Thursday, February 25, 2010

Media yang berkesan

Dalam dunia moden media cukup berperanan dan amat besar impaknya. Bagi negara peranan media boleh menaikkan imej negara dan boleh menenggelamkan imej negara.

Sebagai contoh pendedahan skandal, korupsi, wang negara yang diselerakkan akan tersebar dengan cepat dan menjalan ke seluruh denyut nadi rakyat. Dan ia menjadi gelombang besar bila disensasikan dan dimainkan sehingga ia menjadi laku dan dibeli oleh masyarakat.

Pengakuan terbuka oleh baginda al Sultan Selangor, mengingatkan kita semua bahawa peranan media boleh menjatuhkan serta menghuru harakan sesebuah negara atau kerajaan.

Sultan Selangor: Kuasa Media Boleh Bangunkan Atau Menghuru-Harakan Negara

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, media mempunyai kuasa membangunkan atau menghuru-harakan sesebuah negara kerana ia memainkan peranan dalam mempengaruhi individu dan masyarakat ke arah kebaikan atau keburukan.

Baginda menegaskan, kesemua itu bergantung kepada tujuan asal penerbitan sesebuah akhbar dan peranannya dalam masyarakat.

"Bak kata pepatah menyatakan bahawa mata pena itu adalah lebih tajam daripada mata pedang," titah baginda pada majlis pelancaran Mingguan mStar, akhbar bahasa Melayu pertama terbitan Kumpulan Media Star di sini hari ini.

Mingguan mStar akan diedarkan mulai Ahad ini sebagai sisipan akhbar berbahasa Inggeris The Sunday Star di Kuala Lumpur, Shah Alam, Petaling Jaya dan Putrajaya.

Dalam pada itu, Sultan Sharafuddin mahu surat khabar di Malaysia menjadi satu sumber informasi yang boleh membangunkan pemikiran rakyat dan dapat mengetengahkan perkara-perkara yang boleh menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.

"Artikel dan rencana yang disiarkan perlulah mendapat pengesahan sewajarnya serta hendaklan ditulis secara mendalam dan menyeluruh yang boleh memberi pengetahuan dengan tepat dan sempurna," titah baginda.

Titah baginda lagi, pengamal media perlu adil dan tidak menyebelahi mana-mana pihak ketika membuat laporan kerana ia boleh mengundang situasi saman menyaman antara satu sama lain.

"Beta juga ingin menasihatkan kepada media massa khususnya media cetak supaya bertanggungjawab dalam memberikan maklumat dan berita serta tidak memutar-belitkan fakta yang boleh menyebabkan kekeliruan masyarakat.

"Di samping itu, surat khabar juga hendaklah menyiarkan berita yang boleh memberikan maklumat dan bukannya berita-berita gosip yang disensasikan serta kurang memberi pendidikan," titah baginda.

Baginda mengucapkan tahniah kepada Kumpulan Media Star berikutan kelahiran akhbar Bahasa Melayu pertamanya dan berharap ia dapat menyemarakkan lagi industri persuratkhabaran di Malaysia di samping membuka peluang pekerjaan baru.

"Beta percaya, langkah yang diambil oleh Kumpulan Media Star ini bukanlah atas pertimbangan perniagaan semata-mata tetapi juga atas rasa keprihatinan dan komitmen yang tinggi untuk memartabatkan bahasa kebangsaan melalui penerbitan akhbar mingguan berbahasa Melayu," titah baginda.

Wednesday, February 24, 2010

Rasional 9 kerusi dari UMNO Pahang

SATU daripada berpuluh-puluh tabiat orang politik , akan bertindak main politik atau berpolitik. Kali ini UMNO Pahang telahpun membuat Konvensyen UMNO Peringkat Negeri Pahang. Konvensyen ini dibuat seperti biasa bukanlah dipremis UMNO atau premis berkecuali tetapi adalah dipremis institusi pendidikan. Iaitu di UiTM.

Maka dengan gah media memaparkan 28 tuntutan UMNO Pahang, antara yang diperincikan dari segi politik iaitu mohon kerajaan tambah sebanyak 9 Parlimen Pahang. Arah dan tempatan pertambahan kerusi itu dirahsiakan. Lontaran dan idea awal UMNO ini mengundang banyak reaksi.

UMNO Pahang harus diskreditkan dalam soal ini. UMNO Pahang berfikir dengan kepala lututnya sahaja. Tuntutan 9 kerusi adalah agenda UMNO Pahang, agenda Najib. Rasional UMNO tidak memikirkan rakyat, wujud 9 kerusi Parlimen bukan soal perkhidmatan tetapi adalah soal politik diri mereka sahaja.

UMNO Pahang boleh berbangga barisan kepimpinannya, kerana kepimpinan UMNO rasakan mereka yakin boleh mengekalkan Pahang pada pru13 akan datang. Walaupun kepimpinan korup dengan kes saman syarikat balak RM63 juta.







Tuesday, February 23, 2010

Rais menyibuk pula

Bila Rais menjadi Setpol Anwar. Kan ini menarik jadinya. Apa perlu dan kenapa perlunya Rais menyibuk dalam soal ini.

Jika begitu agaknya. Pertama Rais mahu meraih keuntungan politik nya yang semakin pudar dan suram dan juga tumpang sekaki populariti agar ia masih diingati dan berbisa dalam UMNO. Kedua teringin semangkuk kendurikan isu Anwar untuk berada dalam kelompok ampu sini dan ampu sana. Ia mahu PM melihat Rais juga masuk dalam aliran perdana, maka tidak dapat tidak demi suvival politiknya Rais terpaksalah juga bercakap. Maka cakapnya bukanlah laku. Rais kena sedar dia diletakkan di portfolio budaya sahaja, warisan dan pameran sahaja.Makna moral cerita Rais sekarang sudah mahu jadi barang lama oi...


Rais Setuju Anwar Perlu Lepas Jawatan Ketua Pembangkang

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata beliau bersetuju dengan pendapat beberapa pihak supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim melepaskan jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen ekoran pertuduhan liwat yang dihadapinya itu.

Beliau berkata negara sudah banyak melihat kes apabila mereka yang menghadapi pertuduhan di mahkamah meletakkan jawatan seperti Tan Sri Kasitah Gaddam sebagai menteri beberapa tahun dulu dan juga penjawat awam lain apabila menghadapi tuduhan di mahkamah.

"Dari segi keluhuran undang-undang atau perimbangan hak asasi, sebaik-baiknya seseorang yang pegang jawatan sama ada sebagai ahli parlimen, ketua pembangkang, menteri atau anggota pentadbiran harus meletak jawatan dulu dan menghadapi dakwaan yang dikemukakan padanya.

"Pandangan supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim juga berbuat demikian bukan sahaja memenuhi tuntutan perimbangan kesejagatan undang-undang tetapi juga dari segi prinsip perjuangan beliau sendiri sebab beliau banyak berhujah tentang keadilan sosial dan masyarakat madani," kata Rais ketika diminta mengulas laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini mengenai perkara itu.

Terdahulu Rais melancarkan "TMpoint on Wheels", satu perkhidmatan Telekom Malaysia secara bergerak kepada pelanggan yang menyediakan perkhidmatan seperti produk telekom dan pembayaran bil, di Menara TM di sini hari ini.

Laporan Utusan Malaysia itu memetik pandangan ahli akademik yang berkata bahawa Anwar perlu melepaskan jawatan itu dan digantikan sama ada oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau Penasihat DAP Lim Kit Siang agar mereka boleh menumpukan sepenuh masa kepada perjalanan Dewan Rakyat kerana Anwar perlu banyak masa mempersiapkan diri menjalani prosiding mahkamah.

"Saya setuju dengan pandangan yang dikemukakan oleh pihak-pihak ke arah itu. Jadi sekarang perkara itu sudah sampai ke batang hidung beliau (Anwar), saya percaya beliau harus berfikir dan jalan keluar terbaik ialah meredakan keadaan dan letak jawatan.

"Tapi ini bukan mudah dan terserahlah kepada beliau," kata Rais. - BERNAMA

Kecoh pula wanita semakin kanan tadbir negara ?

Wanita Dilantik Berdasarkan Merit

PETALING JAYA: Peningkatan bilangan pegawai kanan wanita dalam perkhidmatan awam sekarang adalah berdasarkan keupayaan dan merit mereka berkhidmat dalam sektor itu.

Menteri Pembangunan Wanita, Masyarakat dan Keluarga, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, wanita yang menunjukkan kepimpinan, dedikasi, komitmen dan berkelayakan mesti diberi peluang serta kepercayaan untuk mempamerkan kewibawaan mereka menjalankan tugas.

Menurutnya, apa yang kerajaan mahu lihat sekarang ialah wujudnya suatu keseimbangan antara kehidupan dan alam pekerjaan bagi kaum berkenaan.

"Lagipun, pada realitinya hari ini, wanita mesti bekerja. Dan mereka juga menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi melalui profesion mereka. Ekonomi negara pastinya terjejas kalau hari ini wanita tidak diberi peluang sewajarnya.

"Jangan lupa wanita dan lelaki memberi kesan terhadap pertumbuhan ekonomi. Isunya bukan memilih siapa yang terbaik antara lelaki dan perempuan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan ulang tahun ke-50 majalah Her World di sini hari ini.

Beliau mengulas kebimbangan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengenai penguasaan wanita dalam perkhidmatan awam yang meningkat ketara sekarang.

Setiausaha Agung Cuepacs, Ahmad Shah Mohd Zin berkata, trend masa kini menunjukkan semakin ramai wanita dilantik memegang jawatan sebagai pembuat keputusan dan situasi itu mempunyai implikasi jangka panjang dalam aspek kemajuan dan pertumbuhan negara.

Katanya, hampir tiga perempat daripada jawatan baru dalam perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) diisi oleh wanita.

Mengulas lanjut Shahrizat berkata, sudah sampai masa generasi muda lelaki sedar bahawa mereka kena belajar, rajin dan berdisiplin.

"Jangan pula hendak menjadikan wanita sebagai mangsa kerana ada golongan lelaki yang tidak ingin mencari kecemerlangan. Jangan kerana mereka tak nak kerja bersungguh-sungguh, kemudian kata golongan wanita tak boleh. Mana boleh?" katanya.

Mengenai fitrah wanita mengambil cuti panjang selama berbulan-bulan selepas bersalin sehingga berkemungkinan mengakibatkan kepincangan sistem penyampaian kerajaan dalam jangka panjang, Shahrizat berkata: "Tidak, tak ada.. Saya nak maklumkan negara kita adalah antara negara yang memberi cuti bersalin paling minimum.

"Boleh saya kata 90 peratus daripada negara-negara yang saya ketahui memberikan cuti bersalin lebih daripada 60 hari."

Berhubung dakwaan Ahmad Shah bahawa penglibatan wanita telah mencecah 70 peratus dalam bidang tertentu seperti perguruan dan peningkatan itu turut berlaku dalam kumpulan sokongan, Shahrizat berkata, kerajaan tidak boleh memaksa golongan lelaki memasuki profesion perguruan jika mereka tidak berminat sementara wanita yang berkelayakan diketepikan.

Ini kerana katanya, ilmu dan kepakaran adalah mustahak pada zaman ini.

Beliau turut menegaskan polisi 30 peratus penglibatan wanita dalam sektor awam adalah bermaksud sekurang-kurangnya 30 peratus dan bukannya terhad kepada jumlah ter

Pengundi Baru: Apa kita buat

Apa PAS buat dengan Daftar Pemilih ? Kelmarin rencana pengarang Utusan memuji melangit PAS Pahang, katanya seramai 1437 orang 'berjaya' PAS Pahang daftarkan berbanding dengan rakan komponen BN.

maka sekoyong-koyong dengan berita tersebut ' ramai' petugas PAS bangga dan rasa hebat. Nak tunggu media atau organ parti memuji jauh sekali, dan jarang sekali keluar hal-hal seumpama ini. Maka rata-rata kerja-kerja mengempur dan mengerunkan UMNO atau BN terlalu amat jaranglah PAS lakukan. PAS masih sejuk beku mengharapkan sesuatu dan akhir sekali muedah tertipu dan dipedayakan.


PUTRAJAYA, 23 Feb (Bernama) — Jumlah pemilih berdaftar bagi seluruh negara selepas Daftar Pemilih Tambahan (DPT) Suku Tahun Keempat 2009 yang telah disah dicantumkan dengan Daftar Pemilih Induk Tahun 2008, ialah sebanyak 11,163,409 orang.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di sini hari ini, DPT Suku Tahun Keempat 2009 bagi tempoh 1 Oktober hingga 31 Disember tahun lalu mengandungi 99,456 pemilih, terdiri daripada 82,663 permohonan pemilih baru dan 16,793 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi.

Katanya, pada masa yang sama, SPR telah mengeluarkan sebanyak 21,910 pemilih daripada rekod pemilih berdaftar atas sebab-sebab seperti bertukar alamat, meninggal dunia, dilucut hak warga negara dan sebagainya.

"SPR telah memperakui DPT Suku Tahun Keempat ini pada hari ini seperti dikehendaki oleh Peraturan 22 (1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 yang menetapkan agar DPT diperakui sebelum ia dapat digunakan untuk sesuatu urusan pilihan raya.

"DPT Suku Tahun Keempat ini akan diwartakan esok,” katanya.

Menurut kenyataan itu, orang ramai yang berminat untuk membeli daftar pemilih tersebut boleh membuat tempahan di Ibu Pejabat SPR di sini dan menghubungi Ibu Pejabat SPR di talian 03-8885 6500 atau mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri bagi sebarang pertanyaan.

Katanya SPR turut memohon kerjasama daripada mana-mana waris untuk menghantar salinan sijil kematian atau permit mengubur waris-waris mereka yang telah meninggal dunia kepada SPR dalam usaha untuk membersihkan daftar pemilih.

"Waris boleh menghantar salinan tersebut secara pos, faks atau datang sendiri ke mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri atau ke Ibu Pejabat SPR,” katanya.

Katanya pemilih berdaftar turut digalakkan menyemak Daftar Pemilih Induk 2009 bagi tujuan membuat pembetulan ke atas apa-apa kesilapan pendataan dari segi ejaan nama, nombor kad pengenalan, jantina, nombor rumah pemilih dan sebagainya.

"Sekiranya terdapat sebarang kesilapan pendataan, pemilih boleh membuat aduan melalui Sistem Aduan SPR di www.spr.gov.my atau menulis surat atau datang sendiri ke mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri atau ke Ibu Pejabat SPR,” katanya.

Katanya bagi pemilih berdaftar yang sudah bertukar alamat tempat bermastautin, mereka digalakkan membuat permohonan pertukaran alamat pusat mengundi bagi membolehkan mereka mengundi di pusat mengundi yang lebih dekat dengan tempat kediaman masing-masing. — BERNAMA

Monday, February 22, 2010

Sesetengah orang politik bijak berpolitik

Kedajalan dan kedurjanaan adalah sebahagian daripada skrip dalam warna-warna dunia politik Malaysia. Politik tanpa teras keagamaan terkadang tidak ada rasa segan, tiada lawan yang kekal berseteru dan tidak rakan yang terus jkekal bersahabat. Semuanya serba mungkin.

Kebijakan politik dalam Malaysia samada kita melihat BN atau Pakatan Rakyat. Kini yang menjadi perhatian dan tumpuan rakyat adalah PKR. Kalangan pimpinan PKR adalah mereka yang cekap berpolitik dan cekap memanfaatkan ruang dan peluang.

Sebagai contoh dikala semua dunia menfokuskan dan memberi perhatian Isu Liwat 2 DSAI. terdapat beberapa figure sederhana atau tokoh sederhana PKR membuat hal. Malah hal mereka itu diliputi media secara semaksimum. Dan akhir mereka menjadi hero di mata rakyat. Ini adalah strategi politik yang boleh memanfaatkan dari dalam parti mereka dan luar parti mereka
.

Pergeseran beberapa ADUN dan MP daripada PKR nyata memberi kesan kepada senario politik negara. Bagi rakan sepakatan dan lawan seBN.

Kenyataan Media Ketua Penerangan

PAS Mahu SPRM Siasat Bagaimana Umno Boleh Gunakan UiTM Pahang Untuk Konvensyen Politik

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mempersoalkan tindakan Umno Pahang yang mengunakan fasiliti milik rakyat iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM Jengka, Pahang) untuk program Konvensyen yang bakal dirasmikan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak. Seramai 2000 orang ahli Umno Pahang dijangka akan berkampung di UiTM Jengka hujung minggu ini.

Konvensyen Umno Pahang diadakan dari 19-21 Februari ini merupakan program politik yang jelas bertentangan dengan Akta UiTM 174 yang tidak membenarkan program politik diadakan didalam Universiti berkenaan. Walaupun ada peruntukan 'dengan kebenaran Menteri' tetapi kebenaran yang diberikan itu boleh dipertikaikan kerana selama ini UiTM begitu keras menolak Mahasiswa dan kakitangannya melibatkan diri dalam politik apalagi membenarkan program politik didalam kampusnya. Kalau dengan alasan sudah mendapat restu Menteri, jawapan itu juga boleh dipersoalkan kerana Menteri Pengajian Tinggi juga adalah Ahli Majlis Tertinggi Umno.

PAS mahu bertanya kepada Naib Canselor UiTM, berapakah Umno bayar untuk mengunakan fasiliti rakyat itu. Sebelum ini sudah ada rekod bahawa Umno merupakan parti yang culas dan suka mengambil kesempatan dalam mengunakan fasiliti rakyat. Malah pada tahun lepas, Umno pernah diheret ke Mahkamah oleh Syarikat Elegant Advisory Sdn Bhd kerana gagal membayar hutang sebanyak RM 218 juta semasa pilihanraya 2008. Apakah Umno mengunakan fasiliti UiTM secara berbayar atau percuma. Jika berbayar, berapakah nilai sewaan dewan-dewan dan asrama yang mereka gunakan .

Sampai bilakah UiTM mahu membiarkan dirinya terus menerus menjadi hamba kepada Umno. Rakyat sudah jelak melihat Umno memperkudakan UiTM, dimana UiTM tanpa segan silu mengarahkan Mahasiswanya menjadi petugas semasa Persidangan Umno setiap tahun di PWTC.

PAS kesal kerana dalam keadaan ekonomi dan dana Kerajaan yang gawat ini, Umno masih mahu menambahkan beban perbelanjaan. PAS mahu Jabatan Audit Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat status pengunaan UiTM Pahang sebagai lokasi program Konvensyen Umno ini.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Sunday, February 21, 2010

UMNO dan Penerangan ?

Semakin kuat UMNO memberi penerangan semakin nampak kuat mengampu dn menipu. Pertama zaman Ahmad Maslan sebagai Ketua Penerangan UMNO. Impaknya tidak dirasai sebagaimana Allahyarhamn Mat Bulat sebagai Ketua Penerangan dan Menteri Penerangan.

Sepatutnya Ketua Penerangan UMNO manjdi Menteri Penerangan Kerajaan, barulah seiring, tetapi ini tidak. Ahmad Maslan lebih kuat untuk membuat program, jangan ke tidak. Maka air muka dan wibawanya belum diserlahkan.

Selain itu, KPI penerangan sendiri gagal buktikan oleh organ parti UMNO. Malah rakyat nampak sekarang ini yang membuat kerja-kerja penerangan, yang mempertahankan dasar-dasar kerajaan adalah Kementerian Penerangan itu sendiri. Bukan jentera penerangan UMNO.



Biro Penerangan Umno akan menggunakan kaedah “4M” iaitu Media Bersemuka, Media Cetak, Media Elektronik dan Media Maya dalam memberi penerangan kepada rakyat mengenai pelbagai projek pembangunan yang dijalankan di setiap daerah menerusi program Satu Penerangan Satu Bahagian (SPSB).

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata penggunaan 4M itu dilihat lebih berkesan bagi menghebahkan pelbagai maklumat mengenai projek pembangunan yang dijalankan oleh kerajaan.

"Program yang kita mulakan sejak Oktober tahun lalu itu bertujuan untuk memperkasakan jentera penerangan parti di 20,000 cawangan dengan menggunakan kaedah seminar dan wacana minda bagi menerangkan mengenai peranan kerajaan pusat dalam membangunkan setiap kawasan.

"Justeru, kita juga menggesa agar kesemua jentera parti untuk turut sama dalam perjuangan ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Penerangan Umno bahagian Subang, di sini hari ini.

Beliau menggesa setiap bahagian Umno mengambil inisiatif menganjurkan program tersebut sekurang-kurangnya sebulan sekali atau dianjurkan bersama dengan program Juara Rakyat.

"Kalau boleh setiap bulan satu aktiviti kerana ini akan menggerakkan Umno dari peringkat akar umbi dan program mesti berterusan supaya pemimpin sentiasa merakyatkan diri mereka,” katanya.

Ahmad berkata laporan mengenai SPSB akan dimajukan kepada Majlis Tertinggi Umno sebagai KPI Biro Penerangan.

SPSB dilancarkan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Oktober tahun lalu sebagai usaha transformasi Umno untuk mengembalikan sokongan rakyat terhadap parti pemerintah Barisan Nasional. - BERNAMA

Filem MNIK Bollywood memberi persepsi Islam

'My Name Is Khan' Berjaya Mengangkat Islam Di Mata Barat

Shah Rukh Khan dan Kajol merupakan pelakon utama dalam filem itu.

PENANTIAN untuk menonton filem My Name Is Khan (MNIK) adalah sesuatu yang sukar difahami jika anda bukan peminat 'King Khan' atau Datuk Shah Rukh Khan.

Menonton dan menghayati setiap dialog yang diucapkan oleh Shah Rukh dalam filem MNIK, yang mengangkat martabat orang Islam di seluruh dunia ini, ibarat satu 'tanggung jawab' .

Atas beberapa sebab, filem ini tidak boleh dilihat dari perspektif filem Bollywood kerana penghasilan dan cara garapan filem ini jauh berbeza dari semua filem Hindustan yang pernah ditonton.

Tidak ada lagu merdu yang berjela-jela atau persalinan pakaian hingga durasi lima minit, tidak ada kesedihan yang klise seperti yang selalu ada dalam filem Bollywood dan tiada tarian. Anda mungkin kecewa tapi bagi peminat Shah Rukh, apa saja yang dihidangkan oleh bintang ternama ini adalah satu cenderahati.

Bagi mereka yang berharap menyaksikan sebuah lagi filem Hindustan pasti akan sedikit kecewa kerana pengarah Karan Johar berjaya lari dari expectation peminat filem Hindi.

Tapi durasi filem MNIK sama seperti semua filem Hindustan yang pernah anda tonton iaitu hampir 3 jam. Filem ini hidup dari awal hingga akhir kerana babak-babak realistik yang cuba dipaparkan dari kaca mata seorang pengarah bukan beragama Islam, Karan Johar.

Karan sejujurnya cuba bercerita tentang dilema seorang Islam bernama Rizvan Khan, yang mempunyai penyakit Aspergers sindrom (sejenis penyakit Autistik) yang dicurigai oleh bangsa Amerika. Rizvan dicop sebagai pengganas hanya kerana dia orang Islam dan peristiwa ini berlaku selepas kejadian hitam 9/11.

Disebabkan penyakitnya, Rizvan mempunyai masalah sosial dan tidak mampu berinteraksi secara normal.

Ibu Rizvan selalu menekankan bahawa tidak ada orang Islam baik dan orang Islam jahat, tidak ada orang Kristian baik dan orang Kristian jahat dan tidak ada orang Hindu baik dan orang Hindu jahat.

Kebaikan dan kejahatan ada pada manusia, tetapi itu tidak ada kaitannya dengan agama yang dianuti. Didikan ibu terpahat erat dalam benak Khan hingga Rizvan merasa didikan ibunya benar tetapi realiti yang dihadapinya sangat jauh berbeza.

Setelah ibunya meninggal, Rizvan terpaksa tinggal dengan adik lelakinya (lakonan Shergill) di Amerika. Di sinilah dia berjumpa dan jatuh hati dengan pedandan rambut bernama Mandira (Kajol), seorang ibu tunggal yang baik hati, bebas laku dan tinggal bersama anaknya, Sam, 6.

Cerita cinta Rizvan-Mandira agak luar biasa kerana latar belakang kedua mereka yang berlainan agama dan gaya hidup.Perkahwinan mereka yang mulanya mendapat tentangan adiknya, berakhir dengan baik. Namun kisah cinta mereka yang baru bermula 'terputus' apabila peristiwa September 11 di New York City menjadi penyebab beberapa insiden.

Sam dibelasah teruk hingga mati di sekolahnya kerana namanya ditukar ke 'Khan' sempena nama ayah tirinya, Rizvan Khan. Disebabkan insiden tragis ini, Mandira menolak Rizvan dan menghalaunya.

Segalanya berubah, kedua-duanya terpisah dan cerita cinta mereka bergilir mengharu birukan emosi penonton.

Hanya satu saja syarat diberikan untuk Rizvan kembali ke pangkuan Mandira. Dia harus berjumpa dengan Presiden Amerika dan memberitahunya, My Name Is Khan...And I Am Not A Terrorist.

Bagi Mandira, selagi namanya Khan, dia akan tetap dianggap sebagai pengganas. Dan di sinilah babak pertama filem ini bermula, di mana Rizvan 'Shah Rukh' Khan mengenggam tiga biji batu hitam sambil mulutnya berzikir 'Qul Huwallahu Ahad' sehingga menimbulkan curiga mata-mata yang memandang.....

Perlakuan 'rasial' yang dialami Rizvan ada kalanya menyentuh perasaan, ada ketika membuat kita terfikir bagaimana buruk sangka dapat membuat manusia berubah dari baik ke sifat haiwan.

My name is Khan mendapat bantahan parti Hindu, Shiv Sena, di tanah airnya sendiri hanya kerana satu kenyataan Shah Rukh yang membela pemain kriket Pakistan agar diserapkan ke India Premier League (IPL).

Kemarahan Shiv Sena tercetus kerana hubungan India-Pakistan yang hingga sekarang masih dilanda perang dingin. Akibat kenyataan Shah Rukh, Shiv Sena berusaha melarang filem My Name is Khan ditayang di India.

Kini, filem ini semakin dingin sambutannya di Mumbai, berbeza sekali dengan respon di Amerika dan Eropah.

Sejauh mana, bangsa Amerika menerima filem ini masih terlalu awal untuk dibuat rumusan.

Sembilan tahun setelah tragedi peristiwa 9/11, paranoia atau sikap perkauman terhadap umat Islam yang ditindas akhirnya berjaya digambarkan secara menarik sekali melalui sebuah layar filem Bollwyood.

MNIK berjaya menyingkap sikap rasis Amerika terhadap Islam. Lebih tepat, buruk sangka keterlaluan terhadap apa saja yang berbau Islam.

Diskriminasi barat terhadap Islam seperti yang ditunjukkan di dalam MNIK adalah satu fakta yang pernah terjadi terhadap Shah Rukh sendiri.

Filem itu berkisar tentang hubungan Rizvan dan Mandira, antara seorang individu bernama Rizvan dan pengaruhnya di sebuah negara barat hingga menimbulkan kebangkitan semangat solidariti sesama orang Islam lantas menutup terus mulut bangsa barat tentang Islam.

Terdapat tiga isu penting yang dikupas dalam filem ini: Islam, Cinta Seorang Autistik dan Pengorbanan.

MNIK berbicara tentang Islam dan bagaimana pandangan dunia terhadap Islam.

Agama bukanlah kriteria untuk menentukan orang itu baik atau jahat - itu adalah satu kenyataan yang diulang-ulang tanpa disedari sepanjang filem ini.

Selesai menonton filem ini, ada satu perkara yang anda akan ingat sampai bila-bila. Mungkin Shakespeare pernah berkata...What's In A Name? (Apa Ada Pada Nama?). Bagi mereka yang beragama Islam, jawapannya terdapat dalam filem ini. Akhir kata, 'Nama saya BUKAN Khan, dan saya bukan pengganas!'

Lompat parti: UMNO BN adalah kaki umpan dan pengumpan ?

Meneliti kenyataan bekas mufti Perlis Dr Asri berhubung isu lompat parti dan reaksi beberapa tokoh terhadapnya mengundang tarikan buat kita. Kata Asri dari segi hukumnya seseorang yang bertindak melompat parti itu adalah berdosa, dosanya kerana amanah rakyat atau pengundi terhadap silompat tersebut.

Manakala silompat parti pula , beliau tidak takut dosa tetapi takut 'beliau' menjadi lebih berdosa daripada bersekongkol dalam parti munafik (meminjam) pandangan Zaharin. Katanya saya lebih tahu hal PKR daripada mereka. b eliau berhujah PAS masuk dan keluar BN pada 1970, tidakkah berdosa dan mengkhianati pengundi Tempelek Zaharin.

Baginya adalah lebih mulia beliau keluar daripada PKR. Jika PKR tidak mulia maka apatah lagi PAS, menjadi ahli bebas dan menyokong UMNO dirasakan olehnya teramat mulia. Ini adalah nilaian mengarut belaka.


Bagi kita perbalahan atau perbahasan antara silompat dengan sesiapa yang mempertikainya tidak akan habis, selagi mana manusia itu terus berpolitik. Tiada titik noktah yang akan mengakhiri pandangan ini.

Bagi kita mari kita sesama fikirkan dan muhasabah, pertama dari segi moralnya. Pertama bilamana sianu masuk bertanding, lazimnya SPR akan meminta beberapa dokumen antaranya adalah watikah daripada bakal calon tersebut berdasarkan parti yang diwakili. Dan menjadi syarat SPR bahawa watikah parti itu laku dan melayakkan ia mewakili parti itu. Maknanya hal watikah hanya sekadar melayakkan sahaja, tanpa diperpanjangkan bilamana sekiranya wakil itu menang dan beliau berhasrat meninggalkan atau lari daripada parti yang diwakili, ia tidak menjejaskan apa-apa terhadap watikah itu tadi. Walhal konsep watikah sudut bahasa dan amalan negara cukup berbeda, taraf watikah raja, watikah kerajaan, watikah parti politik ada had, tafsiran yang berbeda-beda.

Bagi kita SPR wajar membuat peraturan dan meminda sudut longgar peratauran ini, bagi mengawal tindakan lompat melompat. Pihak kerajaan UMNO BN memanglah tidak bersetuju selagi mana senjata itu berguna kepadanya. ia akan kekal pertahankan selagi mana ia bermanfaat kepadanya.

Oleh itu untuk melihat kedepan ini suhu politik negara kita yang sihat bermoral beretika berakhlak adalah semakin jauh, selagai mana UMNO BN kekal dan mempunyai wakil yang ramai di Dewan Rakyat.

Maka kita patut katakan cukup kepada kumpulan dan orang yang bersekongkol dengan katak ini.

Saturday, February 20, 2010

UMNO yang dipelikkan, Jangan peliklah ?

Adalah sesuatu yang luarbiasa bilamana UMNO tidak memperalatkan sesuatu perkara , isu , benda dan sebagainya. Sebab itulah trade mark utama UMNO. Umpama dalam mencipta dan membuat projek. Maka UMNO akan berlumba-lumba mendahuluinya.

UMNO akan memanfaatkan semua prasarana, kemudahan PBT bagi majlis-majlis UMNO. Malah dalam masa yang sama akan menghalang keras mana-mana parti kiri yang halal (didaftarkan) secara sah bagi mempergunakan manfaat yang sama. Umpama balai raya di kampung-kampung seluruh negara. UMNO jadikan ia sebagai hak milik kekalnya.

Oleh itu, kes yang sama juga berlaku bilamana UMNO memperalatkan Kampus UiTM Jengka sebagai venu utama himpunan mereka tempoh hari, yang mana Himpunan UMNO ini dihadiri sendiri oleh kempimpinan UMNO yang utama. Jangan dipelikkan akan hal ini. Kerana itulah UMNO.

Yang kita pelik dan luarbiasa bilamana UMNO 'enggan' atau 'tidak mahu' mempergunakan atau memperalatkan UiTM sebagai tempat perjumpaan atau himpunan.

antara yang diperalatkan oleh UMNO akan memperalatkan semua jentera kerajaan secara terang jelas dan bersuluh.


FELDA: Antara harapan dan realiti ?

Konvesyen Peneroka FELDA Pahang anjuran PKR diadakan. Ironisnya kerana Pahang adalah kawasan terluas dan paling banyak dari segi jumlah tanah rancangan di Malaysia. Pemilihan dan kesesuian adalah amat tepat sekali. Sementelahan pula hampir 90 peratus dalam negeri Pahang yang ada dipenuhi dengan tanah rancangan. Dan lebih menarik dan diutamakan FELDA dilabelkan serta diwartakan ,lazimnya para pengundinya adalah 'penyumbang' utama atau jaminan utama keselesaan kerusi selamat bagi UMNO. Adakah fenomena ini kekal selama-lama atau sebaliknya. Adakah telahan ini benar dan boleh diterima. Hal ini memerlukan satu kajian serta dapatan bukti-bukti terperinci dan wajar dipertanggungjawabkan. FELDA dan masa depan PAS denganya.




% %

I. MAJORITI UNDI MELAYU PKR BN

1 FELDA BKT DAMAR 40 60


(M: 99 C: 0 I: 1 ) Pru08



2 FELDA LAKUM 34 66


(M: 97 C: 1 I: 2 ) Pru08



3 BOLOK 33 67


(M: 97 C: 0 I:3 ) Pru08



4 MEMPATEH 37 63


(M:98 C:1 I:1 ) Pru08



5 SUNGAI KEPONG 31 69


(M:97.0 C: 1 I: 2 ) Pru08



6 KAMPUNG DALA 21 79


(M:97 C: 1 I: 2 ) Pru08



7 RANTAU PANJANG 30 70


(M:72 C: 4 I: 24 ) Pru08















II. UNDI CAMPURAN (M,C,I) % %



PKR BN

1 BANDAR LANCHANG 45 54


(M:53 C: 36 I: 11 ) Pru08



2 LADANG ENDENSOR 60 40


(M: 30 C: 7 I: 63 ) Pru08



3 BATU KAPOR 53 47


(M:33 C: 42 I: 25) Pru08



4 BUKIT BENDERA 54 46


(M:29 C: 45 I:26 ) Pru08



5 DESA BAKTI 51 49


(M: 52 C:28 I: 20 ) Pru08



6 RANTAU PANJANG 30 70


(M:72 C: 4 I: 24 ) Pru08



7 KUALA KAWANG 46 54


(M:46 C:14 I: 40 ) Pru08















B IKUT SALURAN % %



PKR BN

1 SALURAN 1 40 60

2 SALURAN 2 43 57

3 SALURAN 3 49 51

4 SALURAN 4 55 45

5 SALURAN 5 59 41

6 SALURAN 6 52 48


















Gambaran data di atas adalah dapatan undi Felda dalam DUN Lanchang, yang mana terdapat 2 buah tanah rancangan Felda iaitu Felda Lakum dan Felda Bukit Damar. Dengan profail Tanah Rancangan ini adalah mengusahakan tanaman sawit. Kedua majoriti peneroka adalah bukan anak tempatan, tetapi kebanyakan adalah orang luar.

