Thursday, December 15, 2011

PANAS: Adun Semantan (PAS) kenyataannya diputarbelitkan


TEMERLOH: Umno terus menggunakan strategi kotor dengan menyerang Adun Kuala Semantan (Adun PAS) YB Syed Hamid Syed Mohammad.

Editor Sinar Harian Pahang, memutarbelitkan kenyataan YB Syed Hamid semasa beliau membuat kenyataan akhbar khas kelmarin bagi menafikan keterlibatan beliau dalam Projek Lynas.

Nantikan sorotan pihak parti dalam mempertahankan serangan Umno ini.

Dimaklumkan MB Pahang akan turun dalam masa terdekat di Kuala Semantan bagi mengadakan program Gerak Gempur Umno.

Diharapkan para pengundi tidak percaya dengan laporan Sinar Harian Pahang tentang kenyataan putar oleh akhbar ini pada hari ini.

Wednesday, December 14, 2011

LYNAS: MB PAHANG FITNAH ADUN PAS PAHANG

Adun PAS nafi terlibat projek Lynas| Print |
Khairil Abdul Rahim

TEMERLOH, 14 Dis: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Semantan Syed Hamid Syed Mohamad hari ini tampil memberi penjelasan menafikan keterlibatan beliau dalam kontrak melibatkan pembinaan loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng sebagaimana disiarkan sebuah akhbar berbahasa Melayu baru-baru ini.

Dalam sidang medianya di pejabat Perhubungan PAS Pahang, beliau mendakwa ia berpunca daripada kesilapan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dalam kenyataannya ketika membentangkan Bajet 2012 yang mengaitkan beliau melalui rakan kongsi telah mendapat kontrak Lynas.

Kenyataan tersebut telah dipetik dan dieksplotasi oleh akhbar harian berkenaan.

“Saya ingin menegaskan bahawa, saya menafikan sekeras-kerasnya terlibat dengan sebarang kontrak dengan syarikat berkenaan walau setengah sen pun seperti yang dipetik akhbar berkenaan.

“Malah pada ucapan penggulungan oleh Menteri Besar, beliau telah membetulkan kenyataannya sebelum itu bukannya rakan kongsi tetapi rakan seperjuangan yang merujuk kepada ahli PAS lain yang telah menerima kontrak daripada syarikat berkenaan.

“Malangnya pembetulan tersebut tidak disiarkan oleh akhbar berkenaan membuatkan pelbagai tanggapan buruk terhadap saya,” katanya mengulas laporan yang disiar Berita Harian.

Beliau juga kesal dengan sebuah blog yang mengambil kesempatan memainkan isu berkenaan namun yang menyedihkan gambar yang disiarkan kononnya bagi mengaitkan saya dengan Lynas ialah gambar yang tidak ada kena mengena langsung kerana ia gambar sewaktu kempen pada Pilihan Raya Kecil Kerdau.

“Saya agak dukacita dengan cara akhbar harian memuatkan berita di mana banyak perkara yang saya sebagai wakil rakyat sebutkan di dalam Dewan Undangan Negeri untuk kepentingan orang ramai, telah tidak disiarkan.

“Umpamanya dalam sidang baru-baru ini saya telah menyentuh tentang kewajaran PBT membenarkan banyak program konsert di Taman Kubang Gajah sedangkan kesan kepada kerosakan akhlak muda-mudi sepatutnya juga diambil kira.

“Saya juga telah membangkitkan kerugian PBT yang membina jambatan gantung merentangi sungai di Kuala Semantan yang melibatkan kos sebanyak RM399,000. Tetapi hanya boleh dinaiki oleh dua orang dalam satu-satu masa. Ini sudah tentu membawa kepada pembaziran.

“Saya juga menawarkan pemuda-pemuda PAS untuk membantu mangsa-mangsa banjir. Namun semuanya tidak diketengahkan oleh media,” katanya.

Mengenai Lynas, beliau berkata prinsipnya ialah sentiasa bersama rakyat, selagi mana rakyat tidak meyakini keselamatan mereka terjamin maka saya tetap bersama rakyat.

Sementara itu menjawap soalan pemberita beliau tidak berhasrat untuk mengambil tindakan undang kepada mana-mana pihak kerana menganggapnya sebagai salah faham semata-mata.

Tuesday, December 13, 2011

Cucu Tok Berahim Jawab Cucu Mat Kilau

Setelah beliau berjaya membaling batu, dan batu tersebut kena pada dua Adun PAS Pahang. PDO atau Cucu Mat Kilau ( CMK) yang mengakui ia sebagai Cucu Mat Kilau. Hari ini beliau menafikan bahawa beliaulah yang mempuncakan 'berita' Adun PAS dapat habuan daripada Projek Lynas.

