Kami tidak pernah ditarbiyyah dan diajar untuk 'mengajar ulama'. Apatah lagi mahu melawan ulama. Ulama adalah pewaris nabi. Mana mungkin kami sanggahi.
Justeru itu, penulis sama ada ramai rakan-rakan yang berada di luar sana, setiap kali muktamar PAS. Kami tidak mahu ditinggali. Kami datangi medan muktamari. Kami korbankan kerjabuat kami, kerana ini adalah himpunan atau pertemuan tahunan sekali sahaja. Nak naik haji tidak lepas hajati. Cuma boleh ke medan muktamari, itupun terkadang membawa diri seorang diri, terkadang bersama anak bini, terkadang dengan rakan-rakan senegeri ke setiap ceruk rantau muktamar PAS diadakan.
Kami hadir sebagai pemerhati, bukan mahu adili siapa salah siapa berbiri. Maka bayar wang pendaftaran muktamari RM5, tidur di masjid terkadang dihalau siak atau pengerusi Masjid. Bangun dari mimpi pagi tanpa gosok gigi bergegas bersarapan terkejar ke sana kemari mahu ikuti persidangan atau perjalanan Muktamar. Terkadang masa yang dikorbani ada 5 hari atau ada juga 3 hari dengan bajet amat terhad. Makan nasi bungkus dah dibiasi. Tinggalkan anak isteri demi perjuangan ini. semuanya kerana mahukan perjuangan ini direalitikan.
Kami marah pada diri kenapa Islam belum menang, menang lagi. Bila mahu menang. Bila Islam hendak didaulatkan, biarlah kami sempat nimati sebelum mati.
Apa yang dicakap ulama kami amat mengerti, kami diertikan apa itu gerakan Islam, dan apa itu Tahlul Siasi. Kami difahami, kami disidangi, kami disyarahi...
Tetapi kenapa akhirinya jadi begini...mahu tinggal dan tanggalkan persepakati dengan PR ? why...why... Generasi Y
PEMIKIRAN POLITIK ISLAM MODEN
Posted in Artikelon 12th Sep 2013 | 0 Comments MEMAHAMI ISTILAHGerakan Islam atau Islamic Movement adalah istilah popular yang digunakan pada awal 80an bagi menggambarkan kumpulan Islam yang bergerak untuk mengembalikan kehidupan Islam dalam segala kehidupan manusia.
Gerakan Islam melibatkan mobilisasi sosial, ekonomi dan pendidikan bagi mengembalikan jati diri dan identiti umat Islam daripada menjadi ratahan Barat dari sudut militari dan pemikiran.
Itulah retorik yang membentuk dalam apa yang dikenali oleh Barat sebagai The Resurgence of Islam. Istilah Parti Islam menjadi lebih kecil dibandingkan dengan istilah Gerakan Islam di mana aktiviti politik berpilihanraya hanyalah sebahagian daripada skopnya.
SUSUR-GALUR
Islam sebagai entiti kekuasaan hanya muncul selepas Revolusi Iran pada tahun 1979. Gerakan Islam diberikan satu kekuatan baru bahawa perjuangan Islam mampu membentuk sebuah entiti kuasa negara malah berupaya menggugat kuasa besar Amerika yang selama ini ditanggap sebagai kebal. Isu samada ia kemenangan Islam ataukah kemenangan Syiah belum mendapat perhatian kerana dunia Islam menganggap ia adalah kemenangan Islam.
Melusuri selanjutnya ialah kemenangan di Turki yang telah mengejutkan dunia, walaupun parti Erbakan hanya bertahan beberapa tahun sahaja. Algeria pada awal 90an turut menyaksikan skop politik Gerakan Islam menjanjikan masa depan yang cerah dengan kemenangan FIS (Front Islamic Salvation).
Namun harapan berkecai apabila kemenangan ini dibatalkan dan tentera mengambil alih. Algeria terpaksa melalui perang saudara berdarah beberapa tahun akibat kemenangan demokrasi dirompak oleh tentera.
ISTILAH POLITICAL ISLAM
Oliver Roy memerhatikan perkembangan ini sepanjang tahun-tahun 80an dan 90an lalu merumuskan satu tesis yang cuba merasionalkan Islam dan kekuasaan serta bagaimana Islam menjadi entiti kuasa.
Beliau melihat Islam dalam entiti yang lebih luas dan menganggap kewujudan dan kemenangan Islam politik adalah peluang ekspresi terhadap anti-Barat dan bukan untuk memperkenalkan dasar-dasar alternatif.
Kelompok yang terlibat dengan Islam politik pada hemat Oliver adalah mereka yang tidak mengikut nasihat ulama Islam tradisional dan mewajarkan tindakan mereka untuk kepentingan politik semata-mata.
Political Islam juga dikaitkan dengan anti kemodenan sehingga ia dilihat gagal untuk membawa program pembangunan untuk rakyat. Oliver merumuskan ianya sebagai “The Failure of Political Islam” justeru menjadi bahan pemikiran untuk menafikan kemungkinan peluang Gerakan Islam menjadi pemerintah.
POST-ISLAMISM
Post-Islamism adalah satu tesis menggambarkan keadaan kuasa Islam setelah memegang tampuk pemerintahan hilang momentum legitimasi retorik yang didapatinya lalu tertekan kepada suasana dan kehendak semasa dan seterusnya cuba menjenamakan dirinya semula setelah pengalaman-pengalaman lampau kekuasaannya menerima kritikan dari orang ramai.
Menariknya teori ini kerana ia mengambil pengamatan terhadap Republik Islam Iran pada tahun 90an yang melalui perubahan-perubahan dalam struktur masyarakatnya yang cuba memisahkan diri dari penguasaan negara ke atas kehidupannya untuk mendakap realiti.
Pendiri teori ini ialah Asef Bayat seorang tokoh akademik berbangsa Iran yang tinggal di Barat. Asef juga menganggap andaiannya hanyalah konstruk pemikiran empirikal terhadap fenomena Islam di pesada kuasa dan bukan analisis secara kategorikal.
Beliau bercakap tentang realiti yang ‘memaksa’ semangat Islam yang membentuk jalan mereka ke arah kuasa, kini memerlukan penjenamaan semula di mana asasnya ialah dari sekadar tema ‘tanggungjawab’ kepada ‘hak’ dan dari sumber kuasa tunggal kepada menerima kepelbagaian dan dari perspektif teks kepada memahami pensejarahan teks dan dari masa kegemilangan lampau kepada masadepan.
Pemikiran ini seolah melakarkan asas kepada kewajaran Islamis menggunakan ‘apa’ dan ‘bagaimana’ dari sudut strategi dalam konteks tekanan masyarakat sivil, demokrasi dan hak asasi manusia.
MENGAPA PENTING SUSUR-GALUR?
Kefahaman melihat perkembangan pemikiran politik Islam penting untuk kita memahami apa yang mencabar Gerakan Islam hari ini dari sudut kemampuannya berada dalam aturcara demokrasi dan masyarakat sivil yang membentuk asas sebuah negara hari ini.
Memindahkan persepsi sesetengah pihak khususnya Barat daripada tanggapan Islam fobia bukanlah mudah walaupun model keterlibatan Gerakan Islam dalam demokrasi digagalkan sendiri oleh golongan sekular-liberal yang mengusung demokrasi ke sana-sini.
Namun apa yang lebih penting dan utama ialah sejauh manakah kejelasan Islamis dalam perjuangan politik mereka memahami bahawa mengimbangi antara prinsip dan mendakap realiti adalah sebahagian daripada ilmu Islam itu sendiri dan bahawa ia memerlukan kepimpinan yang tajam pengamatannya kepada realiti tanpa perlu hilang prinsip.
Nama-nama yang disebut dari pendiri pemikiran ini seperti Oliver Roy dan Asef Bayat hanyalah pengamat dan menukilkannya mengikut disiplin akademik.
Kepimpinan Gerakan Islam yang terlibat dalam kerangka politik tidak semesti menerima konstruk pemikiran ini tetapi ia akan membantu mereka untuk membuat satu tindakan pengimbangan antara prinsip keyakinannya dan realiti yang dihadapinya.
Oliver atau Asef bukan aktivis, yang menentukan betul atau tidak teori mereka ialah penggerak dan kepimpinan Gerakan Islam sendiri.Bersediakah aktivis politik Islam membentuk kekuatannya sendiri dari susur galur pemikiran ini?
IMPLIKASI
Kepimpinan politik Islam perlu membuat keputusan untuk menjenamakan dirinya supaya ia terus kekal relevan dan mampu memberi alternatif politik baru.
Politik baru bukan pemisahan dari asas dan prinsip perjuangannya tetapi adalah legitimasi kewujudannya melalui penyegaran dan rejuvenasi.
Hanya dari kejelasan ini Gerakan Islam mampu bangkit, bersediakah kita mengekalkan legitimasi kewujudan dan kerelevenan kita lewat susur galur pemikiran politik Islam kontemporari?
No comments:
Post a Comment