Ada kes besar oleh BPR kata B Harian hari ini, Selepas laporan audit kira-kira sebulan, barulah BPR baru nak mula, dan nak umumkan esok atau hari Selasa. Harap daripada rakyat ada tertiarap juga ada. Buatlah berita dan buatlah siasatan setara mana, kerajaan belum ada dalam sejarah bertindak semacam zaman Tun Hussin Onn melibatkan Dato Harun Idris.
Kebiasaannnya orang akan melihat sejarah, sebagai ukuran atau andaian. Kebiasaan apa-apa kes melibatkan orang besar atau pemimpin negara akan disenyapkan atau dicerahkan berita berkenaan, tiada dakwa dakwi. Rakyat teramai yang bego terus terusan memberi kepercayaan kepada parti yang ada untuk memerintah negara. Jadi janganlah nak meletakkan atau menaruh harapan yang tinggi.
Kedegilan rakyat Malaysia teramai memenangkan parti UMNO/BN, terlalu takutkan budaya membangkang atau memberi undi atau memilih pembangkang tida tara atau ukurannya. Budaya ikut turut degar kata dalam memilih parti pemerintah ini amat tinggi menebal dan sukar diyakinkan bahawa pilihan melampau BN mendominasi pemerintahan negara tidak kunjung tiba kesedaran dihati rakyat.
Maka kita hanya sekadar boleh mengata saja, dn membaca laporan akhbar di bawah ini....
Hasil siasatan laporan audit salah urus dana awam diumum esok
Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan membuat keputusan sama ada esok atau Selasa, bentuk tindakan bakal diambil terhadap mereka yang disiasat berkaitan salah urus dana awam yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2006. Sumber memberitahu Berita Minggu, pada mesyuarat yang akan diadakan pada hari berkenaan pihaknya akan mencadangkan jenis tindakan terhadap mereka terbabit.
"Ada berita besar minggu depan, tunggu sajalah. Yang pasti, keputusan yang dibuat akan memberi impak kepada pelbagai pihak kerana BPR mahu memastikan tidak ada pihak mengambil kesempatan dan mencari ruang untuk pelakuan rasuah atau membelakangkan amalan prosedur kerja yang telus sepanjang proses pelaksanaan projek kerajaan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Laporan audit itu yang dibentangkan 7 September lalu mendedahkan beberapa persoalan termasuk kelemahan beberapa kementerian dan jabatan menguruskan dana awam, termasuk pembelian 13 peralatan dan kelengkapan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada harga lebih tinggi daripada harga pasaran hingga kerajaan menanggung kerugian RM8.39 juta. Ia termasuk pembelian dua menara kren membabitkan perbelanjaan RM5.72 juta berbanding RM2.98 juta mengikut harga pasaran, selain alat pengangkat kereta dua tan berharga RM5,741 seunit berbanding harga pasaran hanya RM50 seunit.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga didapati membeli 17 set buku teknikal dengan 10 tajuk pada harga RM181,900 atau RM10,700 satu set, sedangkan harganya di Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) cuma RM417 satu set. Kelmarin, Ketua Pengarah BPR, Datuk Ahmad Said Hamdan dilaporkan berkata, pihaknya sudah hampir selesai menjalankan siasatan berhubung laporan audit itu dan beberapa individu dijangka dikenakan tindakan dalam masa terdekat. Ditanya sama ada keputusan itu akan membabitkan menteri atau timbalan menteri di kementerian yang disiasat badan berkenaan, sumber itu berkata, "Tidak sampai ke tahap itu tetapi, BPR mungkin akan mencadangkan supaya pihak terbabit didakwa atau dikenakan tindakan kerana tidak peka dalam melaksanakan tugas penting itu." Beliau berkata, kertas siasatan kes membabitkan laporan audit itu sudah dilengkapkan sebelum Aidilfitri lalu selepas pihaknya memanggil beberapa individu untuk memberi keterangan berhubung pelaksanaan projek di beberapa kementerian.
Sumber itu berkata, tumpuan utama diberikan BPR kepada kes membabitkan laporan audit itu kerana ia berkait rapat dengan kepentingan awam dan negara, lebih-lebih lagi penggunaan peruntukan kerajaan. Kata sumber itu lagi, siasatan menyeluruh membabitkan pelbagai aspek dilakukan termasuk mendapatkan maklumat syarikat yang memperoleh kontrak, sama ada mempunyai kaitan rapat dengan mana-mana individu yang mempunyai kedudukan dalam kerajaan. "Kertas siasatan juga meneliti sama ada pegawai kerajaan menerima rasuah, ada pihak membuat tuntutan palsu dan jumlah barang yang dibekalkan menyamai jumlah yang ditempah dengan kadar harga yang sama," katanya.
INFO: Antara pendedahan Laporan Ketua Audit Negara 2006
Kementerian Belia dan Sukan
Pembelian 13 peralatan dan kelengkapan bagi Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) yang menyebabkan kerajaan kerugian RM8.39 juta yang berlaku pada 2002.
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Kelemahan dalam Skim Baja Padi apabila kebanyakan syarat tidak dimasukkan dalam kontrak dan pemberian subsidi harga padi sebanyak RM1.36 juta kepada hanya 158 pesawah.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Kelulusan tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan membabitkan pemberian bantuan khas kepada 12 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berjumlah RM3.8 juta antara 2004 hingga Mac 2006.
Kementerian Keselamatan Dalam Negeri
Pembelian dua helikopter Mi-171 untuk Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) bernilai RM117.5 juta gagal didaftarkan sebagai pesawat awam oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) kerana tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan.
No comments:
Post a Comment