Data di atas memperlihatkan bahawa gambaran PRU 13 akan menghasilkan trend yang sama. Dan nampaknya UMNO memang boleh goyang kaki di Pahang.

Rizab BNM RM322.1 bilion

Rizab BNM RM322.1 bilion

KUALA LUMPUR 19 Feb. - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia turun sedikit kepada RM322.1 bilion (AS$96.9 bilion) pada 12 Februari daripada RM332.2 bilion (AS$97 bilion) pada 29 Januari.

Paras rizab itu memadai untuk membiayai 9 bulan import tertangguh dan 4.1 kali hutang luar negeri jangka pendek, kata Bank Pusat itu dalam satu kenyataan hari ini.

Rizab antarabangsa kasar terdiri daripada rizab mata wang asing (AS$87.3 bilion), kedudukan Rizab IMF (AS$400 juta), hak pengeluaran khas (AS$2.1 bilion), emas (AS$1.3 bilion) dan aset rizab lain (AS$5.8 bilion).

Aset dan liabiliti Bank Negara berjumlah RM363.953 bilion.

Selain daripada rizab antarabangsa, aset-aset lain termasuk kertas kerajaan Malaysia (RM2.683 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM9.544 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM12.454 bilion) dan aset-aset lain (RM7.177 bilion). - Bernama

GST ?

GST: Manfaat serta-merta

PUTRAJAYA 19 Feb. - Rakyat dapat merasakan manfaat serta-merta pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dengan menikmati harga lebih murah untuk pelbagai jenis barang.

Pengerusi Panel Penilaian Cukai Kementerian Kewangan, Datuk Kamariah Hussain berkata, antaranya rakyat hanya perlu membayar GST empat peratus ketika menjamu selera di restoran makanan segera berbanding cukai perkhidmatan lebih tinggi dikenakan sekarang.

"Kos perniagaan lain juga berkurangan selepas GST menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kerana restoran berkenaan tidak lagi perlu membayar cukai jualan atas pembelian meja, kerusi dan kemudahan lain.

"Dengan pelaksanaan GST, peniaga boleh menawarkan harga yang lebih murah hasil penjimatan daripada pembayaran cukai," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kamariah berkata, pelaksanaan GST memberi kesan kepada penurunan Indeks Harga Pengguna (IHP) sekali gus menurunkan perbelanjaan isi rumah.

"GST akan menurunkan IHP tetapi ini tidak bermakna IHP mesti turun selepas GST dilaksanakan kerana jatuh naik IHP turut dipengaruhi faktor lain," katanya.

Beliau memberitahu, bukan semua harga barang akan menurun selepas GST diperkenalkan dan terdapat barang tertentu yang akan mengalami kenaikan atau kekal pada harga asal.

Menurutnya, panduan pengguna akan diterbitkan supaya orang ramai mengetahui impak pelaksanaan GST kepada 350 jenis barang supaya peniaga menurunkan harga barang tersebut pada kadar yang sesuai.

"Harga untuk minuman berkarbonat umpamanya akan menurun selepas GST menggantikan SST dan kami mahu peniaga menyelaraskan harga secara berpatutan," katanya.

Kamariah berkata, kerajaan pada masa sama juga akan berbincang dan memujuk pasar raya besar di negara ini supaya mengekalkan harga lama jika harga barang berkenaan meningkat selepas GST diperkenalkan.

"Kami meminta pasar raya menyerap perubahan harga yang disebabkan oleh pelaksanaan GST.

"Adalah penting supaya pasar raya besar tidak menaikkan harga kerana terdapat juga peruncit yang membeli barang secara pukal daripada mereka untuk dijual semula di tempat lain," katanya.

Kamariah berkata, pendapatan cukai kerajaan melalui GST pada kadar empat peratus adalah kurang berbanding perolehan SST lalu mendorong kerajaan mengambil langkah lain untuk menampung kekurangan yang bakal berlaku.

Beliau menegaskan, dasar kerajaan untuk melaksanakan GST bukan bertujuan mengatasi defisit fiskal negara tetapi menyelesaikan kelemahan dalam cukai jualan dan perkhidmatan serta mempelbagai sumber pendapatan negara.

UMNO selama-lamanya yakin kedudukan di Pahang

Dari segi sejarah UMNO tidak tergugat langsung dengan gerakan Pakatan pembangkang di Pahang. Hakikatnya tsunami politik Pahang cuma nampak 'mencacak' naik graf suhu pada 1999, selepas zaman reformasi oleh Anwar.

Maka selama-lama UMNO amat selesa dan tidak teruja dengan gerakan asakan pembangkang, walaupun Fauzi Rahman bekas Timb Menteri Kewangan masuk PKR. Maka kesimpulannya Pahang adalah parti yang kuat di Pahang ?

UMNO Pahang jangan terlebih yakin

BERDASARKAN senario politik semasa, ada yang berani mengatakan Barisan Nasional (BN) mampu mencapai semula kemenangan besar meskipun bukan majoriti dua pertiga jika pilihan raya umum diadakan pada masa ini.

Beberapa faktor mendorong kepada andaian itu. Kemelut dalaman parti pembangkang yang menyaksikan beberapa pemimpin utama mereka meletakkan jawatan sama ada di peringkat nasional mahupun negeri.

Paling terbaru, tindakan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim melepaskan semua jawatannya dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa 12 Februari lalu.

Sebelum itu pada 7 Januari lalu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehudin Hashim meletakkan jawatannya berkuat kuasa tarikh sama, kononnya atas alasan peribadi.

Bagaimanapun sumber rapat mengatakan peletakan jawatan Salehudin itu ada kaitan dengan kritikannya terhadap tindakan Kerajaan Selangor mengambil alih hutang Talam Corporation sebanyak RM391 juta pada Oktober lalu.

Sebelum itu juga di Pahang, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mengumumkan peletakan semua jawatannya dalam PKR termasuk Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri dan Pengerusi Biro Keahlian Negeri pada 25 Januari lalu.

Tindakannya itu berikutan rasa tidak puas hatinya terhadap pentadbiran parti itu yang disifatkan seolah-olah seperti sebuah syarikat perniagaan.

Itu belum lagi kerenah Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang sentiasa membuat hal sehingga merimaskan para pemimpin pembangkang.

Faktor lain yang mungkin boleh mempengaruhi pengundi terutama Melayu untuk memilih semula BN jika pilihan raya diadakan adalah dasar-dasar parti pembangkang yang mengecewakan mereka.

Di Pulau Pinang misalnya, beberapa tindakan seperti merobohkan gerai-gerai milik Bumiputera dan sikap berdolak dalik terhadap keputusan pembatalan perarakan Maulidur Rasul boleh dianggap sebagai 'bola tanggung' kepada BN dan UMNO.

Dilihat dari sudut parti memerintah pula, kekuatan yang dimiliki Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang gigih memulihkan reputasi UMNO dan BN mampu mengubah keputusan senario Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 yang lalu.

Beberapa program yang mendekatkan rakyat dengan UMNO terutama 'Juara Rakyat' mendapat sambutan begitu menggalakkan daripada masyarakat akar umbi.

Namun, itu semua hanya andaian kerana kekuatan UMNO dan BN masih belum dapat diuji sepenuhnya walaupun wujudnya kelemahan pembangkang di sana sini.

Ketika ini, sebahagian pemimpin di peringkat tertinggi UMNO sedang gigih menyingsing lengan untuk memastikan parti itu terus relevan sementara menantikan semboyan PRU Ke-13 ditiupkan.

Persoalannya, bagaimana pula dengan ahli-ahli UMNO di akar umbi?

Adakah mereka telah bersiap sedia untuk menyahut cabaran menjelang pilihan raya umum akan datang.

Realitinya, masih wujud dalam kalangan ahli-ahli UMNO yang 'tidur' dan hanya bertepuk tangan melihat gelagat yang berlaku dalam pakatan pembangkang.

Jika tidak, masakan terdapat ribuan lagi ahli UMNO berumur 21 tahun ke atas dikesan belum mendaftarkan diri sebagai pemilih dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Merujuk kes di Pahang, kira-kira 36,000 ahli UMNO dikesan belum mendaftarkan diri sebagai pemilih. Masalah sama dipercayai turut berlaku di negeri-negeri lain.

Justeru, Konvensyen UMNO peringkat negeri Pahang yang dirasmikan Najib selaku Presiden parti di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Jengka semalam perlu dijadikan platform buat ahli-ahli parti itu untuk membuat persiapan lebih rapi dalam menghadapi PRU Ke-13.

Meskipun mencapai kemenangan selesa pada PRU Ke-12 apabila hanya lima daripada lebih 50 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) jatuh ke tangan pembangkang, pemimpin dan ahli UMNO Pahang perlu bermuhasabah terhadap kekuatan yang dimiliki jika masih ada 36,000 ahlinya belum berdaftar sebagai pemilih.

Menurut Pengerusi Biro Daftar Pemilih UMNO Negeri Pahang, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail, dalam Parlimen Kuala Krau sahaja, seramai 2,637 ahli UMNO dikesan masih tidak berdaftar sebagai pemilih manakala lebih 1,000 ahli parti itu tidak berbuat demikian di Parlimen Rompin.

''Di Maran, kita mengesan kira-kira 3,000 ahli UMNO yang tidak berdaftar sebagai pengundi," katanya.

Menurutnya, antara faktor ahli UMNO tidak mendaftar adalah kerana berasa selesa dan yakin BN Pahang mampu mengulangi kemenangan besar dalam pilihan raya umum akan datang.

Pengarah SPR negeri, Ismail Mohd. Yusof pula mengklasifikasikan bahawa Pas merupakan parti paling aktif mendaftar ahlinya sebagai pemilih berdaftar apabila seramai 1,437 orang didaftarkan berbanding komponen BN iaitu MCA, Gerakan dan MIC yang tidak serius menjalankan gerak kerja itu.

'Bayangkan sepanjang tahun lalu, MIC hanya mendaftarkan lima orang ahlinya sebagai pengundi,'' katanya.

Menurut rekod Jabatan Pendaftaran Negara ujar Ismail, seramai 815,707 penduduk Pahang layak mengundi sebagai pemilih dalam pilihan raya akan datang tetapi seramai 200,489 orang masih belum berbuat demikian.

''Hasil gerakan bersepadu dengan parti-parti politik kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO), seramai 615,218 orang berjaya didaftarkan sebagai pemilih sepanjang tahun lalu," katanya.

Justeru, angka tersebut perlu diberi perhatian serius dalam konvensyen tiga hari yang ditutup tirainya oleh Timbalan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad ini.

Kehadiran dua pemimpin tertinggi UMNO iaitu Najib dan Muhyiddin di tanah rancangan itu sebenarnya membawa mesej yang cukup besar bahawa Pahang perlu terus dijadikan 'simpanan tetap' UMNO dalam pilihan raya akan datang.

Ia bertepatan dengan resolusi PKR yang berhajat untuk menawan sebuah lagi negeri kelahiran Perdana Menteri selepas Kedah dan Pulau Pinang.

Menariknya, resolusi itu dicapai dalam Konvensyen PKR Pahang yang dirasmikan Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuantan pada 13 Januari lalu.

Bertunjangkan resolusi itu, PKR akan menggerakkan segala kekuatannya untuk menyelinap masuk ke tanah-tanah rancangan bagi mempengaruhi pemikiran golongan peneroka terutama yang tidak berpuas hati dengan pengurusan Felda.

Pastinya, Felda Wilayah Jengka menjadi sasaran pembangkang berikutan ia merupakan tanah rancangan terbesar di Pahang, hatta di negara ini.

Keyakinan Anwar bertambah meluap apabila keputusan PRU Ke-12 lalu menyaksikan calon BN, Wan Salman Wan Ismail hanya menang dengan majoriti 596 undi ketika menewaskan calon Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Pakatan pembangkang melihat laluan untuk menawan peneroka di Jengka semakin mudah selepas dua pemimpin Pas di kawasan itu, Tuan Ibrahim dan Nasruddin Hassan masing-masing dipilih sebagai Naib Presiden dan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat pada pemilihan parti itu tahun lalu.

Di bandar-bandar utama terutama Kuantan dan Indera Mahkota, pakatan pembangkang berasa amat yakin untuk mengekalkan status quo mereka di kedua-dua Parlimen tersebut kerana beranggapan pengundi bukan Melayu akan terus menyokong mereka.

Di sini letaknya cabaran UMNO negeri untuk menawan semula kedua-dua Parlimen tersebut dengan mengembalikan keyakinan bukan Melayu kepada BN.

Sehubungan itu, UMNO Pahang yang diterajui Pengerusi Perhubungannya, Datuk Seri Adnan Yaakob perlu lebih mempersiapkan diri dengan mengikis sikap terlebih yakin (over confident) menjelang PRU Ke-13 nanti.

UMNO Pahang perlu pantas menangani segala isu berkaitan peneroka sebelum ia dimanipulasi pembangkang.

Kerja-kerja ini bukan mudah apatah lagi wujudnya sebuah persatuan yang dikenali sebagai Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) yang dikatakan didalangi pembangkang sentiasa menjadi 'duri dalam daging' dalam kalangan peneroka.

Menyedari hakikat itu, Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, pihaknya sentiasa bersiap sedia berdepan dengan segala ancaman yang bakal diberikan oleh pembangkang.

Beliau tidak menafikan Felda Wilayah Jengka yang terletak dalam Parlimen Kuala Krau sentiasa diberi tekanan oleh pembangkang berikutan wujudnya pemimpin Pas bertaraf 'jeneral' di kawasan terbabit.

''Secara umumnya, kita sentiasa mendekati peneroka dengan mencari jalan supaya segala masalah mereka dapat diatasi secepat mungkin," jelasnya.

Antara isu yang sering dijadikan modal pembangkang di kawasan berkenaan, katanya, adalah isu perumahan bagi generasi kedua.

Walaupun pelbagai pendekatan diambil termasuk menyediakan banyak rumah bagi generasi terbabit, beliau kesal masih ada peneroka yang termakan dengan dakyah pembangkang.

Apa pun, Konvensyen UMNO peringkat negeri Pahang itu perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh ahli-ahli parti supaya tiada ruang bagi pembangkang untuk menawan satu lagi negeri yang melahirkan dua Perdana Menteri di negara ini.

Sudah semestinya kita tidak mahu melihat Pahang senasib dengan Kedah dan Pulau Pinang selepas PRU Ke-13 nanti.

Wednesday, February 17, 2010

Najib dijamu ubi rebus ?

RM7j bina pangkalan nelayan


Najib Tun Razak berbual dengan penduduk kampung semasa meninjau pangkalan nelayan di Kuala Chenang, Pulau Langkawi, semalam. - Utusan/Halim Khalid


LANGKAWI 16 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM7 juta untuk pembinaan pangkalan baru nelayan di Kuala Chenang di sini dalam usaha mempertingkatkan taraf hidup masyarakat nelayan di kawasan berkenaan.

Perdana Menteri berkata, selain pembinaan pangkalan tersebut, peruntukan itu meliputi kerja-kerja mendalamkan sungai di kawasan berkenaan yang berupaya memberi ruang lebih besar kepada bot-bot nelayan.

"Saya faham, nelayan Kuala Chenang tertekan dengan pelbagai masalah kerana pangkalan sekarang ini sempit dan bot-bot nelayan semakin bertambah sehingga memerlukan pangkalan baru yang lebih luas.

"Kita mengambil kira masalah ini dan disebabkan itu, RM7 juta diluluskan untuk pembinaan pangkalan baru nelayan di kawasan berhampiran," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan tinjauan mesra dengan masyarakat nelayan Kuala Chenang di sini sebelum mengakhiri percutian di Pulau Langkawi sejak kelmarin.

Kawasan berkenaan pernah dilanda tsunami pada 2004.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah; Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Nawawi Ahmad; Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Johari Baharom; Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Abu Bakar Taib.

Sehubungan itu, kata Najib, masyarakat nelayan seharusnya memberikan kepercayaan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa membantu golongan tersebut supaya kehidupan mereka terjamin.

"Kerajaan BN sentiasa mengambil berat masalah yang dihadapi rakyat termasuk golongan nelayan dan berharap mereka juga memberikan kerjasama kepada kerajaan supaya mereka mendapat bantuan sewajarnya," tambah beliau.

Firaun Kecil dan Firaun Besar ?

Mujurlah Zul Nordin tidak meletakkan dirinya sebagai nabi. Ini jelas bilamana dia melabelkan kalangan pembangkang adalah spesis 'Firaun Kecil' layaknya kepada kumpulan sekutunya satu masa dulu. Itulah hebat dan maksumnya Zul.

Dalam kepalanya pimpinan UMNO bukanlah kalangan Firaun Kecil , walaupun terbukti bilamana seorang setpol menteri kanan diserbu oleh SPRM membawa duit CASH sejumlah RM2 j. WOW..!!!! (Hussin Lempoyang)

Inilah nampaknya bilamana orang gila talak, hantu di sangka orang, dan orang pula disangka hantu. Minta UMNO cepat cepatlah bina dan buat jambatan dengan Zul Nordin.






Pembangkang ‘ditawan firaun kecil’

KUALA LUMPUR 16 Feb. – Pakatan pembangkang kini dikatakan telah ditawan oleh sekumpulan ‘firaun kecil’ yang mempunyai agenda berbahaya untuk membawa Malaysia keluar daripada kerangka Perlembagaan Persekutuan.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang membuat dakwaan itu berkata, dalam menjayakan agenda tersebut, ‘firaun kecil’ daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dianggotainya, Pas dan DAP turut bersekongkol dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tertentu.

Beliau mendedahkan, usaha terancang tersebut dimulakan sejurus pilihan raya umum lalu dan keadaan semasa amat membimbangkan kerana ia hampir berjaya sepenuhnya.

Dakwanya, antara petunjuk kejayaan kumpulan terbabit ialah pengenalan agenda Middle Malaysia dan pembatalan perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang.

“Agenda mereka ialah untuk memisahkan negara daripada kerangka Perlembagaan yang kita miliki sekarang.

“(Antara) kerangka Perlembagaan kita ialah menghormati agama Islam (sebagai agama rasmi) dan kedudukan istimewanya, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan bahasa Melayu.

“Tetapi mereka cuba memisahkannya dengan slogan baru, pendekatan baru dan anda boleh melihat sendiri apa yang mereka sedang lakukan,” katanya pada sidang akhbar di Wisma Yakin, di sini hari ini.

Justeru, Zulkifli mendesak kepimpinan partinya supaya menjelaskan adakah dasar pakatan pembangkang yang diumumkan pada 19 Disember lalu yang mengandungi komitmen untuk menghormati perlembagaan dan mempertahankan Islam diambil serius atau sekadar retorik politik.

“Kalau daripada apa yang berlaku sekarang seperti isu kalimah Allah, isu di Pulau Pinang dan terbaru (membatalkan) perarakan Maulidur Rasul, saya nampak ini semua mainan politik sahaja yang mereka tidak bermaksud untuk laksanakan,” katanya.

Zulkifli mendakwa, maklumat daripada penyokong akar umbi PKR khususnya orang Islam mendapati mereka amat resah dengan agenda kumpulan yang digelarnya ‘firaun kecil’ itu.

Perkara itu, dakwanya, juga menyebabkan perpecahan di kalangan ahli Parlimen PKR yang berpunca daripada perasaan tidak puas hati.

“Jika dibiarkan akan lebih ramai ahli dan pemimpin PKR yang keluar parti, yang tinggal ialah mereka yang kita kata sebagai ‘najis-najis politik’,” katanya.

Mengenai tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melabelkan wakil rakyat pembangkang yang keluar parti sebagai pengkhianat rakyat dan negara, Zulkifli menyarankan Menteri Besar Kelantan itu melihat sejarah perjalanan politiknya sendiri terlebih dahulu.

Katanya, sewaktu Pas menyertai Barisan Nasional (BN) pada tahun 70-an, tiada seorang pun wakil rakyatnya termasuk Nik Abdul Aziz yang meletakkan jawatan berikutan penghijrahan tersebut.

”Jadi, saya ingat elok Tok Guru Nik Aziz yang saya hormati tengok sejarah balik sebab Tok Guru tidak letak jawatan semasa Pas menyertai BN dulu,” katanya.