Sunday, March 31, 2013

PR - JANJIKAN KEBAJIKAN RAKYAT

Ketakutan luarbiasa UmnoBn mereka kehilangan kuasa, Oleh sebab itulah saban hari mereka bertindak menyerang seteru politiknya dengan pelbagai jenis serangan. Antara bentuk serangan yang digunakan adalah serangan minda pengundi atau rakyat amnya dalam negara ini.

Paparan dan gambaran ketamakan nafsu serakah pesaing UmnoBn dimainkan, tujuan adalah satu bagi 'memenangi hati nurani perasaan rakyat' agar terus simpati dan memberi keyakinaan bahawa hanya UmnoBn sahaja yang tidak 'tamakkan kuasa'. Walaupun mereka sudah berkuasa hampir 60 tahun memerintah negara ini.

Kecelaruan rakyat dan kekeliruan rakyat+ Pakatan Rakyat hanya gila kuasa, hampir meragut banyak kumpulan dan individu yang bersimpati dengannya.Termasuklah kalangan para cerdikpandai negara dalam negara ini.

Namun, penghijrahan serta sokongan individu individu besar seperti bekas Ketua JSJ Bukit Aman Dato Fauzi Shaari telah membuka lembaran baru dalam landskap politik negara ini. Kini, beberapa bekas jeneral ATM menyertai PR

Kemasukan tokoh-tokoh ini, memberi gambaran bahawa kini sudah ada pihak yang mampu memimpin perubahan pemerintahan negara ini, dengan mengutamakan kebajikan rakyat.

Tawaran demi tawaran yang dikemukakan adalahs sebagai bukti




Anwar: Pakatan tidak kejar kuasa, tapi kebajikan rakyat
JAMILAH HAMZAH DAN MUHAMMAD SHAMSUL GHANI
31 Mac 2013
Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) menegaskan, matlamat perikatan untuk membentuk kerajaan pusat menerusi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang bakal menjelang tiba, bukan bertujuan "mengejar kuasa", sebaliknya memfokus usaha mensejahterakan rakyat menerusi pelbagai bidang pembangunan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sikap keangkuhan kuasa adalah salah satu faktor yang mengkongkong percambahan ilmu daripada berkembang.

Sehubungan itu kata beliau, PR yang menyasarkan matlamat menumbangkan Barisan Nasional (BN) kali ini, akan membawa perubahan baru dalam sistem pendidikan, sekali gus menghapuskan sikap konservatif yang menular di kalangan masyarakat di bawah pimpinan kerajaan BN.
Beliau juga berkata, matlamat PR bukan berfokus pada kuasa sebaliknya perkara yang mencakupi kehidupan rakyat termasuk isu pendidikan selain ekonomi.

"Saya lontarkan secebis isu, yang boleh ditangani dan dibahas oleh sarjana dan ilmuan kita... kita buka mengejar kuasa di mana jika kuasa yang dikejar, maka matlamat kita adalah kuasa tetapi kita memimpin dan selesaikan isu rakyat," kata beliau pada Himpunan Pendidik dan Pelancaran Pro Tem Majlis Pendidikan Negara (Mapen) di sini hari ini.
PR melancarkan manifestonya akhir bulan lalu.

Perikatan tiga parti itu menyasarkan dapat membentuk kerajaan pusat dan menang di tujuh negeri.Mengulas lanjut, Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata 'kerajaan' PR yang bakal terbentuk selepas PRU13 tidak akan membebankan rakyat terutama golongan muda yang ingin mempelajari ilmu.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata tugas yang bakal dipikul oleh pemimpin PR menjadi semakin mencabar dalam menyelesaikan pelbagai masalah rakyat.

"Kerajaan selepas ini, bukan kerajaan BN tetapi kerajaan PR akan mempunyai cabaran yang lebih banyak.

"Kita kena selesaikan masalah rakyat dan mencari jalan penyelesaian untuk meringan beban rakyat terutama dari segi pendidikan," katanya lagi.

Friday, March 29, 2013

Sisi pandang Sdr Aspan bubar Dun

Mari baca pandangan sisi Aspan Alias


Negara Persekutuan, tetapi di tadbir ala Malayan Union

Apabila Negri Sembilan terpaksa membiarkan Dewan Legislatif nya terbubar dengan sendiri itu, maka saya hendak menyebut semula isu Persekutuan sekali lagi. Membiarkan Dewan Undangan Negeri terbubar dengan sendiri itu merupakan petanda jelas yang negara kita seolah-olah sedang ditadbir seperti Malayan Union yang ingin dibentuk oleh British dahulu.

Ramai yang keliru tentang isu ini termasuk mereka yang memimpin. Oleh itu kita melihat cara negara kita ditadbir urus tidak seperti sebuah negara Persekutuan. Kita seolah-olah di tadbir oleh kerajaan yang cuba dibentuk oleh British dahulu, iaitu kerajaan Malayan Union dalam mana negara kita hendak ditadbir seperti sebuah negara ‘unitary’.

British hampir berjaya membentuk dan melaksanakan Malayan Union terhadap semenanjung ini. Brtitish telah merangka semenanjung ini sebagai sebuah negara ‘unitary’ tanpa mempunyai sempadan di antara kesemua negeri dalam semenanjung ini. Kuala Lumpur merupakan pusat pentadbiran Malayan Union itu. Tidak ada lagi Selangor, tidak ada lagi Negri Sembilan dan semua negeri-negeri yang kita ada sekarang ini. Raja-Raja Melayu dirancang untuk menjadi penasihat-penasihat kepada Malayan Union itu dalam bentuk ‘ceremonial’ sahaja.

Tetapi semuanya itu dapat ditolak sehinggakan kita berjaya membentuk sebuah negara Persekutuan pada bulan Februari 1948 dan kerajaan Persekutuan itu lah yang meneruskan perjuangan kemerdekaan sehingga kemerdekaan itu tercapai pada bulan Ogos 1957. Raja-Raja Melayu telah mendapat semula negeri-negeri jajahan baginda semua dengan mempunyai Legisltif nya sendiri dan Ketua Eksekutif sendiri, walaupun Ketua Eksekutif itu dilantik oleh British.

Justeru dalam pemahaman kita yang mudah, negeri-negeri ini adalah negeri-negeri berdaulat di bawah naungan Raja-Raja Melayu dan dalam perjanjian Persekutuan pada Februari 1948 itu. Negeri-negeri ini bersetuju untuk bergabung dalam sebuah negara Persekutuan yang dinamakan Persekutuan Tanah Melayu. Kedaulatan negeri-negeri inilah sumber kedaulatan negara persekutuan yang baru terbentuk itu.

Oleh itu perhubungan Putrajaya dengan kerajaan negeri-negeri di dalam persekutuan itu mestilah perhubungan dengan negeri-negeri yang berdaulat dan merdeka. Persekutuan mesti melayani negeri-negeri dalam persekutuan itu dengan hormat seperti negara kita menghormati kerajaan negara lain yang berdaulat itu. Tetapi ini tidak berlaku di negara kita di mana Persekutuan telah menentukan segala-galanya dan negeri-negeri di dalam persekutuan ini terpaksa tunduk kepada kehendak Putrajaya seratus peratus.

Ramai merasakan terbubarnya Dewan Undangan Negeri Sembilan dengan sendiri itu adalah di sebabkan keadaan dan masalah yang ada di peringkat persekutuan. Itu masalah persekutuan. Tetapi jika Negri Sembilan ditadbir politiknya oleh Negri Sembilan sendiri, Mohamad Hasan sepatutnya membubarkan Dewan Undangan Negri Sembilan itu dahulu sebelum DUN iu terbubar dengan sendirinya. Biarlah Negri Sembilan mengadakan pilihanrayanya dahulu kerana seperti yang kita dengar selalu, Menteri Besar NS selalu berkata, “kito dah ready bilo-bilo maso untuk pilihanrayo”

Sebagai sebuah negeri yang berdaulat dalam persekutuan ini Negri Sembilan sepatutnya memanggil pilihanraya DUN dahulu. Jika kita terpaksa menunggu pimpinan persekutuan untuk menyelesaikan masalahnya di Putrajaya sebelum kita memanggil pilihanraya untuk DUN Negeri inilah masalahnya yang timbul. Terbubarnya DUN Negri Sembilan secara sendiri itu telah memberikan persepsi jelas yang UMNO dan BN itu sesungguhnya sedang menghadapi masalah.

Jika benar Negri Sembilan bertindak sebagai sebuah negeri yang berdaulat membiarkan Dewan Undangan Negeri terbubar itu adalah satu kejadian yang tidak sepatutnya berlaku. Menteri Besar nya yang telah di beri kuasa untuk menentukan pembubaran itu tidak melakukannya kerana masalah pimpinan Persekutuan yang belum bersedia itu. Putrajaya tidak menghormati nilai sebuah negara persekutuan seolah-olah kita masih terikat dengan budaya mentadbir ala Malayan Union dahulu. Tiada kebebasan barang sedikit untuk negeri-negeri dalam persekutuan itu.

Bukannya salah untuk memahami dan membantu masalah yang di hadapi oleh pimpinan persekutuan itu, tetapi tidak lah sampai membiarkan Dewan Undangan Negeri yang berdaulat dan mulia itu terbubar begitu sahaja kerana kehendak Persekutuan itu. Nampaknya Johor pun sudah menunjukkan tanda-tanda DUN akan terbubar dengan sendiri itu.

Nampaknya satu demi satu DUN-DUN negeri-negeri yang menganggotai persekutuan kita ini akan terbubar secara ‘automatic’ semata-mata kerana kelalaian dan kelemahan pimpinan Persekutuan. Mereka lebih mementingkan politik kepartian walaupun parti yang memerintah itu sudah hampir kepada penamat usianya.

Mungkin keadaan ini terjadi kerana untuk memberikan kesedaran kepada semua, yang perubahan kepada negara sudah menjadi fardhu kifayah yang sangat penting kita lakukan. Parti pemerintah negara ini sudah terlalu uzur dan berusia untuk terus mentadbir kita.

Tengok sahaja lah, Dewan Undangan Negeri pun terbubar dengan sendirinya. Apa lagi alasan yang ada yang bagi kita mempertahankan kerajaan yang sudah uzur ini?

Thursday, March 28, 2013

Dun N9 terbubar, ada aku kisah ?

Adakah pembaca budiman masih ingat cerita lawak ada aku kesah dilakarkan. Kali ini satira ada aku kesah betuk-betul menjadi kenyataan bilamana Pm Najib 1Malaysia, tidak kisah langsung apa yang berlaku kepada negara ini asalkan kumpulannya dapat kekalkan dan teruskan kuasanya.

Soal moral etika rakyat didahulukan dan macam-maca lago slogan keramat yang membuai buai hati nurani serta perasaan rakyat sudah beliau tidak endah dan ambil kira langsung.

Demi kelangsungan kuasanya hari ini adalah petaka besar dalam negara kita. Kerajaan Najib 1MALAYSIA masih enggan bubarkan parlimen. Semua orang tahu beliau takut dan penakut. Bn Umno bakal kehilangan kuasa. 

Strategik akhir Najid 1Malaysia memilih SPR dan sisa-sia kuasa yang ada sebagai rakan strategik, bagi kekalkan kekuasaanya. Sokongan padu rakan strategiknya seperti SPR dan lain-lain agensi termasuk Peguam Negara yang terang-terang dicucuk hidung menyelamatkan kerajaan UmnoBn kali ini.







Dun Negeri Sembilan terbubar, lembaran baru sejarah
WARTAWAN SINAR HARIAN
28 Mac 2013
Dun Negeri Sembilan terbubar, lembaran baru sejarah
Suasana di luar bangunan Dewan Undangan Negeri kira-kira 10 minit selepas ia terbubar dengan sendiri tengah malam tadi. - Foto ihsan tweet Philip Golingai
PRU13
Tarikh pembubaran automatik
[DIKEMAS KINI] SHAH ALAM - Sistem pentadbiran dan pilihan raya negara ini menyaksikan satu lagi detik bersejarah apabila Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan terbubar dengan sendiri hari ini.

Mandat semasa kerajaan Negeri Sembilan berakhir tengah malam tadi, membolehkan pilihan raya diadakan dalam tempoh 60 hari.

Ini kali pertama Dun sebuah kerajaan negeri terbubar dengan sendiri - berbeza dengan apa yang disaksikan sepanjang 12 pilihan raya umum yang lalu.

Dun terbubar dengan sendiri di sebalik spekulasi berterusan Parlimen akan dibubarkan.

Ketika ditemui wartawan di Seremban semalam, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Adun negeri itu perlu terus berkhidmat kepada rakyat di kawasan masing-masing walaupun tidak lagi bergelar 'Yang Berhormat' selepas pembubaran Dun secara automatik.

Kata beliau, biarpun mandat rakyat selepas dipilih pada Pilihan Raya Umum 2008 tamat, mereka masih boleh menabur bakti sebagai anggota atau pemimpin dalam parti politik masing-masing.

Beliau yang juga Adun Rantau berkata, semua Adun terutama daripada Barisan Nasional (BN) perlu memainkan peranan itu bagi memastikan masalah rakyat dapat diselesaikan dan meningkatkan sokongan mereka terhadap BN.

Parlimen penggal ke-12 akan terbubar secara automatik pada 30 April ini dan Dun Negeri Sembilan pula merupakan Dewan pertama yang terbubar sendiri iaitu tengah malam tadi.

Mohamad berkata, beliau telah menghadap Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini bagi memaklumkan Dun akan terbubar secara sendiri dan memberi taklimat kepada baginda mengenai fungsi kerajaan sementara untuk menguruskan negeri.

Katanya, kerajaan sementara itu tidak akan membuat keputusan besar dan hanya meneruskan apa yang telah dilaksanakan sebelum ini selain mengurus soal kebajikan rakyat dan penjawat awam.

Lazimnya, hampir kesemua Dun dan Parlimen telah dibubarkan serentak sepanjang 12 pilihan raya umum lalu.

Malah ini juga kali pertama Dun negeri yang diperintah oleh BN terbubar dengan sendiri sementara mandat penggal ke-12 Parlimen berterusan.

Kesemua negeri kecuali Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor diperintah oleh perikatan bernama Pakatan Rakyat.

Pada 8 Mac lalu, BN memenangi 21 kerusi manakala Pas (satu), DAP (10) dan PKR (empat). Pada Oktober 2009, BN menerusi calonnya Tan Sri Isa Samad mengekalkan kerusi Dun Bagan Pinang.

Tuesday, March 26, 2013

Sandiwara Umno Kedah, dah habih modal kot

Marah dan berebut, kenapa Umno Kedah marah dan dakwa kerajaan depa yang bina masjid. Patutnya , depa mengaku dulu dan minta maaf dulu sebab buat hutang dan ambil wang tanah dan macam-macam lagi hak rakyat. 

Pasai apa nampak masjid sahaja yang salah dan disalahkan kerajaan yang ada. Tengok kat situ dah ada macam-macam udang sebalik mee lah...

Ini semua sandiwara belaka

Isu masjid: MB Kedah digesa minta maaf
NURUL FATIHAH SULAINI 
26 Mac 2013
Isu masjid: MB Kedah digesa minta maaf
Badrol (empat, kiri) menunjukkan buku yang menyenaraikan 12 masjid terbabit.
Isu masjid
Senarai 12 masjid yang dicetak dalam buku ‘Sayangi Kedah Sejahtera’.
ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak digesa memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 48 jam berhubung tindakan kerajaan negeri mempolitikkan isu pembinaan 12 masjid melalui pengedaran buku ‘Sayangi Kedah Sejahtera’.

Ketua Pemuda Umno Kedah, Badrol Hisham Hashim berkata, mereka kesal maklumat yang dicetak seolah-olah menggambarkan 12 masjid yang dibina sejak 2008 itu dilaksanakan oleh kerajaan negeri dan kenyataan terbabit tidak benar serta boleh mengelirukan rakyat.

Menurutnya, kerajaan negeri perlu bersikap telus dan tidak terus membohongi rakyat dengan mengakui  projek pembangunan menggunakan peruntukan wang kerajaan pusat sebagai projek mereka.

“Jika beliau enggan berbuat demikian (mohon maaf) serta menarik balik fakta yang tidak benar itu, kita bersiap sedia mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang untuk menyaman kerajaan negeri di mahkamah.

“Kesalahan yang dilakukan itu adalah satu perkara serius kerana membabitkan rumah ALLAH,” katanya kepada media di pejabat Pembangunan Negeri Kedah (ICU) Wisma Persekutuan Anak Bukit, di sini, semalam.

Badrol berkata, mereka mendesak Azizan bertanggungjawab terhadap isu berkenaan dengan tidak menyalahkan pihak lain termasuk memberi jawapan tidak tahu mengenai kewujudan senarai masjid terbabit.

Sementara itu, Pegawai Pembangunan Negeri, Datuk Azmi Lateh tampil mendedahkan peruntukan membina 11 daripada 12 masjid berkenaan disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan dan sebuah lagi disumbangkan orang persendirian.

“Sepanjang tempoh lima tahun kerajaan pusat memperuntukkan RM38.4 juta membina 22 masjid baru termasuk melibatkan 11 masjid berkenaan. Daripada jumlah itu 14 masjid sudah siap manakala lapan masih dalam proses pelaksanaan.

“Berikut 11 masjid terbabit iaitu masjid baru di Bandar Laguna Merbok, Kuala Muda (RM1.8 juta) menggunakan peruntukan khas Perdana Menteri, Masjid Batu 5, Jalan Jeniang, Gurun (RM2 juta),” katanya.

Azmi berkata, Masjid Sungkop, Kuala Muda (RM1.8 juta),  Masjid Taman Mutiara, Kulim (RM2 juta), Masjid Taman Bersatu, Kuala Kedah (RM 1.5 juta), Masjid Taman Peruda (RM3 juta).

“Masjid Kampung Batu Belacan, Bukit Selambau (RM1.3 juta), Masjid Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani (RM2.2 juta), Masjid Telaga Batu Ayer Hitam, Jerlun (RM1.4 juta), Masjid Bandar Baharu, Kulim-Bandar Baharu (RM5 juta) dan Masjid Kampung Nawa, Pokok Sena (RM1.8 juta).

“Manakala Masjid Batu 8, Sik adalah surau yang dinaik taraf kepada masjid pada pertengahan tahun lalu dan dibiayai sepenuhnya orang persendirian,” katanya.

Beliau berkata, beberapa projek masjid yang masih dalam proses pembinaan dijangka siap selewatnya hujung tahun ini tidak termasuk permohonan baru pembinaan masjid tahun ini.

“Masjid yang siap akan diserahkan kepada Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) untuk proses pengurusan.

“Dalam tempoh yang sama, peruntukan hampir RM100 juta digunakan untuk pembangunan aktiviti keagamaan selain membina masjid baru dan membaik pulih masjid, membina dan menaik taraf surau, bantuan turut diagihkan kepada tokong serta kuil,” katanya.

Monday, March 25, 2013

Esszone kawasan panas, Bn nak raih kemenangan mudah

Pening PM kita, orang pemimpin tidaklah ajak rakyat sama-sama tidak pening. Di Sabah selepas kes Lahat Datu. PM kata fia tak gunakan istilah atau akta Darurat, tetapi macam juga darurat.

Pilihanray boleh dibuat dengan selamat pula, itulah oenegasan ucapan PM sebentar tadi dalam siaran utama Buliten TV3.

Kata Sayuti sepuluh kawasan itu diklasifikasikan sebagai kawasan panas dan Bn dijangka akan meraih kemenangan di situlah.

