Ini satu lagi projek BN. Projek kerajaan Bn adalah lambang kepada pembaziran. Satu lagi lambang projek BN yang membazir.
Semua negara mahukan kemajuan dan pembangunan. Justeru pembangunan dan kemajuan macam manalah yang rakyat mahukan.
Kenapa kerajaan perlu membazirkan wang sebanyak itu bagi membina MRT ? Jika kesesakan menjadi alasan adakah dengan jumlah wang sebesar itu dapat selesai punca aliran trafik dapat dikurangkan antara kedua-dua wilayah atau rantau berkenaan ?
Semua negara mahukan kemajuan dan pembangunan. Justeru pembangunan dan kemajuan macam manalah yang rakyat mahukan.
Kenapa kerajaan perlu membazirkan wang sebanyak itu bagi membina MRT ? Jika kesesakan menjadi alasan adakah dengan jumlah wang sebesar itu dapat selesai punca aliran trafik dapat dikurangkan antara kedua-dua wilayah atau rantau berkenaan ?
Kos MRT Sg Buloh-Kajang tidak lebih RM23 bilion
20 Disember 2012
KUALA LUMPUR - Kos projek MRT Sungai Buloh-Kajang tidak melebihi RM23
bilion, dan dijadual siap menjelang Julai 2017, kata Ketua Pegawai
Eksekutif Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd (MRT Corp) Datuk Azhar Abdul
Hamid.
Cakap-cakap dalam pasaran menyebut kos projek MRT Line 1 melebihi RM23 bilion dan akan meningkat setinggi RM50 bilion.
"Kami akan memastikan projek itu kekal mengikut belanjawan," katanya
pada taklimat media mengenai Laporan Kemajuan Projek MRT 2012 di sini
hari ini.
Sehingga 18 Dis, 2012, MRT Corp meluluskan sejumlah 54 pakej bernilai
RM20.31 bilion daripada 85 pakej untuk projek itu, katanya.
"Baki 31 pakej bernilai kira-kira RM3 bilion akan diluluskan secara berperingkat-peringkat," kata Azhar.
Mengenai penyertaan kontraktor Bumiputera, beliau berkata nilai kontrak
yang diluluskan setakat ini berbanding jumlah yang telah diluluskan
ialah sebanyak 45 peratus.
Beliau berkata tiga peratus daripada projek berkenaan sudah disiapkan sejak kerja-kerja tanah dimulakan pada Mac.
"Kami dapat memenuhi tarikh yang ditetapkan. Kerja-kerja pembinaan akan
bertambah rancak dalam tempoh 24 bulan akan datang," kata Azhar.
Beliau berkata kebanyakan kerja-kerja pembinaan sepanjang jajaran 51 km
berjalan dengan lancar, namun ada beberapa isu di kawasan sekitar
Pinggir Zaaba di Taman Tun Dr Ismail, Jalan Sultan, Jalan Bukit Bintang
dan SJK (C) Naam Kheung di Cheras.
"Kami sudah mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelak isu itu menjejaskan mereka.
"Memang hak mereka jika memilih untuk mengambil tindakan undang-undang,
namun kami akan meneruskan projek pengangkutan awam ini," katanya.
Dalam perkembangan lain, Azhar berkata MRT Corp sudah bersedia untuk
melaksanakan MRT Line 2 dan Line 3, yang kini dalam perancangan dan
penilaian akhir oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat.
"Memang baik jika kami diberikan tanggungjawab untuk memantau projek berkenaan.
"Kami mempunyai kepakaran dan peralatan untuk menjayakannya," katanya.
Kerajaan dijangka mengumumkan jajaran dan lokasi stesen Line 2 dan Line 3 tahun depan. - Bernama
3 comments:
pada sayan, MRT bleh menjana pembangunan di sekitar jajaran laluan dan station.
pada sayan, MRT bleh menjana pembangunan di sekitar jajaran laluan dan station.
Salam saudara,
Saya ingin berkongsi ilmu dgn sdr bahawa projek MRT bukanlah seperti yg sdr jangkakan iaitu lambang kepada pembaziran atau projek mega BN.
Sila baca artikel saya bertajuk,"MRT : selesaikah masalah pengangkutan awam di Lembah Kelang ?". http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/06/mrt-selesaikah-masalah-pengangkutan.html
Post a Comment