Marahnya sangat pimpinan Umno, bilamana orang sebangsa menuduh bangsanya adalah paling kuat merasuah.
Hakikat ini sukar nampak diterima oleh pimpinan Umno. Yang terlibat atau bergelumang nampak diam sahaja. Mungkin yang bising ini tidak buat kerja berkenaan, tentulah dia rasa terhina dan marah.
Yang lain-lain diam sahaja, bak pepatah Melayu, tak tumbuh tak melata tak sungguh tak mengata.
Kebobrokan, projek yang 'kini' melimpah ruah, tujuan bagi mencairkan 'wang' bagi disalurkan ke 'dana' mempertahankan kerja-kerja mempertahankan Putrajaya nampaknya.
Dakwaan hina penjawat awam
Kuala Lumpur: Naib Pengerusi DAP baru dilantik, Senator Dr Ariffin
SM Omar menghina bangsanya sendiri dan penjawat awam kerana mendakwa
rasuah berpunca daripada monopoli Melayu dalam perkhidmatan awam.
Ini kerana rasuah tidak boleh dikaitkan dengan aspek bangsa,
sebaliknya ia berkait rapat dengan iman, moral dan jati diri seseorang
sama ada beragama Islam atau sebaliknya.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi
menegaskan, dakwaan Ariffin bukan setakat mencerminkan kecetekan
fikirannya, malah menghina Melayu yang juga bangsanya sendiri sedangkan
beliau sendiri tahu tiada kajian membuktikan dakwaan seumpama itu.
“Dakwaan itu menyakitkan hati penjawat awam, khususnya orang
Melayu. Ironinya, dia sendiri diperlekeh dalam pemilihan Jawatankuasa
Eksekutif Pusat (CEC) DAP apabila perwakilan yang majoritinya Cina
menolak beliau.
Pelantikan hanya sandiwara
“Pelantikan beliau sebagai Naib Pengerusi DAP hanyalah sandiwara
pemimpin DAP untuk menunjukkan kononnya parti itu mempraktikkan
kepelbagaian bangsa,” katanya kepada BH, di sini semalam.
Pada
Kongres DAP di Pulau Pinang minggu lalu, Ariffin dilaporkan mencadangkan
rombakan besar-besaran dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan
perkhidmatan awam lain jika pembangkang menawan Putrajaya bagi
memastikan agensi kerajaan tidak didominasi kaum Melayu dengan alasan
untuk mengekang rasuah.
Ariffin menyertai DAP pada 2011 kononnya atas keyakinan
parti itu mempraktikkan konsep kepelbagaian bangsa dan menolak
perkauman.
Ahli MT UMNO, Datuk Idris Haron berkata, dakwaan
Ariffin bukan setakat tidak berasas malah boleh menjejaskan perpaduan
kaum di negara ini kerana mungkin bangsa lain memandang serong kepada
penjawat awam Melayu.
“Rasuah adalah penyakit yang tiada kaitan
dengan kaum tertentu. Ariffin seharusnya berfikir secara menyeluruh
bahawa kaedah menangani rasuah adalah dengan menyediakan program
meningkatkan kesedaran mengenai bahaya rasuah, sistem kerja telus dan
penguatkuasaan undang-undang secara berkesan.
“Ariffin cuba
menonjolkan dirinya sebagai pemimpin DAP daripada Melayu semata-mata
untuk menambat hati pemimpin DAP supaya dipilih menjadi calon pada
Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak,” katanya.
Sehubungan itu, Idris
merayu masyarakat Melayu, terutama pengundi supaya membuat penilaian
secara bijak, fungsi orang Melayu dalam DAP tidak lebih daripada sekadar
kuda tunggangan pemimpin parti itu untuk meraih sokongan Melayu.
No comments:
Post a Comment