Artikel ini mendapat liputan akhbar Berita Harian hari ini (13 April 2010)
Saturday, April 10, 2010
Respon Kepada Pengunjung Mac - Bahagian 3
5. Artikel saya (Bukti kejujuran terhadap PR) sememangnya mempunyai serampang banyak mata. Yang penting ialah mempelajari dari pengalaman yang ada dan dari sahabat dan rakan perjuangan. Di antara yang perlu dipelajari ialah semua perlu ketepikan ‘kepentingan’ diri demi mencapai persepakatan yang lebih mantap. Contoh-contoh yang saya berikan adalah berasaskan fakta. Bagaimana PKR dan DAP mengenepikan kepentingan parti demi PR. Tetapi, kalau ada yang terasa, memang itulah tujuannya pun. Untuk Pakatan kukuh, setiap parti mesti sanggup mengutamakan kepentingan PR tanpa mengorbankan dasar parti sendiri dan tidak bersikap ‘mementingkan diri’.
‘Kepentingan’ dan ‘dasar’ ini tidak sama. Ini yang ramai tidak faham yang mungkin menganggap perjuangan PAS adalah perjuangan untuk ‘kepentingan’ PAS. Sebenarnya PAS memperjuangkan dasarnya iaitu Islam, bukan kepentingannya seperti mahu MB mesti dari PAS, walaupun hanya 8 kerusi atau hendak menjadi Ketua Pembangkang mesti dari PAS dan sebagainya. Perjuangan di dalam PAS bukanlah untuk jawatan tetapi untuk menentukan jalan ke arah kefahaman dan kebangkitan Islam di buka luas. Pada masa yang sama PAS ingin menzahirkan keadilan Islam dan kelebihan pejuang Islam, termasuk dalam adab berkawan dan berpakat. Dengan itu akan tersebar luas kefahaman dan pengaruh Islam sebagai cara hidup dengan membawa perubahan dalam pemikiran rakyat, mengubah persepsi rakyat (Islam dan bukan Islam) terhadap Islam sehingga akhirnya memungkinkan Islam menjadi asas kepada pemerintahan yang akan mampu menjamin kesejahteraan ummat Islam dan yang bukan Islam.
Di atas keyakinan bahawa PR tidak menghalang usaha ini, maka PAS bersama mereka. Pada masa sama PAS memerintah dengan melaksanakan prinsip ‘good governance’ yang dituntut Islam. Yang pasti, PAS tidak boleh buat ini semua sekiranya bersama UMNO/BN.
Dominasi Islam bukan sesuatu yang hendak dituntut atau dilaung-laungkan. Teriak macam budak kecil yang tidak diberi apa yang dikehendakinya. Pemikiran Islam memang tidak dominan sekarang, itu hakikatnya dan kita berusaha untuk mengubah keadaaan ini. Pemikiran Islam mestilah menjadi yang dominan sebelum kita boleh mendapat sokongan untuk memerintah berdasarkan Islam.
Saya sebenarnya hairan dengan golongan yang melaung-laungkan slogan “Islam mesti dominan” tetapi sikap dan tindakan mereka begitu meloyakan mata yang memandang. Mereka anggap Islam akan menjadi dominan atas desakan dan ugutan mereka sedangkan tindakan mereka menghalau orang dari Islam. Ini termasuklah sikap mementingkan diri semasa di dalam pakatan. Sikap sebegini akan menyebabkan rakan yang lain tidak tertarik kepada PAS dan oleh itu dengan kepada Islam itu sendiri. Atau apakah perkara ini dianggap bukan urusan kita? Hati manusia, urusan Allah. Maka serahkan sahaja kepada Allah? Dan buat ikut suka hati atas nama Islam, walaupun perangai dan adab meloyakan, tidak mencerminkan Islam pun tidak mengapa. Ini kerana walaupun perangai meloyakan, Allah akan tetap menjadikan siapa yang dikehendakiNya Muslim!
Ya, memang benar, tetapi bersiap sedialah kita apabila berhadapan dengan Allah! Kerana kita menjadi penghalang kepada manusia yang hendak ke jalan Allah.
Juga memang benar, jemaah penting dan harapan saya ialah jemaah memahami bahawa tugas sebagai ahli jemaah gerakkan Islam adalah untuk menarik manusia kepada Islam melalui akhlak yang baik. Termasuk akhlak yang baik adalah adab berpakat, kesetiaan dan kejujuran, mengorbankan kepentingan demi pakatan yang dipersetujui dan sebagainya. Ini akan memikat hati mereka yang bersama dan seterusnya kepada Islam itu sendiri.
Walaubagaimanapun, jika PAS merasakan dengan berada dicdalam PR ini merugikan, maka keluar sahajalah dan jangan khianat. Tetapi, apabila di dalam pakatan, bertindak jujur dan ikhlas terhadap Pakatan, jangan menjadi gunting dalam lipatan atau bagaikan biawak hidup. Tercemar imej Islam. Bersama PR merupakan keputusan jemaah dan mengukuhkan PR juga keputusan jemaah. Maka laksanakan dengan jujur dengan kefahaman jelas terhadap proses perubahan yang saya nyatakan tadi. Jikalau tidak bersetuju dengan keputusan jemaah, diam atau keluar. Jangan sekali-kali menimbulkan masalah dalam jemaah dengan adanya ‘agenda sendiri’.
Masyarakat Jahilliyah zaman Rasulullah (SAW) jauh lebih teruk dari masyarakat Melayu, Tiong Hua dan Hindu hari ini. Mereka menanam anak-anak perempuan mereka hidup-hidup! Namun akhirnya menjadi Islam atas sebab kebenaran risalah dan ketinggian akhlak ummat Islam. Kebenaran dan ketinggian ini dizahirkan bukan dislogankan atau didesak untuk diperakui.
Saya penuh yakin, insyaAllah jika kita mampu menghayati dasar Islam yang sebenar, masyarakat Melayu, Tiong Hua dan Hindu akan tertarik kepada Islam dan memeluknya dengan sebenarnya secara rela hati. Atau itu bukan urusan kita juga?
Sdr Ali Zaidan pula berkata, “Pakai falsafah politik sesat kau ni, masa DAP sokong Pope time Pope buat statement kurang ajar kepada Islam dulu, kita kena sokong DAP la kan? Maklum la, persahabatan dengan DAP ni kita kena letak atas kepala.”
Inilah orang yang tidak mahu faham. Benarkah DAP menyokong kenyataan Pope yang menghina Islam? Kalau UMNO sokong saya boleh percaya pasal UMNO sering menghina Islam.Kalau ianya benar, kita kena sanggah. Dan kita nasihati DAP. Saya kata korbankan ‘kepentingan’ bukan ‘dasar’.
Saya tidak kata letak PR atas kepala dan PAS atas bahu. Hakikatnya perumpamaan itu tidak wajar. PR adalah keputusan PAS. Kalau dengan meletakkan PR di atas bahu dengan sendirinya kita memperkecilkan keputusan PAS. Bahawa ianya tidak penting dan boleh diketepikan bila-bila masa atas alasan ianya hanya atas bahu. Maka ketepikan PR sekiranya PAS kata kita ketepikan bukan apabila ada yang berkepentingan minta ianya diketepikan. Namun saya yakin kita tidak akan ketepikan kerana mereka tidak pernah bertindak khianat terhadap kita. Tidak wajar kita pula menunggu-nunggu alasan untuk mengkhianati mereka.
6. Dalam Isu Natrah pula saya ucapkan terima kasih pada yang menegur, iaitu Sdr Hasbullah Pit dan Ali Zaidan, yang memaklumkan bahawa ianya PKMM dan bukan KMM. Sebenarnya artikel tersebut adalah petikan dari harakahdaily, bukan tulisan saya sendiri. Ianya hasil dari temuramah di pejabat saya. Ada beberapa kesilapan tetapi secara dasarnya OK. Tetapi mengenai soal KMM, itu silap saya.
Kedua, ianya juga benar bahawa Prof Dr. Burhanuddin tidak ditahan pada ketika isu ini menggelegak. Saya pun tidak sebut begitu. Namun peranannya pada ketika itu, dalam peristiwa tersebut, semestinya diambil kira oleh pihak British apabila beliau ditahan kemudiannya.
Walaubagaimanapun, perkara yang terpenting ialah UMNO tidak melakukan apa-apa sama sekali dan oleh itu tidak layak bagi Muhyiddin menggunakannya sebagai bukti orang Melayu serta organisasi Melayu bersatu dalam peristiwa berkenaan. Yang cuba menggambarkan seolah-olah bersatu di bawah kepimpinan UMNO. Inilah perkara yang ingin saya ketengahkan dan wajar diketahui oleh masyarakat umum. Ianya bukan juga merupakan hujjah untuk memungkinkan penyatuan di antara PAS dan UMNO seperti yang ingin diutarakan oleh Muhyiddin dan mereka-mereka yang termakan dengan mainan silap matanya.
Ikuti juga Bahagian 1 dan Bahagian 2 Respon Kepada Pengunjung Mac.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

No comments:
Post a Comment