Saturday, March 20, 2010

Lagi Bajet RM1 juta untuk pelajar miskin ?

Niat kerajaan adalah niat baik, janji kerajaan adalah janji yang baik. Apa tidaknya, hari ini sahaja peruntukan RM1juta. PM menjanjikan duit sejumlah itu bagi membantu pelajar miskin. Termasuklah pelajar bukan Melayu 'agak'nya. Kerana peruntukan masa ini semuanya menjuruskan 1Malaysia.

****************************************************
Kerajaan hari ini menyumbang RM1 juta kepada Yayasan Budiman Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk membantu para pelajar miskin di seluruh negara. Sumbangan berupa cek diserahkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak kepada pengerusi yayasan, Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah pada satu majlis ringkas di Pejabat Perdana Menteri di sini.

Menurut Najib, ia merupakan janji kerajaan untuk membantu kira-kira 5,000 pelajar miskin setiap tahun.

"Yayasan Budiman (UiTM) akan hantar orang ke luar bandar cari pelajar miskin yang terdesak.

"Kalau berusaha lagi (cari), kita akan tambah bantuan jika tidak mencukupi," kata beliau semasa majlis berkenaan.

Majlis penyampaian sumbangan itu adalah susulan pengumuman Najib ketika merasmikan Kampus UiTM Puncak Alam Fasa Pertama di Shah Alam pada 12 Februari lalu.

Perdana Menteri turut berjanji akan menambah peruntukan RM2 juta jika yayasan itu berjaya mencari dana sebanyak RM2 juta lagi bagi membantu pelajar kurang berkemampuan.

Dalam ucapannya pada perasmian kampus itu, beliau berkata, UiTM telah membuktikan pelajar Melayu dan bumiputera tidak malas serta bukannya tidak pandai, malah boleh dididik untuk menjadi insan terpelajar dan mulia.

Balah... balah juga, tapi biar nampak cerdik sikit !

Kata Tok Guru 'balah' orang Melayu dalam politik dengan 'balah' orang Cina juga dalam politik berbeza. Orang Melayu kalu balah 'telanjang' habih, rasa dia puah lah tu. Tapi bago orang Cina dia balah masih steady lagi.

Sama-sama pemimpin dia jaga 'akhlak' sesama dia. Tengok cerdiknya politik orang Cina. Kita tertinggal sokmo, dah guana nak maju dalam politik ni...


Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelar tindakan sesetengah pemimpin politik yang mendedahkan keburukan pemimpin lain di khalayak umum apabila bertindak keluar parti.


Menurutnya, pemimpin yang beretika seharusnya menggunakan pendekatan yang lebih rasional seperti menggunakan saluran dalaman seperti mengemukakan sidang tergempar bagi melantik pemimpin baru.

“Ini cara tidak tamadun, rasa bangga dapat melakukan perkara itu, kata (Datuk Seri) Anwar topeng, orang yang tolak Islam dan ambil kebangsaan itu adalah topeng, kenapa sebut nama Anwar saja, ini memalukan kita (orang Melayu),” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah Jumaatnya di sini semalam.

Nik Aziz berkata demikian sebagai mengulas tindakan Anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang mendedahkan kepincangan dalam Parti Pakatan Rakyat (PKR), membabitkan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, apabila keluar dari parti itu dan menjadi wakil rakyat bebas.

Zahrain turut berkata, Anwar adalah topeng raksasa sehingga mampu memperdayakan ahlinya supaya melupakan kata-katanya yang pernah menggelar Nik Aziz sebagai ulama terompah.

:Terbaru, Zahrain mendedahkan nama lapan Ahli Parlimen yang disebut-sebut akan melompat parti ke PKR bagi menjayakan rancangan pembangkang untuk mengambil alih kerajaan pusat pada 16 September 2008.

Dalam masa sama, Menteri Besar Kelantan itu berkata, masyarakat dan parti bukan Melayu kini sedang memerhati cara orang Melayu berpolitik yang jelas tidak menunjukkan etika yang betul.

Beliau mahu rakyat mencontohi cara berpolitik pemimpin MCA kerana mereka memilih dan menjatuhkan seseorang pemimpin melalui pemilihan di peringkat dalaman parti.

“Orang Cina tengah perhatikan dunia politik orang Melayu, mereka (MCA) juga bermasalah, bertengkar dengan dua bekas presiden, tapi tak da apa (yang bermasalah),” katanya.

Dalam pada itu Nik Aziz dalam ceramahnya menyeru rakyat Kelantan beramai-ramai menyertai perarakan di Terengganu hari ini anjuran badan bukan kerajaan (NGO) bagi menyerahkan memorandum tuntutan royalti minyak kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Menurutnya, beliau tidak menyertai rombongan tersebut kerana mempunyai urusan lain dan menyerahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa untuk mengetuai perarakan tersebut.

OMGK: Sasarkan kehadiran 3000 orang pemuda Pahang


KUANTAN: Dewan Pemuda PAS Pusat, mensasarkan dapat menghimpunkan pemuda -pemuda seluruh Pahang di Kuantan pada 20hb Mac dan 21 Mac 2010 ini.

Siang tadi Himpunan Pemuda PAS Pahang (HIMPIP) berjaya mensasarkan kehadiran seperti yang dijangkakan.

Celaru: BI dan BM tambah waktu, 1 Murid 1 Sukan

Tambahan waktu BM, BI mulai sesi persekolahan tahun depan

Kabinet telah memutuskan masa pembelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dipanjangkan mulai sesi persekolahan 2011, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, keputusan itu yang dibuat pada mesyuarat Kabinet semalam, adalah selaras dengan usaha untuk memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI) di kalangan pelajar sekolah berikutan pemansuhan pengajian dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris tahun lalu.

Bagaimanapun, beliau berkata masa persekolahan tidak akan dipanjangkan tetapi akan diolah menjadi lebih kreatif dan menyeronokkan untuk pelajar. "Kita akan buat pengubahsuaian dari segi kokurikulum selaras dengan perubahan itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) ke-29 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Masa pembelajaran untuk Bahasa Malaysia (BM) di sekolah rendah dan menengah kebangsaan bagaimanapun akan kekal pada 240 minit seminggu tetapi bagi pembelajaran Bahasa Inggeris (BI) akan ditambah kepada 330 minit seminggu daripada 240 minit yang dipraktikkan sekarang.


Di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil dan Cina), sesi pembelajaran untuk BM akan ditambah dari 270 minit kepada 330 minit seminggu.


Bagi BI, ia akan ditambah menjadi 120 minit seminggu daripada hanya 60 minit.

Mengenai bahan bacaan terhad yang dilaporkan berlaku di perpustakaan sekolah, Muhyiddin menyarankan lebih banyak badan korporat menderma buku kepada perpustakaan sekolah sebagai sebahagian tanggungjawab sosial mereka.

Terdahulu dalam ucapannya, Timbalan Perdana Menteri menyarankan supaya pihak pengajur pesta buku tersebut meningkatkan status mereka hingga setanding dengan Pesta Buku Frankfurt yang terbesar di dunia.


"Saya sarankan supaya PBAKL diangkat statusnya, dianjakkan fokusnya dan dijadikan Pusat Perdagangan Industri Buku sekurang-kurangnya bagi rantau Asia dalam jangka masa 10 tahun akan datang," katanya.


Beliau yakin sasaran itu dapat dicapai kerana nilai dagangan tunai PBAKL 2009 dianggarkan mencecah RM20 juta.


Oleh itu, katanya, Majlis Buku Kebangsaan Malaysia perlu bersedia untuk menjadi agensi peneraju kepada industri buku negara bagi mencapai hasrat tersebut.


"Saya mengutarakan cadangan ini kerana percaya bahawa PBAKL menpunyai potensi tinggi untuk berkembang dengan lebih maju," katanya.


Ketua Pengarah Pelajaran yang juga Pengerusi PBAKL, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata pesta kali ini disertai oleh 202 syarikat luar dan dalam negeri dengan jumlah 856 gerai.


Katanya, pesta 10 hari itu yang akan berlangsung hingga 28 Mac dijangka menarik 1.5 juta pengunjung.


Muhyiddin turut melancarkan buku bertajuk "Najib: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan" yang ditulis oleh Aizuddin Muhammad Muaz.


Buku mengenai Perdana Menteri itu memaparkan perjalanan Datuk Seri Najib Razak sejak beliau mulai menceburi bidang politik hingga menjadi Perdana Menteri.


Buku berharga RM350 senaskah itu diedarkan oleh Karisma Production Sdn Bhd.- Bernama

Friday, March 19, 2010

Mengapakah Pelabur Universal Studios ke S'pura

Kita rakyat Malaysia sepatutnya bertanya kepada kerajaan Malaysia , kenapa dan mengapakah Universal Studios USA memilih Singapura sebagai lokasi pelaburan mereka. Mestilah ada sebab dan musabab kenapa dan mengapakah mereka berbuat demikian.

Kita sepatutnya rasa malu di kala Malaysia berbangga dengan syarikat Coca Cola membawa masuk kononnya pelaburan RM1 billion, kenapa dan mengapa US USA memilih Singapura. Ini bermakna iklim ekonomi negara jiran kita mat sihat dan pelabur berkeyakinan terhadap pengurusan ekonomi negara berkenaan.

Kita rasa terpukul dan cukup malu, sejak 52 tahun merdeka tidak ada apa yang boleh dibanggakan. Dulu bawah UMNO BN juga kita rasa bangga sikit bilamana Ghafar Baba yang hanya lulus LCE berjaya 'membeli' Guthrie syraikat gergasi besar milik Britian. Ya atau tidak kita tidak tahu, tapi adalah usaha berniaga dan mahu mengembangkan perniagaan, tetapi kini macam mana, ada orang UMNO bijak pandai negara kita sudah macam mahu telungkup sahaja lagaknya.


Universal Studios dibuka 8.28 pagi


BEBERAPA pelawat melawat satu lokasi seperti yang terdapat dalam filem Mummy di Universal Studios, Singapura semalam.SEJUMLAH pelawat menaiki roller coaster di Universal Studios, Singapura semalam.


SINGAPURA - Universal Studios keempat di dunia dibuka kepada orang awam tepat pukul 8.28 pagi semalam selepas 18 tarian singa memasuki pintu masuk pada pukul 8.08 pagi.

Hari pembukaannya pada 18 Mac itu menggunakan banyak nombor lapan kerana ia dianggap sebagai bertuah.

Model-model yang berpakaian seperti aktres mendiang Marilyn Monroe dan Betty Boop berarak bersama pasukan tarian singa di sepanjang Hollywood Boulevard, salah satu daripada tujuh zon di taman seluas 20 hektar.

"Kami ingin menjadikannya destinasi nombor satu di Asia," kata Pengerusi Kumpulan Genting Tan Sri Lim Kok Thay. Ditanya adakah Universal Studios Singapura akan hilang daya tarikannya dan mengalami kerugian seperti Hong Kong Disneyland, Lim menjawab: "Sudah pasti tidak, kami berbeza dengan Disney."




Selain Singapura, Universal Studios di Asia terletak di Osaka, Jepun; Hollywood di California dan Orlando di Florida, Amerika Syarikat.

Antara tarikan di Universal Studios itu ialah roller coaster paling tinggi di dunia, panggung wayang 4 dimensi (4-D) dan suasana berdasarkan filem-filem Hollywood seperti Madagascar dan Jurassic Park.

"Ia sangat bagus. Suasana, pengunjung dan barangan cenderamatanya setaraf dengan Universal Studios Florida," kata seorang warga Singapura yang datang bersama dua orang anaknya.

Taman tema itu adalah sebahagian daripada fasa pembangunan Resorts World Sentosa, milik Kumpulan Genting dari Malaysia bernilai AS$4.4 bilion (RM14.56 bilion). - Reuters

Puteri UMNO sesak

Malaysia panik, dasar negara Malaysia jugalah yang 'membuka' pintu kepada pekerja asing. Dasar negara kita jugalah yang memberi lesen kepada agensi-agensi dalam negera mengurusk 'kemasukan' pekerja asing ke negara kita.

Kini negara kita dilambakkan dengan pekerja asing yang datang daripada negara Asia Selatan India, Pakistan dan Bangladesh dan Asia Tenggara seperti Indonesia, Filipina, Myanmar, Kemboja, Vietnam serta negara-negara Afrika ke negara kita sebagai pekerja dalam sektor-sektor domestik seperti perladangan, perkilangan, industri, pelancongan dan sebagainya.

Kebanjiran warga asing yang berdaftar dan tidak berdaftar mencecah jutaan orang. Dianggarkan tahun 2009 sahaja lebih 3 juta pekerja asing di negara kita. Usaha kawalan pemantauan oleh agensi penguatkuasa kita dikira 'tidak menang tangan' kerana jumlahnya yang terlalu ramai. Di samping oleh faktor-faktor rasuah, politik dan sebagainya yang menjadi kekangan petugas atau penjawat awam ini mahu melaksanakan tugas mereka.

Justeru, hari ini hasil pendedahan media dan jumlah remaja kita yang 'terperangkap' dan mabuk cinta, ramai mereka yang bernikah dengan pemuda warga asing. Ada yang bahagia dan ada sebaliknya.

Hasil pendedahan dan laporan 'hitam' pihak media, pemuda-pemuda warga asing ini dimangsakan. Dan kini pemuda dari Lombok menjadi sasaran kecaman Pergerakkan Puteri UMNO. Apa alasan kurang jelas ? tetapi pemuda Lombok dilarang oleh Puteri UMNO daripada mendekati gadis-gadis Malaysia.

Kenapa dan mengapa negara dipanikkan oleh isu ini ?

Pergerakan Puteri UMNO menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) membekukan pengambilan pekerja asing dari Lombok, Indonesia berikutan trend kahwin lari melibatkan gadis-gadis Malaysia dengan lelaki dari wilayah terbabit yang semakin membimbangkan kini.

Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, pihaknya memperoleh maklumat yang mendakwa kira-kira 500 wanita Malaysia berada di Lombok sekarang ini, akibat terjerat oleh ikatan perkahwinan dengan lelaki dari wilayah berkenaan semasa mereka bekerja di negara ini.

"Pembongkaran satu demi satu kes kahwin lari melibatkan lelaki dari Lombok menuntut satu mekanisme yang perlu dilaksanakan segera oleh kementerian berkenaan bagi membendung gejala yang tidak menyenangkan itu.

"Puteri UMNO percaya ada lagi kes gadis Malaysia nekad meninggalkan keluarga masing-masing gara-gara berkahwin dengan lelaki dari Lombok dan terpaksa mengharungi penderitaan sepanjang berada di negara orang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rosnah berkata, pihaknya tidak mahu trend yang semakin berleluasa itu mengakibatkan ramai gadis terpaksa berkorban masa depan mereka dan anak-anak yang bakal lahir. – Bernama

Orang UMNO sendiripun kata Zaharin Pembohong Besar

Rata-rata nama yang dikaitkan oleh tentera upahan UMNO Zahrain Hashim dianggap sebagai bohong. Malah beliau dikecam oleh nama-nama MP UMNOBN yang dikaitkan untuk agenda 16 Sept oleh DSAI, adalah tidak benar.

Hero dan pangeran UMNO yang baru ini dianggap sebagai "Pembohong Besar". Kerana sememanglah jika seseorang itu berkawan dengan kawannya 'semacam' itu maka dia akan ikut feel perangai kawannya itu. Hadis nabi sendiripun sudah pesan akan bilamana seseorang yang berkawan dengan tukang besi maka dia akan menerima sedikit sebanyak percikkan daripada kerja kawannya itu, begitulah juga dengan orang yang berkawan dengan penjual minyak atar, wangiannya setidak akan dapat dirasai juga.

UMNO BN tidaklah semudah itu, mahu menerima Zaharin Hashim dan konco-konco 'bebas', kerana mereka terpaksa menjalani ujian saringan. Di mana ujian saringan ini perlulah mereka lulus dan selepas itu bolehlah mereka dipertimbangkan samada layak atau tidak layak.

UMNO zaman Najib walaupun tidak sama pendekatan dengan zaman Pres UMNO yang terdahulu, dasar, wajah, rupa tetaplah UMNO. Selagi mana disebut UMNO ia tetap UMNO. Maka jangan harap buah nangka ini mahu jadi cempedak.