Ini adalah antara strategi akhir Bn



Kerajaan Jamin Penempatan Semula Di Esszone Tidak Jejas Penduduk
PUTRAJAYA: Kerajaan memberi jaminan bahawa penempatan semula di Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) tidak akan menjejas hak penduduk tempatan, kata Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, Isnin.
Bagi memelihara keselamatan awam, beliau berkata, kerajaan akan menempatkanindividu termasuk sebilangan kecil penduduk tempatan, pendatang tanpa izin atauorang tidak bernegara (stateless persons) ke suatu kawasan yang ditentukankemudian.
Beliau menegaskan bahawa penempatan semula hanya di kawasan yang “panas”, berbahaya dan terjejas dan bukan semua penduduk di 10 daerah - Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.
“Kebebasan dan hak penduduk tempatan akan terpelihara. Kerajaan sediamembantu rakyat Malaysia yang terjejas berikutan penempatan semula.
“Penduduk tempatan akan diberi pampasan selaras dengan kehendak undang-undang dan dengan secukupnya. Tidak timbul isu," katanya pada sidang media di Pejabat Peguam Negara di sini.
rdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pewujudan ESSZONEberkuatkuasa hari ini yang akan memelihara hak demokratik dan proses demokrasiuntuk penduduk Sabah serta mengukuhkan keselamatan, ketenteraman awam dankesejahteraan di kawasan timur Sabah.
Abdul Gani berkata penempatan semula ini tidak menghalang warga tempatanMalaysia daripada menjalankan haknya sebagai seorang pemilih dalam mana-manapilihan raya Dewan Undangan Negeri atau Parlimen.
Beliau berkata penduduk tempatan yang terkilan keputusan kerajaan bolehmencabar keputusan tersebut di mahkamah.
“Dalam menjalankan penempatan semula ini, kerajaan akan mendapatkan nasihatdan kerjasama daripada ketua daerah, ketua anak negeri atau ketua kampungkomuniti sedia ada. Kerajaan akan berunding untuk memastikan penduduk tempatanberasa selamat dan senang,” katanya.
Abdul Gani berkata satu Lembaga Pelawat yang dianggotai pegawai awam dan wakil organisasi yang berkaitan akan ditubuhkan.
Beliau berkata lembaga tersebut akan memeriksa secara bulanan keadaan tempattinggal dan orang yang tinggal di kawasan penempatan semula demi kepentingankesihatan awam dan untuk memastikan matlamat penempatan semula tercapai.
“Langkah ini bertujuan untuk memastikan penempatan semula ini tidak memudaratkan kesihatan dan keselamatan penduduk tempatan yang duduk berdekatan dengan tempat itu,” katanya.
“Kerajaan akan memastikan pendidikan asas dan peluang pekerjaan diperluas kepada orang yang tinggal di kawasan penempatan semula, membolehkan mereka hidup secara aman.
"Selain itu, kerajaan akan menyediakan latihan dan kelengkapan jika perlu,membolehkan mereka memulakan pekerjaan baru,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan akan mendapatkan kerjasama, bantuandan nasihat serta meminta apa-apa bentuk sumbangan daripada mana-mana organisasiatau badan dalam Malaysia atau di luar negara.
“Akan ada organisasi antarabangsa yang diundang bagi memastikan semua inidilaksanakan dengan sempurna selaras dengan undang-undang domestik danantarabangsa,” katanya. -BERNAMA

Sunday, March 24, 2013

MB N9 alih fakta, ajak rakyat bengap macam dia

MB N9 sengaja buat bengap, semua orang tahu negara kita mengamalkan sistem Westminster yang memisahkan 3 badan berasingan iaitu eksekutif, legaslatif dan judiasari. Tetapi amalan kerajaan British bekas penjajah negara ini, mereka sentiasa menjunjung mendokong dan mengimani perlembagaan negara mereka. Walaupun mereka adalah manusia kafir, tetapi rasa moral , etika, adat mereka amat tinggi berbanding dengan kerajaan Mohd Hasaan N9.

Usahlah memperbodohkan rakyat dan rasa cerdik sangat MB N9, kerajaan mana-mana negeri pun sah walaupun Dun terbubar. Takkan lah semua jentera dan kakitangan dan jabatan serta agensi kerajaan ditutup ?




Kerajaan N.Sembilan Masih Sah Walau DUN Terbubar Selasa Ini - MB

PORT DICKSON: Kerajaan Negeri Sembilan sedia ada masih sah mengikut sistem demokrasi berparlimen atau Westminster yang diamalkan di negara ini, walaupun selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) terbubar secara automatik, Selasa ini.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata menerusi sistem tersebut, kuasa pemerintahan sama ada negeri atau persekutuan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu perundangan, kehakiman dan pentadbiran atau eksekutif.
Katanya jika DUN mencapai tempoh genap lima tahun, hanya perundangan iaitu kuasa oleh wakil rakyat yang akan terbubar sementara kehakiman dan pentadbiran masih ada dan perlu dijalankan.
"Kita mengamalkan pemisahan kuasa dan apabila sampai tarikh itu (26 Mac)hanya DUN iaitu perundangan yang akan terbubar tapi eksekutif dan kehakiman masih ada," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada pesara tentera dan merasmikan Mesyuarat Agung Kelab Bekas Anggota Perisai Kuala Lumpur di Kem Sunggala, di sini, Ahad.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari yang menyatakan kerajaan negeri ini akan menjadi kerajaan haram jika terus beroperasi selepas 26 Mac, seperti disiarkan beberapa portal berita pembangkang, baru-baru ini.
Mohamad berkata kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu adalah tidak tepat dan boleh mengelirukan serta mencetuskan kebimbangan rakyat.
Katanya selepas DUN terbubar, kerajaan sementara di bawah kuasa eksekutif atau pentadbiran akan tertubuh di mana fungsinya untuk meneruskan pentadbiran dan pengurusan kerajaan negeri dan isu kerajaan negeri ini akan menjadi kerajaan haram selepas DUN terbubar sepatutnya tidak timbul.
"Jangan suntuk sangat pandangan. Memang benar dia (Abdul Aziz) adalah pakar perundangan dan perlembagaan tetapi dia tidak nampak di sebalik apa yang sepatutnya diadakan iaitu kerajaan sementara," katanya.
Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri, DUN Negeri Sembilan akan terbubar dengan sendiri Selasa ini apabila mencapai tempoh genap lima tahun iaitu bermula persidangan pertamanya selepas Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.
Pada majlis berkenaan, seramai 30 bekas tentera yang berkhidmat semasa zaman darurat pertama dan kedua menerima pingat PJM yang disampaikan Mohamad mewakili Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. - BERNAMA

Saturday, March 23, 2013

Umno + pemimpin tentu terkejut beruk


Tengoklah sendiri foto ni, sendiri tengok sendiri jawaplah. Ini adalah mantan MB Perak yang dipecat oleh puak puak Sonal

SPR jadi-jadilah pengadil yang adil ?

