Tuesday, October 02, 2007
Tol Naik Lagi awal Januari 2009
UMNO bohongi lagi untuk WPI ?
Turut hadir Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor; isteri Abdul Ghani, Datin Paduka Prof Dr Jamilah Ariffin; Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Ketua Wanita Johor, Datuk Halimah Mohamed Shadique, pemimpin Umno serta komponan Barisan Nasional (BN). Selepas berbuka puasa dan solat Maghrib, Timbalan Perdana Menteri menunai solat Isyak dan solat sunat tarawih sebelum berlepas ke Kuala Lumpur. Timbalan Perdana Menteri berkata, ahli parti dan orang Melayu perlu mempunyai kemampuan menjaga kepentingan Bumiputera pada peringkat negeri dan negara supaya pembangunan di WPI tidak menghakis kepentingan mereka.
“Insya-Allah, kita semua akan pastikan, iaitu Perdana Menteri dan Menteri Besar Johor yang bertindak sebagai pengerusi bersama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar serta saya sebagai pengerusi alternatif kepada Perdana Menteri akan membantu Perdana Menteri merealisasikan hasrat mengolah pembangunan itu selaras jiwa dan naluri kita sebagai ahli Umno,” katanya. Najib berkata, sejak dilancarkan November tahun lalu, WPI sudah mendapat perhatian pelabur terutama negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang baru-baru ini bersetuju melabur RM4.1 bilion membeli tanah dan kos membina infrastruktur projek bandar raya antarabangsa bersepadu di Nusajaya. “Dua malam lalu, saya bercakap dengan ketua Konsortium yang diterajui Mubadala Development Company bertindak sebagai Master Concessionaire and Land Developer (MCLD) bagi pembangunan kluster Gaya Hidup dan Santai bernilai RM1.8 bilion bahawa syarikat itu sudah melantik arkitek dan perancang pelan induk untuk memulakan kerja merealisasikan pelaburan mereka, “ katanya. Mubadala membangunkan kawasan seluas 502 hektar mengandungi Pusat Bandar Raya, Perkampungan Golf, Teluk Hiburan, Daerah Penduduk dan Perkampungan Perubatan dan Kesihatan. Al Nibras 2 Limited, iaitu dana yang dikendalikan anak syarikat Kuwait Finance House, Kuwait Finance House (Labuan) Berhad, pula bertindak sebagai MCLD bagi pembangunan kluster Kebudayaan bernilai RM1.2 bilion. Kluster di kawasan seluas 250.9 hektar itu mengandungi Perkampungan Logistik, Taman Kreatif dan Daerah Warisan. Millenium Development International Company (MDI) - syarikat Kumpulan Saraya Holdings bertindak sebagai MCLD bagi pembangunan Zon Wilayah Kewangan bernilai RM1.1 bilion di kawasan seluas 147.7 hektar.
Guna Duit Sendiri Lawatan Ke Luar Negara ?
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menafikan dakwaan kerajaan Selangor menanggung keseluruhan kos lawatan sambil belajar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) negeri itu ke Silk Road di China. Sebaliknya, beliau berkata, lawatan itu ditanggung sendiri setiap Adun yang mengikuti lawatan berkenaan. “Ini adalah lawatan sambil belajar yang digalakkan kerajaan negeri untuk membolehkan Adun di Selangor mempelajari program kecantikan dan kebersihan di tempat yang dilawati.
"Saya tidak pasti ke mana mereka pergi setiap tahun, tetapi mereka digalakkan untuk mengikuti lawatan sambil belajar seperti itu. "Ia dianjurkan Barisan Nasional (BN) negeri, tetapi mereka (Adun) perlu menanggung kos sendiri," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan bungkusan kuih raya kepada pasukan keselamatan di sini, semalam. Dr Mohamad Khir berkata, Adun Sungai Pinang, Teng Chang Khim, yang menimbulkan isu itu perlu mendapatkan fakta yang tepat sebelum membuat sebarang dakwaan.
