Saturday, April 17, 2010

Melayu: Terancam bawah siapa ?

Proses penamaan calon sudah selesai bagi PRK Hulu Selangor sudah selesai. Ada 4 calon iaitu 1 daripada PKR 1 daripada BN dan 2 Bebas. Ringkasnya 2 calon Melayu dan berlawan dengan 2 calon berbangsa India. Pakatan Rakyat membuktikan segala-galanya kepada rakyat Malaysia. Siapa bela siapa ? Siapa didahulukan , pencapaian siapa diutamakan ?

Kawasan parlimen ini majoriti pengundi adalah orang melayu. Sebelum PRU 12 ia diwakili oleh Dato Palanivel daripada MIC. Namun selepas PRU 12 Palanivel dikalahkan oleh calon Melayu daripada PKR iaitu Dato Zainal Abidin Ahmad dengan majoriti undi kurang 200 undi.

Jelas perjuangan Pakatan Rakyat lebih terbuka dan lebih jelas hala tujunya, walaupun sering dikencam, bantal sama mimpi lain-lain. Lihat orang yang bantal sama dan mimpi sama apa yang dibuat dengan kerusi Hulu Selangor sebelumnya ?

PKR khasnya dan Pakatan Rakyat amnya, berjaya menjiwai perjuangan Melayu bilamana memberi jawapan selama ini kerusi orang Melayu juga tiada masalah , dan sepatutnya kawasan ramai kaum tertentu maka wajarlah diwakili oleh kaum majoriti tersebut. Justeru tempelakkan mengatakan masa depan orang Melayu terancam , diancam, tergugat dan gelap masa depan adalah omongan palsu dan satu bentuk penipuan UMNO semata-mata, jika duduk bawah Pakatan.

UMNOlah sebenarnya adalah pengadai masa depan Melayu dan pengharapan orang Melayu untuk mempertahankan masa depan Melayu sudah tamat dan berakhir. Justeru itu, Perkasa dan Perkasam ditubuh bagi memeram dan memenjara Melayu bawah NGO sanjungan Dr M ini.


No comments: