Saturday, September 29, 2007

Raya makin dekat, beli-belah masih lembab

Pemerintahan BN boleh diibaratkan memasuki fasa jublee emas, selepas sesuatu benda daripada emas tentulah yang cuma tinggal 'intan' sahaja kot. Lepas ini wajarlah kita bersiap-siap untuk mengebumikan atau mentalkinkan UMNO. Kelembaban dan daya tahan BN UMNo pun juga semakin lanjut. Terlalu banyak dan tidak tersenarai kesalahan-kesalahan UMNo BN, bermula dari segala bentuk penyelewengan, rasuahnya, salah urus, melakukan kegiatan 'merompak duit rakyat', mengenakan tol itu dan ini serta rompakan secara terhormat, menjadikan biasiswa kepada pinjaman walaupun duit banyak dan kerajaan makin kaya, duit kerajaan digunakan untuk billout syarikat kroni, tender runding terus dan segala macam yang tak tersenarai lagi.

Paparan dibawah ini adalah tentang gambaran ekonomi negara , fikirkanlah 'tenat' atau tidak rakyat. Nak tunggu sampai bila lagi weh !!!!!!!!!!!!

Sungguhpun ibadat puasa sudah masuk setengah bulan, kegiatan membeli-belah untuk persiapan raya masih tidak kelihatan rancak seperti pada tempoh sama tahun-tahun lepas.

Tinjauan di bazaar Ramadan sekitar Chow Kit dari pagi hingga awal petang hari ini mendapati sungguhpun pengunjung bersesak-sesak, namun peniaga mengeluh kerana hasil jualan berkurangan dari tahun lalu.

Pengguna kini mengambil pendekatan bijak dengan membuat tinjauan terlebih dulu dan hanya membeli daripada peniaga yang menawarkan harga terendah.

Kebanyakan pengguna menyebut ketiadaan bonus bagi kakitangan kerajaan pada tahun ini, di samping kenaikan melambung harga sesetengah barang, sebagai alasan mereka perlu berhemah dan berjimat berbelanja.

Suri rumah Emy Amri, 45, berkata beliau meninjau harga barangan terlebih dahulu bagi mendapatkan pilihan terbaik."Kalau nak beli kuih raya, biasanya saya beli pada saat-saat akhir, masa penjual melelong kuih boleh dapat empat jenis kuih dengan RM10, tapi kalau beli sekarang dapat tiga jenis saja," katanya.Naida Mad Noh, 25, dari Gombak berkata baginya persiapan raya tahun ini sederhana, dan beliau memperuntukkan RM300 untuk tujuan itu.

"Mungkin sebab tahun ini tak dapat bonus menyebabkan pengguna kurang membeli-belah ditambah pula kebanyakan harga barang naik dan saya kini berbelanja dengan berhemah," katanya.

Rakannya Noor Azah Ahmad, 25, dari Kampung Baru pula memperuntukkan RM1,000 bagi persiapan raya tahun ini, berbanding RM1,500 tahun lepas.

"Baju untuk anak-anak saya dah beli sepasang untuk sorang bagi raya tahun ini, biasanya tahun lepas saya beli baju untuk anak setiap sorang dua pasang," katanya yang mempunyai empat orang anak.

Bagi peniaga, kesan kenaikan harga barang dan kurangnya pembeli berbanding tahun lepas mula dirasai.


Peniaga pakaian Salima Abu Bakar, 42, berkata Ramadan kali ini adalah paling teruk bagi jualan baju Melayu dan baju kurungnya."Saya jual dengan harga murah, tapi orang tak beli juga nak kata barang tak cantik, semua baju yang saya jual cantik dan kain yang digunakan berkualiti, tapi orang tetap tak beli," katanya yang sudah 10 tahun berniaga.


"Kebetulan tahun ni tak ada bonus, harga barang naik jadi pengguna kena berjimat. Kalau tahun lepas, masuk bulan Ramadan dah ramai orang membeli.

"Jualan pula setakat ini baru mencecah RM1,000 berbanding RM3,000 dalam tempoh sama tahun lepas. Agaknya selagi baju raya tahun lepas masih boleh dipakai mereka takkan beli baju baru," katanya.

Bagi Mohd Ridzuan Mohd Yusuf, 23, yang berniaga kuih warisan keluarga sejak 25 tahun berkata jualan kuih raya agak berkurangan berbanding tahun lepas.

"Jika tahun lepas saya menerima banyak tempahan, tapi tahun ini pembeli yang membuat tempahan berkurangan. Dulu mereka membeli kuih dua minggu sebelum raya, tapi sekarang mereka hanya meninjau ...tanpa membeli," katanya. BERNAMA

No comments: