Wednesday, April 07, 2010

PRK Hulu Selangor: Cabaran dan Harapan BN ?

PRK Hulu Selangor: Adakah PKR ada harapan ?



Pilihan raya kecil datang lagi, kali ini kekosongan kerusi berlaku di parlimen Hulu Selangor. Pilihan raya umum lepas kerusi ini telah dimenangi oleh PKR dengan mengalahkan calon MIC BN. Kali ini kekosongan kerusi ini kerana kematian penyandangnya Dato Zainal MP daripada PKR.



Apa yang menariknya pilihan raya kecil kali ini jatuh dalam negeri Selangor Darul Ehsan. Salah sebuah negeri Pakatan Rakyat selepas PRU12 yang lalu. Negeri ini juga berkebetulan adalah negeri ‘terkaya’ dari segi hasil pendapatan nya. Inilah fokus yang perlu diperhatikan untuk diperbahaskan.



Sebenarnya rekod belakangan ini adalah trend siri-siri pilihan raya kecil keputusannya tidak memihak kepada UMNO BN.

Bebetulan pula kekosongan kerusi semuanya melibatkan kematian ADUN Melayu Islam. Situasi ini juga turut menarik diperhatikan.



Secara olok-olokan kerana berlaku kerap pilihan raya kecil dicadangkan walaupun nampak kelakar untuk mensyaratkan bakal calon yang ingin menawarkan diri ke kerusi wakil rakyat mestilah juga memiliki sijil kesihatan yang sihat.



Walaupun cadangan itu ada benar dan wajarnya biarpun melucukan.Maknanya kebanyakan MP atau ADUN beragama Islam kerap mati waktu ini berbetulannya , maka ironisnya kesihatan kebanykan orang Islam adalah ‘tidak berapa baiklah.



Selain itu, kematian ADUN MP beragama Islam juga ada hubungan dengan KhaliDnya, merujuk semula semuanya ini adalah semacam penjadualan semula oleh Allah, selepas PRU12 semacam pengiliran PRK negeri-negeri tertentu yang terpilih dan teratur untuk dipilih bagi diadakan pilihan raya kecil. Maka kesannya memberi impak atau proses saringan, ujian, kejituaan semangat kerjasama setia kawan dalam Pakatan dan juga UMNO BN.



Catatan sejarahnya , dalam siri pilihan raya kecil selepas tsunami politik PRU12, kini sudah 8 siri pilihan raya kecil berlaku. Bermula dengan pilihan raya kecil Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Port Dickson bagi Parlimen, sementara Bukit Selambau, Batang Ai, Penanti dan Manek Urai, Permatang Pasir, Bagan Pinang bagi DUN di negeri-negeri yang berbeda. Di mana hasil keputusannya UMNO BN kecundang 7-1 yang kemenangannya lebih memihak kepada Pakatan Rakyat. Maknanya pertama kali dalam sejarah pilihan raya Malaysia keputusan sebegini dicipta.



Pendekata kekalahan-kekalahan UMNO BN yang terdahulu boleh diberikan dengan pelbagai rasional alasan. Antaranya soal kedudukan. Lokasi, jarak negeri yang jauh daripada pusat kawalan, pusat pentadbiran negara dan segala-gala pusat bagi UMNO BN untuk menghalalkan kekalahan mereka itu.



Justeru kali ini ‘pertarungan’ lebih kepada segala-galanya sama ada pertarungan pengaruhnya, imej, bentuk pengawalan dan kawalanya, jentera 3Mnya dan sebagainya.



Kesimpulannya keputusan PRK Hulu Selangor adalah sebagai indeks atau kayu ukur dengan memberi paparan bacaan, ataupun petunjuk sifir masa depan politik kepartian negara ini. Walhal ke arah 2 sistem parti BN dan Pakatan.



Maka tentulah UMNO BN, ingin buktikan ia lebih baik dan terbaik keputusan daripada ‘sesuatu’ kerana sememang kerja-kerja UMNO adalah untuk menang akan melakukan sesuatu bagi mendapatkan sesuatu. Bezanya Cuma dari segi skala sahaja.




UMNO Mahu Menang



Strategi UMNO pertama, sememangnya UMNO mahu menang kerana UMNO mahukan pertambahan kerusi parlimen ke BN sebanyak 10 kerusi lagi, bagi mencapai kerjaya politik, khas dalam ‘event’ atau agenda terbaru iaitu pesempadanan kawasan pilihan raya. UMNO BN memerlukan sokongan padu dalam Dewan Rakyat bagi mendapatkan undi 2/3. Parlimen BN 140, PAS 23 kerusi, manakala DAP 28 dan PKR sebanyak 31 kerusi. Pendekata 140 BN dan Pakatan 82 kerusi daripada 224 kerusi parlimen.



Peranan SPR meletakkan hari pembuangan undi pada hari bekerja, sebagai contoh Permatang Pasir, Penanti, Manek Urai dibuat pada hari Selasa. Kesan memberi sedikit kemenangan. Namun kali ini pembuangan undi kekal pada hari ahad. Ini kerana BN yakin mereka akan menang.



Pemimpin Tertinggi UMNO kurang yakin, PM sendiri memberikan reaksi nanad berbeda dan tidak yakin. Bahawa menang atau kalah bagi BN adalah bukan ukuran sokongan rakyat sebenarnya kepada BN. Katanya PRU 13 adalah ukuran sebenar kepada bukti sokongan BN.



TPM dalam reaksi sama memberi reaksi berbeda dengan meminta semua pihak khasnya daripada UMNO dan MIC tidaklah berlumba-lumba mahu meletakkkan calon daripada parti yang diwakili mereka.

No comments: