Sunday, October 07, 2012

PRU13 : Najib mahu mandat besar, benarkah ?

Seperti kelazimannya, UBN (Umno Bn) masih lagi berteka-teki dengan bermain-main lagi untuk mengumumkan kepada rakyat tentang tarikh pilihanraya ke 13. Mengapa dan kenapakah ia terjadi sedemikian sukar ? Bajet 2013 - Bajet Santa Cluas atau Bajet berhabis-habisan sudahpun dibentangkan pada Jumaat 4 Oktober yang lepas. Ramai peramal meramalkan sebagai D Day bagi UBN ? Rata-rata rakyat menyambut Bajet 2013 dengan 'tawar hati'. Buktinya tiada ulasan pujian yang melangit-langit tinggi seperti kelazimannya. Media pro UBN senyap sunyi tiada gembar gembur tentang apa yang kerajaan lakukan secara berlebih-lebihan seperti biasanya.

Banyak persoalan tertunggak yang menjadi libaliti kepada rakyat dilontarkan, minta diselesaikan segera, kenapa dan mengapa harga barangan gagal disubsidikan serendah-rendah jika ekonomi Malaysia maju dan gagah. Maka banyaklah pula unjuran jawapan yang masing-masing kena jelaskan tentangnya. Banyak pula masa yang diperdebatkan tentangnya. Ini adalah gara-gara kerajaan UBN yang ada dikekalkan lagi .

Semuanya (rakyat ) ditenggelami, dilemaskan dan segala macam penjenamaan slogan . Jenamaan baru  yang dijelmakan utamakan bagi memikat psaikologi rakyat adalah 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan'. Ditokok dengan 'Janji Ditepati'. 

Rakyat hidup bukan dengan slogan, realitinya rakyat perlu makan minum dan berbelanja bagi keperluan kehidupan harian mereka yang tidak menghambat dan menghimpit mereka. Hakikatnya masalah domestik rakyat gagal diselesaikan.

Dikhabarkan tiada seorang menteri kabinet bersedia diri bagi menghadiri sesi perbahasan Bajet, adalah terlalu amat malang bagi rakyat. Suara aduan (dari pembangkang/penegur) diremehkan. Namun mereka masih mahu nafsu besar mandat rakyat ditagih lagi. 

Slogan ini menampakkan makan tuan, rakyat bukanlah didahulukan , bilamana ujian 'kuasa' dan tsunami kuasa rakyat mula membahagi para penguasa di Putrajaya buat masa ini. Semuanya teruji dengan pemimpin jenis ini, tidak rela melepaskan kuasa dan kekuasaan mereka dengan mudah demi rakyat. Walaupun rakyat mula mendesak supaya tarikh pilihanraya diumumkan dan diberitahu segera.


Justeru semuanya , adalah mudah difahami, ianya kuat kerana " 3 ta'-  tahkta, harta dan wanita. Paling ditakuti UBN bakal kehilangan 1 dalam 3 seperti perkara yang tidak perlu diperjelaskan.

Kejatuhan 1 daripada 14 negeri iaitu Selangor sahaja sudahpun memeritkan UBn dan para kroninya.

Serangan demi serangan, strategi demi strategi melemahkan kerajaan Selangor dicipta. Terbaru adalah 'Video Klip Air' selepas saman Air oleh rakyat daripada 700 orang mencecah 1000 orang yang menfailkan saman di mahkamah baru-baru ini kerana kegagalan manifesto Selangor dinikmati rakyatnya.

Entahlah banyak mana Janji Ditepati dengan Janji Yang Dimimpikan oleh kerajaan UBn sejak dari awal merdeka sampai ke hari ini.

Penulis pun sekarang sedang mengumpul manifesto-manifesto Perikatan dan BN dan  merancang-rancang untuk menyaman kerajaan terhadap janji-janji yang tidak ditepati. Termasuklah mengumpul nama-nama arwah saudara mara yang sepatutnya didapati tetapi telah dinafikan hak.

Seingat penulis, banyaklah kes-kes tertunggak bertambah tertunggaknya. Mahkamah akan disibukkan sedikit masa lagi.

Entahlah mahkamah hanya mahu terima saman pemula dari orang Umno atau penyokong Umno sahaja kot.


PM harap dapat mandat besar PRU-13


NAJIB menepung tawar pasangan pengantin, Mohd. Hafiz dan Nur Asdayana pada majlis persandingan pasangan itu di Kijal, Kemaman semalam.


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap beliau akan diberikan mandat yang besar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
Bercakap dalam satu temu bual dalam program CNBC Conversation yang dihoskan oleh pengacara terkenal, Martin Soong yang disiarkan melalui Astro CNBC (Saluran 518) semalam, Najib berkata, tempoh lima tahun akan datang adalah sangat penting bagi kerajaan untuk menunaikan janji dan komitmen yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin terdahulu kepada negara.
"Saya ingin mendapat mandat yang besar, Martin, kerana bagi mencapai visi kami menjadi sebuah negara maju menjelang 2020, tempoh lima tahun akan datang ini akan menjadi sangat penting. Sangat penting kerana anda bercakap mengenai pusingan akhir.
"Anda bercakap mengenai bahagian terakhir ini dan ia adalah bahagian paling penting kerana kami benar-benar perlu untuk melaksanakannya," kata beliau.

No comments: