Wibawa atau tidak dengan keluar Dewan ?
Ukuran wibawa TPM adalah samada wakil rakyat pembangkang keluar dewan atau ada dalam dewan. Jika itulah ukurannya bagaimana dengan tindakan wakil rakyat P Pinang yang keluar dewan Undangan Negeri sikit masa dahulu. Begitulah juga dengan sikap wakil rakyat DUN Kelantan daripada BN yang juga bertindak keluar dewan dahulu.
Pembangkang tidak mampu jadi wakil rakyat berwibawa: Muhyiddin
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen pembangkang yang bertindak keluar dari Dewan Rakyat tidak mampu berfungsi sebagai wakil rakyat berwibawa, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, tindakan meninggalkan dewan semalam juga menyebabkan ahli Parlimen berkenaan tidak dapat memanfaatkan masa mereka untuk menyuarakan masalah rakyat.ita harap rakyat akan dapat menilai bagaimana mereka bukan saja tidak mengendahkan titah nasihat Seri Paduka Baginda, tetapi juga tidak dapat berfungsi sebagai ahli Parlimen yang berwibawa apabila tidak hadir semalam pada waktu debat. "Mereka keluar dewan ramai-ramai, maknanya mereka sudah tidak dapat menggunakan masa yang penting dalam dewan untuk menyuarakan beberapa perkara pokok masalah rakyat," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa induk pembangunan sukan di sekolah di bangunan Parlimen di sini, hari ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran diminta mengulas tindakan sekumpulan ahli Parlimen pembangkang yang bertindak keluar dewan selepas tidak dibenarkan membahaskan usul Kementerian Dalam Negeri berkenaan arahan kepada ketua polis untuk memastikan jalan dan laluan ke Parlimen dibuka sepanjang masa bagi memudahkan ahli Parlimen.Isnin lalu, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam titah ucapan baginda sempena pembukaan mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen ke-12, sekali lagi menegur tingkah laku dan tutur kata ahli Parlimen.Muhyiddin berkata, perkara itu adalah serius jika Seri Paduka Baginda mengulangi tegurannya terhadap perilaku yang disifatkan baginda tidak mencerminkan imej wakil rakyat."Tetapi malangnya, mereka tidak menghormati ataupun beri perhatian kerana pastinya, kalau sudah berulang dua kali, itu satu pandangan yang serius yang telah disuarakan Seri Paduka
Baginda, takkan mereka tidak faham lagi."Mengambil langkah seperti mana yang kita lihat semalam, bukan merupakan contoh yang terbaik, sedangkan mereka ini ada yang terdiri daripada orang-orang yang berpengalaman, kita tahu dari segi latar belakang, berpendidikan tinggi, profesional dan sudah lama berpolitik."Kita harap rakyat akan dapat menilai mereka ini," katanya.
No comments:
Post a Comment