Memang dan nampak membazir ? Kenapa SPR kata membazir kempen 21 hari. Ini adalah hak parti-parti politik dan keselesaan mereka dalam mengatur strategi sebelum pembangkang menjadi kerajaan. Apa kata Umno dan Bn jadi pembangkang dan PR ambil tindakan langkah yang sama

Apa hak SPR timbalan yang bersifat agensi bertindak seolah-olah menjadi pembuat dasar kepada perjalanan politik negara ini. Inilah jika sudu melebihi kuah dan amalan sudu tinggalkan kuah dan lebih-lebih menjadi kelaziman dalam mana-mana agensi kerajaan.

Nampak Najib bagilah dekat Mamat ini jawatan dalam kabinet lah.. Kita minta SPR jadilah opengadil yang adil dalam perlawanan pilihanraya PR vs BN




Kempen 21 hari membazir, kata SPR
NIZAM ZAIN
22 Mac 2013
Wan Ahmad Wan Omar
Wan Ahmad Wan Omar
SHAH ALAM – Tempoh berkempen terlalu lama membazir wang, masa dan tenaga semua pihak terlibat, malah ia juga boleh mengganggu kehidupan masyarakat, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Wan Ahmad menegaskan, alasan pembangkang mendakwa tempoh berkempen pada masa sekarang tidak mencukupi tidak masuk akal kerana dengan kecanggihan teknologi, mereka mampu menyebarkan latar belakang calon dengan mudah.

“Tak lojik kerana majoriti rakyat memilih parti walaupun ada pengundi yang memilih calon.

“...jika calon baru yang bertanding sekalipun dengan teknologi media hari ini dalam beberapa hari, gambar dan biodata calon boleh tersebar luas dan rakyat mengetahui siapa calon itu.

“Tempoh kempen 21 hari pernah dilaksanakan dalam pilihan raya di negara kita pada tahun 60an dan 70an semasa negara masih mundur, tiada segala kemudahan infra moden, tiada kecanggihan teknologi media dan internet seperti yang ada sekarang,” jelas beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut saranan pemimpin Pakatan Rakyat pada 14 Mac lalu yang mahu SPR menilai semula tempoh kempen agar dipanjangkan sehingga 21 hari. Perkara yang sama diulangi awal minggu ini.
Kali ini SPR akan memperuntukkan tempoh berkempen minimum 11 hari.

Katanya, tempoh yang lama tidak menjamin sesebuah parti itu akan menang kerana pengundi pada masa ini membuat pilihan atas penilaian terhadap isu yang dimain dan diperjuangkan mana-mana parti.

“Rakyat telah begitu kenal pemimpin, dasar dan perjuangan sesebuah parti itu, maka tidak begitu perlu untuk kempen yang panjang,” ulasnya sambil menyifatkan sejak 2009, semua parti politik telah memulakan kempen tanpa henti-henti hingga saat ini menerusi pelbagai medium dan cara.

Tambah beliau, tempoh kempen sedia ada tidak perlu dikaji semula demi kehendak sekelompok kecil parti politik pembangkang, sekali gus tidak membeban pasukan keselamatan untuk menjaga keselamatan sepanjang proses berkempen.

“Jika tempoh kempen panjang dan terlalu lama, polis terpaksa bertugas siang dan malam 24 jam untuk menjaga kententeraman awam, menguatkuasakan undang-undang dan lain-lain,” katanya.

Wednesday, March 20, 2013

SPR macam tidak bersekolah ?

Macam-macam cara dan pelbagai alasan SPR pusingkan. Semuanya adalah semata-mata mahu mempertahankan legasi kedudukan tuannya. SPR mencari dan memberi alasan bersifat sejagat dari semasa ke semasa agar dapat menyakinkan rakyat tentangnya. Semuanya kerana gara-gara tindakbalas  MB Selangor beberapa lalu mengumumkan bahawa Dun Selangor akan dibubarkan di akhir bulan ini. Bila terbubar maka agensi yang bertanggungjawab itulah yang sepatutnya jalankan peranan dan tugasnya adalah SPR. Agensi ini adalah badan pengendali utama untuk mengurus kelola bagi rakyat memilih kerajaan yang baru di Selangor.

Sebaliknya, SPR bermain wayang dan berpolitik dengan mengeluarkan kenyataan demi kenyataan dan terkini dakwanya SPR akan bertekad mahu uruskan pilihanraya di seluruh negeri dan negara Malaysia secara serentak. Tiada pelbagai rentak seperti yang dimahukan melainkan serentak belaka. Senarionya rakyat sudah tunggu terlalu lama bagi melihat hal dan keadaan yang sedemikian.

Dalam situasi itu semua orang atau semua pihak amat menyetujui tentangnya, dengan alasan-alasan konvesional iaitu SPR tidak mahu membazirkan masa rakyat, SPR juga mahu menjimatkan duit rakyat ianya memang boleh diterima dan sudahpun diterima. Alasan itu cukup mantap dan munasabah, tetapi sejauhmanakah ianya benar atau boleh dipercayai tentangnya itu ? Nampak SPR sahaja agensi yang mahu melakukan kerja-kerja menyelamatkan duit rakyat, elakkan pembaziran masa rakyat dan mahu jalankan satu sistem pengurusan pilihanraya yang cekap tanpa mahu membebankan rakyat.

Sebaliknya, SPR yang bersifat jentera sahaja kepada badan eksekutif tidak dapat membedakan bahawa ia adalah badan legaslatif yang bersifat menerima dan melaksanakan apa yang pihak eksekutif mahu laksanakan

Dan SPR sendiri tidak faham dengan duduk perkara dirinya. Seterusnya, SPR macam tidak faham konsep federalisme dalam sisitem politik negara kita ini. SPR kena hormati hak-hak amalan - amalan ekesekutif menurut senagai negeri, senarai persekutuan dan senarai bersama yang telahpun dilembagakan sejak merdeka ikut bidangkuasa yang dipertanggungjawabkan had kuasa dan tanggungjawab

Oleh itu, mana dia kebebasan yang selama ini yang SPR moto kan, mana dia integritinya, walaupun sudah ada pusat integriti yang dingajikan dan digraduasi oleh pusat ini yang lahirkan ramai tenaga teknokrat negara ini ?


Keputusan SPR adakan PRU13 serentak muktamad

19 Mac 2013
Wan Ahmad Wan Omar
Wan Ahmad Wan Omar
PEKAN - Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan pilihan raya negeri dan Parlimen serentak pada pilihan raya umum  ke-13 (PRU13) adalah muktamad.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, keputusan itu dibuat setelah menimbang beberapa faktor yang perlu diambil kira termasuk menjimatkan duit rakyat.
"SPR akan tetap buat pilihan raya (negeri dan Parlimen) secara serentak... ini kerana jika dibuat secara berasingan ia akan melibatkan perbelanjaan yang besar, buang masa rakyat dan akan berlaku pembaziran," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke kawasan Parlimen Pekan di sini hari ini.
Wan Ahmad berkata, jika pilihan raya negeri dan Parlimen dibuat berasingan SPR terpaksa menanggung kos perjalanan dan proses pilihan raya yang sangat tinggi.
"Sebagai contoh, sebuah negeri kalau dia nak buat pilihan raya berasingan kos yang perlu ditanggung sekitar RM20 juta, kalau negeri yang banyak penduduk macam Selangor lagi tinggi kosnya iaitu dalam RM35 juta, jadi kenapa nak buat pilihan raya berasingan," katanya.
Sebelum ini beberapa negeri yang ditadbir pihak pembangkang berhasrat untuk tidak mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan Parlimen pada PRU13.
Dalam pada itu mengenai persiapan SPR di Pahang, Wan Ahmad berkata, pihaknya telah bersiap sedia dari segi logistik termasuk menyediakan pengangkutan udara bagi mengendalikan peti undi dari kawasan yang jauh ke pusat pengumpulan undi.
"Di Pahang, SPR menyediakan pengangkutan udara di kawasan Rompin, Jerantut dan Cameron Highlands bagi mengangkut peti-peti undi dari kawasan yang terlibat.
"Ini berikutan jika menggunakan perjalanan darat ia mengambil masa hingga dua atau tiga jam untuk sampai ke pusat pengumpulan undi," katanya. - Bernama

Macam mana negara bangsa itu diasas dan dibina , jika ia langgari moral dan etika sosial yang dibaut sendiri ?

Rakyat teramai dan orang kampung mana faham dengan kerajaan atau kerajaan sementara. Kita bukan mahu menidakkan tentang tahap  intelektual mereka tetapi, dari segi persepsinya orang kampung dan orang ramai tidak faham dan difahamkan dengan kerajaan semnetara. dan sejauhmana tanggungjawab dan selama mana tanggungjawab dan bidangkuasa kerajaan sementara ini.

Namun, dari segi tindakan selama ini, kerajaan daan kerajaan sementara nampak punyai tanggungjawab dan bidang tanggungjawab macam hampir sama sahaja. ini yang rakyat keliru. Justeru kenapa mereka dipayahkan tentangnya.

Kita hairan, kenapa kerajaan yang 'tamat' mandat masih lagi menjalankan kerja-kerja yang sudah ditamatkan. Ini adalah soal prinsip, dan etika dalam pengurusan, pematuhaan dan taati mandat adalah sebahagian integriti sesebuah negara dan bangsa.

Jika kita mahu orang hormati kita, maka kita patutlah juga hormati diri kita sendiri. Justeru barulah negara dunia, bangsa di dunia yang lain sanjungi dan hormati kita.

Tak ada apa-apa makna jika negara dan bangsa kita diperlekeh oleh negara dunia dan bangsa-bangsa di dunia yang lain.





Pentadbiran Negeri Sembilan Berjalan Seperti Biasa Selepas DUN Bubar - MB

SEREMBAN: Urusan pentadbiran Negeri Sembilan tetap berjalan seperti biasa di bawah kerajaan sementara sekalipun Dewan Undangan Negeri (DUN) terbubar secara automatik Selasa ini.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pembubaran DUN itu hanya melibatkan kuasa politik yang dipegang wakil-wakil rakyat yang dipilih pada pilihan raya, namun kuasa pentadbiran negeri masih wujud.
"Kerajaan sementara mesti ada (walaupun DUN terbubar) untuk menjaga kepentingan rakyat, sehingga satu pilihan raya diadakan dan kerajaan baru yang dipilih oleh rakyat ditubuhkan.
"Tetapi dalam tempoh DUN dibubar sehingga pilihan raya, kerajaan sementaralah yang akan menjaga negeri. Orang mesti faham ini sebab jangan nanti ada yang persoal kenapa Menteri Besar masih ada selepas DUN bubar," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini, Rabu.
Katanya amalan di negara ini apabila DUN atau Parlimen bubar, sama ada secara automatik atau dibubarkan, kerajaan yang sama akan mengambil alih pentadbiran sebagai kerajaan sementara.
Katanya kerajaan sementara adalah kerajaan yang sah dan masih boleh membuat keputusan berkaitan dasar termasuk memperkenalkan dasar baharu jika perkara itu dilihat amat diperlukan.
"Tapi dalam kerajaan sementara ini kita cuba mengelak daripada membuat keputusan-keputusan dasar. Sebab kita kerajaan sementara sahaja jadi kita sepatutnya cuma mengurus hal-hal pentadbiran sahaja.
DUN Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, merupakan yang pertama akan terbubar secara automatik iaitu pada 26 Mac ini jika tiada pembubaran awal dibuat.
Pada pilihan raya umum ke-12 lalu, Barisan Nasional berjaya menubuhkan kerajaan selepas memenangi 21 kerusi, manakala selebihnya dimenangi DAP (10), PKR (4) dan PAS (1). BERNAMA

Tuesday, March 19, 2013

PR Perak diuji dan teruji lagi kali ini ?

Penulis kali ini amat berminat dengan perkembangan dan perjalanan politik PR Perak. Harapannya agar PR Perak untuk menawan semula negeri yang kaya bijih timah satu waktu dulu menjadi kenyataan.

Dirasakan tanggungjawab PAS adalah amat besar kali ini, kerana semasa PRU 12 PAS hanya menang 6 kerusi sahaja berbanding rakan PR DAP. Dan wakil rakyat PAS terpilih dan dipilih menjadi MB Perak sebelum krisis perlembaagan berlaku.





Bukit Gantang 18 Mac-- Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian  pada  malam  tadi telah mengistiharkan bahawa DUN N14 Changkat Jering akan ditandingi oleh Parti Islam Se-Malaysia(PAS) pada pilihanraya umum ke-13.

“Dengan mandat yang diberikan oleh Badan Perhubungan PAS negeri Perak yang bermesyuarat semalam dan dengan diperkenankan oleh Datuk Setiausaha Agung. Dengan ini saya mengistiharkan bahawa Parti Islam Se-Malaysia PAS akan bertanding di DUN N14 Changkat Jering pada PRU yang akan datang. Calon yang telah disenaraikan oleh Badan Perhubungan PAS negeri Perak ialah  Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin “ – Sebahagian ucapan pengistiharan dari Ustaz Abu Bakar Hussian.
Ust Abu Bakar (Tengah) bersama Dr Muhaimin dan Tn Haji Razman semasa ditemubual  wartawan
Dalam sidang media pada akhir majlis mengisytiharkan ini juga Ustaz Abu Bakar Hussian  menyatakan DUN bagi negeri Perak,PAS akan meletakan  calon bertanding di  22 kerusi, PKR 19 kerusi dan DAP 18 kerusi. - Orangni blogspot

Monday, March 18, 2013

Harga Bawang Indonesia turun, kita bagaimana ?

Apa kata rakyat Malaysia dan kerajaan Malaysia tentang 'hal ini', harga bawang di Inonesia turun dalam sehari dua. Jumlah penduduk Indonesia jauh lebih besar daripada rakyat Malaysia. Nampaknya kerajaan republik Indonesia tidak lah berbangga sangat dengan 'subsidi' yang telah diberikan kepada rakyat.

Dan yang paling kita terkejut kerajaan depa sendiri dan pemimpin Indonesia sendiri, tidaklah takut negara akan bangkrap gara-gara turunkan harga barang. Jumlah orang makan dan guna bawang di Indonseia jauhlah lebih ramai daripada penduduk di Malaysia dak gitu ?


Di Malaysia bagaimana, bila mahu turunkan sesuatu harga barang, yang difikirkan adalah negara akan bangkrap, itulah minda kelas pertama atau ketiga pemimpin negara ini ? Yang peliknya rakyat yang pandai pun setuju tu ?








Sunday, March 17, 2013

SPR sebab hati rakyat menanah

Kita kesian ke SPR tetapi SPR langsung tidak kesian kepada rakyat. Bercakap pasal SPR. Orang ramai paling meluat dengan SPR dan institusi ini dan sama benci dengan beberapa agensi kerajaan lain yang kuat mengampu dan menjadi ata telinga UmnoBn yang ampuh setakat ini

Sehari ke sehari peranan SPR diperhatikan. Kini rakyat bangkit menegur SPR melalui BERSIH 1.0. BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0 antara signal yang SPR kena sedar.

Namun. SPR masih tidak sedar-sedar. Apa yang perlu rakyat buat ? Jawapannya Jom Ubah sekarang sebelum menanah hati rakyat .




SPR tetap tarikh PRU dalam 7 hari selepas bubar
G MANIMARAN
16 Mac 2013
Wan Ahmad
Wan Ahmad (kanan) dan anggota panel SPR, Datuk Christopher Wan Soo Kee menunjukkan kemeja-T yang akan dikenakan oleh anggota pasukan pemantau ketika PRU13.
PRU13
PRU13
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas dalam masa seminggu selepas pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"SPR akan adakan mesyuarat dalam masa seminggu selepas pembubaran (Parlimen dan Dun)," kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar pada Majlis Taklimat Pemerhati Tempatan PRU13 di sini pagi ini.

Ada yang meramalkan Parlimen dan Dun akan dibubarkan minggu depan.
Mandat Dun dan Parlimen akan berakhir secara automatik secara berperingkat-peringkat mulai akhir bulan ini dan awal Mei jika tidak dibubarkan lebih awal.
Mengikut Seksyen 3(1) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya), SPR hendaklah menyiarkan suatu notis mengenainya dalam warta dan notis itu hendaklah menyatakan tarikh atau tarikh-tarikh yang calon untuk pilihan raya hendaklah dinamakan, yang dalam peraturan-peraturan ini disebut "hari penamaan", yang tidak kurang daripada empat hari selepas tarikh disiarkan notis itu, dan tarikh atau tarikh-tarikh yang pengundian akan dijalankan sekiranya pilihan raua itu dipertandingkan.
Di bawah undang-undang pilihan raya, SPR diperuntukkan 60 hari untuk mengadakan pilihan raya.
Tempoh minimum berkempen kali ini 11 hari berbanding sebelum ini tidak kurang tujuh hari.
"Berapa lama tempoh kempen, SPR akan tetapkan kemudian... tunggu, nanti SPR akan tetapkan.
"Berapa lama tempoh, SPR akan ambil kira pelbagai faktor, termasuk yang utama kertas undi luar negara, berapa lama diperlukan untuk dihantar balik," kata Wan Ahmad.


Mesyuarat itu juga akan menetapkan tarikh writ dan notis pilihan raya dikeluarkan.
Spekulasi menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-13 akan diadakan dalam waktu terdekat.

Tuesday, March 12, 2013

Mandat Rakyat Tamat , Parlimen Tidak Dibubar: Apa nak jadi dengan negara ini ?

Mandat kerajaaan UmnoBn sudahpun tamat pada 8 Mac 2013 yang lalu. Genap lima tahun pemerintahan kerajaan UmnoBn. Keenganan beserta dengan ketakutan Najib 1Malaysia membubarkan parlimen adalah memberi satu impak besar dalam landskap politik negara. Tindakan mundur bawah tranformasi yang dizikirkan gagal beliau laksanakan atau praktikkan. Walaupun beliau amalkan konsep wasatiyyah dalam tindakan politiknya.

Tindakan beliau itu sudah boleh dikatogerikan sebagai 'satu bentuk jenayah politik, atau jenayah perundangan, beliau langgar semua dasar dan prinsip perundangaan yang dijadikan amalan  dalam dunia moden kini.

Najib bakal mencipta satu lagi krisis perlembagaan dalam negara. Apa jua alasan yang diberikan dari segi prinsip dan moral adalah sesuatu yang salah dan tidak boleh diterima sama sekali. Melanggar mandat rakyat kerana enggan adakan pilihanraya lagi. Demokrasi jenis apakah itu ?

Tindakan beliau tidak membubarkan Dewan Rakyat adalah satu tindakan tidak bertamadun dalam sejarah negara ini.

Kerajaannya masih lagi bermimpi dengan pelbagai impian ?



