Wednesday, March 17, 2010

Menteri: Isu syariah disemak ?

Islam sentiasa diperangi sehingga akhir zaman. Ajaran islam adalah sebagai penyelamat manusia. Sesungguhnya umat Islam adalah umat yang paling selamat. Hal ini dapat difahami jika umat Islam itu sendiri mempertahankan agamanya sendiri.

Oleh sebab itu, keyakinan terhadap islam merupakan asas permulaan kerja-kerja dakwah nabi Muhammad saw. Tanaman modal kepercayaan dan disusuli dengan keyakinan adalah merupakan benih yang bakal mencambah dan akhir menghasilkan.

Hari-hari Islam diserang, serangan itu datang dalam pelbagai bentuk dengan pelbagai cara.Pelik dan anehnya di Malaysia, bilamana orang Islam sendiri, menteri Islam sendiri 'kurang yakin' dengan Islam.

Lihat sisipan berita di bawah. Manifestasi Islam diperlekehkan di bumi umat islam. Islam yang dilembagakan sebagai agama rasmi negara.

Isu Syariah Perlu Disemak Semula - Shahrizat

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Keluarga Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata beliau akan berbincang dengan Menteri Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom untuk menyemak semula beberapa isu Syariah.

Katanya kini sudah tiba masanya untuk melihat kembali perkara tersebut kerana sebelum ini isu syariah terutama undang-undang keluarga Islam berada di bawah tanggungjawab kerajaan negeri.

"Saya akan bincang beberapa isu-isu syariah terutama untuk keluarga, kanak-kanak, isu-isu perceraiaan, nafkah, penjagaan kanak-kanak untuk tujuan semakan semula," katanya dalam program temuramah rancangan Hello Malaysia terbitan Bernama TV.

Dalam perkembangan lain, katanya kesuburan wanita Malaysia memang sudah menurun.

"Mengikut kajian kita pada tahun 1991, ada tiga dan empat orang anak dalam sebuah keluarga tetapi bilangan itu menurun pada 2007 iaitu purata dua anak sahaja," katanya.

Shahrizat berkata terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada kadar kesuburuan wanita, antara lain, kahwin lambat atau menunggu masa yang sesuai untuk mendapatkan anak. - BERNAMA


No comments: