Sunday, January 20, 2013

Najib Merapu Lagi di Kelantan Hari ini ?

Seronok juga tengok Buliten TV3, PM 1Malaysia ke Kelantan hari ini, dilaporkan macam biasa beliau janjikan 10 Projek 1Malaysia 1Kelantan bahawa Bn akan tunaikan janji dengan syarat rakyat dahulu tunaikan untuk menangkan Bn di Kelantan.

Dilihat dari segi ramainya manusia Kelantan yang 'mengerumni' PM 1Malaysia, Kelantan 'bakal' tumbang kali ini.

Kali ini dia ajak para ulama Umno sama-sama pakat jatuhkan kerajaan Kelantan. Itu tidak kisahlah sebab dalam kerajaan 1Malaysia, mana ada halal haram dalam politik dan berpolitik. 

Ikut dialah, masing-masing ada otak, ada ilmu fikirlah...



Ulama, Umarak Bantu BN Rampas Kelantan - PM
KOTA BAHARU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak percaya perjuangan Barisan Nasional (BN) untuk mengubah kepimpinan negeri Kelantan turut melibatkan tokoh agama seperti golongan ulama dan umarak.
Beliau berkata tokoh agama ini merupakan pejuang mewakili suara masyarakat Kelantan yang sentiasa dahagakan perubahan tanpa mengetepikan pegangan agama.
"Kalau ingin melihat perubahan, inilah kumpulan yang akan mencipta sejarah. Perjuangan kita melibatkan gandingan baharu pemimpin-pemimpin bertaraf ulama dan umarak (pemimpin).
"Ulama-ulama ini yang tidak main politik. Mereka ini juruh (baik dan bagus), Insya-Allah mereka akan bersama-sama dengan kita. Inilah yang menjadi pegangan saya," katanya pada majlis minum petang bersama badan bukan kerajaan dan pemimpin tempatan termasuk pemimpin sekolah pondok di sini.
Terdahulu perdana menteri mempengerusikan mesyuarat badan perhubungan Umno Kelantan kira-kira dua jam.
Najib berharap perjuangan ulama dan umarak akan sentiasa diteruskan serta disokong pelbagai pihak dalam usaha mencapai matlamat yang dirancang.
"Teruskan usaha kita dengan ceramah-ceramah yang dibuat oleh golongan ulama muda mahu pun tua, dan guru pondok. Ini akan membantu kita dalam memberi penjelasan bahawa BN berada di atas landasan yang benar," katanya.
Jelas Najib, Kelantan merupakan negeri pertama yang dimasukkan dalam manifesto BN dan manifesto itu akan dilaksanakan dan dibuktikan kerana janji kerajaan pusat sentiasa ditepati.
Perdana menteri hari ini mengumumkan tujuh projek besar antara sebahagian manifesto BN yang bakal dilaksanakan bagi memajukan Kelantan tidak lama lagi.
Projek itu merangkumi pembinaan lebuhraya Kuala Krai-Kota Baharu, pembinaan stadium baharu, pembinaan masjid terbesar dan pembinaan perumahan rakyat peringkat permulaan melibatkan 3,000 unit.
Projek lain adalah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Baharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara yang boleh memuatkan 5,000 pelajar dan projek menyelesaikan masalah air. BERNAMA

Saturday, January 19, 2013

Jumpa Minyak, Apa Faedah Untuk Rakyat ?

Apalah gunanya telaga minyak dijumpai lagi, negara kaya dan pemimpin sahaja yang kaya, sebalik rakyat papa kedana. Siapakah yang harus dipersalahkan ? Kenapa rakyat masih belum sedar tentang hak dan kepentingan mereka diutamakan. 

Kenapa dan mengapa rakyat mudah terbuai dengan slogan, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Sebelum ini, gegar dan kuat dengan raja-raja slogan BCA, Penerapan Nilai-Nilai Islam dan macam-macam lagi.

Besarnya slogan, tetapi harga minyak RON95 (mutu rendah) dijual dengan harga RM1.80 seliter. Jika kita bandingkan negara Arab Saudi ( listen kata jangan bandingkan Malaysia dengan negara luar) Dah kita nak banding minyak dengan sapa pula, mungkin suruh banding minyak Kelantan dengan Sarawak kot, sebab negeri ini sahaja yang dapat dan tidak dapat royalti minyak.

Petronas temui minyak

LOJI MNLG Petronas di Bintulu, Sarawak.

KUALA LUMPUR 18 Jan. - Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) hari ini mengumumkan telah menjumpai medan minyak dan gas Adong Kecil West-1 di Blok SK333 di pesisir Sarawak, penemuan minyak dan gas pertama di daratan Malaysia selepas 24 tahun.

Syarikat minyak negara itu berkata, penemuan kali terakhir di darat ialah di Medan Asam Paya pada 1989, juga di Sarawak.

Petronas dalam kenyataannya menyatakan, Adong Kecil West-1 terletak 20 kilometer dari bandar Miri dan telah digerudi oleh JX Nippon Oil & Gas Exploration (Onshore Sarawak) Ltd. yang merupakan pengurus Blok SK333 dengan kerjasama Petronas Carigali Sdn. Bhd.
Setakat ini, kerja-kerja penggerudian telah mencapai tahap kedalaman 3,170 meter dan dianggarkan ketebalan bersih hidrokarbon adalah 349 meter.

Dua sistem penggerudian mampu mengeluarkan 440 tong minyak mentah dan 11.5 juta kaki kubik standard sehari.

Berdasarkan keputusan penggerudian, ada tanda-tanda menunjukkan bahagian paling dalam medan berkenaan mempunyai potensi simpanan hidrokarbon, bagaimanapun proses penggerudian lebih mencabar dan memerlukan teknologi yang lebih tinggi.

Setakat ini, tiga buah medan minyak telah ditemui di daratan Sarawak termasuk Miri, Asam Paya dan Adong Kecil West-1 dan ini jelas menunjukkan kawasan berkenaan mempunyai banyak medan minyak dan gas berpotensi.


Thursday, January 17, 2013

Terdesak- Tukarlah Sahaja Kerajaan Yang Ada ?

Sikap dan sisi pandang mahasiswa dan pemimpin amat berbeda. Sesudah menjalankan dasar-dasar ekonomi sosial pentadbiran dan budaya yang muuk-muluk dengan disertakan bersama janji-janji manis pemimpin kerajaan.

Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan tinggal slogan sahaja. Dalam hal PTPTN sepatutnya para pelajar yang mendapat kelas pertama  di IPTA dan IPTS terus pihak Tabung berikan pengecualian.

Tetapi ini tidak berlaku, mereka terpaksa menulis surat dulu kepada pihak Tabung untuk memaklumkan. Mereka yang dapat kelas pertama bukannya ramai pun sekitar 4,000 orang sahaja, itu pun tidak terurus dek pihak Tabung.

Bayangkan, apa yang cuba disuarakan oleh seorang mahasiswa India Cik Bawani yang menjadi isu hangat perbincangan dalam raung siber, patut direnungi, betapa para mahasiswa perlu mula berubah dan mengubah tampuk pemerintahan yang semakin malap dan lesu prestasi.

Mana dia tranformasi kerajaan, jika hal sekecil ini masih kerajaan susahkan rakyat. Kita melantik kerajaan yang ada semata-mata menyediakan khidmat terbaik kepada rakyat,itulah moto pilihan yang kita buat, jika ia dah pun menyusahkan rakyat lebih baik TUKAR sahaja lah..



4,000 Pelajar Kelas Pertama Belum Mohon Pengecualian Bayaran Balik PTPTN

TEMERLOH: Seramai 4,000 pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang mendapat kelas pertama belum memohon bagi pengecualian bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, sehubungan itu mereka diberi tempoh sehingga 31 Jun ini untuk berbuat demikian.
"Kegagalan berbuat demikian sehingga berakhir tarikh itu akan menyebabkan mereka perlu membayar balik pinjaman sepertimana yang termaktub dalam surat perjanjian pinjaman," katanya kepada pemberita di siniKhamis.
Beliau berkata, pelajar berkenaan boleh melayari laman web PTPTN atau datang sendiri ke pejabat PTPTN bagi membuat permohonan pengecualian pinjaman. - BERNAMA




Analisa Sisi Pandang Tentang HKR112- Pak Shukur


10 kejayaan besar HKR112

-,16 Jan 2013

Walaupun musuh Pakatan Rakyat mencemuh, melemparkan pelbagai kritikan, tuduhan dan pandangan negative terhadap Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka 12 Januari lalu, namun bagi mereka yang berfikiran rasional, objektif dan terbuka akan mendapati sekurang-kurangnya ada 10 kejayaan Himpunan tersebut, iaitu:

+ Runtuhnya rasa takut rakyat untuk menyuarakan pandangan mereka, menentang ketidakadilan, perkauman, rasuah, nepotisme, penipuan dalam pilhan raya dan pelbagai lagi.

+ Bukti kemampuan rakyat untuk berhimpun secara aman dan tertib, malah meriah seperti pesta rakyat. Ini berlaku kerana tidak ada sebarang ptovokasi. Untuk itu tahniah kepada penganjur, NGO-NGO, parti-parti politik, tokoh dan pemimpin masyarakat yang bekerja keras mendorong hingga terlaksananya Himpunan itu secara aman.

+  Hilangnya kridibiliti dan pengaruh media tradisional Umno yang tidak henti-hentinya menaburkan fitnah bahawa kononya Himpunan ini akan menyusahkan rakyat dan peniaga, memberikan gambaran buruk terhadap negara dan pelbagai lagi.

+  Runtuhnya fahaman perkauman yang sentiasa dihembuskan oleh golongan tertentu untuk mencapai keuntungan politik murahan mereka. Dalam Himpunan itu, pelbagai kaum – Melayu Cina, India, Kadazan, Bidayuh, Orang Asal dan pelbagai golongan lagi berhimpun dengan satu matlamat untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan demokratik. Mereka sama-sama menentang perkauman, diskriminasi, rasuah, nepotisme dan lain-lain.

+  Isyarat jelas bahawa semakin ramai rakyat mahukan perubahan – dari sebuah pemerintahan yang sedemikian rupa seperti sekarang – kepada pemerintahan yang adil dan demokratik, perjalanan pilihan raya yang bersih dan telus.

+  Isyarat jelas bahawa rakyat benci dengan suasana yang ada sekarang di mana segelintir para kroni membolot segala peluang ekonomi, menyebabkan mereka hidup bermewah-mewah, sedangkan hidup rakyat bawahan sentiasa dibelit oleh kesusahan - harga barangan keperluan yang terus menerus meningkat dan belanja sara hidup terus melonjak.

+  Generasi baru yang berjumlah kira-kira 40 peratus yang menyertai Himpunan itu menggambarkan bahawa generasi ini menuntut perubahan politik, ekonomi, pendidikan dan pelbagai lagi dalam PRU akan datang. Generasi baru ini juga menentang perkauman dan fahaman agama yang sempit.

+  Isyarat tewasnya media tradisional milik Umno/BN di tangan media alternative yang jauh lebih advance dalam melaporkan berita dan rencana, foto-foto dan ulasan bersifat terkini, sedangkan media tradisional masih dengan gaya lama – umpamanya menggelapkan berita dan rencana mengenai kebangkitan rakyat.

+  Kejayaan luar biasa Himpunan adalah manifestasi bahawa media alternative sangat berpengaruh dalam mengundang rakyat ke Himpunan tersebut hingga kehadiran rakyat sangat luar biasa.

+  Memberi kefahaman baru kepada pelbagai pihak bahawa kebangkitan rakyat bukan sesuatu yang negative, tetapi positive dan kebangkitan ini tidak boleh dibendung lagi. Sebab itu pelbagai golongan masyarakat – pelajar, profesional, ahli korporat, artis, bekas pegawai tinggi kerajaan dan swasta, buruh dan petani serta pelbagai menyertai Himpunan itu.
Adapun kejayaan luar biasa Himpunan tersebut ialah hasil perjuangan panjang dan getir rakyat hingga tergubalnya Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 lebih setahun lalu itu.

Memang benar seperti kata Pengarah Himpunan itu, Haji Mohamad Sabu bahawa jelas sekali APA 2012 adalah atas desakan dan tuntutan rakyat yang tidak kenal erti penat dan patah semangat dalam memastikan hak kebebasan bersuara di negara ini didengar oleh pemerintah.

"Ia melalui perjuangan rakyat, bukan kerajaan sengaja nak beri. Untuk mendapatkan perhimpunan ini, rakyat terpaksa melalui perjuangan yang panjang. Akta ini diperoleh kerana perjuangan rakyat, bukan ihsan daripada pemerintah," katanya.

Di samping itu, pada pendapat saya, dengan begitu ramai  jumlah orang Melayu  yang menyertai Himpunan tersebut menunjukkan mereka yang mahukan perubahan semakin ramai. Bagaimanapun yang menyertai Himpunan itu terdiri dari pelbagai bangsa dan agama.

Saya menyaksikan bagaimana seorang Cina memberikan payung kepada sekeluarga Melayu di tengah padang Stadium tersebut, di samping seorang Melayu memberikan selendang kuning Tuntutan Rakyat kepada seorang lelaki Cina yang berdiri di suatu sudut yang lain dalam stadium itu.

Di luar stadium kelihatan orang Melayu dan Cina berjalan beriringan dan berbual ketika masuk Stadium dari Jalan Sultan, dari Pasar Seni, dari Masjid Negara dan dari tempat berkumpul yang lain. Demikian juga ketika mereka pulang, betrjalan bersama, saling memberikan minuman yang dijual di tepi Stadium.

Apa erti semuanya ini kalau bukan sebuah ikatan mesra yang tulin pelbagai kaum untuk menuntut perubahan. Ini bukan sebuah lakonan, tetapi sebuah realiti. Mereka tidak diupah dengan wang, bas percuma dan makanan percuma, tetapi mereka datang dengan belanja sendiri.

Jelas Himpunan itu tidak ada jeritan dan tuntutan perkauman, tetapi suara yang padu mahukan perubahan. Ia datang dari hati rakyat prihatin yang sangat sedar.

Mereka telah membenamkan isu perkauman yang berbisa, isu agama yang sempit. Juga mereka telah membenamkan isu-isu berbentuk fitnah, tuduhan jahat dari musuh Pakatann Rakyat.

Inilah natijah dari Himpunan tersebut, sebuah mesej yang sangat jelas, Namun begitu jalan ke Puterajaya masih penuh dengan cabaran, bagaimanapu dengan keazaman yang kuat, destinasi itu akan sampai juga akhirnya.  

Saturday, January 12, 2013

TERBARU: HKL112

Ya Allah saksikan HKL112


Kronologi Himpunan Kebangkitan Rakyat
Pandangan dari udara keadaan Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112) di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya. Foto SHAHRUL FAZRY ISMAIL / THE STAR
BERIKUT adalah kronologi Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112) yang sedang berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada petang Sabtu:
4.50 petang: Perhimpunan tamat dengan nyanyian lagu Negaraku.
4.45 petang: Bacaan doa daripada Datuk Nik Aziz Nik Mat
4.40 petang: Deklarasi himpunan diketuai oleh Datuk Saifuddin Nasution.
Keadaan Stadium Merdeka di Kuala Lumpur yang dibanjiri oleh para peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112) pada petang Sabtu. Foto RICKY LAI / THE STAR
4.15 petang: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi ucapan.
3.50 petang: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberikan ucapan.
3.35 petang: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memberi ucapan.
Peserta KL112 berjalan di Jalan Ampang menuju ke Stadium Merdeka. Foto ROHAIZAD MD DARUS / THE STAR
3.13 petang: Sasterawan negara, Datuk A. Samad Said tampil membacakan puisi bertajuk 'Di atas Padang Sejarah'.
3.06 petang: Vokalis kumpulan Blues Gang, Ito tampil menyanyikan lagu bertajuk 'Ubah Sekarang'.
2.45 petang: Pengerusi DAP, Karpal Singh; Setiausaha DAP, Lim Guan Eng dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang tiba di stadium.
2.38 petang: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Stadium Merdeka.
2.11 petang: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali tiba di Stadium Merdeka.
Sebahagian peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112) sedang berkumpul di KLCC sebelum menuju ke Stadium Merdeka. Foto ROHAIZAT MD DARUS / THE STAR
2.07 petang: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tiba di Stadium Merdeka.
2.03 petang: Wakil mahasiswa, Safwan Anang berucap. Katanya, mahasiswa menerusia 'student power' (kuasa mahasiswa) akan terus berjuang agar PTPTN dan AUKU dimansuhkan.
1.51 petang: Ribuan peserta KL112 membanjiri Stadium Merdeka. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memulakan ucapan.
Keadaan peserta himpunan di Jalan Sultan. Foto CHAN TAK KONG / THE STAR
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku.
1.24 petang: Azan Zohor berkumandang di Stadium Merdeka. Separuh stadium sudah dipenuhi dengan para peserta KL112.
1.17 petang: Peserta dari Jalan Sultan meneruskan perjalanan ke Stadium Merdeka.
Kumpulan peserta dari Amcorp Mall berjalan melalui Lebuhraya Persekutuan Kuala Lumpur menuju ke Stadium Merdeka. Foto AZMAN GHANI / THE STAR
1.14 petang: Fuziah Salleh berucap di hadapan peserta di depan Stadium Bola Keranjang.
Dalam ucapannya, beliau berkata, perhimpunan itu dianjurkan bertujuan untuk menuntut sistem pentadbiran kerajaan yang adil.
Ini termasuk tuntutan agar kerajaan menghentikan projek Lynas, memberi royalti minyak dan memastikan sistem pilihan raya yang bersih dan adil.
Beliau turut menggesa agar semua rakyat turun mengundi pada PRU-13 nanti jika menginginkan perubahan.
Kumpulan peserta KL112 memenuhi kawasan di hadapan Pasar Seni. Foto NORAFIFI EHSAN / THE STAR
1.00 petang: Peserta KL112 diminta duduk di jalan berhadapan dengan Stadium Bola Keranjang.
12.52 tengah hari: Kumpulan peserta KL112 mula bergerak ke Stadium Merdeka.
12.45 tengah hari: Pemimpin pembangkang dan NGO berucap di hadapan peserta KL112 di Jalan Sultan sebelum bergerak ke Stadium Merdeka.
Kumpulan penyokong KL112 berjalan di Jalan Ampang menuju ke Stadium Merdeka. Foto M. AZHAR ARIF / THE STAR
12.20 tengah hari: Hujan renyai-renyai di Jalan Tun Sambathan. Peserta tetap meneruskan perjalanan ke Stadium Merdeka.
12.15 tengah hari: Ahli Parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw tiba menyertai peserta di Jalan Sultan.
Peserta berkumpul di jalan menyebabkan kesesakan teruk di Jalan Sultan.
12.10 tengah hari: Unit Amal PAS menunggi di Little India, Brickfields untuk bergabung dengan kumpulan peserta dari Amcorp Mall sebelum menuju ke Stadium Merdeka. Keadaan trafik sesak.
Adam Adli (kanan) yang merupakan wakil Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menyampaikan ucapan di hadapan peserta di Masjid Ar-Rahman dekat Universiti Malaya (UM). Foto IZZRAFIQ ALIAS / THE STAR.
12.08 tengah hari: Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Teck berucap menggunakan pembesar suara di hadapan peserta yang berkumpul di Jalan Sultan.
12.02 tengah hari: Peserta KL112 yang berkumpul di Jalan Sultan menyanyikan lagu 'Rasa Sayang' beramai-ramai.
11.50 pagi: Jumlah penyokong bertambah dan membanjiri Jalan Sultan menyebabkan kesesakan lalu lintas.
11.14 pagi: Kumpulan peserta melepasi Dataran Maybank, Bangsar. Polis trafik mengawal lalu lintas.
Sebahagian peserta KL112 yang duduk di jalan berhadapan dengan Stadium Bola Keranjang. Foto ARIFFUDDIN ISHAK
11.25 pagi: Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh tiba di Jalan Sultan. Menurut beliau, kumpulan penyokong KL112 di Jalan Sultan akan bergerak menuju ke Stadium Merdeka kira-kira pukul 12.30 tengah hari.
11.00 pagi: Kumpulan peserta KL112 semakin ramai di sepanjang Jalan Bangsar. Mereka bergerak menuju ke Brickfields. Kumpulan mahasiswa turut kelihatan.
Trafik sedikit sesak namun masih terkawal. Kelihatan juga pegawai pemerhati daripada Majlis Peguam ditempatkan.
10.35 pagi: Kumpulan peserta KL112 dari Amcorp Mall bergabung dengan kumpulan peserta yang berkumpul di UM.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bersemangat ketika memberi ucapan di hadapan peserta KL112 di Majid Ar-Rahman dekat UM. Foto IZZRAFIQ ALIAS / THE STAR.
10.20 pagi: Kumpulan peserta mula memasuki Lebuhraya Persekutuan Kuala Lumpur. Mereka berjalan di lorong kecemasan. Keadaan trafik lancar.
10.05 pagi: Pasukan Unit Amal PAS mula membuat kawalan di sekitar Jalan Sultan. Jumlah peserta himpunan semakin bertambah.
10.05 pagi: Peserta mula berjalan menuju ke Universiti Malaya (UM) secara berpasangan. Keadaan terkawal.
10.00 pagi: Jumlah penyokong KL112 di Jalan Sultan semakin bertambah. Suasana sekitar kawasan bising dengan tiupan "vuvuzela".
9.00 pagi: Peserta perhimpunan berkumpul di Amcorp Mall, Petaling Jaya untuk berarak ke Stadium Merdeka pada pukul 10 pagi.
Peserta terdiri daripada anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan orang awam, antara yang akan berjalan bersama kumpulan ini termasuk Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Peserta dijangka akan berjalan dari sini yang merupakan lokasi pertama dan paling jauh yang akan dilalui oleh peserta perhimpunan untuk sampai ke Stadium Merdeka.
8.45 pagi: Sekumpulan penyokong KL112 dari Johor mula berkumpul di Jalan Sultan berhadapan dengan Kompleks Selangor.
Kumpulan berkenaan memakai kemeja-T kuning dengan tulisan 'Kuasa Rakyat KL112'.
Perkembangan selanjutnya selepas ini.

Tuesday, January 08, 2013

Umno mana ada cakap serupa bikin ?

Pepatah baru ada nengatakan jika tidak menipu bukan Umno, jika tidak bercakap bohong pun bukan Umno, jika cakap lain buat lain pun bukanlah Umno.   Jika apa-apa sahaja berkaitan Umno kita kena baca sebaliknya, jika dia kata dia bagi adalah sebaliknya, jika dia kata rusuhan ada tentu dia akan buat rusuhan.

Umno adalah watak hitam, adalah watak jahat dalam jalan cerita negara kita. Dulu PM 1Malaysia memang cakap semua rakyat tahu bahawa dia akan bagi padang dan stadium jika rakyat nak berhimpun unjuk rasa, tetapi tiba masa sebaliknya. Bila orang dah bersungguh-sungguh dia buat-buat main pulak.

Jadi cakap tidak serupa bikin ni adalah Umno. Jadi kalau kita percaya Umno sakitlah kita





Penganjur Perhimpunan Harus Pastikan Tiada Rusuhan - Hishammuddin
SEREMBAN: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Selasa berkata pakatan pembangkang harus memastikan perhimpunan yang dicadang dianjurkan mereka Sabtu ini tidak bertukar menjadi rusuhan.
Mereka patut memohon kepada Stadium Negara jika ingin menganjurkan perhimpunan di situ dan memastikan kapasiti yang ditetapkan, dipatuhi, katanya.
Beliau berkata semua pihak harus memastikan perhimpunan itu tidak mencetuskan rusuhan seperti yang berlaku semasa perhimpunan Bersih tahun lepas.
Dalam hal ini Hishammuddin berharap pihak penganjur mengadakan perjumpaan dengan polis mengenai langkah keselamatan yang perlu dipatuhi.
"Saya cukup yakin bahawa Ketua Polis Negara telah memantau keadaan ini dan boleh memastikan apa yang kita bimbang tidak akan berulang. Yang penting sekarang kita belajar daripada apa yang berlaku pada perhimpunan Bersih dahulu di mana berlakunya huru-hara dan rusuhan jalanan," katanya kepada pemberita di sini, selepas majlis taklimat persediaan Barisan Nasional menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.
Majlis taklimat itu dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Hishammuddin mengingatkan bahawa jika perhimpunan yang dicadangkan, maka peserta patut berhimpun di dalam stadium dan tidak keluar berarak beramai-ramai.
"Ketenteraman awam mesti ditekankan. Saya percaya majoriti rakyat Malaysia memahami dan mahukan hak mereka terhadap ketenteraman dan keamanan dipelihara," katanya. -BERNAMA

Tuesday, January 01, 2013

Macam-macam Buka tirai Ambang 2013M. Dan sana sini....