Hari ini, CMK kata dia petik ucapan MB Pahang semasa pembentangan bajet Pahang 2012. Maka berbangga lah beliau kerana beliau menjadi tumpuan pujian kejian intipan dan sebagai pan..pan yang lain.

Apa pun orang Temerloh amat kenal dan dekat dengan siapa itu CMK.

CMK jangan risau jika YB Syed double buat salah kami jentera PAS yang mememengkan dengan izizn ALlah akan menghukum dia. Usah risau, tarbiyyah kami dalam PAS dikira cukup bagi melawan badai macma tu....

Penulis adalah cucu Tok Berahim

Utusan Spin Kitar Isu Hassan Ali

Bagai orang mengantuk disorongkan bantal. begitulah situasi kedudukan Dato hassan Ali bagi situasi terkini. Utusan mengitar berita sensasi ini, masuk hari yang ketiga. Ikon motivasi yang diidami oleh semua pihak. dan ke manakah akhirnya beliau akan berpihak.

Umno kini menyediakan jerat, pada bila-bila masa sahaja akan menjerat Hassan Ali. Dan yang paling terdesaak adalah kini PAS Selangor.

Kabinet baru PAS Selangor yang mengugurkan Hassan, dan ini memberi pertanda Hassan tiada tempat dalam barisan kepimpinan baru. Adalah alasan mereka mengapa Hassan tidak tersenarai.

Bertitik tolak dari sini, berserta dengan sikap Hassan yang sering menimbulkan kontroversi kerana beliau kecetekan pengalaman dalam 'ilmu politik' Maka beliau akan menjadi mangsa berserta dengan kedegilan sikapnya memungkin PAS Selangor 'tidak menyenaraikan beliau'. Tetapi Hassan adalah aset bagi PAS. PAS masih memerlukan beliau mungkin tidak berpengkalan di Selangor.

Dibawah tajuk Utusan Hassan digugurkan dan ditokok dengan saya tak kisah. Memberi advantage Utusan dan Umno menyerang PAS. Kini PAS semakin lemas dan jangan cemas.

Masalahnya ahli bawahan kinilah yang lemas dan cemasnya. Kepimpinan sudah biasa, rakyat menilai dan menanti masa sahaja akan menjatuhkan 'hukum' kepada kita PRU13 melalui peti undi.

Minta kepimpinan segara tangani isu Hassan Ali. Ya, kita akui Hassan seorang tetapui pengaruh Hassan juga ada, dan inilah permasalahannya.

‘Saya tak kisah’


Dr. Hasan Ali


SELEPAS 48 jam berita Datuk Dr. Hasan Ali, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor digugurkan daripada senarai calon pilihan raya Pas tersebar, semalam beliau tampil memberikan penjelasan.

Hasan yang pernah bekerja sebagai pegawai kerajaan dan kemudian menjadi pakar motivasi, menyifatkan pengguguran daripada senarai calon pilihan raya negeri adalah perkara kecil sahaja.

“Soal pencalonan ini bagi saya kecil,” tegas Hasan pada sidang media di kediamannya di Pinggir Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur semalam yang mengulas kontroversi pencalonan itu yang didedahkan oleh Ketua Penerangan Pas Selangor, Saari Sungib.

Hasan yang menjadi tokoh kontroversi sejak isu perpaduan antara Pas dan UMNO dibangkitkan sehingga beliau tidak dilantik semula sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor, tetap tidak berganjak meneruskan misi perpaduan umat Islam melangkaui ideologi politik dan bangsa.

Bagi Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia ini, beliau tidak memerlukan pengiktirafan daripada mana-mana pihak termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

ADAKAH Datuk bersedia tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)?

HASAN: Saya tiada halangan untuk tidak calonkan semula. Malah ia menjadikan saya lebih kental untuk terus berjuang. Saya berjuang atas nama Islam dan Melayu. Ia tidak tertakluk kepada pemberian apa jua bentuk ganjaran sama ada berbentuk wang, pangkat dan jawatan. Jika ganjaran itu diberikan, ia hanyalah secara kebetulan. Sebab itu saya tegaskan pencalonan ini bagi saya soal kecil. Agenda kita adalah memartabatkan Islam. Oleh itu, tiada sebab saya berasa kecewa kerana cita-cita saya adalah untuk menegakkan Islam.

Apa pandangan Datuk tindakan Saari Sungib yang mendedahkan nama Datuk tidak disenarai?

Saya ingin jelaskan beberapa perkara untuk mengelakkan kekeliruan berterusan. Pencalonan daripada cawangan diambil kira dalam menentukan pencalonan tetapi ada ketikanya faktor ini tidak menjadi penentu kerana wujudnya pertimbangan lain. Contohnya, saya sendiri diminta untuk bertanding di DUN Gombak Setia bukan atas dasar pencalonan cawangan.

Setakat saya ingat, Ketua Penerangan Pas Selangor sekarang ini yang bertanding di DUN Hulu Kelang juga tidak ikut proses penerimaan pencalonan cawangan. Hal-hal ini diputuskan Pas Pusat setelah melalui proses penilaian oleh Majlis Syura Ulama. Adalah tidak sesuai sekiranya mana-mana individu bertindak mendahului pimpinan tertinggi dalam hal ini.

Saya juga musykil kenyataan itu disebarkan bertepatan dengan suasana seorang pemimpin Pas menerima pengiktirafan daripada Sultan Selangor. Saya khuatir pelbagai kesimpulan dan andaian boleh dibuat berikutan wujudnya satu kebetulan ini.

Datuk dimaklumkan mengenai pengguguran sebagai calon?

Tidak. Berapa pencalonan diterima saya tidak tahu. Bila pencalonan dibuka dan ditutup saya tidak tahu. Berapa cawangan yang sokong saya tidak tahu. Tiba-tiba isu ini `meletup’ dua hari lalu dan semalam dilaporkan di dalam akhbar iaitu ketika saya hendak menerima anugerah daripada Sultan. Cuba bayangkan hati sebagai insan. Saya menerima ratusan ucapan tahniah daripada para sahabat dari serata tempat termasuk England dan Jeddah. Tiba-tiba keluar berita Dr. Hasan tidak menerima pencalonan yang cukup. Bagaimana kita rasa. Kita manusia. Kita ada hati. Namun Insya-Allah saya tidak akan hilang pertimbangan.

Presiden parti telah buat kenyataan semalam bahawa apa yang disebutkan oleh Ketua Penerangan Pas Selangor dari segi pimpinan tertinggi parti ia tidak dirujuk dan setakat ini tidak dipertimbangkan lagi mengenai calon ini. Saya rasakan ada sedikit gangguan di peringkat negeri ini. Gangguan mungkin untuk menganggu kemaraan Dr. Hasan. Saya pun tak tahu tetapi ini spekulasi dari saya. Tetapi saya amat berharap itu tidak berlaku, konspirasi ke saya harap itu tidak berlaku.

Setakat ini sejauh mana kesediaan Datuk untuk tidak dicalonkan?

Saya bersedia, Saya tidak boleh paksa mana-mana pihak. Saya dahulu pernah menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor selama empat penggal (lapan tahun). Saya pun tahu di mana had sebagai Pesuruhjaya, di mana kebolehan dan kemampuan.

Saya tinggalkan jawatan ini baru tujuh bulan lalu. Jadi maknanya soalan mengenai sama ada digugurkan atau tidak digugurkan tidak ada masalah. Orang Pas Selangor hendak atau tidak mengiktiraf saya tidak ada masalah.

Saya mohon Allah mengiktiraf saya. Bukan Pesuruhjaya Pas Selangor iktiraf malah bukan Presiden Pas iktiraf saya. Saya hendak Allah SWT iktiraf usaha kecil yang saya jalankan demi Islam, demi membangunkan bangsa Melayu dan mempertahankan kedaulatan institusi raja.

Jika benar tidak dicalonkan, apakah sedia bertanding atas tiket Bebas?

Itu saya tidak dapat jawab hari ini. Hakikatnya politik ini bertukar setiap hari. setiap minggu dan setiap bulan. Sekiranya saya jawab soalan saudara hari ini, ia mungkin berubah pada minggu dan bulan depan.

Bagi saya sesiapa yang membawa Islam saya sokong. Kumpulan yang membawa Islam saya sokong. Parti yang membawa Islam saya sokong. Pemimpin yang bawa Islam saya sokong. Itu prinsip saya. Jadi sama ada saya bertanding atas calon apa, atas tiket apa itu bersandar kepada kemampuan saya menggarap Islam dalam perjuangan. Mungkin orang akan membuat andaian kalau begitu saya akan memilih parti X atau memilih parti Y. Bukan begitu.

Politik adalah sesuatu yang tidak pasti. Dalam soal ini biar masa dan keadaan yang menentukan tetapi masa dan keadaan mengikut aliran saya. Aliran saya adalah Islam. Aliran saya adalah bangsa Melayu dan aliran saya adalah kedaulatan raja-raja Melayu.

Adakah usaha meningkatkan perpaduan tanpa mengira ideologi ini perlu diteruskan?

Mesti. Pada saya itulah gunanya saya lahir ke dunia. Itulah gunanya saya dilahirkan sebagai muslim. Itulah gunanya saya belajar sehingga peringkat doktor falsafah (PhD). Itulah gunanya saya menguasai ilmu-ilmu dunia ini untuk digabungkan dengan ilmu-ilmu dalam al-Quran bagi kita menjunjung tugas itu. Bahkan tujuan saya ada dunia ini adalah untuk menjalankan tugas menyatukan umat manusia demi mengagungkan Allah SWT.

Adakah Datuk sanggup bekerjasama dengan mana-mana pihak di luar Pas.

Saya sanggup bekerjasama dengan mana-mana pihak asalkan ia membawa tiga elemen penting perjuangan saya iaitu Islam, Melayu dan institusi raja. Kalau ini ada tidak ada masalah.

Dengan Pas saya tidak ada masalah, di luar Pas pun saya tidak ada masalah. Dengan NGO saya tidak ada masalah. Hubungan saya dengan NGO cukup baik dan dapat jemputan setiap hari untuk berkongsi pengalaman seperti kes murtad, persoalan orang Melayu dan perpaduan.

Usaha menyatukan UMNO dan Pas atas nama kepentingan Islam sebelum ini gagal antaranya kerana tentangan daripada Pas. Apa yang boleh Datuk jelaskan?

Soal perpaduan dituntut oleh mana-mana agama khasnya agama Islam yang saya anuti sejak lahir ke dunia. Dalam hal perpaduan ia melangkau segala-galanya - bangsa, agama, sempadan dan ideologi. Agenda ini sungguh besar.

Ada pun penyatuan antara Pas dan UMNO ini hanyalah satu penyatuan yang kecil. Namun usaha yang kecil ini telah menerima pelbagai tanggapan dan pandangan yang akhirnya saya rasa kita perlu salahkan diri sendiri. Saya sebenarnya sangat positif jika Islam itu menjadi alat penyatunya. Saya sangat positif jika Islam itu menjadi tonggak kepada perjuangan penyatuan itu.

Apa sumbangan yang boleh Datuk hulurkan untuk meningkatkan usaha perpaduan ini?

Saya harap dipelawa untuk menganggotai jawatankuasa peringkat tertinggi untuk kita sama-sama menyelesaikan masalah ini. Saya ada ramuan yang boleh kita kongsi. Ramuan ini telah digunakan oleh kumpulan kecil dan sederhana sejak belasan tahun lalu dan didapati hasilnya positif dalam usaha kita memupuk kesepaduan sejati.

Lebih cantik lagi di peringkat Persekutuan yang melibatkan kementerian atau Jabatan Perdana Menteri. Saya tidak ada masalah. Jika Perdana Menteri kata kami lantik kamu untuk mendapatkan input atas nama perpaduan yang saya dibenarkan menggunakan Islam sebagai tonggaknya, Insya-Allah saya akan berikan jawapan positif.

Adakah Datuk akan tinggalkan Pas jika parti itu tidak lagi memperjuangkan Islam, Melayu dan institusi raja?

Itu bergantung kerana ini soalan untuk akan datang. Hakikatnya, bukan mudah untuk kita ambil keputusan apabila menyentuh perkara ini. Untuk meninggalkan parti begitu sahaja, bukan mudah. Ia melibatkan satu pertimbangan yang sewajarnya dan dalam hal ini walau apa langkah hendak dibuat saya akan rujuk dengan ulama, rakan-rakan politik dan penasihat hal ehwal agama saya.

Monday, December 12, 2011

PDO atau CMK : Blogger Pahang yang Cari Makan Kot ......?

PDO atau Cucu Mat Kilau (CMK) adalah antara blogger terkenal dan mendapat perhatian media. Beliau sering menjadi 'rujukan' kumpulan dalaman Umno bagi 'membelasah' mendedah dan men..men yang lain.


Pendekata dia seorang blogger yang cari makan. itu sahaja.

Kami dan saya sebagai orang yang berada di belakang YB Sted Hamid kenal siapa YB Syed Hamid. walaupun beliau sedikit kontroversi tetapi tidak sesekali mahu menjual perjuangan. Dan diakui sememangnya beliau dulu berada dalam Umno. Dan beliau sendiri kenal siapa Umno dan isi Umno.

Usahlah PDO buatlah lerja-kerja yang molek jika mahu naikkan rating blog anda ?








Panas: ADUN PAS Menyokong Dasar Kerajaan BN Serta Ucapkan Terima Kasih Kepada MB Dan PM !

KUANTAN, 9 Dis - Perbahasan mengenai pembentanganBajet 2012 bagi Dewan Undangan Negeri Pahangditeruskan lagi semalam dimana wakil ADUN PAS Kuala Semantan turut diberi peluang untuk membahaskan Rang Undang-Undang Pembekalan bagi sesi kali ini. YB Syed Hamid Syed Muhamad (foto) didalam perbahasannya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri khususnya kepada YAB Menteri Besar Pahang kerana telah membentangkan bajet berimbang pada tahun ini. Selain itu, beliau turut menyentuh mengenai pembangunan sukan dan menyeru agar pihak Kerajaan menumpukan usaha bagi membantu menaikkan mutu sukan diperingkat Negeri. Kata beliau, sukan juga mampu membantu menaikkan nama baik Negeri selain memberi manfaat kepada atlet Negeri secara tidak langsung. Beliau juga turut menyentuh mengenai prestasi pasukan Bolasepak Negeri yang dilihat semakin hari semakin merudum sejak kebelakangan ini. Dalam aspek ekonomi, YB Syed Hamid turut mencadangkan agar Negeri Pahang gigih mengusahakan sektor penternakan Lembu dan menjadi contoh kepada negeri - negeri lain."Pahang mampu menjadi contoh dan menjadi pembekal daging lembu yang baik kepada seluruh Negara. Sektor ini juga boleh membantu rakyat dalam meningkatkan ekonomi mereka dan pihak veterina boleh turut serta membantu,"katanya. Dalam sesi perbahasan itu juga, ADUN terbabit turut merakamkan ucapan terima kasih bagi pihak PAS Temerloh kepada Perdana Menteri atas keprihatinan yang telah diberikan.


Panas, ADUN Semantan sering dilihat muncul dalam program anjuran
UMNO dan dikatakan terlibat dengan projek kontroveri kilang Lynas


Ianya berikutan dengan pengumuman yang dibuat oleh PM untuk membina Masjid baru bagi kawasan Daerah Temerloh pada Ogos tahun ini. Beliau juga turut merayu kepada pihak Jabatan Kerajaan agar maklumkan mengenai sebarang aktiviti masyarakat yang dapat dibantu dikawasan beliau. "Dalam usaha untuk membantu rakyat, tidak semestinya kita mengira parti. Terutama sekali dalam bantuan bencana seperti banjir. Insya Allah, jika ada pihak yang maklumkan kepada kami, pasti kami akan bantu selagi yang terdaya," tambahnya. Hari ini sidang DUN mula digulung oleh barisan Exco Kerajaan Negeri sebelum ia diluluskan Isnin ini. sumber

[Sebenarnya sudah agak lama ramai yang terkejut dengan beberapa kenyataan oleh ADUN PAS Kuala Semantan ini sebenarnya. Beliau sepatutnya berusaha untuk menyakinkan rakyat supaya menyokong perjuangan pembangkang, namun banyak kenyataan beliau dilihat lebih menyokong apa yang dilakukan oleh UMNO BN. Malah, ketika di Dewan Undangan Negeri juga beliau dilihat lebih selesa bersama ADUN BN dalam menyokong banyak dasar kerajaan itu sendiri. Sebagai pembangkang, beliau sepatutnya lebih peka dengan hal sebegini. Jika, tidak tidak perlu beliau menjadi pembangkang. Maka itulah kita tidak hairan bila MB Pahang mengaitkan nama beliau dengan projek kontroversi yang dibantah rakyat iaitu kilang memproses rare earth milik Lynas Corporation di Gebeng Kuantan. Malah, ramai pemimpin dan ahli PAS sendiri yang kecewa dengan sikap beliau selama ini. Lihat di SINI, bagaimana orang PAS sendiri sudah tidak yakin dengan beliau sejak akhir-akhir ini. Malah, ramai yang mahu PAS Pahang memberi laluan kepada orang baru untuk bertanding di DUN itu pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini nanti. Jika tidak, kemungkinan besar DUN terbabit akan dirampas semula oleh Barisan Nasional (BN) kali ini]

Sunday, December 11, 2011

Isu Air Kelantan: Semua negeri mempunyai masalah yang sama sahaja !!!

Salam perjuangan. Penulis berkesempatan menjelajah ke seluruh negara kecuali negeri Johor Sabah dan Sarawak sahaja sepanjang cuti persekolahan ini.

Tentunya penjelajahan itu bermatlamat kerana pertama memenuhi undangan sanak saudara bagi menghadiri kenduri kendara sanak saudara terdekat waktu ini (cuti persekolah). Kedua merapatkan hubungan kenal mengenali anak-anak dengan saudara mara jauh dan dekat serta salasilah keturunan mereka. Ketiga memenuhi masa emas bersama anak-anak bagi menunjukkan kita ada masa bersama-sama mereka, berkawan dan bersenda gurau dengan mereka. Dan tidak ketinggalan mengenali budaya adab tatsusila loghat tutur kata masyarakat dalam negeri 1MALAYSIA ini.

Dalam banyak-banyak isu itu, penulis ingin ketengahkan adalah masalah isu air bagi di setiap negeri yang penulis jadikan sampel kajian. Justeru kajian ini tidaklah bersifat mutlak tetapi masih berbentuk subjektif. isu nya adalah AIR.

Ini kerana masalah air Kelantan telah dipolitikkan sebagai masalah utama negara. Jadi kesempatan yang ada ingin penulis kongsikan bersama kepada semua para pembaca budiman rakan seperjuangan dan kumpulan sebelah sana

Perlis, masalah air khasnya di Kangar masih ok. Kerana penulis tinggal di sebuah rumah homestay.

Di Kedah penulis singgah dua tempat iaitu Langkawi nampak ok. Ini juga di kawasan homestay. Tetapi di kawasan Sala tempat saudara mara penulis ada sedikit masalah air. Ada air tetapi tekanan amat rendah serta perlahan, khasnya di tepi laut sepanjang Kuala Sala ke Sungai Limau. JBA Kedah pendeka kata kena tukar paip-paip lama dengan yang baru.

Negeri Selangor , masalah air no problem, kuat ok sahaja. Begitu juga dengan N Sembilan dan Melaka.

Pendek kata masalah air adalah masalah di mana-mana. Janganlah hanya menunding jari dan hanya membelasah negeri Kelantan sahaja. Di samping itu geran bagi negeri-negeri bukan bawah Umno hendaklah dilayan sama jangan menindas dan mendera.



Saturday, December 03, 2011

Umno Cermin Muka Dulu, Kurap Mu ada merata badan ?

Sebelum Umno Kelantan nampak bertaring, sepatutnya Umno Kelantan menamakan Tg Razeligh Hamzah sebagai MB Kelantan.

Umno Kelantan kena juga pandang-pandang kiri kanan, bertanya sepatah dua kepada Umno Sarawak. Bila lagi taib Mahmud mahu diundurkan atau diminta berundur.

Alasan ke atas Taib banyak, tanyalah orang Sarawak. Jadi apa salah dan kesalahan Tuan Guru Nik Aziz kepada rakyat Kelantan. Atas sebab air ada e Coli ke ? Tanah lojing habiq diperaid kepada kroni di Kelantan atau apa ?

Sebenarnya Umno Kelantan macam lastik kena dua tiga burung. signalnya depa mahu minta mana-mana MB dan KM yang lama sangat duduk agar mengundurkan diri. Tetapi semua MB dan KM itu rasa mereka adalah 'winnabel candidate' .

Maka kesianlah kepada tokoh-tokoh muda Umno, tak dapat mengaut banyak duit rakyat (melalui projek). Takut tak sempat kerana PR semakin hampir dan dekat menakluki Putrajaya.

Signal yang diberi masih puak-puak atasan dan pemuka merak tak faham. Tengok kat jat berapa banyak dia baham pitih. Semua perwakilan wanita sokong dia...sampai nak selak-selak kain nampak.


Ustaz Ni..Selamat Berjuang Tuan !!!!

Dah lama dah kita jangka dah. Ulama muda Ostad fatul Bari jadi perwakilan umno Perlis. Dia nasihatkan rakan-rakan bukan alirannya (ustaz pembangkang) jangan 'mengamuk dalam masjid, atas mimbar, pentas kuliah dan ceramah. Tetapi TIRU MACAM SAYA.

Sebabnya SAYA tu membodek, potensi ada muda lagi. Tengah laku Umno tengah nak guna pakai dan peralatkan. Dia nak betul dari dalam BAS. Bila dia nak rampas stereng dan nak jadi dreber Umno entahlah.

Kalu nak ikut kata 'mengamuk' yang juak-juak dan tv media tunjuk, perwakilan Umno dok mengamuk dan menjadi hero dalam PWTC nak ke mana. Kata PAS, kata DAP, minta TGNA undur. Ni apa kelaku bukan mengamuk ka ?

Apa pun kita harap beliau adalah 'terenari sebagai calon Umno perlis dlam PRU 13 nanti. Semalam Berjuang Ustod, op silap Selamat Teruskan Perjuangan Ustaz......


Friday, December 02, 2011

Semuanya bermula dengan nama UMno

Ucapan Ketua Pemuda Umno yang dipinggirkan 'kurang dapat 'liputan istimewa' media. Ini kerana tempoh penghukuman terhadap beliau masih berjalan. Persidangan kali ini tiada pencabar yang bakal mencabar beliau. Khairy Menantu Pak Lah tetap utuh. Ketokohan beliau sebagai anak muda dinamik dan petah berpidato serta amat berbakat besar dipersia-siakan dengan kerakusan mengurus dan menrencana perjalanan & peranan Tingkat 4 semasa Pak Lah berkuasa sukar diterima banyak orang atasan Umno.

Ucapan beliau kali ini dengan mengutarakan wawasan 6 Jahanam yang bakal memusnahkan Umno dan negara patutlah direnungi bersama oleh para pemuka Umno.

