Friday, March 19, 2010

Mengapakah Pelabur Universal Studios ke S'pura

Kita rakyat Malaysia sepatutnya bertanya kepada kerajaan Malaysia , kenapa dan mengapakah Universal Studios USA memilih Singapura sebagai lokasi pelaburan mereka. Mestilah ada sebab dan musabab kenapa dan mengapakah mereka berbuat demikian.

Kita sepatutnya rasa malu di kala Malaysia berbangga dengan syarikat Coca Cola membawa masuk kononnya pelaburan RM1 billion, kenapa dan mengapa US USA memilih Singapura. Ini bermakna iklim ekonomi negara jiran kita mat sihat dan pelabur berkeyakinan terhadap pengurusan ekonomi negara berkenaan.

Kita rasa terpukul dan cukup malu, sejak 52 tahun merdeka tidak ada apa yang boleh dibanggakan. Dulu bawah UMNO BN juga kita rasa bangga sikit bilamana Ghafar Baba yang hanya lulus LCE berjaya 'membeli' Guthrie syraikat gergasi besar milik Britian. Ya atau tidak kita tidak tahu, tapi adalah usaha berniaga dan mahu mengembangkan perniagaan, tetapi kini macam mana, ada orang UMNO bijak pandai negara kita sudah macam mahu telungkup sahaja lagaknya.


Universal Studios dibuka 8.28 pagi


BEBERAPA pelawat melawat satu lokasi seperti yang terdapat dalam filem Mummy di Universal Studios, Singapura semalam.SEJUMLAH pelawat menaiki roller coaster di Universal Studios, Singapura semalam.


SINGAPURA - Universal Studios keempat di dunia dibuka kepada orang awam tepat pukul 8.28 pagi semalam selepas 18 tarian singa memasuki pintu masuk pada pukul 8.08 pagi.

Hari pembukaannya pada 18 Mac itu menggunakan banyak nombor lapan kerana ia dianggap sebagai bertuah.

Model-model yang berpakaian seperti aktres mendiang Marilyn Monroe dan Betty Boop berarak bersama pasukan tarian singa di sepanjang Hollywood Boulevard, salah satu daripada tujuh zon di taman seluas 20 hektar.

"Kami ingin menjadikannya destinasi nombor satu di Asia," kata Pengerusi Kumpulan Genting Tan Sri Lim Kok Thay. Ditanya adakah Universal Studios Singapura akan hilang daya tarikannya dan mengalami kerugian seperti Hong Kong Disneyland, Lim menjawab: "Sudah pasti tidak, kami berbeza dengan Disney."




Selain Singapura, Universal Studios di Asia terletak di Osaka, Jepun; Hollywood di California dan Orlando di Florida, Amerika Syarikat.

Antara tarikan di Universal Studios itu ialah roller coaster paling tinggi di dunia, panggung wayang 4 dimensi (4-D) dan suasana berdasarkan filem-filem Hollywood seperti Madagascar dan Jurassic Park.

"Ia sangat bagus. Suasana, pengunjung dan barangan cenderamatanya setaraf dengan Universal Studios Florida," kata seorang warga Singapura yang datang bersama dua orang anaknya.

Taman tema itu adalah sebahagian daripada fasa pembangunan Resorts World Sentosa, milik Kumpulan Genting dari Malaysia bernilai AS$4.4 bilion (RM14.56 bilion). - Reuters

No comments: