Tuesday, December 13, 2011

Utusan Spin Kitar Isu Hassan Ali

Bagai orang mengantuk disorongkan bantal. begitulah situasi kedudukan Dato hassan Ali bagi situasi terkini. Utusan mengitar berita sensasi ini, masuk hari yang ketiga. Ikon motivasi yang diidami oleh semua pihak. dan ke manakah akhirnya beliau akan berpihak.

Umno kini menyediakan jerat, pada bila-bila masa sahaja akan menjerat Hassan Ali. Dan yang paling terdesaak adalah kini PAS Selangor.

Kabinet baru PAS Selangor yang mengugurkan Hassan, dan ini memberi pertanda Hassan tiada tempat dalam barisan kepimpinan baru. Adalah alasan mereka mengapa Hassan tidak tersenarai.

Bertitik tolak dari sini, berserta dengan sikap Hassan yang sering menimbulkan kontroversi kerana beliau kecetekan pengalaman dalam 'ilmu politik' Maka beliau akan menjadi mangsa berserta dengan kedegilan sikapnya memungkin PAS Selangor 'tidak menyenaraikan beliau'. Tetapi Hassan adalah aset bagi PAS. PAS masih memerlukan beliau mungkin tidak berpengkalan di Selangor.

Dibawah tajuk Utusan Hassan digugurkan dan ditokok dengan saya tak kisah. Memberi advantage Utusan dan Umno menyerang PAS. Kini PAS semakin lemas dan jangan cemas.

Masalahnya ahli bawahan kinilah yang lemas dan cemasnya. Kepimpinan sudah biasa, rakyat menilai dan menanti masa sahaja akan menjatuhkan 'hukum' kepada kita PRU13 melalui peti undi.

Minta kepimpinan segara tangani isu Hassan Ali. Ya, kita akui Hassan seorang tetapui pengaruh Hassan juga ada, dan inilah permasalahannya.

‘Saya tak kisah’


Dr. Hasan Ali


SELEPAS 48 jam berita Datuk Dr. Hasan Ali, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor digugurkan daripada senarai calon pilihan raya Pas tersebar, semalam beliau tampil memberikan penjelasan.

Hasan yang pernah bekerja sebagai pegawai kerajaan dan kemudian menjadi pakar motivasi, menyifatkan pengguguran daripada senarai calon pilihan raya negeri adalah perkara kecil sahaja.

“Soal pencalonan ini bagi saya kecil,” tegas Hasan pada sidang media di kediamannya di Pinggir Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur semalam yang mengulas kontroversi pencalonan itu yang didedahkan oleh Ketua Penerangan Pas Selangor, Saari Sungib.

Hasan yang menjadi tokoh kontroversi sejak isu perpaduan antara Pas dan UMNO dibangkitkan sehingga beliau tidak dilantik semula sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor, tetap tidak berganjak meneruskan misi perpaduan umat Islam melangkaui ideologi politik dan bangsa.

Bagi Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia ini, beliau tidak memerlukan pengiktirafan daripada mana-mana pihak termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

ADAKAH Datuk bersedia tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)?

HASAN: Saya tiada halangan untuk tidak calonkan semula. Malah ia menjadikan saya lebih kental untuk terus berjuang. Saya berjuang atas nama Islam dan Melayu. Ia tidak tertakluk kepada pemberian apa jua bentuk ganjaran sama ada berbentuk wang, pangkat dan jawatan. Jika ganjaran itu diberikan, ia hanyalah secara kebetulan. Sebab itu saya tegaskan pencalonan ini bagi saya soal kecil. Agenda kita adalah memartabatkan Islam. Oleh itu, tiada sebab saya berasa kecewa kerana cita-cita saya adalah untuk menegakkan Islam.

Apa pandangan Datuk tindakan Saari Sungib yang mendedahkan nama Datuk tidak disenarai?

Saya ingin jelaskan beberapa perkara untuk mengelakkan kekeliruan berterusan. Pencalonan daripada cawangan diambil kira dalam menentukan pencalonan tetapi ada ketikanya faktor ini tidak menjadi penentu kerana wujudnya pertimbangan lain. Contohnya, saya sendiri diminta untuk bertanding di DUN Gombak Setia bukan atas dasar pencalonan cawangan.