Macam-macam Buka tirai Ambang 2013M. Dan sana sini....


Pasangan khalwat larikan kenderaan Jaip
NIK AMIRULMU’MIN NIK MIN
1 Januari 2013
KUANTAN - Seorang remaja yang ditahan bersama pasangannya berhubung tuduhan berkhalwat bertindak nekad melarikan kenderaan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dalam cubaan meloloskan diri daripada dikenakan tindakan awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, remaja terbabit bersama pasangannya dan dua individu yang turut ditahan atas kesalahan sama dipercayai berada dalam kenderaan sementara dibawa  ke pejabat Jaip untuk siasatan lanjut.

Bagaimanapun remaja berusia 18 tahun itu bertindak menolak pemandu kenderaan jenis Mitsubishi Pajero sehingga terjatuh sebelum  memecut kenderaan menghala ke Indera Mahkota dari di Jalan Wong Ah Jang.

Pegawai penguat kuasa Jaip berjaya mengejar kenderaan terbabit di satu kawasan di Indera Mahkota dan menahan satu pasangan dalam kenderaan itu.

Satu pasangan lagi termasuk lelaki yang melarikan kenderaan tersebut berjaya meloloskan diri.

Bagaimanapun mereka menyerah diri di pejabat Jaip.

Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Kuantan berhubung kejadian.

Dalam Operasi Cegah Maksiat sempena Tahun Baru 2013 itu, sebanyak 13 pasangan ditahan kerana disyaki berdua-duaan dalam bilik hotel bajet sekitar bandar Kuantan.

Semua yang ditahan berusia antara 18 hingga 30 tahun dibawa ke pejabat Jaip untuk disoal siasat mengikut Seksyen 145 (2) Enakmen Pentadbiran Keluarga Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1984.

Friday, December 28, 2012

MRT lambang Projek Membazir atau projek Mega UBN

Ini satu lagi projek BN. Projek kerajaan Bn adalah lambang kepada pembaziran. Satu lagi lambang projek BN yang membazir. 

Semua negara mahukan kemajuan dan pembangunan. Justeru pembangunan dan kemajuan macam manalah yang rakyat mahukan.

Kenapa kerajaan perlu membazirkan wang sebanyak itu bagi membina MRT ? Jika kesesakan menjadi alasan adakah dengan jumlah wang sebesar itu dapat selesai punca aliran trafik dapat dikurangkan antara kedua-dua wilayah atau rantau berkenaan ?


Kos MRT Sg Buloh-Kajang tidak lebih RM23 bilion


20 Disember 2012

KUALA LUMPUR - Kos projek MRT Sungai Buloh-Kajang tidak melebihi RM23 bilion, dan dijadual siap menjelang Julai 2017, kata Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd (MRT Corp) Datuk Azhar Abdul Hamid. 


Cakap-cakap dalam pasaran menyebut kos projek MRT Line 1 melebihi RM23 bilion dan akan meningkat setinggi RM50 bilion.

"Kami akan memastikan projek itu kekal mengikut belanjawan," katanya pada taklimat media mengenai Laporan Kemajuan Projek MRT 2012 di sini hari ini.

Sehingga 18 Dis, 2012, MRT Corp meluluskan sejumlah 54 pakej bernilai RM20.31 bilion daripada 85 pakej untuk projek itu, katanya. 

"Baki 31 pakej bernilai kira-kira RM3 bilion akan diluluskan secara berperingkat-peringkat," kata Azhar.

Mengenai penyertaan kontraktor Bumiputera, beliau berkata nilai kontrak yang diluluskan setakat ini berbanding jumlah yang telah diluluskan ialah sebanyak 45 peratus.

Beliau berkata tiga peratus daripada projek berkenaan sudah disiapkan sejak kerja-kerja tanah dimulakan pada Mac.

"Kami dapat memenuhi tarikh yang ditetapkan. Kerja-kerja pembinaan akan bertambah rancak dalam tempoh 24 bulan akan datang," kata Azhar.

Beliau berkata kebanyakan kerja-kerja pembinaan sepanjang jajaran 51 km berjalan dengan lancar, namun ada beberapa isu di kawasan sekitar Pinggir Zaaba di Taman Tun Dr Ismail, Jalan Sultan, Jalan Bukit Bintang dan SJK (C) Naam Kheung di Cheras.

"Kami sudah mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelak isu itu menjejaskan mereka.

"Memang hak mereka jika memilih untuk mengambil tindakan undang-undang, namun kami akan meneruskan projek pengangkutan awam ini," katanya.

Dalam perkembangan lain, Azhar berkata MRT Corp sudah bersedia untuk melaksanakan MRT Line 2 dan Line 3, yang kini dalam perancangan dan penilaian akhir oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat.

"Memang baik jika kami diberikan tanggungjawab untuk memantau projek berkenaan.

"Kami mempunyai kepakaran dan peralatan untuk menjayakannya," katanya. 

Kerajaan dijangka mengumumkan jajaran dan lokasi stesen Line 2 dan Line 3 tahun depan. - Bernama

Thursday, December 27, 2012

Rasuah: paras tenat di malaysia ?

Marahnya sangat pimpinan Umno, bilamana orang sebangsa menuduh bangsanya adalah paling kuat merasuah. 


Hakikat ini sukar nampak diterima oleh pimpinan Umno. Yang terlibat atau bergelumang nampak diam sahaja. Mungkin yang bising ini tidak buat kerja berkenaan, tentulah dia rasa terhina dan marah.

Yang lain-lain diam sahaja, bak pepatah Melayu, tak tumbuh tak melata tak sungguh tak mengata.

Kebobrokan, projek yang 'kini' melimpah ruah, tujuan bagi mencairkan 'wang' bagi disalurkan ke 'dana' mempertahankan kerja-kerja mempertahankan Putrajaya nampaknya.



Dakwaan hina penjawat awam

Kuala Lumpur: Naib Pengerusi DAP baru dilantik, Senator Dr Ariffin SM Omar menghina bangsanya sendiri dan penjawat awam kerana mendakwa rasuah berpunca daripada monopoli Melayu dalam perkhidmatan awam. 


Ini kerana rasuah tidak boleh dikaitkan dengan aspek bangsa, sebaliknya ia berkait rapat dengan iman, moral dan jati diri seseorang sama ada beragama Islam atau sebaliknya. 


Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi menegaskan, dakwaan Ariffin bukan setakat mencerminkan kecetekan fikirannya, malah menghina Melayu yang juga bangsanya sendiri sedangkan beliau sendiri tahu tiada kajian membuktikan dakwaan seumpama itu.




“Dakwaan itu menyakitkan hati penjawat awam, khususnya orang Melayu. Ironinya, dia sendiri diperlekeh dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP apabila perwakilan yang majoritinya Cina menolak beliau.

Pelantikan hanya sandiwara


“Pelantikan beliau sebagai Naib Pengerusi DAP hanyalah sandiwara pemimpin DAP untuk menunjukkan kononnya parti itu mempraktikkan kepelbagaian bangsa,” katanya kepada BH, di sini semalam.

Pada Kongres DAP di Pulau Pinang minggu lalu, Ariffin dilaporkan mencadangkan rombakan besar-besaran dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan perkhidmatan awam lain jika pembangkang menawan Putrajaya bagi memastikan agensi kerajaan tidak didominasi kaum Melayu dengan alasan untuk mengekang rasuah. 

Ariffin menyertai DAP pada 2011 kononnya atas keyakinan parti itu mempraktikkan konsep kepelbagaian bangsa dan menolak perkauman.

Ahli MT UMNO, Datuk Idris Haron berkata, dakwaan Ariffin bukan setakat tidak berasas malah boleh menjejaskan perpaduan kaum di negara ini kerana mungkin bangsa lain memandang serong kepada penjawat awam Melayu.

“Rasuah adalah penyakit yang tiada kaitan dengan kaum tertentu. Ariffin seharusnya berfikir secara menyeluruh bahawa kaedah menangani rasuah adalah dengan menyediakan program meningkatkan kesedaran mengenai bahaya rasuah, sistem kerja telus dan penguatkuasaan undang-undang secara berkesan.

“Ariffin cuba menonjolkan dirinya sebagai pemimpin DAP daripada Melayu semata-mata untuk menambat hati pemimpin DAP supaya dipilih menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak,” katanya.

Sehubungan itu, Idris merayu masyarakat Melayu, terutama pengundi supaya membuat penilaian secara bijak, fungsi orang Melayu dalam DAP tidak lebih daripada sekadar kuda tunggangan pemimpin parti itu untuk meraih sokongan Melayu.                                   

Thursday, December 20, 2012

Umno Hipokrit bahasa moden, munafik bahasa agamanya

Umno sering mencari dan mengaut apa-apa sahaja yang ada keuntungan politiknya. Kini, yang kekal lama, dan satu-satunya modal yang terpakai relevan lama adalah isu amanat. Dengan memainkan isu ini Umno dapat meregut kepercayaan khasnya daripada para pengundi Melayu Islam yang amat termakan serta teruja dengan Amanat Haji Hadi.

Ketakutan luarbiasa adalah mewajahkan Hj Hadi sebagai 'pesalah'. Modal ini nampak laku dan dimakan/dihadam rakyat sebagai satu 'kepercayaan baru' mereka.

Umno-Bn sekadar memikirkan laba dan keuntungan politik mereka semata-mata. Ucapan dan ajakan mereka supaya berpolitik secara 'pro' tidak jelas. Mereka sendiri yang terbawa-bawa dengan 'sistem kepuakan mereka' dan kepartian mereka secara berpajangan.

Ahli-ahli pembangkang amat merasai seluruhnya. Mereka menipu dan terus menipu rakyat sepanjang masa. Keharmonian masyarakat atau ahli dalam masyarakat diabaikan.

Umno adalah penipu besar, walaupun rata-rata pemimpin mereka beragama Islam dan bernamakan nama islam.


Amanat Hadi bukan sekadar soal politik

Presiden Pas Abdul Hadi Awang berucap pada Muktamar Pas di Kota Bharu baru-baru ini. - UTUSAN/Rosni Masri


MUNGKIN sekali lagi Pas tidak akan memandang serius isu 'Amanat Haji Hadi' yang kembali diperkatakan selepas seorang bekas ahli seumur hidup, C.N Al-Afghani atau Zainon Ismail menghasilkan buku berjudul Kafirkah Aku? Apatah lagi mereka menganggap amanat itu adalah cerita lama kerana ia dilafazkan 31 tahun lalu.

Namun begitu satu perkara yang tidak harus dilupakan amanat tersebut bukan satu ucapan politik yang boleh dilupakan begitu sahaja, ia bukan sekadar berkaitan dengan usaha meraih sokongan dalam pilihan raya tetapi jauh daripada itu ia melibatkan soal isu agama dan akidah.

'Bencana' yang hadir akibat amanat itu, bukan soal bila ia dihasilkan tetapi apakah kesannya. Inilah persoalan yang seharusnya dipertimbangkan dengan serius oleh Pas jika benar mereka memperjuangkan Islam.
Ini memandangkan sehingga ke hari ini, sama ada Pas mahu mengakui atau tidak, kesan akibat amanat itu ia masih mewujudkan perpecahan yang cukup ketara dalam soal persaudaraan Islam melibatkan antara penyokong Pas dan UMNO.

Apatah lagi kita harus faham dalam amanat itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini merupakan Presiden Pas menyatakan, ''Saudara-saudari, percayalah kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang BN bukan kerana nama BN. Kita menentang dia kerana dia mengekalkan Perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah."

Ini bermaksud, biar pun amanat itu dilafazkan 31 tahun lalu namun apa yang diperkatakan dalam amanat berkenaan masih relevan jika mengikut tafsiran penyokong-penyokong tegar Pas memandangkan sehingga ke hari ini, UMNO dan BN tidak pernah mengubah apa-apa dalam Perlembagaan negara.

Oleh itu persoalannya jika Perlembagaan tersebut masih kekal, apakah kepimpinan Pas begitu yakin bahawa tidak ada dalam kalangan pengikutnya tidak lagi berpegang kepada amanat tersebut yang antara lain turut menyatakan, ''perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam…"

Bukankah kerana pegangan inilah yang menjadi Pas boleh bertahan sehingga ke hari ini - ramai yang menyokong Pas kerana mereka beranggapan perjuangan dalam Pas adalah suci dan murni kerana ia demi menegakkan Islam.
Selain itu, bagaimana pula dengan kejadian perpecahan ummah akibat perbezaan politik yang menyaksikan di Terengganu masih wujud 11 masjid masih solat berasingan, masih ada kubur orang Islam daripada Pas dan UMNO dipisahkan serta masih berlaku perceraian akibat fahaman politik berbeza.

Malahan kalau pemimpin-pemimpin Pas menganggap isu amanat itu bukan isu baru dan sudah basi, kenapakah mereka sanggup membiarkan berlakunya majlis mendoakan kehancuran UMNO dan BN? Kenapakah masih terjadi ada khatib yang membaca khutbah menuduh kerajaan BN zalim dan mendoakan kehancuran parti tersebut?

Kita juga tidak harus meminggirkan fakta bahawa sehingga ke hari ini, masih berlaku tafsiran bahawa sembelihan orang UMNO haram untuk dimakan sehingga seperti mana diceritakan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, sebesen ayam sembelihan orang UMNO dibuang.

Oleh itu, dalam keterujaan Pas memburu kuasa bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, mereka tidak harus melihat isu amanat ini sengaja ditimbulkan menjelang pilihan raya. C.N Al-Afghani menulis buku itu dengan penuh ikhlas kerana kita percaya bukan beliau seorang sahaja masih dihantui oleh amanat tersebut tetapi juga masih terdapat ribuan lagi yang berpegang kepada amanat berkenaan.

Dalam memperkatakan soal ini, kita tidak mempertikaikan bahawa Abdul Hadi sendiri mungkin sudah tidak berpegang kepada amanat tersebut tetapi beliau perlu bertanggungjawab untuk membuat pengisytiharan terbuka menarik semula amanat itu dan sekali gus meminta ahli-ahli Pas supaya tidak lagi memandang serong kepada pemimpin dan ahli UMNO sebagai seorang Islam.

Abdul Hadi harus ada keberanian dalam soal ini kerana isu 'Amanat Haji Hadi' adalah satu isu besar yang tidak boleh dilupakan begitu sahaja. Bayangkanlah dalam tempoh berkenaan berapa ramai umat Islam yang berbeza fahaman politik kerana menyokong UMNO atau Pas berbalah sesama sendiri? Berapa ramai yang bercerai-berai? Berapa banyak nyawa yang terkorban kerana percaya perjuangan menentang kerajaan BN adalah jihad?

Justeru ulama-ulama dalam Pas perlu berjiwa besar untuk menasihatkan Abdul Hadi untuk memenuhi gesaan para alim ulama termasuk mufti yang menyatakan wajib bagi Presiden Pas itu menarik balik amanat berkenaan.

Fahamilah, kelahiran buku Kafirkah Aku? bukan bermotif politik apatah lagi mahu menghalang Pas mencapai impian ke Putrajaya, tetapi demi untuk menyelamatkan umat Islam daripada terus berpecah belah kerana 'aku penyokong Pas, kau penyokong UMNO.'

Ia kerana seperti mana kata, C.N Al-Afghani dalam buku itu, ''…memang Pas telah lama tinggalkan isu kafir mengkafir ini, masalahnya sekarang doktrin terhadap ahli masih kukuh terpahat di dada kami."

Doktrin? Inilah persoalan yang dibimbangi kerana ketaksuban kepada perjuangan Pas apatah lagi dengan tiada sebarang usaha menarik balik amanat itu ia memungkinkan sesetengah ahli Pas di peringkat akar umbi masih mempercayai bahawa UMNO adalah musuh yang perlu diperangi biar pun mereka adalah terdiri daripada umat Islam yang melafazkan kalimah syahadah yang sama.

Mungkin Pas bimbang jika Abdul Hadi membuat pengisytiharan menarik balik amanat itu ia akan menunjukkan sememangnya amanat tersebut salah tetapi bukan soal pertimbangan politik yang harus diberikan keutamaan tetapi soal akidah dan kesejahteraan umat Islam di negara ini.

Tidak salah untuk Pas berusaha meraih undi umat Islam dengan terus menguar-uarkan bahawa mereka tetap akan menegakkan perjuangan Islam biar pun kita memahami penentangan kuat daripada sekutunya DAP, tetapi laksanakan dulu tanggungjawab sebagai pemimpin dan paling penting hamba Allah di alam fana ini dengan berusaha memperbetulkan sebarang kekhilafan yang selama ini menyebabkan selama berpuluh-puluh tahun pemimpin dan ahli-ahli UMNO dianggap oleh sesetengah penyokong Pas yang taksub bagaikan musuh kafir yang perlu diperangi habis-habisan.

Kita percaya Abdul Hadi sebagai seorang yang bertaraf ulama amat memahami yang mana harus diutamakan dan kita berdoa agar Allah memberi hidayah serta kekuatan kepada beliau untuk menyahut seruan C.N Al-Afghani iaitu, ''Datuk Seri harus tarik balik amanat tersebut dan isytihar secara terbuka bahawa UMNO tidak kafir di sisi Islam."

Abdul Hadi dan kepimpinan Pas perlu memahami bahawa dalam amalan demokrasi tidak salah berlumba-lumba untuk meraih sokongan rakyat tetapi biarlah ia dilakukan secara berhemah dan mengikut lunas-lunas yang dibenarkan oleh Islam, janganlah kerana ketaksuban dan keghairahan untuk merebut kuasa, perpaduan umat Islam menjadi pertaruhan!
Ia kerana jika umat Islam berpecah belah dan berbalah sesama sendiri apatah lagi kerana masih berpegang kepada sebuah amanat usang, percayalah pemimpin yang terlibat bukan sahaja perlu bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat di dunia tetapi yang paling penting menjawab di hadapan Allah di akhirat kelak.

Sunday, December 16, 2012

Marilahlah kita sama-sama Pakat Tolak Umno

Apaa lagi yang rakyat mahu fikirkan. Besarlah bukti dan jelaslah bahawa apa yang dilafazkan daripada mulut Tan Sri Kadir yang duduk tinggal selama puluhan tahun dalam Umno. Apa yang ada katanya adalah berlaku penyelewengan rosak akhlak yang cukup parah.


Di dalam hatiperut mereka, tidak ada perasaan halal haram, jauh sekalilah mahu amalkan sifat-sifat imam nawawi yang enggan memasukkan ke dalam perut beliu sumber-sumber makan makanan yang subhah, beliau berbuka puasa dan bersahur sekali. Beliau terlalu amat sibuk dengan beribadat kaji dan mendalami ilmu sehingga tidak punya masa. Kerana ilmu adalah ibarat cahaya. manusia sentiasa akan diterangi jika sentiasa duduk usaha mencari ilmu.

Jika haarta dunia yang dikaut, maka pemimpin-pemimpin macam ini akan sentiasa berada dalam gelap dan kegelapan.

Iktibar, sebagai seorang Islam kita patut tolong saudara seagama kita ini. marilah sama-sama pakat tolak depa, agar mereka dapat diselamatkan, mereka kini sudah terlanjur dan sesat mengejar dunia dan keduniaan mereka.



UMNO Dipimpin Perompak -Kadir Sheikh Fadzir


DUNGUN: Umno kini dipimpin oleh ‘perompak dan penyamun’ Kata Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir semasa berucap di majlis Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kuala Paka, dekat sini.

“Mereka curi duit berbilion-bilion2, juta-juta tak main dah, kita perlu tumbangkan kerajaan Umno BN untuk pastikan negara selamat daripada perompak yang berlesen ini,” ujarnya.

Menyentuh mengenai Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, katanya mereka yang hadir hanya menangis dan menyanyi sehaja sedangkan inti pati perjuangan nasib Melayu sudah tidak ada. Menurutnya, mereka hanya mengampu dan menangis tetapi tiada hala tuju perjuangan. Ini, tambah beliau berbeza dengan para pejuang Umno pada zaman Datuk Onn Jaafar sehingga Tun Hussein Onn.

“Pemimpin Melayu Umno kini jadi penderhaka kepada bangsa Melayu sendiri. Umno untuk Umno sshaja, mereka tidak bela Bumiputera dan Melayu lagi,” katanya. Justeru, ujarnya lebih setengah daripada bangsa Melayu dipinggir daripada menerima bantuan dan pembelaan. “Lebih 50 tahun Umno khianati bangsa sendiri,” ujarnya.

Mengenai PRU 13 aka datang, beliau berkata, tujuh daripada 10 rakyat kini mahukan perubahan. Justeru, beliau menyifatkan perjuangan untuk melakukan perubahan pada PRU13 nanti merupakan satu jihad dengan menumbangkan kerajaan Umno BN.(IH)

Thursday, December 13, 2012

Speaker Singapura letak jawatan, spakar kita bagaimana ?

Tahniah di atas prinsip dan tanggungjawab, walaupun berlaku diluar daripada Malaysia. Semua menjadi pelajaran dan pengajaran tentang pemimpin atau ahli politik dalam mana-mana dunia.

Justeru, dalam dunia negara kita maju dengan rakyatnya berminda, minda kelas pertama di dunia. Cara berfikir bagi tangani satu-satu masalah atau permasalahan hendaklah sama seperti mana dengan negara-negara yang maju



Speaker Parlimen letak jawatan

PALMER (kiri) duduk bersama Chee Hean pada sidang akhbar yang diadakan di Singapura semalam.


SINGAPURA - Speaker Parlimen Singapura, Michael Palmer semalam mengumumkan peletakan jawatannya selepas beliau mengaku menjalin hubungan sulit dengan seorang pekerja komuniti.
Palmer, 44, yang sudah berkahwin dan merupakan bapa kepada seorang anak mula mengangkat sumpah sebagai speaker parlimen pada bulan Oktober 2011.
Beliau turut meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen dan anggota Parti Tindakan Rakyat (PAP).
"Saya telah meletakkan jawatan bagi mengambil tanggungjawab penuh terhadap kesalahan besar yang saya telah dilakukan.
"Kelakuan saya tidak sopan dan ia merupakan kesilapan pertimbangan yang sangat serius. Saya telah meletakkan jawatan sebagai langkah untuk mengelakkan PAP dan Parlimen daripada mendapat malu," kata Palmer pada sidang akhbar.
Palmer mendedahkan bahawa dia mempunyai hubungan dengan seorang kakitangan sebuah organisasi komuniti, Persatuan Rakyat.
Beliau yang merupakan seorang peguam menyatakan kekesalan yang mendalam berhubung perbuatannya itu kepada para penyokong, PAP dan keluarganya.
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong yang juga merupakan Setiausaha Agung PAP kemudian mengumumkan bahawa beliau menerima peletakan jawatan Palmer.
Hsien Loong berkata, anggota-anggota parlimen perlu mendukung keperibadian yang tinggi.
Timbalan Perdana Menteri, Teo Chee Hean yang berada di sisi Palmer pada sidang akhbar itu meminta maaf kepada penduduk di kawasan parlimen bekas speaker itu.
"Saya memastikan bahawa kami akan terus menjaga anda," katanya.
Sebelum ini, PAP mempunyai imej tentang moral yang tinggi dalam kalangan anggota-anggotanya.
Bagaimanapun, skandal tersebut mencetuskan kritikan di internet.
Menurut seorang penduduk, Andrian Lim yang menulis di akaun Hsien Loong mengkritik tentang maklumat peribadi yang diketahui PAP tentang Palmer.
Peletakan jawatan Palmer itu merupakan skandal terbaharu melibatkan pegawai peringkat tinggi di Singapura.
Sebelum ini, ketua bahagian narkotik polis dibicarakan kerana dituduh meminta habuan seks daripada seorang kontraktor.
Seorang lagi ketua pertahanan awam dijangka dibicarakan pada Januari depan berhubung tuduhan yang sama. - AFP


Tuesday, December 11, 2012

Minyak Milik Pahang atau Terengganu ?

Siapakah antara kerajaan Terengganu dan Pahang yang miliki Blok 307 BERTAM. Masalah minyak diperairan negara kita. PM 1Malaysia kata itu adalah hak Pahang dan telahpun mengumumkan kepada orang ramai tentangnya, sebaliknya dalam Dun Terengganu MB Terengganu kata telaga minyak itu adalah hak milik Terengganu.

Lazim dan biasalah dalam dunia berebut 3 ta tu. Entahlah kata orang Pahang/Perak siapakah antara kedua-duanya yg cakap ,be'deaah' atau pelawok.