Tuesday, February 23, 2010

Pengundi Baru: Apa kita buat

Apa PAS buat dengan Daftar Pemilih ? Kelmarin rencana pengarang Utusan memuji melangit PAS Pahang, katanya seramai 1437 orang 'berjaya' PAS Pahang daftarkan berbanding dengan rakan komponen BN.

maka sekoyong-koyong dengan berita tersebut ' ramai' petugas PAS bangga dan rasa hebat. Nak tunggu media atau organ parti memuji jauh sekali, dan jarang sekali keluar hal-hal seumpama ini. Maka rata-rata kerja-kerja mengempur dan mengerunkan UMNO atau BN terlalu amat jaranglah PAS lakukan. PAS masih sejuk beku mengharapkan sesuatu dan akhir sekali muedah tertipu dan dipedayakan.


PUTRAJAYA, 23 Feb (Bernama) — Jumlah pemilih berdaftar bagi seluruh negara selepas Daftar Pemilih Tambahan (DPT) Suku Tahun Keempat 2009 yang telah disah dicantumkan dengan Daftar Pemilih Induk Tahun 2008, ialah sebanyak 11,163,409 orang.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di sini hari ini, DPT Suku Tahun Keempat 2009 bagi tempoh 1 Oktober hingga 31 Disember tahun lalu mengandungi 99,456 pemilih, terdiri daripada 82,663 permohonan pemilih baru dan 16,793 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi.

Katanya, pada masa yang sama, SPR telah mengeluarkan sebanyak 21,910 pemilih daripada rekod pemilih berdaftar atas sebab-sebab seperti bertukar alamat, meninggal dunia, dilucut hak warga negara dan sebagainya.

"SPR telah memperakui DPT Suku Tahun Keempat ini pada hari ini seperti dikehendaki oleh Peraturan 22 (1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 yang menetapkan agar DPT diperakui sebelum ia dapat digunakan untuk sesuatu urusan pilihan raya.

"DPT Suku Tahun Keempat ini akan diwartakan esok,” katanya.

Menurut kenyataan itu, orang ramai yang berminat untuk membeli daftar pemilih tersebut boleh membuat tempahan di Ibu Pejabat SPR di sini dan menghubungi Ibu Pejabat SPR di talian 03-8885 6500 atau mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri bagi sebarang pertanyaan.

Katanya SPR turut memohon kerjasama daripada mana-mana waris untuk menghantar salinan sijil kematian atau permit mengubur waris-waris mereka yang telah meninggal dunia kepada SPR dalam usaha untuk membersihkan daftar pemilih.

"Waris boleh menghantar salinan tersebut secara pos, faks atau datang sendiri ke mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri atau ke Ibu Pejabat SPR,” katanya.

Katanya pemilih berdaftar turut digalakkan menyemak Daftar Pemilih Induk 2009 bagi tujuan membuat pembetulan ke atas apa-apa kesilapan pendataan dari segi ejaan nama, nombor kad pengenalan, jantina, nombor rumah pemilih dan sebagainya.

"Sekiranya terdapat sebarang kesilapan pendataan, pemilih boleh membuat aduan melalui Sistem Aduan SPR di www.spr.gov.my atau menulis surat atau datang sendiri ke mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri atau ke Ibu Pejabat SPR,” katanya.

Katanya bagi pemilih berdaftar yang sudah bertukar alamat tempat bermastautin, mereka digalakkan membuat permohonan pertukaran alamat pusat mengundi bagi membolehkan mereka mengundi di pusat mengundi yang lebih dekat dengan tempat kediaman masing-masing. — BERNAMA

No comments: