Monday, October 29, 2007


Gambar cermin kenderaan ini adalah didakwa oleh pemiliknya telah dipecahkan oleh sekumpulan mat rempit, bilamana pemandunya menegur dengan cara membunyikan hon terhadap sekumpulan remaja yang bermotosikal memandu secara berbahaya. Kejadian ini adalah belaku di Shah Alam, sebuah bandar yang mentamaddunkan manusia, manusia yang menghuni adalah manusia yang bertamadun biasanya.
Pemandu tersebut mendakwa beliau dan rakannya telah dihimpit oleh sekumpulan remaja dari sebelah kiri dan kanan kenderaannya sehingga ke persimpangan lampu isyarat, di mana katanya di persimpangan tersebut juga ada 6 kenderaan yang sedang berhenti sekadar 'memerhatikan' sahaja.
Apa yang ingin penulis utarakan 'dalam masyarakat kita' sudah hilang rasa kekitaan atau lebih jean semangat atau keinginan ingin ambil tahu atau lebih tepat lagi menjaga tepi kain orang. Ini adalah budaya baru, budaya 'lama' masyarakt Melayu yang suka menjaga tepi kain orang dulu-dulunya telah ditempelak oleh pemimpin-pemimpin negara yang ada dan yang mewarisi kepimpinan itu sekarang. Selain itu, melalui media massa ia dibahaskan (isu jaga tepi kain orang) kalangan orang Melayu sebagai sesuatu yang negatif dan memundurkan masyarakat. Budaya 'tidak cakna' apa yang berlaku dip persekitaran bukanlah satu kejadian baru di negara kita. Kita jangan lah mengeluh budaya tidak cakna di kalangan masyarkat kerana ialah yang 'kita' mahukan selama ini terutama oleh 'penguasa' yang berkuasa sekarang.
Nah, jangalah sekarang kita menutut pekara itu dikembalikan dalam masa yang terdekat. Ini kerana budaya itu tidak dibuat-buat ia adalah terhasil daripada didikan yang kita didik.

Sunday, October 28, 2007

Bila dua anggota polis mati dan dua pegawai cif inspektor polis parah, sekoyong-koyong Pak Lah sebagai menteri Polis 'diberitakan naik angin'. tapi masa wartawan tanya dan tv fokuskan selepas 'naik angin' nampak cool da sejuk. Entahlah hanya sandiiwara (meminjam kata-kata almarhum ust Fadil Nor), tak tau setara mana marah.
Berbalik dua polis mati semasa melakukan serbuan dalam operasi membenteras kes dadah, maka matilah polis tersebut. Maka ketua polis dan menteri polis pun bercakap .Ketua polis kata polis tak cukup baju kalis peluru, maka menteri polis tu pulok kata senjata api mudah masuk khusus dari utara tanah air di pintu masuk Bukit Kayu Hitam. Nampak nya Siam sebelah Perlis dan Kedah lebih jahat nampak dari Siam sebelah Kelantanlah...
Semalam minta, maka menteri kewangan satu lulus RM150 juta. Bagi kita amboi mudahnya...maklumkan dia menteri kewangan, sapa nak kuiri, belanjalah macam emak bapak dia punya duit. Oh ya tak pa sebab ni nak jaga keselamatan. Maka belilah baju yang molek , bukan setakat 2000 helai aje...
Memetik kata DSWA (Datok Seri Wan Azizah) dalam satu perjumpaan , katanya Pak Lah marah teramat marah bila dua anggota polis kena bunuh, rakyat mati ...hal gitu gini dia tak marah.

Wednesday, October 24, 2007

Bandingkan Antara Gila Kuasa di Pakistan dan Negara KIta ?

Pemimpin Pakistan gila kuasa Oleh AZLINARIAH ABDULLAH (WARTAWAN UTUSAN)


Begitulah cerminan kita terhadap orang Pakistan yang dikatakan gila kuasa, gara-gara pengeboman berani mati dek kerana marah atau bencinya mereka kepada Benazir Bhutto bekas PM Pakistan yang lalu.


Berbalik di negara kita, situasi gila kuasanya adalah sama sahaja. Kalau tidak takkanlah pemimpin negara sampai jadi menteri sorang-sorang tu 20 ke 30 tahun dan mungkin sampai mati , jika rakyat memberi 'mandat' lagi. Dengan membelasah orang lain sebagai gila kuasa tanpa mencermin diri adalah sesuatu yang keterlaluan dan terlalu seronok dengan diri dan negara.


Bagi di Pakistan 'kadar celik politik' mereka adalah tinggi dan kadar sense mereka cukup baik. Berbanding dengan negara kita, walaupun mereka berpegagang dengan ayat al Quran sama taati pemimpin selagi pemimpin taat arahan Allah. Bagi kita sejauh mana ketaatan kita kepada Allah. Taat dengan mengamalkan ayat-ayatnya, serta mempunyai pemimpin yang reti bahasa dan tahu kehendak dan kemahuan rakyat.

Maka, bertanya kita ada tak orang Pakistan dihantar ke angkasa menjadi angkasawan. Maknanya di sini hak itulah yang wajar kita jadikan bandingan antara kita dengan Pakistan. Kemudian tanya dan soal lama mana seusatu politik atau pemimpin itu dapat bertahan di Pakistan, walaupun kita istilahkan mereka 'gila kuasa', berbanding yang kita tidak 'gila kuasa' seseorang pemimpin tu samapi 30 tahun jadi menteri spt Rafodah Aziz , Samy Vellu, Taib Mahmud.


Justeru, kita yang tidak gila kuasa wajar memberi laluan kepada pemimpin2 muda yang tidak gila kuasa pemimpin negeri atau negara. Jika itulah yang terjadi barulah negara kita boleh maju ke hadapan.


Tuesday, October 23, 2007

KWSP perkenal simpanan asas setiap pencarum Februari 2008

KWSP perkenal simpanan asas setiap pencarum Februari 2008

Idea 'gila' KWSP merancang bagi pihak pencarum adalah sudah sampai ke tahap kritikal dan muflis idea terbaru bagi memantapkan KWSP kacamata semua pencarum berhubung dengan masa depan serta soal kewangan pencarum itu sendiri. Apa maknanya perancangan kerajaan menyekat dan membantu pencarum yang 'dijangka' hidup sehingga mencapai usia 75 tahun.


Simpanan atau lebihan yang baki tertinggal jika tidak sempat habis diterima bila berlaku kematian kepada pencarum itu sendiri akan menimbulkan kesukaran dan kecelaruan serta membebankan banyak pihak. Kita juga sudah cukup kesian terasa kakitangan KWSP terbeban dengan kerja-kerja era baru KWSP walaupun sudah menggunakan e-maklumat dan e-dagang dalam urusan mereka.


Bila berlaku kematian pencarum, pihak yang terlibat bukan sahaja pihak KWSP sahaja tetapi banyak pihak termasuk keluarga , polis , amanah raya dan lain-lain pihak yang terlibat secara langsung dan tidaklangsung. Apa pun kerajaan menyekat rakyatnya mencairkan wang mereka sendiri. dalam masa sama membiarkan aliran wang negara keluar cair macam air bah ke negara asing, melalui pekerja2 asing yang bekerja di Malaysia. Apa usaha ke arah itu ?



ruari tahun depan, 11.4 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu mempunyai simpanan asas yang ditentukan mengikut umur masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Azlan Zainol berkata, simpanan asas tersebut merupakan jumlah simpanan yang terdapat di dalam Akaun 1 setiap pencarum.

Beliau berkata, tujuan konsep itu diperkenalkan bagi membolehkan pencarum mempunyai simpanan minimum RM120,000 sebaik sahaja mereka mencapai umur persaraan 55 tahun.

‘‘Berdasarkan jangkaan, jumlah ini dapat menampung bayaran bulanan kepada pencarum sebanyak RM500 bagi tempoh 20 tahun iaitu bermula dari usia bersara pencarum hingga umur mereka mencecah 75 tahun.

‘‘Selain itu penetapan simpanan asas ini juga akan dijadikan panduan kepada kita untuk memastikan simpanan KWSP tidak boleh dikeluarkan sehingga pencarum berusia 55 tahun kecuali untuk tujuan tertentu,’’ katanya

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bagi mengumumkan pelaksanaan inisiatif strategik yang berkonsepkan ‘bukan hanya simpanan’ dalam usaha meningkatkan simpanan pencarum.

Pelaksanaan simpanan asas bagi setiap pencarum itu merupakan salah satu perkara yang terkandung di dalam inisiatif tersebut.

Bagaimanapun semua skim pengeluaran KWSP yang ada sekarang termasuk pembiayaan perumahan, pendidikan dan penyakit kritikal tidak berubah dengan pelaksanaan inisiatif strategik itu.

Azlan berkata, semua pengeluaran akan bergantung kepada jumlah simpanan asas yang telah ditetapkan mengikut umur pencarum.

‘‘Bagi yang berumur 25 tahun, simpanan asasnya adalah sebanyak RM9,000, umur 30 tahun (RM18,000), umur 35 tahun (RM29,000) dan umur 40 tahun (RM44,000).

‘‘Bagi mereka yang berumur 45 tahun, simpanan asasnya ialah (RM64,000), umur 50 tahun (RM90,000) dan umur 55 tahun (RM120,000),’’ jelasnya sambil menambah kuantum simpanan asas akan dikaji setiap lima tahun.

Sehubungan itu beliau berkata, mereka yang mempunyai lebihan daripada simpanan asas masing-masing sahaja dibenarkan mengeluarkan caruman mereka untuk tujuan pelaburan.

‘‘Sebagai contoh seorang pencarum berusia 25 tahun dan jumlah simpanan asasnya adalah lebih RM9,000, katakanlah RM12,000. Lebihan RM3,000 itu boleh dikeluarkan untuk dilaburkan dalam produk dan institusi yang diluluskan.

‘‘Berbanding skim pelaburan sedia ada sebenarnya konsep yang diperkenalkan ini menggalakkan pencarum melabur pada usia muda,’’ ujarnya.

Dalam pada itu beliau berkata, penetapan simpanan asas juga akan digunakan untuk menentukan sama ada pencarum layak mengeluarkan simpanan pada usia 50 tahun atau sebaliknya.

Beliau berkata, perubahan mengeluarkan simpanan pada usia 50 tahun itu akan dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Januari 2013.

‘‘Mulai tahun tersebut hanya ahli yang mempunyai simpanan asas lebih RM90,000 dalam Akaun 1 sahaja dibenarkan mengeluarkan semua simpanan dalam Akaun 2.

‘‘Berbanding sekarang, ahli boleh mengeluarkan satu pertiga simpanan dari Akaun 2 sebaik sahaja mereka mencapai umur 50 tahun tanpa mengira jumlah keseluruhan wang yang terdapat dalam akaun KWSP masing-masing,’’ katanya.

PTPTN kita ?

Buliten TV3 semalam memaparkan Pak Lah semasa satu majlis perasmian Pusat Pentadbiran manjoi di Perak mengumumkan bahawa kerajaan masih ada duit dan tidak membazir bilamana mempertahankan usaha kerajaan menghantar angkasawan rakyat Malaysia, walaupun menumpang Rusia.


Pada hari ini, dalam Utusan Malaysia lihatlah macammana kerajaan yang ada duit berbelanja untuk program pembangunan dan kesejahteraan rakyat kononnya, mempertahankan mati-matian caj 4 pertus PTPTN yang membebankan para pelajar atas pinjaman pelajaran mereka. Mana istimewa, mana tuntutan agama terhadap orang yang menuntut ilmu.

Justeru, retorik menatakan kerajaan ada duit, masih berduit, apa perlu menaikkan harga barang, kenapa tidak diambil usaha menyekat. Jenis kerajaan apa yang mentadbir negara , jika tiada kuasa.

Berbalik kepada isu pendidikan dan berita daripada menteri PTPTN yang disiarkan pada hari ini.

Mustahil untuk mansuhkan caj pentadbiran PTPTN

PUTRAJAYA 22 Okt. - Adalah mustahil untuk memansuhkan caj pentadbiran skim Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada masa kini kerana ia akan menambah perbelanjaan mengurus kerajaan, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, ini kerana sumber PTPN itu sebahagian besarnya datang dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“KWSP telah mengenakan caj lima peratus kepada PTPN, jadi PTPN kenakan caj pentadbiran kepada pelajar sebanyak tiga peratus.

“Pada masa ini, subsidi kerajaan kepada pelajar ialah dua peratus, beza faedah itu, (dan) pada masa ini ia berjumlah RM300 juta setahun,” katanya kepada pemberita selepas majlis jamuan Hari Raya Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas gesaan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Malaysia, Datuk M. Kayveas, pada perhimpunan agung parti itu semalam, supaya kerajaan menghapuskan kadar faedah (caj pentadbiran) skim PTPTN.

Mustapa berkata, isu itu merupakan isu besar dan “kita boleh kaji perkara ini, tetapi itulah kekangan atau halangan yang dihadapi kerajaan oleh kerana pengajian tinggi ini amat mahal dan semakin tinggi kosnya dan mustahil bagi kerajaan untuk membiayainya 100 peratus.”

Beliau berkata, bagi pihak tertentu, isu ini memang popular untuk dimainkan atau dipolitikkan.

“Tetapi sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, apabila kita pinjam wang ini, kita perlu membayar balik.

“Jika kita hendak menghapuskan caj pentadbiran, kita kena keluar lebih banyak daripada perbelanjaan mengurus kerajaan, jadi ini akan memberikan tekanan kepada kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, jumlah yang ditanggung kerajaan sudah pasti akan meningkat dalam lima tahun akan datang dengan pertambahan pelajar ke institut pengajian tinggi. - Bernama

Monday, October 22, 2007

Setiap kali musim perayaan media massa kembali memaparkan 'budaya balik kampung' warga yang berpusu-pusu ke terminal pengangkutan awam. Sejak 50 tahun merdeka tentulah pengangkutan awam kita semakin lama semakin canggih, maka bermacam-macam lah bentuk terminal yang dibina dari segi prasarana serta aktiviti huluannya.
Namun, lumrah rungutan para pengguna acap tahun seringkali mengutarakan permasalahan yang sama. Maka kita jadi tertanya-tanya apa yang dibuat oleh pihak kementerian yang dipertanggungjawabkan. Rungutan tiket dimanipulasi oleh 'ulat-ulat', pengguna sering menjadi mangsa. Apa juga pihak kementerian yang dipertanggungjawabkan kita sanjung dan hargai. tapi belum memadai kerana sungutan ini sudah berlarutan sejak 50 tahun, walaupun kita suah mengeluarkan kenderaan nasional yang dibuat di negara kita, namun pengangkutan awam tetap menjadi pilihan rakyat.
Bayangkan apa untungnya kita membelanjakan hantar angkasawan dengan jumlah Rm500 juta yang faedahnya lambat dan tidak mendesak pada masa ini. Bangga dengan nama tidak boleh memberi kesejahteraan, itukah yang mahu dibanggakan. Berfikiran songsang tidak semestinya menolak kemajuan. Namun fiqh awalliyyat mestilah diutamakan kepentingan ramai yang mendesak daripada kepentingan hak sorang .

Sunday, October 21, 2007

MANUSIA BERHADAPAN DENGAN ENAM PERSIMPANGAN



Abu Bakar r.a. berkata, " Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh menagajakmu melakukan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk Syurga serta mendapat keampunan-Nya, sebagaimana firmannya yang bermaksud, "....Dan Allah mengajak ke Syurga serta menuju keampunan-Nya..."

Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah S.W.T., maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan."

Iblis adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya.

Kenapa Pengurusan DBP lembab walau diswastakan unit pemasarannya ?

Menyorot isu kelembapan pasaran buku DBP dan saingan dengan penerbitan swasta. DBP telahpun menswastakan bahagian pemasaran bukunya iaitu bawah Dawama Sdn Bhd. Maknanya baru hari inilah penulis mengetahui tentang hal swasta unit pemasaran dan sejauhmana kuasa unti penswastaan unit swasta badan berkanun kerajaan ini adalah tidak diketahui, namun boleh ditelah cara gayanya yang dapat difahami kuasa tidak sepenuh dia tidak jadi macam bentuk dan konsep penswastaan lain oleh kerajaan kerana ia sudah menjadi satu unit bawah DBP, dan segala aktiviti pergerakan mesti mendapat lampu hijau pengurusan pentadbiran DBP.
Kelemahan yang ada, walaupun unit pengedar ada setiap negeri, pemasaran dan konsep pasaran terbesar adalah mestilah di sekolah kerana ini adalah pelanggan yang utama daripada masyarakat awam. Jika unit pemasaran Dawama Sdn Bhd dapat menghantar salesman spt syarikat buku swasta yang tidak jemu-jemu berserta dengan insentif seperti syaraikat2 buku swasta, kita rasa buku-nuku imliah, novel, sajak , satera terjemahan dan laian-lain bahan bacaan tidak sekadar tinggal dalam bilik pameran hawa dingin DBP.
Dawama Sdn Bhd. harus berani bertindak memecah tembok kebuntuan dengan pelbagai usaha insyallah dalam masa 3 ke 4 tahun penjualan buku-buku DBP mencapai target 'kemakmuran' urusniaganya. Cara gaya pemasaran mestilah dibuat dan diurus secara allout dengan menghantar para dealer ke semua zon dalam pelusuk negara berserta insentif berdayasaing cara swasta, tentulah ramai anak muda kita yang akan sambut cabaran ini. Peringkat ini memerlukan satu prasaran yang besar tetapi bergantung kepada kebijaksanaan pengurusan Dawama Sdn Bhd dengan menyediakan slaesman, kenderaan, mesar pelanggannya dan bermacam-macam promosi semasa mengikut perkembangan dunia pelajaran kita pada hari ini.

Malaysia Dalam Bahaya Besar ?????

 Daripada Tranungkite tulisan DATO' KAMAL AMIR mentelah dan berpandangan yang wajar dikongsi bersama. Lihat analisis beliau dalam tulisan yang merangsang minda kita .

Katanya untuk tahun ini (2007) sahaja Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan sebanyak empat projek mega yang menelan lebih 500 bilion ringgit, merangkumi pembangunan Wilayah Iskandar, Pembangunan Koridor Utara, Koridor Pantai Timur dan jambatan kedua Pulau Pinang.

Kesemua projek tersebut cukup gah, cukup mempersonakan, malahan setiap rakyat boleh teruja dengan pengumuman sedemikian. Tiada lagi jumlah juta-juta, jauh sekali ratusan ribu ringgit, sebaliknya lagak orang kaya baru Abdullah menyebut angka bilion-bilion ringgit.

Dua tahun lalu pasca awal memegang teraju kepimpinan negara seringkalidia mengatakan negara sudah kehabisan wang, banyak wang negara telah lesap hinggakan keadaan ekonomi terjebak menjadi sebegitu sukar.

Hairannya selepas dua tahun, tanpa adanya petunjuk rangsangan kemantapan ekonomi, kalaupun sekadar pengumuman Gabenor Bank Negara lima bulan lalu dagangan negara mencecah angka trilion ringgit, tiba-tiba Abdullah mula seronok mengumumkan pelaburan berbilion ringgit.



Era Dr. Mahathir yang digelar 'mahafiraun' dan 'mahazalim' sekadar berbelanja sekitar 350 bilion untuk kos pembangunan sepanjang musim pemerintahannya selama 22 tahun (sila lihat laporan kewangan negara), tapi untuk kerajaan Abdullah Ahmad Badawi dalam tempoh empat tahun sudah riak mengumumkan kos pembangunan lebih lima ratus bilion. Itupun tidak termasuk pembangunan "Penang Global Corridor City Centre" dijangka menelan puluhan bilion ringgit.



Kesempatan berbuka puasa bersama Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah kelmarin, penulis sekadar mengajukan persoalan sejauh mana kemampuan negara berbelanja sebegitu besar, secara jujur bekas Menteri Kewangan tersebut menyatakan rasa hairan bagaimana kerajaan mampu untuk membiayai kos tersebut.



"Saya kira kos pembangunan Rancangan Malaysia Kesembilan pun tidak sampai jumlah empat projek mega tersebut. Malahan timbul pula tanda tanya di hati kecil saya, datang dari mana wang sebanyak itu?



"Kini masanya bukan untuk berbelanja, himpitan kehidupan rakyat semakin mencengkam, soal pengangguran puluhan ribu siswazah masih belum dapat ditangani, bagaimana wang sebegitu besar boleh dibelanjakan? Apakah melalui empat projek tersebut boleh menyelesakan masalah pengangguransiswazah yang sudah mencapai tahap serius?



"Setiap tahun jumlah pelajar yang keluar dari pusat pengajian tinggi berjumlah puluhan ribu, ertinya puluhan ribu warganegara memerlukansumber pendapatan. Harga barang terus naik begitu mendadak, nilai ringgit di pasaran semakin susut, lihat sahaja persoalan kenaikan minyak


dan barangan keperluan, semua ini memperlihatkan sejauh mana nilai ringgit kita.



"Wang Petronas khabarnya berada di paras cukup genting, jika tidak segera ditangani, saya khuatir negara boleh jadi muflis!" jelas Tengku Razaleigh.



Sesungguhnya apabila mendengar kenyataan mantan Menteri Kewangan yang cukup berpengalaman menjana ekonomi bangsa dan negara membuatkan hati ini dijengah persoalan ke mana bangsaku mahu mengadu nasib di hari mendatang jika kebobrokkan pemimpin sebegini tidak segera dihentikan.



Sebelum ini jarang sekali Tengku Razaleigh Hamzah mahu membuka mulut berhubung soal masa depan ekonomi negara, namun kenyataan negara bakal menjadi muflis dalam tempoh empat tahun dari sekarang jika tidak segera dihentikan "pemborosan" pemimpin, membuatkan saya amat tersentak, seram dan ngeri apakah begini nasibnya rakyat yang terus dibohongi oleh Abdullah Ahmad Badawi bersama kaum kerabatnya untuk terus merampok satu demi satu wang rakyat. Dua minggu lalu Tan Sri Tengku Mahalel mantan Ketua Pegawai Eksekutif Proton mendedahkan bagaimana wang syarikat kereta nasional sejumlah lebih tiga bilion ringgit menjadi lesap dan lebur sebaik sahaja beliau meninggalkan syarikat tersebut.



Kenyataan Tengku Mahalel bukan persoalan remeh, bukan cerita harga kacang putih, jumlahnya besar sebanyak tiga bilion ringgit, malahan lebih utama sekali ia memperlihatkan wibawa kepimpinan kerajaan menguruskan syarikat kereta nasional. Bagaimana wang tersebut boleh lesap hingga meletakkannya dalam keadaan nazak serta menjadi calon pengemis untuk segera dilacurkan kepada syarikat dari luar Negara. Begitu juga dengan kedudukan syarikat penerbangan Malaysia (MAS),semasa Idris Jala menjadi ketua pentadbirnya banyak aset-aset telah dijual dan untuk tahun pertamanya beliau bangga mengumumkan keuntungan syarikat tersebut hasil jualan aset sedia ada, tapi kini bagaimana pula keadaannya?



Khabarnya MAS juga sudah mulai dijengah penyakit serba celaru dan tidak menentu, kakitangannya diberitakan bakal menjadi calon penganggur, jika tidak segera dipulihkan sudah pasti syarikat yang kita bebaskan dari cengkaman Singapura atas gabungan MSA satu ketika dahulu bakal kembali . Nauzibillah! Dan kini Petronas pula dikhabarkan mulai dijengah gerhana untuk terjebak menjadi tenat, seharusnya di saat harga minyak melonjak di pasarandunia, Petronas wajar mengumpul dana dalam tabungannya bagi kegunaan musim kemarau. Namun begitu, jika kerajaan Abdullah Ahmad Badawi terus leka untukmeratah dan membaham harta rakyat, apakah kita masih reda untuk berdiam diri? Bangsa kita adalah bangsa cinta damai yang merdeka dalam erti kata merdeka sebenar-benarnya, kita adalah rakyat yang berhak secara mutlak menentukan pemimpin.



Jawatan Perdana Menteri bukan tiket untuk membenarkan sesiapapun merompak dan memperkosa ekonomi negara untuk akhirnya dilacurkan kepada dunia luar, rakyat berhak untuk menghalangnya, suara rakyat adalah suara keramat.



Dalam Negara yang mengamalkan demokrasi secara total kebobrokkan pemimpin sebegini mesti segera dihentikan. Tidak perlu untuk kita melakukan demonstasi jalanan, keamanan jangan sekali-kali kita gugat, ada banyak cara lain melalui lunas-lunas demokrasi.



Masanya untuk rakyat bangun memperlihatkan kuasa mereka sudah sampai Suara rakyat mesti dijelmakan dalam bentuk undi tidak percaya terhadap kepimpinan sempang-peranang manusia bernama Abdullah Ahmad Badawi yang menjual temberangnya melalui mahzab Islam Hadhari dan sajak awalnya untuk tidak hidup berpoya-poya serta menimbun harta berjuta. Bagaimana mampu Abdullah menafikan kehidupannya kini bukanlah dalam nur kehidupan muslimin yang serba sederhana apabila hiburan irama jazz sudah boleh dibawa masuk ke seri perdana dengan kos lebih satu juta ringgit.



Apakah dapat Abdullah membuktikan bahawa dia masih berpegang pada prinsip Islam sebenar untuk bersederhana dengan tidak membazirkan wang sebanyak itu? Sejak menikah dengan janda anak dua Jeanne Danker, sudah dua kali Seri Perdana mengadakan konsert hiburan dalam acara pesta-pestaan untuk kaum elit. Sedangkan sebelum ini empat Perdana Menteri tidak pernah terdengar menganjurkan persembahan konsert di kediaman rasmi.



Seingat kita sejak zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn hinggalah Tun Dr. Mahathir Mohamad, persembahan hiburan bercorak konsert perdana diadakan di Dewan Audiotrium Besar Angkasapuri serta disiarkan secara langsung agar rakyat dapat menumpang sama mendengar persembahan tersebut. Tetapi apa yang dilakukan oleh Abdullah Ahmad Badawi ia sekadar untuk dirinya bersama kaum kerabat dan diadakan di kediaman rasmi, cukup tidak patut!



Beberapa kalangan pembaca ada menghantar sms dan kritikan agar saya tidak terus menulis persoalan sebegini terhadap Abdullah Ahmad Badawi. Ada yang menyatakan cukup-cukuplah mengkritik Perdana Menteri kerana kehidupan rakyat masih selesa, pusat membeli-belah masih penuh dengan pelanggan, jalan raya tetap sesak dengan mobil mewah, gaji kakitangan kerajaan sudah dinaikkan, taraf kehidupan rakyat semakin selesa, apa lagi yang rakyat mahukan! Itu kata mereka. Sesungguhnya kepada teman-teman penulis, mahupun cybertrooper tajaan Azalina Othman atau juga parasit-parasit politik di menara Datuk Onn ingin saya jelaskan, bahawa untuk masa ini terlalu aib rasanya untuk kita membenarkan Abdullah melakukan kepimpinan sebegini.



Selagi Abdullah dan sidang wazirnya tidak berubah mentadbir negara secara telus dan beretika, tiada korupsi atau kroni, tiada pilih kasih, maka selagi itu kita tidak boleh berkompromi untuk tidak membalun atau membelasahnya. Hanya satu saja jalan terbaik baginya adalah untuk berundur sebelum Umno dikuburkan oleh Abdullah dan sidang wazirnya.

"

Rakyat Oh Rakyat Sampai Bila Kita Merakyat ?

Ada kes besar oleh BPR kata B Harian hari ini, Selepas laporan audit kira-kira sebulan, barulah BPR baru nak mula, dan nak umumkan esok atau hari Selasa. Harap daripada rakyat ada tertiarap juga ada. Buatlah berita dan buatlah siasatan setara mana, kerajaan belum ada dalam sejarah bertindak semacam zaman Tun Hussin Onn melibatkan Dato Harun Idris.
Kebiasaannnya orang akan melihat sejarah, sebagai ukuran atau andaian. Kebiasaan apa-apa kes melibatkan orang besar atau pemimpin negara akan disenyapkan atau dicerahkan berita berkenaan, tiada dakwa dakwi. Rakyat teramai yang bego terus terusan memberi kepercayaan kepada parti yang ada untuk memerintah negara. Jadi janganlah nak meletakkan atau menaruh harapan yang tinggi.
Kedegilan rakyat Malaysia teramai memenangkan parti UMNO/BN, terlalu takutkan budaya membangkang atau memberi undi atau memilih pembangkang tida tara atau ukurannya. Budaya ikut turut degar kata dalam memilih parti pemerintah ini amat tinggi menebal dan sukar diyakinkan bahawa pilihan melampau BN mendominasi pemerintahan negara tidak kunjung tiba kesedaran dihati rakyat.
Maka kita hanya sekadar boleh mengata saja, dn membaca laporan akhbar di bawah ini....

Hasil siasatan laporan audit salah urus dana awam diumum esok
Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan membuat keputusan sama ada esok atau Selasa, bentuk tindakan bakal diambil terhadap mereka yang disiasat berkaitan salah urus dana awam yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2006. Sumber memberitahu Berita Minggu, pada mesyuarat yang akan diadakan pada hari berkenaan pihaknya akan mencadangkan jenis tindakan terhadap mereka terbabit.

"Ada berita besar minggu depan, tunggu sajalah. Yang pasti, keputusan yang dibuat akan memberi impak kepada pelbagai pihak kerana BPR mahu memastikan tidak ada pihak mengambil kesempatan dan mencari ruang untuk pelakuan rasuah atau membelakangkan amalan prosedur kerja yang telus sepanjang proses pelaksanaan projek kerajaan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Laporan audit itu yang dibentangkan 7 September lalu mendedahkan beberapa persoalan termasuk kelemahan beberapa kementerian dan jabatan menguruskan dana awam, termasuk pembelian 13 peralatan dan kelengkapan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada harga lebih tinggi daripada harga pasaran hingga kerajaan menanggung kerugian RM8.39 juta. Ia termasuk pembelian dua menara kren membabitkan perbelanjaan RM5.72 juta berbanding RM2.98 juta mengikut harga pasaran, selain alat pengangkat kereta dua tan berharga RM5,741 seunit berbanding harga pasaran hanya RM50 seunit.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga didapati membeli 17 set buku teknikal dengan 10 tajuk pada harga RM181,900 atau RM10,700 satu set, sedangkan harganya di Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) cuma RM417 satu set. Kelmarin, Ketua Pengarah BPR, Datuk Ahmad Said Hamdan dilaporkan berkata, pihaknya sudah hampir selesai menjalankan siasatan berhubung laporan audit itu dan beberapa individu dijangka dikenakan tindakan dalam masa terdekat. Ditanya sama ada keputusan itu akan membabitkan menteri atau timbalan menteri di kementerian yang disiasat badan berkenaan, sumber itu berkata, "Tidak sampai ke tahap itu tetapi, BPR mungkin akan mencadangkan supaya pihak terbabit didakwa atau dikenakan tindakan kerana tidak peka dalam melaksanakan tugas penting itu." Beliau berkata, kertas siasatan kes membabitkan laporan audit itu sudah dilengkapkan sebelum Aidilfitri lalu selepas pihaknya memanggil beberapa individu untuk memberi keterangan berhubung pelaksanaan projek di beberapa kementerian.

Sumber itu berkata, tumpuan utama diberikan BPR kepada kes membabitkan laporan audit itu kerana ia berkait rapat dengan kepentingan awam dan negara, lebih-lebih lagi penggunaan peruntukan kerajaan. Kata sumber itu lagi, siasatan menyeluruh membabitkan pelbagai aspek dilakukan termasuk mendapatkan maklumat syarikat yang memperoleh kontrak, sama ada mempunyai kaitan rapat dengan mana-mana individu yang mempunyai kedudukan dalam kerajaan. "Kertas siasatan juga meneliti sama ada pegawai kerajaan menerima rasuah, ada pihak membuat tuntutan palsu dan jumlah barang yang dibekalkan menyamai jumlah yang ditempah dengan kadar harga yang sama," katanya.
INFO: Antara pendedahan Laporan Ketua Audit Negara 2006

Kementerian Belia dan Sukan
– Pembelian 13 peralatan dan kelengkapan bagi Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) yang menyebabkan kerajaan kerugian RM8.39 juta yang berlaku pada 2002.
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
– Kelemahan dalam Skim Baja Padi apabila kebanyakan syarat tidak dimasukkan dalam kontrak dan pemberian subsidi harga padi sebanyak RM1.36 juta kepada hanya 158 pesawah.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
– Kelulusan tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan membabitkan pemberian bantuan khas kepada 12 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berjumlah RM3.8 juta antara 2004 hingga Mac 2006.

Kementerian Keselamatan Dalam Negeri
– Pembelian dua helikopter Mi-171 untuk Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) bernilai RM117.5 juta gagal didaftarkan sebagai pesawat awam oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) kerana tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan.

Saturday, October 20, 2007

Puji Puja Lonjakan nama Malaysia ?


Di bawah artikel Program Lonjak Malysia seorang Pensyarah kaki ampu dan penyokong UMNO di Fakulti Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia menulis seperti berikut... tulisan yang sarat puji dan puja dalam akhbar Utusan pada hari ini. Akhbar 'cernaan minda Melayu' yang berpayung bawah konsep kata-kata keramat mereka dulu kini dan selamanya. Lihat tiada nilai akademik dan melihat realiti kehidupan, perjuangan UMNO/BN adalah lebih kepada gah kepada nama, puji puja, perbelanjaan boros wang rakyat, pembangunan fizikal mega yang semua bermatlamat kemegahan di bawah kemelaratan hidupan rakyat. Pemimpin2 bongkak disengkongkol oleh ahli akdemik pengampu , akan menghalalkan semua tindakan pemimpin negara.

Di dunia, sebagai manusia mana yang tidak lakukan kesilapan, hatta nabi adam bapa manusia yang dilantik Allah, maka Allah ujikan dengan ujian tertentu dan dah lakukan kesalahan. Inikan pemimpin manusia Malaysia ?

Sejak slogan Malaysia Boleh! Dicanangkan, beberapa Misi Nasional yang merentasi skop antarabangsa telah berjaya dicipta. Pendakian Gunung Everest, renangan merentasi Selat Inggeris, pelayaran solo mengelilingi dunia, kembara ke dua buah kutub dunia, serta pelbagai program bagi memaparkan semangat Malaysia Boleh! telah direkodkan.

Pada kali ini, satu lagi rekod cemerlang Malaysia berjaya dicipta, iaitu dengan kejayaan pelancaran Soyuz 15-S yang membawa bersama angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor pada 10 Oktober pukul 9.21 malam waktu Malaysia.

Secara realitinya, usaha Malaysia untuk melakukan beberapa misi serta rekod bertaraf antarabangsa, bukanlah inginkan populariti secara membuta tuli serta bersifat riak ke atas kejayaan tersebut.

Sebenarnya, jauh di sudut perkiraan ekonomi, dengan kejayaan yang Malaysia jayakan itu, ia membawa imej dan prestij negara ke medan antarabangsa. Dengan kejayaan tersebut, nama Malaysia mudah dikenali masyarakat antarabangsa. Jika dahulu nama Malaysia sebelum era pentadbiran Tun Dr. Mahathir kurang menonjol di peringkat antarabangsa. Kini, setelah Malaysia Boleh! dilancarkan, maka, nama negara melonjak naik serta mempopularkan negara kepada pengetahuan masyarakat dunia.

Program-program dan projek-projek mega yang disebutkan oleh pembangkang sebagai membazir, kini memberikan lonjakan perkasa bagi membina reputasi kejayaan sebagai sebuah negara Islam termoden dan terkemuka di peringkat global.

Pembinaan Putrajaya, Kuala Lumpur City Center (KLCC), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala lumpur (KLIA), Menara KL, litar Formula 1, serta kini diperluaskan dengan lonjakan program mega metropolitan seperti Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) serta bakal menyusur projek Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) mampu melonjakkan lagi kegemilangan negara untuk terus berjaya menjelang tahun 2020 dan mengisi kejayaan ke arah kecemerlangan untuk fasa kedua 50 tahun merdeka.

Ini semua terbina disebabkan oleh kebijakan kepimpinan, yang menyedari bahawa promosi adalah penting untuk memasarkan produk. Sebab itu, kepimpinan negara sebenarnya merupakan ketua pegawai eksekutif (CEO) kepada negara pimpinannya.

Malaysia Inc, atau penswastaan Malaysia yang diasaskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 1980-an memberikan dampak bahawa negara perlu diurus tadbir dengan mentaliti korporat. Ini bukan bermakna negara perlu mencari untung dengan memerah keringat rakyat, sebaliknya yang dilakukan ialah mencari peluang untuk memajukan negara menerusi jaringan modal yang dipunyai sektor swasta bagi disalurkan dalam bentuk pelaburan ke negara ini.

Akhirnya, dengan keyakinan pelabur, pelaburan asing di Malaysia mencecah bilion ringgit dan berjaya muncul sebagai sebuah negara moden jika dibandingkan dengan negara-negara lain di dunia membangun. Ini terbukti, di mana pada 2007 sahaja, jumlah pelaburan asing dan domestik negara telah mencecah lebih RM40 bilion, serta disumbang pula dengan kenaikan di Bursa Malaysia yang dilihat stabil diikuti oleh pengukuhan nilai ringgit yang secara jelas menunjukkan ekonomi negara berada pada landasan yang tepat.

Masyarakat mampu melihat secara rasional, di mana lihat sahaja impak menerusi penjenamaan Malaysia dengan pelaksanaan projek dan program mega, menerusi pembinaan KLCC umpamanya, pengaruh negara turut meluas ke peringkat perfileman antarabangsa, hinggakan filem-filem Bollywood masa kini, sering memaparkan imej KLCC, Langkawi dan Putrajaya di dalam filem mereka. Dengan bangga pula kita mendengar dalam lafaz skrip mereka menyebutkan nama Malaysia. Inilah projek dan program yang sebenarnya telah melonjakkan prestij negara di mata dunia.

Rakyat seharusnya sedar, dengan pelaksanaan projek dan program mega tersebut, maka Malaysia telah berjaya memperluaskan jaringan ekonomi negara. Kemasukan pelabur asing ke pasaran domestik telah memberikan peluang pekerjaan serta juga menjana pertumbuhan pembangunan Malaysia.

Sektor pelancongan negara juga meningkat dengan kemasukan pelancong dari segenap pelosok dunia. Kini dengan dikenali sebagai sebuah negara yang aman serta imej negara Islam yang maju, tarikan pelancong dari Asia Barat juga semakin baik.

Dengan nama baik Malaysia di persada antarabangsa, negara telah berjaya membina pengaruh tersendiri dan juga berjaya membina jaringan kerjasama yang lebih menyeluruh. Jika tidak kerana nama baik pemimpin dan negara, masakan Rusia dengan pembelian pesawat Sukhoi SU30MK pada 2002 akhirnya dipersetujui di antara Malaysia dan Rusia bersempena lawatan Presiden Vladimir Putin ke Malaysia pada Mei 2003.

Dari rentetan tersebut, kerajaan Rusia telah berjanji untuk menghantar angkasawan Malaysia iaitu Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan Kapten Dr. Faiz Khaleed ke angkasa. Lebih manis lagi, ia berjaya dilakukan pada 2007 bersempena jubli emas merdeka, dan lebih mulia lagi, dilakukan di bulan Ramadan.

Harus diingati bahawa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mempunyai sejarah peribadi yang sinonim dengan bulan Ramadan, di mana pelantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri serta ke jawatan Perdana Menteri terlaksana pada bulan mulia ini.

Sekali gus, kejayaan-kejayaan yang dicapai dalam bentuk material tersebut, telah memberikan satu kelahiran generasi baru yang lebih bersemangat. Tidak dinafikan sejak dahulu rakyat begitu bersemangat menjayakan negara, tetapi bagi generasi yang tidak pernah mengalami derita dan kepayahan perjuangan kemerdekaan, sudah tentulah mereka ini perlu diberikan satu suntikan perjuangan baru bagi membolehkan mereka turut sama menjadi ikon kebanggaan negara sebagai penerus kepada perjuangan mengisi kemerdekaan.

Kini, dengan pelancaran Soyuz 15-S, walaupun ia roket bukan milik Malaysia, namun, kenangan manis melihat seorang rakyat Malaysia berjaya dilonjakkan ke angkasa mampu merebakkan semangat mengisi fasa kedua 50 tahun kemerdekaan negara.

-

Friday, October 19, 2007

Siasat Air Kelantan dapat Perbadanan Air P Pinang !!!

Lain yang disasar, lain yang meletup!!!!. Sazmi Miah SU Parlimen Kementerian Alam Sekitar, berjaya dan bersungguh-sungguh untuk memberi 'malu' dan membongkarkan 'penyelewengan' terhadap Kelantan Air Sdn Bhd iaitu syarikat air Kelantan yang didakwa dan akan disiasat BPR isu rasuah paip lama yang ditukar paip baru.
Tiba-tiba, hari ini BPR sedang siasat seorang pegawai kanan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) berhubung projek penggantian paip lama bernilai RM2 juta. Kenapa BPR Kelantan 'lembab' sangat membongkarkan penyelewengan kes yang sama tapi tak serupa kat kelantan ?
Apa BPR Kelantan buat, sewajarnya mereka kena tiru dan ambil pegawai2 BPR P Pinanglah cara siasatan dia orang lebih laju ?


Malek dapat RM2.5 juta salah tahan ISA
.
Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Abd. Malek Hussin dibayar ganti rugi sebanyak RM2.5 juta ekoran penderaan serta penahanan secara salah selama 57 hari kira-kira sembilan tahun lalu.

Keputusan tersebut menjadikan bekas Setiausaha Eksekutif Pas (pandai-pandai Utusan tulis) itu sebagai bekas tahanan ISA pertama yang berjaya menang dalam samannya terhadap polis dan kerajaan.

Hakim Datuk Mohd. Hishamudin Mohd. Yunus memerintahkan kerajaan membayar RM1 juta kepada Abd. Malek bagi ganti rugi am kerana penahanan secara salah, RM500,000 bagi ganti rugi am kecederaan dan perubatan serta RM1 juta untuk ganti rugi teladan.
Ketika membacakan penghakiman setebal 41 muka surat itu, Hishamudin berkata, plaintif tidak pernah dimaklumkan dengan jelas tentang alasan penahanan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Artikel 5(3) Perlembagaan Persekutuan.

Menurut beliau, defendan pertama iaitu Asisten Supritendan (ASP) Borhan Daud juga gagal mengemukakan bukti tentang aktiviti plaintif yang dijadikan alasan penahanan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 73(1) ISA 1960.

“Dakwaan defendan bahawa plaintif terlibat secara langsung dalam perhimpunan-perhimpunan haram yang diakhiri dengan kacau-bilau hanya dakwaan kosong tanpa bukti material.

‘‘Cara soal siasat (yang dibuat) jelas untuk tujuan politik dan tidak ada kena mengena dengan soal keselamatan negara. Dengan kata lain, penahanan Abd. Malek sejak dari awal adalah mala fide (dengan niat jahat),’’ katanya.

Abd. Malek, 51, ditahan di bawah ISA pada malam 25 September 1998 selepas menghadiri satu demonstrasi di Masjid Negara pada tengah hari sebelumnya.

Beliau yang kini merupakan Pengerusi Malaysians for Free and Fair Elections (MAFREL) ditahan selama 57 hari sebelum dibebaskan pada 21 November 1998.

Pada Mac 1999, Abd. Malek memfailkan saman untuk menuntut ganti rugi RM30 juta dengan menamakan ASP Borhan dari Cawangan Khas sebagai defendan pertama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor serta kerajaan Malaysia sebagai defendan kedua dan ketiga.
Dalam saman itu, beliau mendakwa telah ditumbuk dan disepak termasuk oleh Abdul Rahim sehingga tidak sedarkan diri semasa dalam tahanan selain dipaksa minum air kencing serta didera secara seksual di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL).

Berhubung dakwaan Abd. Malek didera semasa di dalam tahanan, kata Hishamudin, plaintif langsung tidak gentar semasa di kandang saksi dan memberi keterangan secara konsisten sebagaimana laporan polis dan dokumen lampiran.

Katanya, keterangan itu disokong laporan pemeriksaan perubatan oleh Dr. P. Vasantha bahawa plaintif mengalami kecederaan seperti lebam dan bengkak di beberapa bahagian badan seperti pergelangan tangan, betis, paha dan kaki.

Hakim itu turut memberi enam lagi alasan penghakiman termasuk kegagalan polis untuk memasukkan plaintif ke dalam lokap dari pukul 1.30 pagi sebelum dihantar ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada kira-kira pukul 4 pagi.

Keterangan
Hishamudin berkata, keterangan mengenai kehadiran Abdul Rahim di IPKKL antara pukul 12 malam dan 3 pagi untuk bermesyuarat tanpa kehadiran Ketua Polis Kuala Lumpur tidak dapat diterimanya.
Dalam penghakimannya, hakim itu turut mempersoalkan tindakan pejabat Timbalan Pendakwa Raya yang mengambil masa sembilan bulan untuk menolak laporan polis yang dibuat oleh plaintif tentang penderaan yang dialaminya selain plaintif tidak didakwa kerana membuat aduan palsu.
“Percanggahan keterangan defendan pertama dan saksi-saksi lain serta kegagalan meletakkan plaintif di dalam lokap membuktikan kemungkinan plaintif telah didera.
‘‘Saya kesal untuk menegaskan bahawa saya juga membuat kesimpulan penyiasatan yang dijalankan oleh Senior Asisten Komisioner Hadi Ho berhubung laporan polis oleh plaintif tidak ada apa-apa melainkan mere sham (penipuan semata-mata),’’ katanya.
Semasa membacakan keputusan berhubung ganti rugi teladan, Hishamudin turut membuat kenyataan tegas berhubung tindakan Abdul Rahim dalam mengendalikan kes Abd. Malek.
‘‘Kelakuan keji oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor amat memalukan dan mengaibkan. Beliau telah menunjukkan contoh yang buruk kepada ribuan anggota dan pegawai di bawahnya.
‘‘Ganti rugi teladan penting untuk menunjukkan kebencian mahkamah yang amat sangat terhadap penyalahgunaan kuasa oleh polis dan penyalahgunaan ISA,’’ tegas beliau.
Abd. Malek diwakili peguam R. Sivarasa dan M. Moganambal manakala semua defendan diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan, Iznan Ishak.
Abd. Malek semasa ditemui di luar mahkamah melahirkan rasa gembira dengan keputusan mahkamah hari ini.
Katanya, mahkamah akhirnya telah menghukum kerajaan atas penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh pihak polis.
‘‘Ini bukan soal wang tetapi soal maruah atas penderitaan dan penderaan yang saya dialami semasa dalam tahanan.
‘‘Sudah tiba masanya untuk kerajaan menyemak dan memansuhkan ISA,’’ tambahnya.
Kata Abd. Malek, penghakiman itu bukan sekadar mengenai ganti rugi, tetapi juga membawa pegawai polis yang terlibat ke muka pengadilan sebagai pengajaran.