pastikan Islam kekal agama Persekutuan

KUALA LUMPUR 8 April – Persatuan Peguam Muslim Malaysia mahu kerajaan memastikan peranan jawatankuasa khas berhubung isu antara agama yang diumumkan penubuhannya kelmarin mengambil kira Islam sebagai agama Persekutuan.

Presidennya, Zainul Rijal Abu Bakar berkata, justeru pihak yang terlibat dalam jawatankuasa itu tidak boleh sesekali mahu menyamakan hak semua agama kerana Islam punya kedudukan istimewa di sisi Perlembagaan.

Kata beliau, ini supaya jawatankuasa tersebut tidak menjadi jalan keluar kepada kegagalan menubuhkan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang ditolak kerajaan dan umat Islam sebelum ini.

‘‘Bagaimanapun umat Islam tidak menolak sebarang dialog bagi memupuk persefahaman dan keharmonian antara agama yang ada di negara ini.

‘‘Namun yang menjadi masalah ialah usaha dialog seumpama itu disalah guna bagi mencampuri urusan agama lain seperti IFC dan ini perlu dipastikan kerajaan tidak berlaku pada jawatankuasa tersebut,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Zainul juga berharap jawatankuasa itu akan menjadi dialog yang mampu mengukuhkan perpaduan seluruh rakyat negara ini.

Justeru katanya, untuk mencapai hasrat tersebut, jawatankuasa berkenaan harus dipastikan bergerak dalam landasan menghormati kedudukan istimewa Islam sebagai agama Persekutuan.

‘‘Kita tolak IFC sebab ia usaha untuk ubah dialog ‘inter agama’ kepada ‘intra agama’. Itu yang umat Islam tak boleh terima,’’ katanya.

Tambahnya, dialog antara agama bukanlah sesuatu yang baru kepada umat Islam sebaliknya ia telah lama wujud di negara yang berbilang kaum.

Sementara itu, Penasihat Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Datuk Muhamad Burok berkata, sekiranya jawatankuasa khas itu berjaya diadakan, ia mestilah bersifat bebas tanpa perlu wujud campur tangan pihak tertentu khususnya daripada parti politik.

Sehubungan itu katanya, jawatankuasa itu perlu dipimpin oleh mereka yang benar-benar pakar agar kredibiliti dan peranannya sebagai badan yang mewujudkan persefahaman di antara agama-agama diyakini dan diiktiraf oleh rakyat.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Muhamad Isa Abdul Ralip berkata, jawatankuasa itu wajar diwujudkan untuk menyelesaikan masalah berkaitan agama namun ia perlu dilarang sama sekali mempertikaikan kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan.

Justeru katanya, jawatankuasa itu perlu dipantau agar tujuan penubuhannya tidak lari daripada landasan yang ditetapkan.

“Sekadar dialog tiada masalah namun sekiranya ia dijadikan medan untuk memperjuangkan kesamarataan antara agama, ini yang perlu dihalang,” katanya.

Ketua Penerangan UMNO bangang ?

Inilah ketua Penerangan UMNO paling bengong sekali diabad ini.Minta lah Ahmad Maslan ini belajar dengan Ibrahim Ali Kataki . Mana ada dalam sejarah UMNO cabar PKR letak calon bukan Melayu ditempat prk macam Hulu Selangor, setelah kerusi itu dimenangi oleh PKR yang berbangsa Melayu.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, mencabar Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan calon bukan Melayu bagi mewakili pakatan pembangkang pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, 25 April ini.Beliau berkata, Barisan Nasional (BN) parti yang adil di mana pada pilihanraya lalu, empat Dewan Undangan Negeri di bawah Parlimen Hulu Selangor diagihkan kepada dua calon Umno, MIC dan MCA masing-masing diwakili seorang calon daripada parti berkenaan

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Mana etika kita pimpinan Melayu Islam

Syabas kepada ketua Wanita MCA yang mengambil pendirian dan memegang pendirian tegas soal dasar dan prinsip. Lebih-lebih yang menarik beliau adalah seorang wanita Cina generasi muda yang diangkat sebagai seorang pimpinan.

Beliau mengambil pendirian meletakkan jawatan dalam parti dan kerajaan serta merta mulai daripada tarikh penyerahan surat tersebut. Gara-gara daripada kemenangan Dr Chua Soi lek sebagai Presiden MCA yang baru. Dr Chua pula dikaitkan dan mengakui secara terbuka beliau terlibat dalam skandal dan kegiatan tidak bermoral dan telah mengakui mengadakan hubungan seks dengan wanita bukan isteri nya yang sah. Inilah punca mengapa Ketua Wanita MCA ini menolak kepimpinan Dr Chua.

Bagi negara kita kes seumpama ini jarang berlaku, dan bila jarang berlaku justeru itu masyarakat juga jarang menerima perlakuan sedemikian. Media-media berbahasa Melayu mengelap dan mendiamkan tentang hal ini, tetapi mengungkit-ungkit bilamana ada keuntungan politik bagi mereka.

Inilah wajah media berbahasa Melayu yang lebih mendokong dan mengampu tuannya daripada menyatakan etika medianya.

Malahan tindakan ketua Wanita MCA ini disenyapkan , tanpa reaksi oleh mana-mana Ketua wanita komponena mereka yang dulu sering berjuang hak dan persamaan gender. SIS yang liberal dan moderate senyap, mungkin enggan bercakap kerana ia melibatkan paigam hak asasi lelaki yang bernama Dr Chua dan rakan sekatilnya itu.

Peletakan jawatan Mei Fun tak jejaskan BN

HANOI 8 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, peletakan jawatan Datin Paduka Chew Mei Fun daripada semua jawatan dalam parti dan kerajaan tidak akan menjejaskan persiapan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi pilihan raya kecil Hulu Selangor akhir bulan ini. Sebaliknya Najib menyifatkan tindakan yang diambil Mei Fun itu sebagai masalah dalaman parti MCA.

''Mei Fun sudah membuat kenyataan umum sekiranya Presiden yang ini (Datuk Seri Chua Soi Lek) menang, beliau akan meletak jawatan. Beliau hanya mengotakan janji yang telah dibuat," katanya kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri mesyuarat ketua-ketua kerajaan pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-16 di sini hari ini.

Najib mengulas tindakan Mei Fun melepaskan semua jawatannya dalam parti dan kerajaan hari ini.

Ketua Wanita MCA itu mengumumkan beliau juga akan melepaskan jawatan sebagai Senator dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Mei Fun menegaskan peletakan jawatannya sebagai Sayap Wanita parti bagi mempertahankan keseimbangan gender serta hak dan maruah wanita di negara ini.

Menurut Perdana Menteri, MCA akan menyusun semula sayap Wanitanya bagi memastikan sumbangan parti itu pada pilihan raya kecil tersebut tidak akan terjejas dengan tindakan Mei Fun itu.

''Dia dah buat kenyataan. Saya ingat dia tak boleh tarik balik," kata beliau.

Mengenai kenyataan Mei Fun bahawa pemimpin yang tidak boleh menjadi contoh yang baik tidak seharusnya dipilih, Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata: '' Itu pendirian dia dan Mei Fun telah membuat pilihan dia sendiri."

Mei Fun turut meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Wanita MCA bahagian Selangor dan Pengerusi Skuad Bantuan Bencana MCA dan ia berkuat kuasa hari ini.

Surat peletakan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Senator akan diserahkan kepada pejabat Perdana Menteri esok

Wednesday, April 07, 2010

PRK Hulu Selangor: Cabaran dan Harapan BN ?

PRK Hulu Selangor: Adakah PKR ada harapan ?

Pilihan raya kecil datang lagi, kali ini kekosongan kerusi berlaku di parlimen Hulu Selangor. Pilihan raya umum lepas kerusi ini telah dimenangi oleh PKR dengan mengalahkan calon MIC BN. Kali ini kekosongan kerusi ini kerana kematian penyandangnya Dato Zainal MP daripada PKR.

Apa yang menariknya pilihan raya kecil kali ini jatuh dalam negeri Selangor Darul Ehsan. Salah sebuah negeri Pakatan Rakyat selepas PRU12 yang lalu. Negeri ini juga berkebetulan adalah negeri ‘terkaya’ dari segi hasil pendapatan nya. Inilah fokus yang perlu diperhatikan untuk diperbahaskan.

Sebenarnya rekod belakangan ini adalah trend siri-siri pilihan raya kecil keputusannya tidak memihak kepada UMNO BN.

Bebetulan pula kekosongan kerusi semuanya melibatkan kematian ADUN Melayu Islam. Situasi ini juga turut menarik diperhatikan.

Secara olok-olokan kerana berlaku kerap pilihan raya kecil dicadangkan walaupun nampak kelakar untuk mensyaratkan bakal calon yang ingin menawarkan diri ke kerusi wakil rakyat mestilah juga memiliki sijil kesihatan yang sihat.

Walaupun cadangan itu ada benar dan wajarnya biarpun melucukan.Maknanya kebanyakan MP atau ADUN beragama Islam kerap mati waktu ini berbetulannya , maka ironisnya kesihatan kebanykan orang Islam adalah ‘tidak berapa baiklah.

Selain itu, kematian ADUN MP beragama Islam juga ada hubungan dengan KhaliDnya, merujuk semula semuanya ini adalah semacam penjadualan semula oleh Allah, selepas PRU12 semacam pengiliran PRK negeri-negeri tertentu yang terpilih dan teratur untuk dipilih bagi diadakan pilihan raya kecil. Maka kesannya memberi impak atau proses saringan, ujian, kejituaan semangat kerjasama setia kawan dalam Pakatan dan juga UMNO BN.

Catatan sejarahnya , dalam siri pilihan raya kecil selepas tsunami politik PRU12, kini sudah 8 siri pilihan raya kecil berlaku. Bermula dengan pilihan raya kecil Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Port Dickson bagi Parlimen, sementara Bukit Selambau, Batang Ai, Penanti dan Manek Urai, Permatang Pasir, Bagan Pinang bagi DUN di negeri-negeri yang berbeda. Di mana hasil keputusannya UMNO BN kecundang 7-1 yang kemenangannya lebih memihak kepada Pakatan Rakyat. Maknanya pertama kali dalam sejarah pilihan raya Malaysia keputusan sebegini dicipta.

Pendekata kekalahan-kekalahan UMNO BN yang terdahulu boleh diberikan dengan pelbagai rasional alasan. Antaranya soal kedudukan. Lokasi, jarak negeri yang jauh daripada pusat kawalan, pusat pentadbiran negara dan segala-gala pusat bagi UMNO BN untuk menghalalkan kekalahan mereka itu.

Justeru kali ini ‘pertarungan’ lebih kepada segala-galanya sama ada pertarungan pengaruhnya, imej, bentuk pengawalan dan kawalanya, jentera 3Mnya dan sebagainya.

Kesimpulannya keputusan PRK Hulu Selangor adalah sebagai indeks atau kayu ukur dengan memberi paparan bacaan, ataupun petunjuk sifir masa depan politik kepartian negara ini. Walhal ke arah 2 sistem parti BN dan Pakatan.

Maka tentulah UMNO BN, ingin buktikan ia lebih baik dan terbaik keputusan daripada ‘sesuatu’ kerana sememang kerja-kerja UMNO adalah untuk menang akan melakukan sesuatu bagi mendapatkan sesuatu. Bezanya Cuma dari segi skala sahaja.

UMNO Mahu Menang

Strategi UMNO pertama, sememangnya UMNO mahu menang kerana UMNO mahukan pertambahan kerusi parlimen ke BN sebanyak 10 kerusi lagi, bagi mencapai kerjaya politik, khas dalam ‘event’ atau agenda terbaru iaitu pesempadanan kawasan pilihan raya. UMNO BN memerlukan sokongan padu dalam Dewan Rakyat bagi mendapatkan undi 2/3. Parlimen BN 140, PAS 23 kerusi, manakala DAP 28 dan PKR sebanyak 31 kerusi. Pendekata 140 BN dan Pakatan 82 kerusi daripada 224 kerusi parlimen.

Peranan SPR meletakkan hari pembuangan undi pada hari bekerja, sebagai contoh Permatang Pasir, Penanti, Manek Urai dibuat pada hari Selasa. Kesan memberi sedikit kemenangan. Namun kali ini pembuangan undi kekal pada hari ahad. Ini kerana BN yakin mereka akan menang.

Pemimpin Tertinggi UMNO kurang yakin, PM sendiri memberikan reaksi nanad berbeda dan tidak yakin. Bahawa menang atau kalah bagi BN adalah bukan ukuran sokongan rakyat sebenarnya kepada BN. Katanya PRU 13 adalah ukuran sebenar kepada bukti sokongan BN.

TPM dalam reaksi sama memberi reaksi berbeda dengan meminta semua pihak khasnya daripada UMNO dan MIC tidaklah berlumba-lumba mahu meletakkkan calon daripada parti yang diwakili mereka.