Cuma orang yang kecewa, orang yang lemah, orang yang tiada pendirian, orang yang lemah hala tuju sahaja yang mahu bersama dengan UMNO.

KOTA KINABALU: Satu pembohongan yang besar.

Itulah reaksi Ahli Parlimen Barisan Nasional dan Parti Sabah Maju (SAPP) berhubung dakwaan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Hashim mengenai beberapa nama ahli Parlimen dari Sabah yang didakwa terlibat dengan rancangan pembangkang untuk mengambil alih Kerajaan Pusat pada 16 September 2008.

Datuk Bung Mokhtar Radin

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) berkata, Zahrain cuba mencari publisiti murahan dengan dakwaan sedemikian.

“Saya tidak pernah bertemu dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ini semua satu pembohongan,” kata Bung Mokhtar ketika diminta mengulas dakwaan Zahrain bahawa dia (Bung Mokhtar) antara Ahli Parlimen BN yang dinamakan dalam rancangan berkenaan di sini hari ini.

Katanya, wakil rakyat yang dipilih mempunyai tanggungjawab untuk memberi khidmat kepada pengundi dan bukannya melaksanakan agenda peribadi Ketua Pembangkang.

"Jangan sesuka dakwa kita boleh lompat parti," katanya.

Semalam, Zahrain yang juga bekas Pengerusi Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang mendedahkan nama lapan Ahli Parlimen yang disebut-sebut akan melompat parti ke PKR bagi menjayakan rancangan pembangkang itu.

Datuk Dr Chua Soon Bui

Sementara itu, Ahli Parlimen Tawau, Datuk Dr Chua Soon Bui pula menegaskan beliau tidak pernah bermimpi dan berbincang untuk menyertai Pakatan Rakyat.

“Tidak ada satu pun yang benar dalam apa yang diperkatakannya dan dia berbohong dalam Parlimen. Ini satu perbuatan yang memalukan kepada pengundi terutamanya di Sabah dan Malaysia amnya.

“Saya dan Datuk Eric Enchin Majimbun tidak pernah bermimpi dan berbincang untuk menyertai Pakatan Rakyat pada 16 September 2008,” katanya dalam kepada mStar Online hari ini.

Soon Bui berkata, perkara tersebut berlaku kerana Zahrain sangat obses dengan kepentingan peribadi.

“Zahrain mungkin lupa kepada sejarah SAPP dan kepentingan rakyat Sabah. Kami keluar BN kerana hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Sehingga hari ini kami masih kekal sebagai Ahli Parlimen Bebas dan SAPP tidak menyertai PR atau mana-mana parti. Bagi saya, dia tidak layak untuk bercakap bagi pihak wakil rakyat Sabah yang lain,” katanya.

Datuk Ghapur Salleh

Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Ghapur Salleh pula berkata beliau akan menerangkan sendiri dakwaan Zahrain ketika membahaskan titah diraja pada 22 atau 23 Mac ini.

“Zahrain patut dedahkan senarai sebenar Ahli Parlimen BN keluar parti, bukan buat tuduhan tidak berasas,” katanya.

Tengku Razaleigh Hamzah

Sementara itu, di KOTA BHARU, Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menafikan dakwaan berkenaan.

"Saya tak mahu komen pasal ini, 48 tahun saya bersama Umno. Apa yang didakwa itu sebagai satu cerita dongeng," katanya.

Tengku Razaleigh berkata, jika dakwaan itu benar, beliau kini pasti sudah memegang satu jawatan besar dalam PKR yang dipimpin oleh Anwar.

Beliau berkata disebabkan dakwaan itu ibarat sebuah cerita yang direka mengikut fantasi pembangkang, beliau tidak mahu membuat sebarang komen terhadap dakwaan yang tidak betul itu.

Beliau turut menafikan didatangi pihak berkenaan agar keluar BN bagi membolehkan pembangkang membentuk kerajaan Persekutuan kira-kira tujuh bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-12.

Antara nama yang disebut ialah Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman; Dr Mohd Puad Zarkashi (Batu Pahat); Datuk Seri Tengku Azlan Abu Bakar (Jerantut). Salah seorang daripada Timbalan Speaker juga tersenarai dan dikatakan akan melompat menyertai pembangkang.

Thursday, March 18, 2010

Malaysia Darul Pesta ?


Di kala semua orang memikirkan survival ekonomi negara. Di waktu rakyat berperang dengan kenaikan harga barang, di kala kerajaan sedang berkira-kira untuk memperkenalkan GST kepada rakyat Malaysia. Di kala Kesatuan Sekerja mahukan tuntutan gaji minima. Mac adalah waktu dua tol akan dinaikkan caj kutipannya ? Maka dikala itu pesta.. demi pesta dianjurkan.

Masih ada lagi manusia yang sanggup berpesta dengan pesta yang tidak memberi faedah. Kali ini adalah pesta bermain belon. Pesat ini dimainkan di tengah-tengah pusat pentadbiran negara Malaysia.

Ke mana pergi cerdik pandai, ke mana hala tuju para penasihat. Di mana ajaran dan iktibar Nabi Yusuf di kala negaranya berada dalam serba kepayahan dan kesukaran. Ke mana alim ulama dalam UMNO, kenapa mereka diam membisu terus terusan berpesta ..entah apa manfaat dan faedah ini pesta ini.

Apakah yang kita hendak fikirkan ?

Sebagai seorang manusia yang beragama dan ada pegangan agama, bagaimana reaksi anda melihat wajah-wajah di atas ?


Jika kita bertanya kepada pejuang Hak Asasi, tentulah 'hak asasi' adalah bersifat mutlak individu secara peribadi. Jika dibahaskan pecinta pejuang hak asasi termasuklah Halinah Yaakob dan group SIS. Mereka akan berkata, " why you ask me ?

Kemodenan tidak menghalang pemakaian pakaian seseorang. Dan individu yang moden bukanlah terletak secara mutlak ke atas pemakaian pakaian yang dikenakan ?


Kejutan politik di Parlimen ?

Pendedahan itu juga menyebabkan Anwar 'panas punggung' sehingga mendorong beliau secara tergesa-gesa meninggalkan sidang Dewan.

Beberapa ahli Parlimen pembangkang lain yang turut 'panas telinga' dengan pendedahan tersebut mengekori Anwar meninggalkan sidang itu.

Ketika itu Zahrain baru sahaja berucap lima minit membahaskan usul ucapan titah menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong.

Zahrain mendedahkan bagaimana Anwar membohongi wakil rakyat pembangkang kononnya ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan melompat parti menyertai pembangkang lebih daripada mencukupi.

Anwar kata Zahrain, turut 'menjaja' nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Zahrain yang memulakan ucapannya pada pukul 5.05 petang berkata, Anwar mendakwa kononnya Seri Paduka pada satu ketika pernah menunggu di istana untuk mengesahkan jumlah ahli Parlimen BN yang melompat parti bagi menyertai pembangkang.

''Beliau mengakui bahawa Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikannya sebagai Perdana Menteri keenam sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan Persekutuan sementara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga menyokong pelantikan tersebut," tegasnya.

Pada ketika itu, Anwar dilihat bangun sambil berjalan keluar meninggalkan dewan.

Tindakannya itu diikuti ramai wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Tian Chua (PKR-Batu) dan N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) pula kelihatan bangun mengherdik Zahrain tanpa mempedulikan nasihat Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee yang meminta mereka bertenang.

Dewan menjadi riuh rendah apabila beberapa penyokong kerajaan antaranya Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan); Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) dan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) menjerit 'pengecut,' 'penakut' dan 'kalau berani tunggu' ke arah Anwar bagi mendesak Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tidak keluar Dewan.

Sementara itu, Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) pada ketika itu pula meminta supaya Yang Dipertua Dewan mengarahkan Gobalakrishnan keluar dari dewan kerana terus bangun dan menjerit.

Bagai melepaskan tembakan bertubi-tubi, Zahrain meneruskan perbahasannya dan dengan selamba menggelarkan perbuatan wakil-wakil rakyat pembangkang yang keluar dewan dan mengherdiknya sebagai sindrom penafian.

''Kami juga dibohongi (Anwar) kononnya salah seorang Timbalan Speaker (Dewan Rakyat) akan mempengerusikan usul undi tidak percaya (terhadap) kerajaan dan menyokong pakatan pembangkang mengambil alih Kerajaan Persekutuan," katanya.

Gobalakrishnan yang dilihat masih tidak berpuas hati akhirnya diberi peluang oleh Zahrain untuk mencelah.

Gobalakrishnan yang pada mulanya gagal menyampaikan soalan dengan baik dan ditertawakan beberapa wakil rakyat BN menggunakan ruang itu dengan mendakwa Zahrain keluar PKR kerana gagal mendapat projek mengurus dan menyelenggara sebuah padang golf.

Zahrain menjawab dakwaan tersebut dengan mencabar Gobalakrishnan supaya mengulangi tuduhan itu di luar dewan supaya beliau boleh menyamannya.

Beliau seterusnya mendedahkan punca lain meninggalkan PKR adalah kerana parti itu yang pada mulanya memperjuangkan reformasi dan keadilan kini dilihat tertumpu kepada perjuangan peribadi individu tertentu.

Ahli Parlimen Bayan Baru itu turut menyifatkan Anwar sebagai "raksaksa pelbagai wajah" ekoran pendiriannya yang sentiasa berubah-ubah dalam memperjuangkan orang Melayu dan kepentingan agama Islam.

Zahrain juga mendedahkan bahawa Anwar yang kini mendabik dada mahu memperkasakan institusi Islam di negara ini pernah menggelarkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ulama 'terompah' iaitu satu gelaran yang sinonim dengan tandas atau tempat kotor.

Selain itu, katanya, tindakannya keluar PKR adalah kerana parti itu terlalu 'memperhambakan diri' dan tunduk kepada DAP sedangkan Anwar pernah berjanji kepadanya bahawa mereka tidak akan sesekali mengikut telunjuk DAP.

Perbahasan Zahrain disambung esok.

Sementara itu, beliau yang ditemui selepas itu memberitahu hanya menggunakan kesempatan berbahas bagi menjelaskan punca meninggalkan PKR serta janji-janji yang pernah dibuat oleh Anwar sebelum ini.

Mengenai tindakan Anwar yang keluar dewan selepas beberapa minit beliau berucap berkata: ''Saya tidak tahu, saya tidak perasan pun tetapi apa yang penting ia tidak membawa apa-apa makna (kepada saya) dan saya hanya menyampaikan cerita sebelah saya."

Wednesday, March 17, 2010

Wibawa atau tidak dengan keluar Dewan ?

Ukuran wibawa TPM adalah samada wakil rakyat pembangkang keluar dewan atau ada dalam dewan. Jika itulah ukurannya bagaimana dengan tindakan wakil rakyat P Pinang yang keluar dewan Undangan Negeri sikit masa dahulu. Begitulah juga dengan sikap wakil rakyat DUN Kelantan daripada BN yang juga bertindak keluar dewan dahulu.

Pembangkang tidak mampu jadi wakil rakyat berwibawa: Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen pembangkang yang bertindak keluar dari Dewan Rakyat tidak mampu berfungsi sebagai wakil rakyat berwibawa, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, tindakan meninggalkan dewan semalam juga menyebabkan ahli Parlimen berkenaan tidak dapat memanfaatkan masa mereka untuk menyuarakan masalah rakyat.ita harap rakyat akan dapat menilai bagaimana mereka bukan saja tidak mengendahkan titah nasihat Seri Paduka Baginda, tetapi juga tidak dapat berfungsi sebagai ahli Parlimen yang berwibawa apabila tidak hadir semalam pada waktu debat. "Mereka keluar dewan ramai-ramai, maknanya mereka sudah tidak dapat menggunakan masa yang penting dalam dewan untuk menyuarakan beberapa perkara pokok masalah rakyat," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa induk pembangunan sukan di sekolah di bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran diminta mengulas tindakan sekumpulan ahli Parlimen pembangkang yang bertindak keluar dewan selepas tidak dibenarkan membahaskan usul Kementerian Dalam Negeri berkenaan arahan kepada ketua polis untuk memastikan jalan dan laluan ke Parlimen dibuka sepanjang masa bagi memudahkan ahli Parlimen.Isnin lalu, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam titah ucapan baginda sempena pembukaan mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen ke-12, sekali lagi menegur tingkah laku dan tutur kata ahli Parlimen.Muhyiddin berkata, perkara itu adalah serius jika Seri Paduka Baginda mengulangi tegurannya terhadap perilaku yang disifatkan baginda tidak mencerminkan imej wakil rakyat."Tetapi malangnya, mereka tidak menghormati ataupun beri perhatian kerana pastinya, kalau sudah berulang dua kali, itu satu pandangan yang serius yang telah disuarakan Seri Paduka

Baginda, takkan mereka tidak faham lagi."Mengambil langkah seperti mana yang kita lihat semalam, bukan merupakan contoh yang terbaik, sedangkan mereka ini ada yang terdiri daripada orang-orang yang berpengalaman, kita tahu dari segi latar belakang, berpendidikan tinggi, profesional dan sudah lama berpolitik."Kita harap rakyat akan dapat menilai mereka ini," katanya.

MEB baik bila UMNO BN buat

Hak bumiputera tidak dihapus dalam model ekonomi baru

KUALA LUMPUR 17 Mac – Model ekonomi baru (MEB) yang akan diperkenalkan tidak akan menghapuskan hak istimewa bumiputera tetapi akan memfokuskan kepada kerjasama dengan bukan bumiputera, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, antara bentuk kerjasama yang diharapkan adalah dalam aspek politik dan promosi dalam perniagaan.

"Kita mahu supaya ada kerjasama antara kedua-dua belah pihak yang bukan sahaja menguntungkan bumiputera, tetapi juga bukan bumiputera,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) di Dewan Rakyat hari ini.

Mahfuz mahu tahu tentang pengekalan istilah bumiputera dalam MEB yang akan diperkenalkan tidak lama lagi dan apakah langkah untuk mengelakkan timbulnya masalah antara kaum.

Nazri berkata, status dan hak golongan bumiputera tidak akan diketepikan dalam MEB dan bagi memastikan perkara tersebut, setiap tindakan yang akan diambil haruslah berpaksikan kepada perlembagaan dan undang-undang negara. – Bernama

Menteri: Isu syariah disemak ?

Islam sentiasa diperangi sehingga akhir zaman. Ajaran islam adalah sebagai penyelamat manusia. Sesungguhnya umat Islam adalah umat yang paling selamat. Hal ini dapat difahami jika umat Islam itu sendiri mempertahankan agamanya sendiri.

Oleh sebab itu, keyakinan terhadap islam merupakan asas permulaan kerja-kerja dakwah nabi Muhammad saw. Tanaman modal kepercayaan dan disusuli dengan keyakinan adalah merupakan benih yang bakal mencambah dan akhir menghasilkan.

Hari-hari Islam diserang, serangan itu datang dalam pelbagai bentuk dengan pelbagai cara.Pelik dan anehnya di Malaysia, bilamana orang Islam sendiri, menteri Islam sendiri 'kurang yakin' dengan Islam.

Lihat sisipan berita di bawah. Manifestasi Islam diperlekehkan di bumi umat islam. Islam yang dilembagakan sebagai agama rasmi negara.

Isu Syariah Perlu Disemak Semula - Shahrizat

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Keluarga Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata beliau akan berbincang dengan Menteri Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom untuk menyemak semula beberapa isu Syariah.

Katanya kini sudah tiba masanya untuk melihat kembali perkara tersebut kerana sebelum ini isu syariah terutama undang-undang keluarga Islam berada di bawah tanggungjawab kerajaan negeri.

"Saya akan bincang beberapa isu-isu syariah terutama untuk keluarga, kanak-kanak, isu-isu perceraiaan, nafkah, penjagaan kanak-kanak untuk tujuan semakan semula," katanya dalam program temuramah rancangan Hello Malaysia terbitan Bernama TV.

Dalam perkembangan lain, katanya kesuburan wanita Malaysia memang sudah menurun.

"Mengikut kajian kita pada tahun 1991, ada tiga dan empat orang anak dalam sebuah keluarga tetapi bilangan itu menurun pada 2007 iaitu purata dua anak sahaja," katanya.

Shahrizat berkata terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada kadar kesuburuan wanita, antara lain, kahwin lambat atau menunggu masa yang sesuai untuk mendapatkan anak. - BERNAMA