Salam perjuangan. Penulis berkesempatan menjelajah ke seluruh negara kecuali negeri Johor Sabah dan Sarawak sahaja sepanjang cuti persekolahan ini.
Tentunya penjelajahan itu bermatlamat kerana pertama memenuhi undangan sanak saudara bagi menghadiri kenduri kendara sanak saudara terdekat waktu ini (cuti persekolah). Kedua merapatkan hubungan kenal mengenali anak-anak dengan saudara mara jauh dan dekat serta salasilah keturunan mereka. Ketiga memenuhi masa emas bersama anak-anak bagi menunjukkan kita ada masa bersama-sama mereka, berkawan dan bersenda gurau dengan mereka. Dan tidak ketinggalan mengenali budaya adab tatsusila loghat tutur kata masyarakat dalam negeri 1MALAYSIA ini.
Dalam banyak-banyak isu itu, penulis ingin ketengahkan adalah masalah isu air bagi di setiap negeri yang penulis jadikan sampel kajian. Justeru kajian ini tidaklah bersifat mutlak tetapi masih berbentuk subjektif. isu nya adalah AIR.
Ini kerana masalah air Kelantan telah dipolitikkan sebagai masalah utama negara. Jadi kesempatan yang ada ingin penulis kongsikan bersama kepada semua para pembaca budiman rakan seperjuangan dan kumpulan sebelah sana
Perlis, masalah air khasnya di Kangar masih ok. Kerana penulis tinggal di sebuah rumah homestay.
Di Kedah penulis singgah dua tempat iaitu Langkawi nampak ok. Ini juga di kawasan homestay. Tetapi di kawasan Sala tempat saudara mara penulis ada sedikit masalah air. Ada air tetapi tekanan amat rendah serta perlahan, khasnya di tepi laut sepanjang Kuala Sala ke Sungai Limau. JBA Kedah pendeka kata kena tukar paip-paip lama dengan yang baru.
Negeri Selangor , masalah air no problem, kuat ok sahaja. Begitu juga dengan N Sembilan dan Melaka.
Pendek kata masalah air adalah masalah di mana-mana. Janganlah hanya menunding jari dan hanya membelasah negeri Kelantan sahaja. Di samping itu geran bagi negeri-negeri bukan bawah Umno hendaklah dilayan sama jangan menindas dan mendera.
No comments:
Post a Comment