Sunday, October 12, 2014

Bajet 2015: Sayu dan layu harapan rakyat marhein terhadap Kumpulan Alternatif

War Room Umno dan BN tidak ditutup. Atas apa alasan sekalipun mereka sudah bekerja untuk kekalkan kekuasaan mereka lebih lama. Sebalik PR bercakaran menyebabkan rakyat hilang tempat pengharapan. Perpaduan yang terjalin lama dan diasaskan oleh pimpian terdahulu kini dimusnahkan.

Umno Bn ketawa girang. PAS yang kuat berdoa untuk hancurkan musuh politiknya. Kini senjatanya makan diri sendiri. i mana salaah ? dan silap?nya . PAS kena muhasabah...apa pun kerja-kerja politik yang diasaskan hancur berkecai... perjuangan rakyat dan aktivis bawahan terasa macam sia-sia..

Harapan ALlah SWT akan balas kepada kami, Apa yang penting kami sentiasa mahu kekal bersama PAS. Lebih malang ada pimpinan kanan yang kuat slam dalam PAS, menghalau kami kerana jika tidak suka akan apa yang mereka buat dan caturkan....

Nabi sendiri tidak pernah sesekali menghalau pengikutnya..duhai pimpinan ku







Najib Garis Tiga Faktor Untuk BN Hadapi PRU14


TUMPAT, 11 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tiga faktor iaitu calon yang tepat, jentera yang kuat dan Barisan Nasional (BN) yang padu perlu wujud bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya umum ke-14.

Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata gabungan tiga faktor itu terbukti memberi kemenangan besar kepada BN pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor pada 25 Sept lalu.

"Calon yang tepat...(perlu) pilih calon yang kena dengan selera pengundi," katanya mengenai faktor pertama ketika berucap pada 'Majlis Pemimpin bersama Rakyat: Sepetang Bersama Perdana Menteri' di Pusat Khidmat Masyarakat Kampung Geting, Pengkalan Kubor, di sini hari Sabtu.


Mengambil contoh pemilihan Mat Razi Mat Ail sebagai calon BN pada pilihan raya kecil DUN Pengkalan Kubor, Najib berkata ia memenuhi selera pengundi setempat kerana Mat Razi antara lain mempunyai keperibadian disenangi ramai selain berpengetahuan agama serta mempunyai pondok tempat beliau mengajar ilmu agama.

Najib berkata jentera pilihan raya yang kuat akan menyumbang kepada kejayaan BN atas dasar semua pihak bekerja dalam satu pasukan.

Najib seterusnya menjelaskan bahawa perpaduan dalam Umno dan dalam kalangan parti komponen BN yang kukuh tanpa perasaan iri hati menjadi teras kepada semangat untuk bersama-sama memastikan kemenangan BN.

Perdana menteri menegaskan formula kemenangan BN di Pengkalan Kubor itu akan dijadikan titik permulaan pembaharuan bagi BN Kelantan untuk menghadapi PRU14.

Beliau juga menggesa BN Kelantan bekerja lebih kuat dalam usaha meningkatkan sokongan rakyat kepada BN.

Di kesempatan itu, beliau berterima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengarah Jentera BN pilihan raya kecil DUN Pengkalan Kubor Datuk Seri Mustapa Mohamed serta seluruh jentera BN yang bekerja keras dalam memastikan BN kekal bertapak di DUN berkenaan.

Pada PRK Pengkalan Kubor bulan lepas, Mat Razi memperoleh majoriti 2,635 undi untuk menewaskan calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail.

Turut hadir Mustapa yang juga Pengerusi BN Kelantan, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan dan Mat Razi.

-- BERNAMA 

No comments: