Sunday, February 21, 2010

Lompat parti: UMNO BN adalah kaki umpan dan pengumpan ?

Meneliti kenyataan bekas mufti Perlis Dr Asri berhubung isu lompat parti dan reaksi beberapa tokoh terhadapnya mengundang tarikan buat kita. Kata Asri dari segi hukumnya seseorang yang bertindak melompat parti itu adalah berdosa, dosanya kerana amanah rakyat atau pengundi terhadap silompat tersebut.

Manakala silompat parti pula , beliau tidak takut dosa tetapi takut 'beliau' menjadi lebih berdosa daripada bersekongkol dalam parti munafik (meminjam) pandangan Zaharin. Katanya saya lebih tahu hal PKR daripada mereka. b eliau berhujah PAS masuk dan keluar BN pada 1970, tidakkah berdosa dan mengkhianati pengundi Tempelek Zaharin.

Baginya adalah lebih mulia beliau keluar daripada PKR. Jika PKR tidak mulia maka apatah lagi PAS, menjadi ahli bebas dan menyokong UMNO dirasakan olehnya teramat mulia. Ini adalah nilaian mengarut belaka.


Bagi kita perbalahan atau perbahasan antara silompat dengan sesiapa yang mempertikainya tidak akan habis, selagi mana manusia itu terus berpolitik. Tiada titik noktah yang akan mengakhiri pandangan ini.

Bagi kita mari kita sesama fikirkan dan muhasabah, pertama dari segi moralnya. Pertama bilamana sianu masuk bertanding, lazimnya SPR akan meminta beberapa dokumen antaranya adalah watikah daripada bakal calon tersebut berdasarkan parti yang diwakili. Dan menjadi syarat SPR bahawa watikah parti itu laku dan melayakkan ia mewakili parti itu. Maknanya hal watikah hanya sekadar melayakkan sahaja, tanpa diperpanjangkan bilamana sekiranya wakil itu menang dan beliau berhasrat meninggalkan atau lari daripada parti yang diwakili, ia tidak menjejaskan apa-apa terhadap watikah itu tadi. Walhal konsep watikah sudut bahasa dan amalan negara cukup berbeda, taraf watikah raja, watikah kerajaan, watikah parti politik ada had, tafsiran yang berbeda-beda.

Bagi kita SPR wajar membuat peraturan dan meminda sudut longgar peratauran ini, bagi mengawal tindakan lompat melompat. Pihak kerajaan UMNO BN memanglah tidak bersetuju selagi mana senjata itu berguna kepadanya. ia akan kekal pertahankan selagi mana ia bermanfaat kepadanya.

Oleh itu untuk melihat kedepan ini suhu politik negara kita yang sihat bermoral beretika berakhlak adalah semakin jauh, selagai mana UMNO BN kekal dan mempunyai wakil yang ramai di Dewan Rakyat.

Maka kita patut katakan cukup kepada kumpulan dan orang yang bersekongkol dengan katak ini.

No comments: