Pepatah baru ada nengatakan jika tidak menipu bukan Umno, jika tidak bercakap bohong pun bukan Umno, jika cakap lain buat lain pun bukanlah Umno. Jika apa-apa sahaja berkaitan Umno kita kena baca sebaliknya, jika dia kata dia bagi adalah sebaliknya, jika dia kata rusuhan ada tentu dia akan buat rusuhan.
Umno adalah watak hitam, adalah watak jahat dalam jalan cerita negara kita. Dulu PM 1Malaysia memang cakap semua rakyat tahu bahawa dia akan bagi padang dan stadium jika rakyat nak berhimpun unjuk rasa, tetapi tiba masa sebaliknya. Bila orang dah bersungguh-sungguh dia buat-buat main pulak.
Jadi cakap tidak serupa bikin ni adalah Umno. Jadi kalau kita percaya Umno sakitlah kita
Penganjur Perhimpunan Harus Pastikan Tiada Rusuhan - Hishammuddin
SEREMBAN: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Selasa berkata pakatan pembangkang harus memastikan perhimpunan yang dicadang dianjurkan mereka Sabtu ini tidak bertukar menjadi rusuhan.
Mereka patut memohon kepada Stadium Negara jika ingin menganjurkan perhimpunan di situ dan memastikan kapasiti yang ditetapkan, dipatuhi, katanya.
Beliau berkata semua pihak harus memastikan perhimpunan itu tidak mencetuskan rusuhan seperti yang berlaku semasa perhimpunan Bersih tahun lepas.
Dalam hal ini Hishammuddin berharap pihak penganjur mengadakan perjumpaan dengan polis mengenai langkah keselamatan yang perlu dipatuhi.
"Saya cukup yakin bahawa Ketua Polis Negara telah memantau keadaan ini dan boleh memastikan apa yang kita bimbang tidak akan berulang. Yang penting sekarang kita belajar daripada apa yang berlaku pada perhimpunan Bersih dahulu di mana berlakunya huru-hara dan rusuhan jalanan," katanya kepada pemberita di sini, selepas majlis taklimat persediaan Barisan Nasional menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.
Majlis taklimat itu dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Hishammuddin mengingatkan bahawa jika perhimpunan yang dicadangkan, maka peserta patut berhimpun di dalam stadium dan tidak keluar berarak beramai-ramai.
"Ketenteraman awam mesti ditekankan. Saya percaya majoriti rakyat Malaysia memahami dan mahukan hak mereka terhadap ketenteraman dan keamanan dipelihara," katanya. -BERNAMA
No comments:
Post a Comment