Saturday, December 26, 2020

Siapa yang nampak susah ?

Rata-rata dan kebanyakan serta kelazimannya para penulis, para penganalisa politik berminat membicarakan sisi pandangan parti, para politikus sahaja. Jarang dan sikit sangat penganalisa mengangkat hak-hak dan meratakan inspirasi rakyat secara merata dalam wawasan perjalanan politik dan kenegaraan negara.

Walaupun wawasan pemimpin itu penting sebagai halatuju negara dan dasar dalam kepimpinan kenegaraan berserta dengan faktor-faktor yang lain. Mengangkat perjuangan rakyat adalah sesuatu yang penting dan mesti diutamakan.

Ini kita mudah ertikan, bilamana pakatan kerajaan terdahulu yang memenagi pru 14. Masih lagi terkial-kial dan terbawa-bawa siapa yang harus menjadi ketua dan PM. Hari-hari media hidangkan isu berkenaan , sehingga memuakkan minda rakyat.

Adakah agenda yang semudah itu, menjadi rumit sedemikian. Nyayian dan dendangan siapa yang wajar menjadi PM , masuk dalam minda rakyat sehingga rakyat lemas cuma tidak cemas.

Meletakkan dan menamakan seseorang itu layak. Dan menafikan orang lain tidak layak. Menunjukkan kerencatan dan mental blok para politikus.

Sekarang siapa yang tidak berani buat perubahan. Rakyat disuruh berubah dan membuat perubahaan. Pemimpin sendiri tidak yakin dengan diri depa sendiri. sehingga nak letakkan siapa sebagai PM menjadi susah dan nampak susah...


No comments: