Sunday, October 12, 2014

Bajet 2015: Keluh Kesah sebahagian rakyat ...!!!!

Bukan senang dan mudah .................

Penjawat awam sambut dingin Bajet 2015, isu struktur gaji tidak ditangani

Bajet 2015 mengumumkan bonus separuh bulan untuk penjawat awam tetapi tiada semakan struktur gaji mereka. – Gambar The Malaysian Insider, 12 Oktober, 2014.Bajet 2015 mengumumkan bonus separuh bulan untuk penjawat awam tetapi tiada semakan struktur gaji mereka. – Gambar The Malaysian Insider, 12 Oktober, 2014.Kumpulan mewakili kesatuan penjawat awam, Cuepacs menyambut dingin pembentangan Bajet 2015 walaupun bonus diberi dan pinjaman perumahan diperluaskan.
Isu pokok, skim struktur gaji tidak disentuh sepenuhnya dalam bajet dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Jumaat lepas.
Cuepacs mewakili 70% daripada 1.5 juta penjawat awam berkata banyak permintaan mereka bagi bantuan perumahan dan kenaikan gaji tidak dipenuhi kerajaan.
Walaupun mengalu-alukan langkah seperti memperbaiki kuarters polis dan kakitangan perubatan, kebanyakan penjawat awam lebih berharap bantuan berdepan dengan kenaikan kos sara hidup mereka.
"Banyak yang kami minta tidak dipenuhi," kata presiden Cuepacs, Azih Muda kepada The Malaysian Insider.
Permintaan mereka adalah supaya tempoh pembayaran pinjaman perumahan mereka dipanjangkan.
Mereka juga meminta kenaikan elaun perumahan yang ketika ini hanya RM180 sebulan, kata Azih (gambar, kiri).
"Harga minyak baru sahaja naik dan kami berharap elaun perumahan juga naik untuk menghadapinya.
"Kami kecewa tidak mendapat kenaikan elaun perumahan. Kami merayu kepada kerajaan supaya menimbang permintaan kami untuk menaikkannya," kata beliau.
Di bawah Bajet 2015, kerajaan menaikkan kelayakan minimum bagi skim pinjaman perumahan kakitangan awam daripada RM80,000 kepada RM120,000 dan had kelayakan maksimum daripada RM450,000 kepada RM600,000.
Tambahan 5,380 unit rumah dibawah skim Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) juga akan dibina di Bukit Jalil, Sabah dan Kedah.
Pada masa sama, kerajaan berkata akan membelanjakan RM50 juta memperbaiki kuarters askar, polis, kakitangan perubatan dan guru seluruh negara.
Yang dialu-alukan dalam Bajet 2015 adalah inisiatif bonus separuh bulan untuk penjawat awam dengan bayaran minimum RM500 pada Januari. Manakala pesara akan mendapat bayaran istimewa sebanyak RM250.
Mengenai gaji, kerajaan berkata akan terus memperbaiki skim gaji perkhidmatan awam tetapi tidak akan ada semakan pada tahun depan.
Bagi Azih, pengumuman ini menyebabkan penjawat awam kecewa.
Majoriti penjawat awam - kira-kira 60% atau 630,000 diwakili Cuepacs - menerima gaji RM3,000 ke bawah sebulan.
Mereka terdiri daripada polis, askar, jururawat dan guru - yang membentuk majoriti dalam sektor penjawat awam.
Azih meragui kerajaan akan menunaikan janji menaikkan gaji melalui penambahbaikan dalam skim gaji perkhidmatan awam.
"Kerajaan berkata mereka hanya menambahbaik 81 daripada 252 skim. Tetapi daripada apa yang kami tahu, hanya enam daripada 81 itu sebenarnya dinaik taraf. Iaitu dalam bidang teknikal.
"Selebihnya (75 skim) tidak dinaik taraf atau tidak pernah ada kenaikan gaji."
Mengenai pemberian bonus setengah bulan, Azih berkata: "Kami sebenarnya meminta dua bulan". - 12 Oktober, 2014.

No comments: