Macam-macam cara dan pelbagai alasan SPR pusingkan. Semuanya adalah semata-mata mahu mempertahankan legasi kedudukan tuannya. SPR mencari dan memberi alasan bersifat sejagat dari semasa ke semasa agar dapat menyakinkan rakyat tentangnya. Semuanya kerana gara-gara tindakbalas MB Selangor beberapa lalu mengumumkan bahawa Dun Selangor akan dibubarkan di akhir bulan ini. Bila terbubar maka agensi yang bertanggungjawab itulah yang sepatutnya jalankan peranan dan tugasnya adalah SPR. Agensi ini adalah badan pengendali utama untuk mengurus kelola bagi rakyat memilih kerajaan yang baru di Selangor.
Sebaliknya, SPR bermain wayang dan berpolitik dengan mengeluarkan kenyataan demi kenyataan dan terkini dakwanya SPR akan bertekad mahu uruskan pilihanraya di seluruh negeri dan negara Malaysia secara serentak. Tiada pelbagai rentak seperti yang dimahukan melainkan serentak belaka. Senarionya rakyat sudah tunggu terlalu lama bagi melihat hal dan keadaan yang sedemikian.

Dalam situasi itu semua orang atau semua pihak amat menyetujui tentangnya, dengan alasan-alasan konvesional iaitu SPR tidak mahu membazirkan masa rakyat, SPR juga mahu menjimatkan duit rakyat ianya memang boleh diterima dan sudahpun diterima. Alasan itu cukup mantap dan munasabah, tetapi sejauhmanakah ianya benar atau boleh dipercayai tentangnya itu ? Nampak SPR sahaja agensi yang mahu melakukan kerja-kerja menyelamatkan duit rakyat, elakkan pembaziran masa rakyat dan mahu jalankan satu sistem pengurusan pilihanraya yang cekap tanpa mahu membebankan rakyat.
Sebaliknya, SPR yang bersifat jentera sahaja kepada badan eksekutif tidak dapat membedakan bahawa ia adalah badan legaslatif yang bersifat menerima dan melaksanakan apa yang pihak eksekutif mahu laksanakan
Dan SPR sendiri tidak faham dengan duduk perkara dirinya. Seterusnya, SPR macam tidak faham konsep federalisme dalam sisitem politik negara kita ini. SPR kena hormati hak-hak amalan - amalan ekesekutif menurut senagai negeri, senarai persekutuan dan senarai bersama yang telahpun dilembagakan sejak merdeka ikut bidangkuasa yang dipertanggungjawabkan had kuasa dan tanggungjawab
Oleh itu, mana dia kebebasan yang selama ini yang SPR moto kan, mana dia integritinya, walaupun sudah ada pusat integriti yang dingajikan dan digraduasi oleh pusat ini yang lahirkan ramai tenaga teknokrat negara ini ?

Keputusan SPR adakan PRU13 serentak muktamad
19 Mac 2013
PEKAN - Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan pilihan raya negeri dan Parlimen serentak pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) adalah muktamad.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, keputusan itu dibuat setelah menimbang beberapa faktor yang perlu diambil kira termasuk menjimatkan duit rakyat.
"SPR akan tetap buat pilihan raya (negeri dan Parlimen) secara serentak... ini kerana jika dibuat secara berasingan ia akan melibatkan perbelanjaan yang besar, buang masa rakyat dan akan berlaku pembaziran," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke kawasan Parlimen Pekan di sini hari ini.
Wan Ahmad berkata, jika pilihan raya negeri dan Parlimen dibuat berasingan SPR terpaksa menanggung kos perjalanan dan proses pilihan raya yang sangat tinggi.
"Sebagai contoh, sebuah negeri kalau dia nak buat pilihan raya berasingan kos yang perlu ditanggung sekitar RM20 juta, kalau negeri yang banyak penduduk macam Selangor lagi tinggi kosnya iaitu dalam RM35 juta, jadi kenapa nak buat pilihan raya berasingan," katanya.
Sebelum ini beberapa negeri yang ditadbir pihak pembangkang berhasrat untuk tidak mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan Parlimen pada PRU13.
Dalam pada itu mengenai persiapan SPR di Pahang, Wan Ahmad berkata, pihaknya telah bersiap sedia dari segi logistik termasuk menyediakan pengangkutan udara bagi mengendalikan peti undi dari kawasan yang jauh ke pusat pengumpulan undi.
"Di Pahang, SPR menyediakan pengangkutan udara di kawasan Rompin, Jerantut dan Cameron Highlands bagi mengangkut peti-peti undi dari kawasan yang terlibat.
"Ini berikutan jika menggunakan perjalanan darat ia mengambil masa hingga dua atau tiga jam untuk sampai ke pusat pengumpulan undi," katanya. - Bernama
No comments:
Post a Comment