Bagi mereka yang pernah berada di kampus tentulah sudah dapat gambaran dan dapat merasainya. dan dapat meihat secara jelas, kini kita tidak faham golongan yang pernah berada di kampus dan pernah terlibat dan merasai scara lagsung perlulah 'celik politik' dan janganlah mencanag atau menolak politik itu sebagai sesuatu yang kotor dan tidak usah diikut campur. Sebenarnya inilah saat masa kita perlu lakukan perubahan bagi merubah keadaan kerana perubahan yang mereka lakukan adalah sudahlah buruk , menuju pula kepada keadaan yang lebih buruk. Buruk itu bersifat subjektif, bagi mereka yang pernah terlibat janganlah 'bangga' dan rasa selesa dengan habuan yang sedikit tetapi kita penyumbang kepada 'kebusukan' masyarakat secara jangka panjang.
Kenaikan wang cagaran untuk calon dan yuran bantahan sebanyak 100% bagi pilihan raya kampus tahun ini dan kesibukan menghadapi peperiksaan dipercayai menyebabkan 18 daripada 48 kerusi dimenangi calon "pro-aspirasi" di Universiti Putra Malaysia (UPM).
Untuk pilihan raya sesi lepas, kampus itu hanya mengenakan bayaran RM50 bagi wang cagaran dan bantahan.
"Di universiti lain wang cagaran hanya ditetapkan RM50, tetapi di UPM telah dinaikkan hingga RM100. Semua calon pro-mahasiswa menggunakan duit sendiri untuk bertanding. Ini membebankan mereka yang sememangnya tidak ada sumber pendapatan. Lainlah jika (siswa) dibiaya oleh kumpulan tertentu," kata seorang anggota Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM sesi 2006.
Menurutnya, calon-calon yang berslogankan "pro-mahasiswa" menyifatkan kadar RM100 itu membebankan, menyebabkan mereka memilih untuk bertanding merebut 16 kerusi bebas sahaja, sementara kerusi di peringkat fakulti dibiarkan tewas tanpa bertanding kecuali tujuh.
Dua kerusi diperuntukkan bagi setiap 15 fakulti di kampus Serdang, manakala dua kerusi lagi di Fakulti Sains Pertanian dan Makanan di kampus Bintulu.
Seramai 40 calon bertanding merebut 16 kerusi bebas, medan persaingan sengit antara dua kumpulan mahasiswa di kampus yang sering menyaksikan kekecohan mahasiswa dengan pihak pentadbiran.
Tambahnya, empat daripada lima orang pelajar pro-mahasiswa kali ini dibatalkan pencalonan bagi kerusi fakulti masing-masing "atas sebab-sebab remeh." Jelasnya, calon-calon pro-aspirasi telah membantah tiga orang lagi calon mereka "kerana faktor-faktor seperti alamat tidak lengkap."
Pelajar tahun akhir di Fakulti Perhutanan itu mendakwa lagi, dua calon telah dibatalkan kerana masalah komunikasi di antara ejen-ejen calon berkenaan dengan Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP kampus itu.
"Mereka hanya telefon dua orang ejen calon ini untuk pengesahan pada hari penamaan calon. Mereka tidak dapat dengar dengan jelas soalan-soalan yang dikemukakan itu, dan tidak dapat beri jawapan yang sepatutnya. Hanya disebabkan itu, pencalonan dibatalkan," katanya, yang enggan dikenali, kepada mStar Online hari ini.
Pencalonan di UPM berlangsung pada 26 Sept seperti di institusi-institusi pengajian tinggi awam (IPTA) lain dan hanya selesai selepas tengah malam semalam. Hari pengundian pula dijadualkan Selasa depan di seluruh IPTA.
Menurut pelajar itu lagi, pilihanraya kali ini agak hambar kerana tempoh berkempen dijalankan ketika peperiksaan akhir semester yang berlangsung selama tiga minggu bermula minggu lalu.
"Ramai di kalangan kawan-kawan kami tidak boleh bertanding kerana terpaksa membuat persediaan untuk menduduki kertas-kertas ujian," katanya.
Bagaimanapun beliau berpuas hati dengan tempoh berkempen yang lebih panjang, bermula 26 September hingga 1 Oktober, berbanding hanya dua hari pada sesi lalu.
No comments:
Post a Comment