Setakat saya ingat, Ketua Penerangan Pas Selangor sekarang ini yang bertanding di DUN Hulu Kelang juga tidak ikut proses penerimaan pencalonan cawangan. Hal-hal ini diputuskan Pas Pusat setelah melalui proses penilaian oleh Majlis Syura Ulama. Adalah tidak sesuai sekiranya mana-mana individu bertindak mendahului pimpinan tertinggi dalam hal ini.

Saya juga musykil kenyataan itu disebarkan bertepatan dengan suasana seorang pemimpin Pas menerima pengiktirafan daripada Sultan Selangor. Saya khuatir pelbagai kesimpulan dan andaian boleh dibuat berikutan wujudnya satu kebetulan ini.

Datuk dimaklumkan mengenai pengguguran sebagai calon?

Tidak. Berapa pencalonan diterima saya tidak tahu. Bila pencalonan dibuka dan ditutup saya tidak tahu. Berapa cawangan yang sokong saya tidak tahu. Tiba-tiba isu ini `meletup’ dua hari lalu dan semalam dilaporkan di dalam akhbar iaitu ketika saya hendak menerima anugerah daripada Sultan. Cuba bayangkan hati sebagai insan. Saya menerima ratusan ucapan tahniah daripada para sahabat dari serata tempat termasuk England dan Jeddah. Tiba-tiba keluar berita Dr. Hasan tidak menerima pencalonan yang cukup. Bagaimana kita rasa. Kita manusia. Kita ada hati. Namun Insya-Allah saya tidak akan hilang pertimbangan.

Presiden parti telah buat kenyataan semalam bahawa apa yang disebutkan oleh Ketua Penerangan Pas Selangor dari segi pimpinan tertinggi parti ia tidak dirujuk dan setakat ini tidak dipertimbangkan lagi mengenai calon ini. Saya rasakan ada sedikit gangguan di peringkat negeri ini. Gangguan mungkin untuk menganggu kemaraan Dr. Hasan. Saya pun tak tahu tetapi ini spekulasi dari saya. Tetapi saya amat berharap itu tidak berlaku, konspirasi ke saya harap itu tidak berlaku.

Setakat ini sejauh mana kesediaan Datuk untuk tidak dicalonkan?

Saya bersedia, Saya tidak boleh paksa mana-mana pihak. Saya dahulu pernah menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor selama empat penggal (lapan tahun). Saya pun tahu di mana had sebagai Pesuruhjaya, di mana kebolehan dan kemampuan.

Saya tinggalkan jawatan ini baru tujuh bulan lalu. Jadi maknanya soalan mengenai sama ada digugurkan atau tidak digugurkan tidak ada masalah. Orang Pas Selangor hendak atau tidak mengiktiraf saya tidak ada masalah.

Saya mohon Allah mengiktiraf saya. Bukan Pesuruhjaya Pas Selangor iktiraf malah bukan Presiden Pas iktiraf saya. Saya hendak Allah SWT iktiraf usaha kecil yang saya jalankan demi Islam, demi membangunkan bangsa Melayu dan mempertahankan kedaulatan institusi raja.

Jika benar tidak dicalonkan, apakah sedia bertanding atas tiket Bebas?

Itu saya tidak dapat jawab hari ini. Hakikatnya politik ini bertukar setiap hari. setiap minggu dan setiap bulan. Sekiranya saya jawab soalan saudara hari ini, ia mungkin berubah pada minggu dan bulan depan.

Bagi saya sesiapa yang membawa Islam saya sokong. Kumpulan yang membawa Islam saya sokong. Parti yang membawa Islam saya sokong. Pemimpin yang bawa Islam saya sokong. Itu prinsip saya. Jadi sama ada saya bertanding atas calon apa, atas tiket apa itu bersandar kepada kemampuan saya menggarap Islam dalam perjuangan. Mungkin orang akan membuat andaian kalau begitu saya akan memilih parti X atau memilih parti Y. Bukan begitu.

Politik adalah sesuatu yang tidak pasti. Dalam soal ini biar masa dan keadaan yang menentukan tetapi masa dan keadaan mengikut aliran saya. Aliran saya adalah Islam. Aliran saya adalah bangsa Melayu dan aliran saya adalah kedaulatan raja-raja Melayu.

Adakah usaha meningkatkan perpaduan tanpa mengira ideologi ini perlu diteruskan?

Mesti. Pada saya itulah gunanya saya lahir ke dunia. Itulah gunanya saya dilahirkan sebagai muslim. Itulah gunanya saya belajar sehingga peringkat doktor falsafah (PhD). Itulah gunanya saya menguasai ilmu-ilmu dunia ini untuk digabungkan dengan ilmu-ilmu dalam al-Quran bagi kita menjunjung tugas itu. Bahkan tujuan saya ada dunia ini adalah untuk menjalankan tugas menyatukan umat manusia demi mengagungkan Allah SWT.

Adakah Datuk sanggup bekerjasama dengan mana-mana pihak di luar Pas.

Saya sanggup bekerjasama dengan mana-mana pihak asalkan ia membawa tiga elemen penting perjuangan saya iaitu Islam, Melayu dan institusi raja. Kalau ini ada tidak ada masalah.

Dengan Pas saya tidak ada masalah, di luar Pas pun saya tidak ada masalah. Dengan NGO saya tidak ada masalah. Hubungan saya dengan NGO cukup baik dan dapat jemputan setiap hari untuk berkongsi pengalaman seperti kes murtad, persoalan orang Melayu dan perpaduan.

Usaha menyatukan UMNO dan Pas atas nama kepentingan Islam sebelum ini gagal antaranya kerana tentangan daripada Pas. Apa yang boleh Datuk jelaskan?

Soal perpaduan dituntut oleh mana-mana agama khasnya agama Islam yang saya anuti sejak lahir ke dunia. Dalam hal perpaduan ia melangkau segala-galanya - bangsa, agama, sempadan dan ideologi. Agenda ini sungguh besar.

Ada pun penyatuan antara Pas dan UMNO ini hanyalah satu penyatuan yang kecil. Namun usaha yang kecil ini telah menerima pelbagai tanggapan dan pandangan yang akhirnya saya rasa kita perlu salahkan diri sendiri. Saya sebenarnya sangat positif jika Islam itu menjadi alat penyatunya. Saya sangat positif jika Islam itu menjadi tonggak kepada perjuangan penyatuan itu.

Apa sumbangan yang boleh Datuk hulurkan untuk meningkatkan usaha perpaduan ini?

Saya harap dipelawa untuk menganggotai jawatankuasa peringkat tertinggi untuk kita sama-sama menyelesaikan masalah ini. Saya ada ramuan yang boleh kita kongsi. Ramuan ini telah digunakan oleh kumpulan kecil dan sederhana sejak belasan tahun lalu dan didapati hasilnya positif dalam usaha kita memupuk kesepaduan sejati.

Lebih cantik lagi di peringkat Persekutuan yang melibatkan kementerian atau Jabatan Perdana Menteri. Saya tidak ada masalah. Jika Perdana Menteri kata kami lantik kamu untuk mendapatkan input atas nama perpaduan yang saya dibenarkan menggunakan Islam sebagai tonggaknya, Insya-Allah saya akan berikan jawapan positif.

Adakah Datuk akan tinggalkan Pas jika parti itu tidak lagi memperjuangkan Islam, Melayu dan institusi raja?

Itu bergantung kerana ini soalan untuk akan datang. Hakikatnya, bukan mudah untuk kita ambil keputusan apabila menyentuh perkara ini. Untuk meninggalkan parti begitu sahaja, bukan mudah. Ia melibatkan satu pertimbangan yang sewajarnya dan dalam hal ini walau apa langkah hendak dibuat saya akan rujuk dengan ulama, rakan-rakan politik dan penasihat hal ehwal agama saya.

No comments: