Rakyat teramai dan orang kampung mana faham dengan kerajaan atau kerajaan sementara. Kita bukan mahu menidakkan tentang tahap intelektual mereka tetapi, dari segi persepsinya orang kampung dan orang ramai tidak faham dan difahamkan dengan kerajaan semnetara. dan sejauhmana tanggungjawab dan selama mana tanggungjawab dan bidangkuasa kerajaan sementara ini.
Namun, dari segi tindakan selama ini, kerajaan daan kerajaan sementara nampak punyai tanggungjawab dan bidang tanggungjawab macam hampir sama sahaja. ini yang rakyat keliru. Justeru kenapa mereka dipayahkan tentangnya.
Kita hairan, kenapa kerajaan yang 'tamat' mandat masih lagi menjalankan kerja-kerja yang sudah ditamatkan. Ini adalah soal prinsip, dan etika dalam pengurusan, pematuhaan dan taati mandat adalah sebahagian integriti sesebuah negara dan bangsa.
Jika kita mahu orang hormati kita, maka kita patutlah juga hormati diri kita sendiri. Justeru barulah negara dunia, bangsa di dunia yang lain sanjungi dan hormati kita.
Tak ada apa-apa makna jika negara dan bangsa kita diperlekeh oleh negara dunia dan bangsa-bangsa di dunia yang lain.
Pentadbiran Negeri Sembilan Berjalan Seperti Biasa Selepas DUN Bubar - MB
SEREMBAN: Urusan pentadbiran Negeri Sembilan tetap berjalan seperti biasa di bawah kerajaan sementara sekalipun Dewan Undangan Negeri (DUN) terbubar secara automatik Selasa ini.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pembubaran DUN itu hanya melibatkan kuasa politik yang dipegang wakil-wakil rakyat yang dipilih pada pilihan raya, namun kuasa pentadbiran negeri masih wujud.
"Kerajaan sementara mesti ada (walaupun DUN terbubar) untuk menjaga kepentingan rakyat, sehingga satu pilihan raya diadakan dan kerajaan baru yang dipilih oleh rakyat ditubuhkan.
"Tetapi dalam tempoh DUN dibubar sehingga pilihan raya, kerajaan sementaralah yang akan menjaga negeri. Orang mesti faham ini sebab jangan nanti ada yang persoal kenapa Menteri Besar masih ada selepas DUN bubar," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini, Rabu.
Katanya amalan di negara ini apabila DUN atau Parlimen bubar, sama ada secara automatik atau dibubarkan, kerajaan yang sama akan mengambil alih pentadbiran sebagai kerajaan sementara.
Katanya kerajaan sementara adalah kerajaan yang sah dan masih boleh membuat keputusan berkaitan dasar termasuk memperkenalkan dasar baharu jika perkara itu dilihat amat diperlukan.
"Tapi dalam kerajaan sementara ini kita cuba mengelak daripada membuat keputusan-keputusan dasar. Sebab kita kerajaan sementara sahaja jadi kita sepatutnya cuma mengurus hal-hal pentadbiran sahaja.
DUN Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, merupakan yang pertama akan terbubar secara automatik iaitu pada 26 Mac ini jika tiada pembubaran awal dibuat.
Pada pilihan raya umum ke-12 lalu, Barisan Nasional berjaya menubuhkan kerajaan selepas memenangi 21 kerusi, manakala selebihnya dimenangi DAP (10), PKR (4) dan PAS (1). BERNAMA
No comments:
Post a Comment