Monday, September 16, 2013

MEB adakah bakal menempa sejarah DEB ?

Selepas kerajaan berbelanja secara berhemat. Maka rakyat ditipu sekali lagi dengan agenda baru ekonomi bawah nama MEB. Apakah MEB akan jadi semacam DEB juga selepas 20 tahun dilaksanakan bagi mensasarkan 30 peratus ekuti saham bumiputera di negara terkaya dunia ini.

PM dengan penuh mangak, mengumumkan agenda baru dan dalam masa yang tranformasi yang cuba digagaskan seiringan dengan MEB ini, semuanya nampak pemuh kekalutan. Tiada fokus dan tiada iltizam hala yang manakah mahu disasarkan.

Menyamakan aganda Melayu sebagai agenda negara dan agenda negara sebagai agenda Melayu dalam negara pelbagai kaum mengundang pelbagai sabotaj dalam semua aspek perlaksanaan.DEB sendiri agenda yang dimasakkan dalam kandungan tatakelola kerajaan Melayu sendiri 'disabotaj' dan 'dikhianati' oleh orang Melayu sendiri.

Rekod, prestasi, pasukan sama walaupun berbeda pemainnya, tidak ada harapan besar yang dapat diharapkan dengan agenda yang mengegarkan dunia Harimau Malaya ini.
 
Yang menjadi sukar dan payahnya, ramai sangat dalam negara kita yang 'pakar' dalam mengampu dan mengipas dengan apa sahaja idea dan wawasan yang kurang masak yang cuba diketengahkan disoong secara membabibuta sahaja.

Sepatutnya, para pakar ekonomi hendaklah memberi pandangan kritis dengan perleksanaan ini. Mempersoalkan semua aspek dan lakukan auditan awam. Ini adalah tanggungjawab bersama.

Adakah kita mahu menjahanamkan ekonomi negara, dengan menyerahkan para labu labu dan tikus.Sudah tiba masa para pakar tranformasikan pendirian mereka dan duduklah di atas neraca keadilan. Maka jadilah cerminan atas neraca keadilan.

Maka, bekerjalah dan bersamalah menjadi jurucakap rakyat sama.

Sama-sama pikul tanggungjawab

Amir Baharuddin

KUALA LUMPUR 15 Sept. - Golongan Melayu serta bumiputera perlu bekerjasama memikul tanggungjawab dalam menjayakan agenda nasional, Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Pensyarah Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Amir Baharuddin berkata, ini kerana kerajaan telah menyediakan kemudahan secukupnya melalui dana serta skim keusahawanan yang mampu menjadi batu loncatan kepada golongan bumiputera untuk mengubah taraf hidup serta ekonomi mereka.

Jelas beliau, golongan bumiputera juga perlu belajar berdikari jika mahu mencapai kemajuan setaraf dengan bukan bumiputera yang telah lama memonopoli ekonomi negara.

''Usaha ini dilihat amat menyakinkan dan secara tidak langsung golongan tersebut akan tertarik untuk membina perniagaan sendiri melalui peruntukan yang telah disediakan.

''Pada masa sama, mereka juga harus berusaha lebih gigih dalam merealisasikan agenda ini bagi membantu meningkatkan sektor ekonomi tempatan supaya Malaysia dapat mencapai kedudukan sebagai negara maju," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera merangkumi lima fokus utama iaitu mendaya modal insan bumiputera, memantapkan pemilikan ekuiti bumiputera dalam sektor korporat, memperkukuh pemilikan aset bukan kewangan bumiputera, memperhebat keusahawanan dan perniagaan bumiputera dan memantapkan ekosistem penyampaian perkhidmatan.

Dekan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas),Prof. Dr. Shazali Abu Mansor pula berkata, masyarakat tidak wajar mempersoalkan agenda yang dikhususkan kepada golongan bumiputera tersebut kerana faedahnya pasti akan diperoleh sama rata.

''Dalam jangka masa panjang, apabila sektor perniagaan dan keusahawanan golongan bumiputera meningkat, ini turut memberi kesan terhadap peniaga bukan bumiputera dan mereka akan mampu berdaya saing serta mencapai kemajuan bersama.

''Selain itu, saya sarankan pelaksanaan agenda ini dapat memberi perhatian lebih kepada yang kurang berkemampuan bagi memastikan mereka menikmati bantuan diberikan dan diberi peluang untuk memperbaiki taraf hidup," katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia, Datuk Ramli Norani menyifatkan inisiatif tersebut bukan sahaja merangkumi golongan berpendapatan sederhana dan tinggi, malah semua peringkat.

"Kita lihat kerajaan bukan sahaja telus, tetapi mempunyai satu matlamat tinggi untuk melihat golongan-golongan bawahan turut mendapat nikmat yang sama," katanya.

Dalam hal ini tambah Ramli, generasi muda seharusnya bijak mengambil peluang disediakan dan menguruskannya dengan baik.

Dalam masa sama, beliau berkata, pelaksanaan agenda itu juga membuka legasi baharu dalam usaha kerajaan mengurangkan pengangguran khususnya golongan siswazah bumiputera.

"Ada baiknya siswazah yang menganggur ini, elakkan daripada pekerjaan makan gaji dan menceburi bidang perniagaan," katanya.

No comments: