Sudah 60 tahun berlalu , rakyat diajak dan disuruh berubah. Saban malam tanpa henti rakyat dihasut, diminta , dirayu agar berubah dan mengubah, katanya (para politikus). Kita ajar berubah selera iaitu daripada selera lama kepada selera yang baru. Maka banyaklah analogi-analogi yang depa bawa.
Rakyat dimomok dengan momokan, yang kita sudah merdeka, Kenapa dan mengapa tidak mahu berubah. Kenapa tidak berfikiran moden. Banyaklh matan-matan ayat yang dibacakan. Hatta dibandingkan negara Afrika yang undur itu pun rakyatnya berfikiran maju. Lama masanya tunttan perubahan itu diseru.
Dalil terbanyak semua parti yang ditubuh paksi perjuangannya adalah dari rakyat daan untuk rakyat. Kesatuan, perpaduan dizikirkan. Dibaca matan-matan ayat, maka terlopong para audien bahawa tulus dan mulusnya perjuangan depa. Pesona rakyat mengalahkan kereta PERSONA
Tidak cukup dengan itu, dibaangkitkan perjuangan nenenk moyang. Dikaitkan kita wajar merdeka. merdeka yang hakiki. Dulu terjajah dan dijajah oleh orang asing, tetapi kini dijajah oleh bangsa sendiri .Maka banyak dn panjanglah ceritanya.
Tidak cukup dengan itu lagi para ilmuan, sistem pendidikan , pelabagi falsafah dikerangkakan menjadi dasar itu, dasar ini, pelan itu dan pelan ini, tranformasi itu dan ini.
Integriti diinstitusikan, ditaujihatkaan, ditahsinkan, dibicarawarakan melalui pelbagai medium. gah negara kita , kerana kita negara kecil tetapi memacu bagi membina tamadun dan peradaban yang hebat bagi masa depan negara dan bangsanya.
Maka dipacunya serta dipadankan, negara kerdil dan kecil, membawa role model islam dalam kalangan negara-negara pemerintahnya beragama islam.
Kini, harapan tinggal harapan. Pemimpin dan kepimpinan teruji dan uji. Salah siapa ?
No comments:
Post a Comment