Hanya idea terlewat beliau keluar sesudah beliau terpinggir dan dipinggirkan. Enam perkara itu termasuklah ...



menjahanamkan sistem demokrasi
menjahanamkan sisitem pentadbiran
menjahanamkan sejarah negara
menjahanamkan maruah negara
menjahanamkan jati diri bangsa
menjahanamkan kemakmuran negara

Semuanya bermula dengan nama Umno










i. menjahana

Thursday, December 01, 2011

Ulama muda Umno lagu mana la ni....

Sejak dua tiga hari ini Umno tengah gila bersidang. Media pula sibuk buat laporan. Orang kampung pula dok sibuk buat ulasan.

Tapi di mana ulama muda Umno. Kita minta dia buat ulasan pra pasca dan selepas persidangan. Kita nantikan.

Tapi sebelum kita nak tanya Utsad Ulama muda Umno, apa hukum depa dok kata itu ini kat lawan depa. Tak salah ka...

Mungkin dia jawap Umno kata kat orang tak pa, dia bukan kata diret dia kata kat parti. Contohnya PAS - dijadikan parti ajaran sesat, DAP dan lebih malang ada baca mahfum hadis dan hina serta perolokkan hadis.


Perhimpunan Agong Umno Adalah Perhimpunan Yang Cukup Memalukan

Sesuai dengan usia Umno maka persidangan tahunannya tentulah satu persidangan parti yang 'penuh pengalaman. Di isi dengan perbahasan bernas, berwibawa matang dan segala-gala baik. Saban kali persidangan sesebuah parti semestinya ia menjadi medan bedah siasat bagi penambahbaikan kepada partinya khasnya. Dan rakyat teramai dapat merasai limpahan kewujudan parti berkenaan , sementalah pula umno sendiri menjadi teras kepada kerajaan hari ini. Kehadirannya semesti terkesan juga parti ini adalah parti yang disegani oleh semua pihak kawan dan lawan.

Justeru Umno bersidang bukan baru pertama dan bagi kedua kali tetapi sudah menjangkau puluhan kali. Justeru, Umno sepatutnya menunjukkan cerminan dirinya sebagai sebuah parti yang berwibawa. Parti tertua. Parti yang didewakan dalam semau buku teks sejarah anak-anak kita. Parti yang memerdekakan negara kita. Parti yang berjaya menyahkan penjajah dengan cara paling paling hebat. Tidak dapat dibuat oleh mana-mana pejuang negara bangsa bagi bangsa-bangsa merdeka yang lain.

Namun semuanya pengiktirafan, kekaguman itu jauh meleset, ini kerana bukan fizikal partinya yang tua tetapi pelaku dan penyambungan perjuangan Umno itulah yang memaparkan kerosakan yang ketara.

Kerosakkan itu dapat dikesani dengan tingkah laku tutur kata para pemimpinnya dengan disambuti sambutan laungan menyetujui oleh ahli bawahannya. Ini menandakan Umno setenat itu.

Kita tidak ingin mengajar Umno itu ini, tetapi pertimbangan kematangan kewarasan dan gentleman sepatutnya mewarni perbincangan perdebatan mereka. Tetapi semua perbincangan perdebatan memaparkan gejolak hati nurani pemimpin dan ahli mereka.

terima kasih media kerana memaparkan perlakuan buruk. Parti yang semakin tipis akal budi dan budaya akhlak serta moral yang segar.

Umno sepatutnya malu dengan rakan-rakan komponen yang bukan islam, di mana mereka menghalakan perbincangan perdebatan perbahasan parti ke arah memartabatkan bangsa dan negara mereka. Ini berlainan dengan parti Umno, ia cukup berbeda dan memalukan.

Persidangan Umno menjadi tempat pengadu domba masyarakat, pemecah belah. Semua ucapan pimpinan akar umbi disiarkan oleh semua media elektronik ke seluruh negara. Persidangan yang menjadi medan cercaan lawan atau saingannya yang terlampau dan melampau, menjangkau adab dan tatasusila adat apatah lagi agama.

Secara langsung menjadi penghasut racun perkauman apabila pimpinan utama bersikap keterlaluan dan cukup tidak matang.

Justeru mana SOP perbahasan dan ucapan serta etika kawalan Umno terhadap para perwakilan yang semberono memaparkan niat jahat dan jijik serta busuk perutnya kepada saingan atau lawannya.

Sepatutnya menyaingi lawan atau saingannya dengan matang dan tidak menampakkan kegelabahan.

Tolak ansur dan Melayu Belalak Umno

Inilah kebangangan Umno, satu masa dia kata dia penjuang Melayu tulen, satu masa yang lain dia gadai dan londeh apa sahaja. Tu lah namanya Umno.

Bila dia bagi kerusi dia kata 'tulah tolak ansur' umno. Bila dia melalak dalam hunus keris telanjang tulah Melayu belalak.

Moralnya cerita, jangan lagi percaya kat Umno. Kasi ajar dia..




Umno Telah Buktikan Ia Sebuah Parti Yang Bertolak Ansur Dengan Beri Kerusi Majoriti Melayu Kepada Bukan Melayu

KUALA LUMPUR: Umno bukanlah sebuah parti rasis malah ia adalah pencetus dan perintis kepada semangat tolak ansur antara kaum dan telah mencipta kestabilan sosial, kata Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, Umno juga telah membawa kemakmuran nasional sejak dahulu lagi menerusi kerjasama dengan mencipta prinsip atau konsep perkongsian kuasa unik melalui gabungan Umno, MCA dan MIC dalam Parti Perikatan.

Beliau berkata keikhlasan itu dimanifestasikan dalam bentuk kerelaan memberi kerusi majoriti Melayu kepada parti-parti komponen untuk ditandingi.

"Tidak terhenti setakat itu sahaja, ia diikuti pula dengan kesanggupan orang-orang Melayu untuk mengundi calon bukan daripada bangsa mereka sendiri demi matlamat lebih besar yakni memenangi pilihan raya, kemudiannya membentuk kerajaan seterusnya mencapai kemerdekaan.

"Terbukti sejak dari dulu lagi, Umno bukanlah sebuah pertubuhan rasis. Umno sebenar dan sebetulnya adalah pencetus serta perintis kepada semangat tolak ansur antara kaum yang akhirnya telah mencipta kestabilan sosial, membawa kepada kemakmuran nasional," katanya dalam ucapan dasar bertajuk "Umno Menjuarai Transformasi" pada Perhimpunan Agung Umno 2011 di sini, Khamis.

Menyingkap sejarah sejak tahun 1955, Perdana Menteri berkata prinsip perkongsian kuasa telah dipraktikkan oleh Umno dalam pilihan raya tahun itu untuk memilih 51 daripada 52 ahli Majlis Perundangan Persekutuan.

"Kita (Umno) meletakan calon di hanya 35 kawasan berbanding MCA 15 (kawasan)dan MIC dua (kawasan). Walhal, daripada 52 kerusi yang dipertandingkan, 50 adalah kawasan majoriti Melayu dan hanya dua kawasan majoriti Cina," katanya.

Najib berkata, pecahan pengundi semasa pilihan raya itu mencatatkan majoriti kira-kira 84 peratus atau lebih satu juta pengundi Melayu dan sebanyak 11 peratus atau sebanyak 143,000 pula adalah pengundi Cina manakala 50,000 atau hampir 4 peratus sahaja di kalangan pengundi India.

"Hakikat tersebut nyatanya tidak menghalang semua calon parti MCA dan parti MIC untuk menang. Bagi pemimpin dan orang-orang Umno, demi mencapai perpaduan antara parti-parti komponen Perikatan, mereka harus menunjukkan keikhlasan berkongsi kuasa," katanya.

NPC tarak kes, ayo....ayo....Malaysia Boling !!!!!

Semua sudah tahu, audit sudah laporkan bahawa RM250 juta, dana awam 'hilang' lembu tiada yang dikeluarkan. Rombongan PKR meninjau projek lembu fedlot disekat, bukti pembelian kondo dan umrah serta terbaru kereta M dibuktikan.

Maka jawapan mudah agensi penguatkuasa, tiada unsur *****

Ini apa punya sistem, pertahankan kesalahan sampai peringkat begitu sekali. Habis dah kepercayaan kita dengan sistem yang ada di muka bumi.

Jelaslah kita yang memalukan bangsa kita sendiri. Kita jugalah yang menghilangkan duit itu. Maka bangsa kita jugalah yang menyatakan ia tak ada apa-apa.


Alahi, lu fikirlah sendiri ....tanya samy ayo.....ayo

NFC: Polis sahkan tiada unsur pecah amanah, seleweng

01/12/2011 12:47pm

KUALA LUMPUR 1 Dis. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan siasatan terhadap kes Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan pembelian kondominium mewah di One Menerung, Bangsar di sini, yang dikaitkan dengan keluarga seorang Menteri Kabinet tidak mempunyai unsur pecah amanah dan penyelewengan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, setakat ini, pihaknya telah merakam percakapan 74 individu termasuk suami kepada Menteri Kabinet berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya bagaimanapun masih belum memanggil Menteri Kabinet terbabit bagi membantu siasatan kes tersebut.

“Tetapi jika ada keperluan (memanggil beliau) dalam siasatan, maka kita akan panggil nanti,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Utusan