Thursday, December 01, 2011

NPC tarak kes, ayo....ayo....Malaysia Boling !!!!!

Semua sudah tahu, audit sudah laporkan bahawa RM250 juta, dana awam 'hilang' lembu tiada yang dikeluarkan. Rombongan PKR meninjau projek lembu fedlot disekat, bukti pembelian kondo dan umrah serta terbaru kereta M dibuktikan.

Maka jawapan mudah agensi penguatkuasa, tiada unsur *****

Ini apa punya sistem, pertahankan kesalahan sampai peringkat begitu sekali. Habis dah kepercayaan kita dengan sistem yang ada di muka bumi.

Jelaslah kita yang memalukan bangsa kita sendiri. Kita jugalah yang menghilangkan duit itu. Maka bangsa kita jugalah yang menyatakan ia tak ada apa-apa.


Alahi, lu fikirlah sendiri ....tanya samy ayo.....ayo

NFC: Polis sahkan tiada unsur pecah amanah, seleweng

01/12/2011 12:47pm

KUALA LUMPUR 1 Dis. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan siasatan terhadap kes Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan pembelian kondominium mewah di One Menerung, Bangsar di sini, yang dikaitkan dengan keluarga seorang Menteri Kabinet tidak mempunyai unsur pecah amanah dan penyelewengan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, setakat ini, pihaknya telah merakam percakapan 74 individu termasuk suami kepada Menteri Kabinet berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya bagaimanapun masih belum memanggil Menteri Kabinet terbabit bagi membantu siasatan kes tersebut.

“Tetapi jika ada keperluan (memanggil beliau) dalam siasatan, maka kita akan panggil nanti,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Utusan

No comments: