Ketakutan luarbiasa UmnoBn mereka kehilangan kuasa, Oleh sebab itulah saban hari mereka bertindak menyerang seteru politiknya dengan pelbagai jenis serangan. Antara bentuk serangan yang digunakan adalah serangan minda pengundi atau rakyat amnya dalam negara ini.
Paparan dan gambaran ketamakan nafsu serakah pesaing UmnoBn dimainkan, tujuan adalah satu bagi 'memenangi hati nurani perasaan rakyat' agar terus simpati dan memberi keyakinaan bahawa hanya UmnoBn sahaja yang tidak 'tamakkan kuasa'. Walaupun mereka sudah berkuasa hampir 60 tahun memerintah negara ini.
Kecelaruan rakyat dan kekeliruan rakyat+ Pakatan Rakyat hanya gila kuasa, hampir meragut banyak kumpulan dan individu yang bersimpati dengannya.Termasuklah kalangan para cerdikpandai negara dalam negara ini.
Namun, penghijrahan serta sokongan individu individu besar seperti bekas Ketua JSJ Bukit Aman Dato Fauzi Shaari telah membuka lembaran baru dalam landskap politik negara ini. Kini, beberapa bekas jeneral ATM menyertai PR
Kemasukan tokoh-tokoh ini, memberi gambaran bahawa kini sudah ada pihak yang mampu memimpin perubahan pemerintahan negara ini, dengan mengutamakan kebajikan rakyat.
Tawaran demi tawaran yang dikemukakan adalahs sebagai bukti
Anwar: Pakatan tidak kejar kuasa, tapi kebajikan rakyat
31 Mac 2013
KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) menegaskan, matlamat perikatan untuk membentuk kerajaan pusat menerusi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang bakal menjelang tiba, bukan bertujuan "mengejar kuasa", sebaliknya memfokus usaha mensejahterakan rakyat menerusi pelbagai bidang pembangunan.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sikap keangkuhan kuasa adalah salah satu faktor yang mengkongkong percambahan ilmu daripada berkembang.
Sehubungan itu kata beliau, PR yang menyasarkan matlamat menumbangkan Barisan Nasional (BN) kali ini, akan membawa perubahan baru dalam sistem pendidikan, sekali gus menghapuskan sikap konservatif yang menular di kalangan masyarakat di bawah pimpinan kerajaan BN.
Beliau juga berkata, matlamat PR bukan berfokus pada kuasa sebaliknya perkara yang mencakupi kehidupan rakyat termasuk isu pendidikan selain ekonomi.
"Saya lontarkan secebis isu, yang boleh ditangani dan dibahas oleh sarjana dan ilmuan kita... kita buka mengejar kuasa di mana jika kuasa yang dikejar, maka matlamat kita adalah kuasa tetapi kita memimpin dan selesaikan isu rakyat," kata beliau pada Himpunan Pendidik dan Pelancaran Pro Tem Majlis Pendidikan Negara (Mapen) di sini hari ini.
PR melancarkan manifestonya akhir bulan lalu.
Perikatan tiga parti itu menyasarkan dapat membentuk kerajaan pusat dan menang di tujuh negeri.Mengulas lanjut, Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata 'kerajaan' PR yang bakal terbentuk selepas PRU13 tidak akan membebankan rakyat terutama golongan muda yang ingin mempelajari ilmu.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata tugas yang bakal dipikul oleh pemimpin PR menjadi semakin mencabar dalam menyelesaikan pelbagai masalah rakyat.
"Kerajaan selepas ini, bukan kerajaan BN tetapi kerajaan PR akan mempunyai cabaran yang lebih banyak.
"Kita kena selesaikan masalah rakyat dan mencari jalan penyelesaian untuk meringan beban rakyat terutama dari segi pendidikan," katanya lagi.
No comments:
Post a Comment