Sebagai peguam, katanya, Teng tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti itu tanpa menyemak fakta. Beliau berkata, dakwaan Teng itu sangat memalukan dan salah. Teng yang juga ketua pembangkang mendakwa Adun BN Selangor menggunakan dana kerajaan negeri untuk mengikuti lawatan ke Silk Road dan mereka membawa bersama isteri atau suami masing-masing untuk lawatan 11 hari itu. Beliau berkata, Adun BN dan pasangan masing-masing dibahagikan kepada tiga kumpulan dan dua kumpulan pertama sudah berlepas ke China pada 21 Ogos dan 1 September manakala kumpulan kedua dijangka berlepas akhir bulan ini. Mengikut jadual perjalanan yang diperoleh Teng, lawatan itu diatur sebuah syarikat pengembaraan terkenal di Kuala Lumpur dan ia membabitkan kawasan tarikan pelancong seperti Beijing, Urumqi, Turpan, Kashi dan Guangzhou. Antara tempat pelancongan yang dilawati termasuk makam Fragrant Concubine di Kashi, Lembah Anggur dan Flaming Mountain di Turpan dan kawasan beli belah di Shangxiajiu, Guangzhou. Teng mendakwa, semua 54 Adun BN Selangor dipelawa mengikuti lawatan itu bersama isteri atau suami masing-masing, tetapi tidak pasti berapa ramai yang menyertainya. Beliau juga mendakwa, sumbernya memberitahu lawatan itu dibayar BN Selangor menggunakan dana yang diperuntukkan pejabat Menteri Besar dan agensi kerajaan negeri. "Ini menunjukkan lawatan itu sebagai hadiah kepada mereka dan ia penuh dengan acara beli-belah dan bersiar-siar," katanya.
Saturday, September 29, 2007
Bagi mereka yang pernah berada di kampus tentulah sudah dapat gambaran dan dapat merasainya. dan dapat meihat secara jelas, kini kita tidak faham golongan yang pernah berada di kampus dan pernah terlibat dan merasai scara lagsung perlulah 'celik politik' dan janganlah mencanag atau menolak politik itu sebagai sesuatu yang kotor dan tidak usah diikut campur. Sebenarnya inilah saat masa kita perlu lakukan perubahan bagi merubah keadaan kerana perubahan yang mereka lakukan adalah sudahlah buruk , menuju pula kepada keadaan yang lebih buruk. Buruk itu bersifat subjektif, bagi mereka yang pernah terlibat janganlah 'bangga' dan rasa selesa dengan habuan yang sedikit tetapi kita penyumbang kepada 'kebusukan' masyarakat secara jangka panjang.
Kenaikan wang cagaran untuk calon dan yuran bantahan sebanyak 100% bagi pilihan raya kampus tahun ini dan kesibukan menghadapi peperiksaan dipercayai menyebabkan 18 daripada 48 kerusi dimenangi calon "pro-aspirasi" di Universiti Putra Malaysia (UPM).
Untuk pilihan raya sesi lepas, kampus itu hanya mengenakan bayaran RM50 bagi wang cagaran dan bantahan.
"Di universiti lain wang cagaran hanya ditetapkan RM50, tetapi di UPM telah dinaikkan hingga RM100. Semua calon pro-mahasiswa menggunakan duit sendiri untuk bertanding. Ini membebankan mereka yang sememangnya tidak ada sumber pendapatan. Lainlah jika (siswa) dibiaya oleh kumpulan tertentu," kata seorang anggota Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM sesi 2006.
Menurutnya, calon-calon yang berslogankan "pro-mahasiswa" menyifatkan kadar RM100 itu membebankan, menyebabkan mereka memilih untuk bertanding merebut 16 kerusi bebas sahaja, sementara kerusi di peringkat fakulti dibiarkan tewas tanpa bertanding kecuali tujuh.
Dua kerusi diperuntukkan bagi setiap 15 fakulti di kampus Serdang, manakala dua kerusi lagi di Fakulti Sains Pertanian dan Makanan di kampus Bintulu.
Seramai 40 calon bertanding merebut 16 kerusi bebas, medan persaingan sengit antara dua kumpulan mahasiswa di kampus yang sering menyaksikan kekecohan mahasiswa dengan pihak pentadbiran.
Tambahnya, empat daripada lima orang pelajar pro-mahasiswa kali ini dibatalkan pencalonan bagi kerusi fakulti masing-masing "atas sebab-sebab remeh." Jelasnya, calon-calon pro-aspirasi telah membantah tiga orang lagi calon mereka "kerana faktor-faktor seperti alamat tidak lengkap."
Pelajar tahun akhir di Fakulti Perhutanan itu mendakwa lagi, dua calon telah dibatalkan kerana masalah komunikasi di antara ejen-ejen calon berkenaan dengan Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP kampus itu.
"Mereka hanya telefon dua orang ejen calon ini untuk pengesahan pada hari penamaan calon. Mereka tidak dapat dengar dengan jelas soalan-soalan yang dikemukakan itu, dan tidak dapat beri jawapan yang sepatutnya. Hanya disebabkan itu, pencalonan dibatalkan," katanya, yang enggan dikenali, kepada mStar Online hari ini.
Pencalonan di UPM berlangsung pada 26 Sept seperti di institusi-institusi pengajian tinggi awam (IPTA) lain dan hanya selesai selepas tengah malam semalam. Hari pengundian pula dijadualkan Selasa depan di seluruh IPTA.
Menurut pelajar itu lagi, pilihanraya kali ini agak hambar kerana tempoh berkempen dijalankan ketika peperiksaan akhir semester yang berlangsung selama tiga minggu bermula minggu lalu.
"Ramai di kalangan kawan-kawan kami tidak boleh bertanding kerana terpaksa membuat persediaan untuk menduduki kertas-kertas ujian," katanya.
Bagaimanapun beliau berpuas hati dengan tempoh berkempen yang lebih panjang, bermula 26 September hingga 1 Oktober, berbanding hanya dua hari pada sesi lalu.
Raya makin dekat, beli-belah masih lembab
Paparan dibawah ini adalah tentang gambaran ekonomi negara , fikirkanlah 'tenat' atau tidak rakyat. Nak tunggu sampai bila lagi weh !!!!!!!!!!!!
Sungguhpun ibadat puasa sudah masuk setengah bulan, kegiatan membeli-belah untuk persiapan raya masih tidak kelihatan rancak seperti pada tempoh sama tahun-tahun lepas.
Tinjauan di bazaar Ramadan sekitar Chow Kit dari pagi hingga awal petang hari ini mendapati sungguhpun pengunjung bersesak-sesak, namun peniaga mengeluh kerana hasil jualan berkurangan dari tahun lalu.
Pengguna kini mengambil pendekatan bijak dengan membuat tinjauan terlebih dulu dan hanya membeli daripada peniaga yang menawarkan harga terendah.
Kebanyakan pengguna menyebut ketiadaan bonus bagi kakitangan kerajaan pada tahun ini, di samping kenaikan melambung harga sesetengah barang, sebagai alasan mereka perlu berhemah dan berjimat berbelanja.
Suri rumah Emy Amri, 45, berkata beliau meninjau harga barangan terlebih dahulu bagi mendapatkan pilihan terbaik."Kalau nak beli kuih raya, biasanya saya beli pada saat-saat akhir, masa penjual melelong kuih boleh dapat empat jenis kuih dengan RM10, tapi kalau beli sekarang dapat tiga jenis saja," katanya.Naida Mad Noh, 25, dari Gombak berkata baginya persiapan raya tahun ini sederhana, dan beliau memperuntukkan RM300 untuk tujuan itu.
"Mungkin sebab tahun ini tak dapat bonus menyebabkan pengguna kurang membeli-belah ditambah pula kebanyakan harga barang naik dan saya kini berbelanja dengan berhemah," katanya.
Rakannya Noor Azah Ahmad, 25, dari Kampung Baru pula memperuntukkan RM1,000 bagi persiapan raya tahun ini, berbanding RM1,500 tahun lepas.
"Baju untuk anak-anak saya dah beli sepasang untuk sorang bagi raya tahun ini, biasanya tahun lepas saya beli baju untuk anak setiap sorang dua pasang," katanya yang mempunyai empat orang anak.
Bagi peniaga, kesan kenaikan harga barang dan kurangnya pembeli berbanding tahun lepas mula dirasai.
Peniaga pakaian Salima Abu Bakar, 42, berkata Ramadan kali ini adalah paling teruk bagi jualan baju Melayu dan baju kurungnya."Saya jual dengan harga murah, tapi orang tak beli juga nak kata barang tak cantik, semua baju yang saya jual cantik dan kain yang digunakan berkualiti, tapi orang tetap tak beli," katanya yang sudah 10 tahun berniaga.
"Kebetulan tahun ni tak ada bonus, harga barang naik jadi pengguna kena berjimat. Kalau tahun lepas, masuk bulan Ramadan dah ramai orang membeli.
"Jualan pula setakat ini baru mencecah RM1,000 berbanding RM3,000 dalam tempoh sama tahun lepas. Agaknya selagi baju raya tahun lepas masih boleh dipakai mereka takkan beli baju baru," katanya.
Bagi Mohd Ridzuan Mohd Yusuf, 23, yang berniaga kuih warisan keluarga sejak 25 tahun berkata jualan kuih raya agak berkurangan berbanding tahun lepas.
"Jika tahun lepas saya menerima banyak tempahan, tapi tahun ini pembeli yang membuat tempahan berkurangan. Dulu mereka membeli kuih dua minggu sebelum raya, tapi sekarang mereka hanya meninjau ...tanpa membeli," katanya. BERNAMA
Majukah Kita ?
Justeru, marilah kita buat perbandingan antara kedua. Bagi di dunia pendidikan sahaja, seorang Pegawai Kementerian Pelajaran memaklumkan beliau berkesempatan ke Indonesia pada bulan sebelum Ramadhan dan fokus tugas ke sana tentulah meninjau pendidikan atau pelajaran di Indonesia. Kata beliau dengan mengambil satu contoh sahaja. Di negara tetangga kita, katanya sebeulan sebelum tiba Ramadhan sekeliling pagar pintu masuk setiap sekolah direntangkan atau terbentang kain rentang dengan banner besar , tertulis kata-kata aluan selamat datangnya Ramadhan. Nah, secara tersendiri mereka amalkan apa yang mereka belajar, mereka terlalu gembira dengan kedatangan BUlan Ramadhan. Nah barulah bulan rahmat, bulan yang terbesar itu dibedakan dengan bulan-bulan sebelum dan proses pedidikan berjalan dan pelajarn terdidik dididikkan kepada anak-anak didik berserta konsep nilai itu diterapkan dalam minda dan cara berfikir mereka. Sebaliknya di negara kita bagaimaana dan apa rasa pelajar kita bila datang Ramadhan, siapkan slogan semarakkan ibadah dalam bulan ini dengan konsep lipatganda ibadah ada tak seruan ke arah itu. Sepi terlalu sepi... maka kita wajar buat sesuatu.
Sekarang kita , beralih kepada dunia hiburan khsususnya di negara jiran. Kahs, dalam bidang drama atau sinetron. Jika kita lihat sahaja siaran-siaran astro , sinetron daraipada negara tetangga kita cukup simplistik dan menarik terlalu banyak siri-siri pendidikan yang mencakupi bidang keagamaan khsusunya dalam menanam nilai serta mengagamakan atau islamiknya drama-drama pendek mereka dan cukup berkesan. Umapamanya disebut bebrapa judul seperti Padamu Ya Rabbi, dan lain-lain nama yang sewaktu dengannya. Berbanding dengan drama-drama kita berserta dengan pengusaha-pengusaha drama atau film, walaupun kebanyakakan mereka beragama Islam, namun roh dan idea Islamik tidak masuk dalam pemikiran mereka.
Bagaimana dengan dua aspek bandingan tadi, majukah kita cara berfikir kita. Kita walaupn maju daripada zahhir , tetapi sebenarnya mundur. kerana maju yang dituntut Allah , semakin maju dan kaya negara semakin dekat dengan Allah. Sebaliknya, kita semakin jauh dengan Allah !!!!
Bagi orang yang biasa bekerja di JPM khasnya , amnya pejabat PM tentulah penguasaan dan pusat kerja adalah di tingkat 'itu' bukannya Tingkat 4. Belenggu dan 'bahang' penguasaan Tingkat 4 sendiri untuk menyediakan teks serta visi PM yang berwawsan selepas Mahathir ' gagal' terlaksana. Biarpun terlalu awal baru 4 tahun sebagai PM, namun kerancakkan bekerja beliau selepas berbini dari sebelumnya pun juga merundum.
Jika disoroti, dunia Islam khasnya tercari-cari pemimpin yang lantang bukan sekadar Ahmedejijad sahaja, Ini kerana Presiden Iran itu, dipencilkan oleh dunia dan beliau 'sukar' melolos diri sebagai 'juara'. Satu ketika dulu , jika kita bertanya ahli-ahli jemaah tabligh yang meantau ke seluruh pelosok dunia. Orang-orang Islam serata dunia, bila bertemau dan mengetahui yang ahli jemaah tabligh itu daripada Malaysia , mereka tertunggu-tunggu 'cerita' daripada rakyat negara kita. Ini kerana 'itulah' sahaja pemimpin Asia yang berani sedikit menyanggah AS. Biarpun kekadang sekadar lakonan sebalik tadbir pemimpin dunia 'yang hipokrit'. Jika di Pakistan , rakyat terlalu bencikan Musharaff yang berfahaman 'begitu' serta menjadi talibarut AS. Justeru dunia terlalu maat lama rindu dan menunggu-nunggu mana satu pemimpin negara umat Islam yang 'bakal muncul ' dan bangun menentang kafir kuffar laknutullah AS. Oleh itu, mana-mana sahaja ada pimpina dunia yang bernai bercakap islam dan membawa Islam sedikit sudah tentulah ia akan disanjungi oleh semua umat Islam dunia yang lain.
Maka, Pak Lah yang berkesemapatn berada di tempatnya , gagal meraih dan menggunakan peluang tersebut. Ini kerana Pak Lah sendiri lemah dan lembik serta tidak sangat berwawasan, itulah antara sebab Mahathir pilih beliau berbanding dengan Anwar Ibrahim. Oleh kerana politik lembik dan tidak berwawasan Pak Lah jugalah beliau dapat kekal dalam kabinet Mahathir , kerana Pak Lah sendiri tidak mengugat Mahathir dan Mahathir juga merasakan dengan adanya Pak Lah langsung terasa tidak tergugat. Maka PM Malaysia yang ditunjukkan oleh Mahathir itulah yang kini mencorakkan negara dan pimpinan negara kita. Jadi tidak usahlah marah kepada Pak Lah, maka marahlah juga kita kepada Mahathir. Sesal dahulu.... sesal kemudian tiada guna!!!!
Thursday, September 27, 2007
Kunjungan ini adalah kunjungan kali ke 3. Kami dilayan baik oleh petugas, jauh disudut hati kami mahu menatap wajah yang berhormat berkenaan, apabila diajukan soalan kepada petugas pejabat YB berkenaan tentang YB dijelaskan bahawa YB hanya balik seminggu sekali kerana di sibuk di KL. Untuk makluman kunjungan pertama YB berada di luar negeri , penulis dan rakan tidak bertanya lanjut, kali kedua YB berada di London pula. Nah bagi kali ke 3 YB bersama-sama Pak Lah ke PBB , hari ini sehingga 28 Ramdhan bermakna YB berkenaan dengan rombongan Pak Lah seramai 250 orang berada di PBB , USA selama 15 hari puasa di luar negara dan sekaligus menghabiskan duit rakyat dengan senang dan tidak langsung berasa salah. Bagi diri penulis menagih budget YB kali ke 3 yang cukup liat berjumlah RM1000 , cukup terseksa dan malu rasanya yang tidak terhingga, namun melihat dan memikirkan YB berkenaan bersama PM yang tiada kaitan langsung dengan portfolio beliau sebagai YB cabuk sahaja membuatkan penulis geram dan sakit hati.
Aduhai, pemimpin bangsaku memunahkan kepercayaan rakyat, memunah dan memalukan bangsa, tidak bertanggungjawab langsung dengan pengundi yang menaikkan beliau di kawasan beliau. Cukup malang jika dicalonkan lagi beliau akan menang besar lagi pada PRU 12 nanti, tengoklah. Melayu bangsaku memang bodoh....bodoh lah yang layak bagi bangsaku ?
Wednesday, September 26, 2007
Tuesday, September 25, 2007
Sehubungan itu, beliau meminta Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein meneliti kemungkinan diadakan sekolah satu sesi dengan masa persekolahan dipanjangkan sehingga jam 4 petang dan pelajar membabitkan diri dalam kokurikulum, bersukan atau menyiapkan kerja rumah di sekolah. "Banyak ibu bapa yang bekerja akan berasa lega kerana (biasanya) bila anak balik tak ada orang di rumah. Ini jadi satu kebimbangan kepada mereka. "Adakah kemungkinan kita buka sekolah satu sesi dengan masuk waktu biasa dan dipanjangkan hingga jam 4 petang. Apabila pelajaran harian tamat, maka waktu tiga atau empat jam digunakan untuk kokurikulum, sukan atau buat kerja rumah buat...tak payah buat di rumah.
"Jam 4 petang balik dan masa itu ibu bapa yang pulang kerja boleh ambil anak atau anak pulang menaiki bas sekolah, katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di ibu pejabat parti di Menara Datuk Onn di sini, semalam. Abdullah berkata, MT juga membincangkan isu kanak-kanak yang diseksa, usaha mengurangkannya serta berharap ia tidak berlaku lagi. Katanya, walaupun polis berusaha mencegah jenayah kanak-kanak dan memburu penjenayah sehingga ditangkap, ia belum mencukupi kerana rakyat perlu berbuat sesuatu sehingga ke peringkat akar umbi. Katanya, satu daripadanya adalah menghidupkan kembali RT untuk mengawasi kawasan perumahan dan kampung daripada dicerobohi pihak yang hendak melakukan jenayah atau sekurang-kurangnya mengetahui orang luar yang masuk ke kawasan masing-masing. Bagaimanapun, katanya, jika sekolah satu sesi dilaksanakan atau RT dihidupkan kembali, ia bukan bermakna segala masalah itu akan selesai. "Kita perlu kombinasi beberapa cara yang membabitkan ibu bapa dan orang ramai. Amat penting keadaan seperti ini jika kita nak tangani atau hapuskan ancaman itu. Semua mesti laksanakan tanggungjawab masing-masing supaya keadaan akan jadi lebih baik, bukan kita serahkan kepada polis semata-mata," katanya. Ditanya secara umum mengenai kecuaian ibu bapa menjaga anak, Abdullah berkata, ia adalah perkara serius kerana ibu bapa bertanggungjawab terhadap anak mereka. "Isu cuai ini pada satu prinsip adalah serius sebab kita mahu ibu bapa bertanggungjawab kepada anak mereka. Anak adalah di bawah jagaan ibu bapa selagi di bawah umur... amat penting ibu bapa memastikan anak mereka sentiasa dalam kawalan dan tidak berlaku apa-apa yang menyebabkan penderitaan atau yang menyebabkan anak cedera," katanya. Beliau berkata, ia adalah perkara yang sukar untuk ditentukan dan perlu diperhalusi jika undang-undang mengenainya hendak digubal. "Ibu bapa sibuk sebab bekerja, manakala anak di rumah. Bila anak balik sekolah, ibu bapa tak ada di rumah... orang boleh masuk rumah atau apabila kanak-kanak pergi berehat atau bermain di luar pun sudah menjadi satu perkara yang membimbangkan," katanya.
Saturday, September 22, 2007
Sebenarnya, masyarakat kita sudah tersemai keperihatinan, Dek kerana perubahan budaya dan cara hidup maka keperihatinan masyarakat semakin menipis dan tipis. Pertama penghakisan budaya cakna dan ambil tahu itu dijadikan sebagai bahan momokan dan agenda memomok dengan kita popularkan sebagai 'hadis Melayu' iaitu 'jangan jaga tepi kain orang'. Nah asuhan penyemaian ini sejak 20 tahun yang lalu terhasil. Keduanya sekadar mencari alasan dan penyebab budaya cakna sesama jiran menipis kerana , tuntutan hidup yang sudah berubah, masyarakat kota dan desa disibukkan dengan urusan hidup, kerana perubahan nilai sezaman. Ketiga terjadi budaya cakna menipis dan terhakis kerana sisitem dan nilai sezaman sudah berubah, tambahan pula susun atur dan struktur rumah juga sudah berubah, di samping oleh ransangan-rangsangan yang melampau kepada masyarakat.
Dan yang terbesar dan utama nilai agama dan keagamaan semakin menipis. Agama tidak lagi sebagai pelindung hidup. Agama adalah sekadar menjadi ritual keagaamaan digunakan bila - bila diperlukan, ibarat kata Dato Ismail Kamus, ibarat seperti orang menggunakan daun pisang mengalas tudung kepala daripada terkena timpaan air hujan sewaktu hujan, dan dibuang apabila dia tidak diperlukannya.
Justeru, sedarlah dan insaflah sekejap masyarakat, maka berlumba-lumba menubuhkan NGO2 berkaiatan hal ini, ingatlah ianya hanya sekadar bersifat sementara.