BN Sasar Menang 160 Kerusi Parlimen
JOHOR BAHARU: Barisan Nasional (BN) berkemampuan untuk memenangi sekurang-kurangnya 160 daripada 222 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti dan mendapatkan kembali majoriti dua pertiga.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan Umno berkata, BN juga berkemampuan merampas kembali negeri-negeri yang jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum tahun ini.
"Selain mengekalkan 140 kerusi yang dimiliki BN pada ketika ini, kita akan ambil lima daripada 23 kerusi Parlimen PAS, 10 daripada 31 kerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan lima daripada kerusi yang kini dimiliki oleh DAP."
"Dengan 140 kerusi Parlimen BN dan ditambah pula dengan 20 kerusi, kita berkeyakinan tinggi untuk memperolehi 160 kerusi, iaitu melebihi dua pertiga," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pada pemberita selepas merasmikan taklimat jentera penerangan BN Johor di Dewan Tan Sri Mohamed Rahmat di sini.
Beliau berkata, suasana politik negara pada ketika ini jauh berbeza berbanding menjelangnya PRU-12 pada 2008 yang lebih memihak kepada pihak pembangkang.
"Jika pada 2008 ada tsunami politik, kini tsunami itu terhenti dengan B Nakan mengambil balik apa yang ia hilang pada PRU-12 lepas. BN akan turun pada pilihan raya umum kali ini dengan lebih berkeyakinan," katanya.
Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menghentikan tsunami politik yang berlaku pada 2008 menerusi pelbagai program seperti Gagasan 1Malaysia dan bantuan-bantuan kepada rakyat di bawah jenama 1Malaysia.
"Kesemua perkara ini telah menghentikan tsunami politik, jikalau kita telah berjaya menghentikannya, takanlah kita tidak boleh mendapat lebih daripada 140 kerusi Parlimen (yang kita perolehi pada PRU-12)," katanya.
Namun kata Ahmad, jentera BN perlu terus bekerja-keras melakukan persiapan dan mengelak daripada melakukan "cah keting" atau sabotaj parti, sebaliknya mematuhi arahan pemimpin serta menyokong calon-calon BN.
Mengenai negeri-negeri yang kini dipimpin oleh pembangkang, katanya, secara aturannya BN mempunyai peluang paling cerah untuk merampas kembali Kedah, diikuti Selangor, Kelantan dan terakhir, Pulau Pinang.
Mengenai sokongan masyarakat Cina terhadap BN pada PRU-13 kali ini, beliau berkata, BN berkeyakinan pandangan mereka terhadap BN kali ini telah berubah berbanding pada 2008 yang mencatatkan penurunan.
Bagi masyarakat Cina katanya, mereka amat mementingkan isu-isu berkenaan ekonomi, peluang perniagaan, penjanaan kekayaan dan kestabilan politik.
Di dalam perkara terbabit, Ahmad berkata masyarakat Cina mengakui BN telah berjaya menjaga ekonomi negara negara ini dengan baik serta mewujudkan pelbagai peluang perniagaan di samping memelihara kestabilan politik.
"Saya yakin masyarakat Cina akan berubah pandangan pada pilihan raya umum kali ini," katanya. BERNAMA

Sunday, March 10, 2013

Parlimen : Bubar atau tangguh lagi ?

Strategik kecemasan UmnoBn adalah menangguhkan pilihanraya ke 13 ini.  Kerajaan Najib 1Malaysia bakal mengisytiharkan 'darurat' kerana kes Lahad Datu. Kini, semua pimpinan kanan Pakatan Rakyat (PR) melihat inilah agenda terbesar dan alasan kukuh Najib bagi menangguhkan pilihanraya ke 13.

Najib terpaksa menangguhkan pilihanraya ke tarikh yang tidak diketahui kelak. Dan menjalankan 'mandat' kecemasa, keselamatan negara sebagai sandaran untuk beliau terus berkuasa. Dan dalam masa yang sama berusaha memperteguhkan dan memulihkan Umno Bn sesegera yang mungkin. Serta mengharapkan PR akan 'membuat satu kesilapan besar' yang boleh dijadikan isu atau modal besar dalam PRU 13 ini.

SPR sendiri 'melakonkan' wataknya dan dihidu ramai dengan menyatakan pilihanraya boleh dijalankan kecuali ditangguhkan kawasan Lahad Datu serta Semporna sahaja.

Dan kita boleh menafsirkan 'niat' SPR itu dengan pelbagai tafsiran. Kini, keperluan untuk mengadakan pilihanraya nampak semakin tidak relevan. Ramai yang menyerang serta mengasak bahawa isu 'Lahad Datu' disandiwarakan.

Maka, benarlah UmnoBn akan 'berbuat' apa sahaja bagi mempertahankan Putrajaya. Soal perkara - perkara yang serius dikesampingkan dan diremehkan.

Itulah wajah sebenar UmnoBn ?






Adakah Najib bubar Parlimen 11 Mac, 11.11 pagi?

Harakahdaily,10 Mac 2013
KUALA LUMPUR: Lim Kit Siang memberitahu, dua hari lalu beliau telah ditanya sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan membubarkan Parlimen pada 11 Mac, jam 11.11 pagi.

“Ini mengingatkan saya kepada ramalan ‘Enam Satu’ dua tahun lalu, bahawa Najib akan membubarkan Parlimen pada 11 Nov, 2011 yang mempunyai ‘6 angka 1’, memandangkan ‘11’ merupakan nombor kegemaran dan nombor ajaib Najib,” ujarnya dalam satu kenyataan, semalam..

Penasihati DAP Kebangsaan itu berkata, akan tetapi ‘Enam Satu’ iaitu ‘11.11.11’ telah datang dan pergi, tahun 2011 dan 2012 telah berakhir, dan bermula semalam, Parlimen ke-12 telah melangkaui lima tahun jangka hayat kebiasaan.

Ini, ujarnya menjadikan Najib di mata kebanyakan rakyat Malaysia sebagai ‘Perdana Menteri tidak sah’, terutamanya apabila Najib merupakan Perdana Menteri paling lama tanpa mandatnya sendiri iaitu hampir empat tahun.

Menurutnya, Malaysia boleh mencipta sejarah dunia dan masuk di dalamGuinness Book of Records sebagai negara yang telah berada di dalam keadaan kempen pilihan raya umum untuk hampir empat tahun sejak Najib menggantikan Tun Abdullah sebagai Perdana Menteri keenam Malaysia pada 3 April 2009.

Lim menambah, tetapi Najib masih takut untuk membubarkan Parlimen untuk berdepan dengan pilihan raya walaupun beliau memperoleh ruang bernafas hanya 48 hari lagi sebelum Parlimen sekarang terbubar secara automatik pada 27 April mengikut Perlembagaan, tanpa perlu mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi membubarkan secara rasmi.

“Najib hanya ada dirinya untuk dipersalahkan sekiranya beliau dianggap sebagai Perdana Menteri ‘tidak sah’ yang sepatutnya menjadi Perdana Menteri Sementara mengetuai Kabinet Sementara yang tidak sepatutnya membuat sebarang keputusan besar atau substantif baik melibatkan dasar, perlantikan, kewajipan berkontrak atau menyalahgunakan perkhidmatan awam baik pegawai, simber dan dana awam tanpa berunding dengan oposisi,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur.
PERINGATAN: Komentar yang diutar