Tuesday, October 23, 2007

KWSP perkenal simpanan asas setiap pencarum Februari 2008

KWSP perkenal simpanan asas setiap pencarum Februari 2008

Idea 'gila' KWSP merancang bagi pihak pencarum adalah sudah sampai ke tahap kritikal dan muflis idea terbaru bagi memantapkan KWSP kacamata semua pencarum berhubung dengan masa depan serta soal kewangan pencarum itu sendiri. Apa maknanya perancangan kerajaan menyekat dan membantu pencarum yang 'dijangka' hidup sehingga mencapai usia 75 tahun.


Simpanan atau lebihan yang baki tertinggal jika tidak sempat habis diterima bila berlaku kematian kepada pencarum itu sendiri akan menimbulkan kesukaran dan kecelaruan serta membebankan banyak pihak. Kita juga sudah cukup kesian terasa kakitangan KWSP terbeban dengan kerja-kerja era baru KWSP walaupun sudah menggunakan e-maklumat dan e-dagang dalam urusan mereka.


Bila berlaku kematian pencarum, pihak yang terlibat bukan sahaja pihak KWSP sahaja tetapi banyak pihak termasuk keluarga , polis , amanah raya dan lain-lain pihak yang terlibat secara langsung dan tidaklangsung. Apa pun kerajaan menyekat rakyatnya mencairkan wang mereka sendiri. dalam masa sama membiarkan aliran wang negara keluar cair macam air bah ke negara asing, melalui pekerja2 asing yang bekerja di Malaysia. Apa usaha ke arah itu ?



ruari tahun depan, 11.4 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu mempunyai simpanan asas yang ditentukan mengikut umur masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Azlan Zainol berkata, simpanan asas tersebut merupakan jumlah simpanan yang terdapat di dalam Akaun 1 setiap pencarum.

Beliau berkata, tujuan konsep itu diperkenalkan bagi membolehkan pencarum mempunyai simpanan minimum RM120,000 sebaik sahaja mereka mencapai umur persaraan 55 tahun.

‘‘Berdasarkan jangkaan, jumlah ini dapat menampung bayaran bulanan kepada pencarum sebanyak RM500 bagi tempoh 20 tahun iaitu bermula dari usia bersara pencarum hingga umur mereka mencecah 75 tahun.

‘‘Selain itu penetapan simpanan asas ini juga akan dijadikan panduan kepada kita untuk memastikan simpanan KWSP tidak boleh dikeluarkan sehingga pencarum berusia 55 tahun kecuali untuk tujuan tertentu,’’ katanya

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bagi mengumumkan pelaksanaan inisiatif strategik yang berkonsepkan ‘bukan hanya simpanan’ dalam usaha meningkatkan simpanan pencarum.

Pelaksanaan simpanan asas bagi setiap pencarum itu merupakan salah satu perkara yang terkandung di dalam inisiatif tersebut.

Bagaimanapun semua skim pengeluaran KWSP yang ada sekarang termasuk pembiayaan perumahan, pendidikan dan penyakit kritikal tidak berubah dengan pelaksanaan inisiatif strategik itu.

Azlan berkata, semua pengeluaran akan bergantung kepada jumlah simpanan asas yang telah ditetapkan mengikut umur pencarum.

‘‘Bagi yang berumur 25 tahun, simpanan asasnya adalah sebanyak RM9,000, umur 30 tahun (RM18,000), umur 35 tahun (RM29,000) dan umur 40 tahun (RM44,000).

‘‘Bagi mereka yang berumur 45 tahun, simpanan asasnya ialah (RM64,000), umur 50 tahun (RM90,000) dan umur 55 tahun (RM120,000),’’ jelasnya sambil menambah kuantum simpanan asas akan dikaji setiap lima tahun.

Sehubungan itu beliau berkata, mereka yang mempunyai lebihan daripada simpanan asas masing-masing sahaja dibenarkan mengeluarkan caruman mereka untuk tujuan pelaburan.

‘‘Sebagai contoh seorang pencarum berusia 25 tahun dan jumlah simpanan asasnya adalah lebih RM9,000, katakanlah RM12,000. Lebihan RM3,000 itu boleh dikeluarkan untuk dilaburkan dalam produk dan institusi yang diluluskan.

‘‘Berbanding skim pelaburan sedia ada sebenarnya konsep yang diperkenalkan ini menggalakkan pencarum melabur pada usia muda,’’ ujarnya.

Dalam pada itu beliau berkata, penetapan simpanan asas juga akan digunakan untuk menentukan sama ada pencarum layak mengeluarkan simpanan pada usia 50 tahun atau sebaliknya.

Beliau berkata, perubahan mengeluarkan simpanan pada usia 50 tahun itu akan dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Januari 2013.

‘‘Mulai tahun tersebut hanya ahli yang mempunyai simpanan asas lebih RM90,000 dalam Akaun 1 sahaja dibenarkan mengeluarkan semua simpanan dalam Akaun 2.

‘‘Berbanding sekarang, ahli boleh mengeluarkan satu pertiga simpanan dari Akaun 2 sebaik sahaja mereka mencapai umur 50 tahun tanpa mengira jumlah keseluruhan wang yang terdapat dalam akaun KWSP masing-masing,’’ katanya.

No comments: