Saturday, April 10, 2010
Wajar atau tidak wajar tindakan ini ?
Kenapakah sampai jadi begitu ? Penduduk Telok Kemang PD di N9, marah kerana projek perumahan mereka terbengkalai. Dan betulah tindakan mereka, dan itu adalah hak mereka dan normallah mereka bersikap dan bertindak sedemikian. Kerananya yang merasai dan menanggungnya adalah mereka. Dan merekalah yang tahu dan laluinya semua ini.
Penduduk nekad bakar geran rumah, protes projek jalan terbengkalai. Akibat projek pembinaan jalan raya terbengkalai selama enam tahun, 24 penduduk dari Rumah Rakyat Pasir Panjang, Port Dickson nekad membakar geran rumah mereka sebagai tanda protes.Seorang lagi penduduk yang ditemui, Siti Rohani Muhammad, 28, berkata anaknya kini menghidap penyakit lelah yang dipercayai akibat debu daripada projek jalan raya yang terbengkalai itu."Saya sudah duduk di sini selama lima tahun, memang sudah tidak tahan lagi kalau boleh hendak pindah. Bila kering berdebu dan saya terpaksa tutup pintu dan tingkap rumah tetapi bila hujan, rumah kami pula dilanda banjir lumpur," katanya.Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan, Datuk Ir Roslan Mohd Taha yang ditemui pemberita ketika menjalankan pemantauan di kawasan itu menjelaskan, projek jalan raya itu terbengkalai akibat kegagalan kontraktor menyiapkan projek itu berikutan masalah dalaman.“Kontraktor lain sudah dilantik untuk meneruskan semula projek itu dan ia dijangka siap menjelang hujung tahun ini.“Sebuah tembok berukuran 1.5 meter tinggi juga akan dibina di hadapan rumah penduduk yang dilanda banjir lumpur semasa hujan,” katanya. -
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment