Kebebasan media akan undang campurtangan kuasa asing, negara bakal hancur. Mana logiknya. rakyat Malaysia bukan macam itulah, rakyat Malaysia punyai jati diri yang cukup kental. Jika mereka tidak percayakan apa yang Utusan laporkan masakan UBN dapat bertahan sampai 12 kali pilihanraya. Inilah logiknya.
Jika begitu, media bebas undang campurtangan nasing untuk hancurkan negara. Maka media yang terkonkong akan menjumudkan pula rakyat dan membekukan pemikiran mereka. jadi dengan fikiran yang dungu macam mana mahu majukan negara.
Inilah yang mengusarkan kita rakyat biasa. Macam mana negara yang bermindakan minda kelas pertama di dunia boleh termakan hasutan agen asing. nah betapa lemahnya sisitem pendidikan kita, sampai mudah sangat ditipu oleh agen asing lah pula ni.
Inilah dalam negara kita, cendikiawan kita alahai, dulu seorang prof yang hebat di salah sebuah menara gading otai kita bagi tahu Negara kita tudak pernah dijajah. Ini pula seorang wartawan veteran yang hebat, portal kita jadi agen kuasa asing pulok dah.. alahi Malaysia.
Kerajaan ajar kita jangan mudah salahkan orang. Ini apa macam siapa salah siapa ni ?
Portal 'bebas' ejen kuasa asing hancurkan negara
Mengaku telus tapi sembunyi identiti
Dengan wujud internet dan penggunaannya secara meluas sesiapa saja yang mempunyai sambungan dengannya kini boleh menulis dan memberikan pandangan serta huraian mereka secara terus mengenai apa perkara pun yang berlaku dalam negara mahu pun di dunia.
Bebas bagi mereka ialah memperlekeh kerajaan dan negara. Mereka anggap sikap itu baru bebas, bukan dukung kebenaran tidak kira dari mana”Maka, kini wujud portal berita seperti Malaysiakini, Malaysian Insider dan Malaysian Chronicle yang antaranya dikelolakan mereka yang pernah pada suatu ketika bertugas sebagai wartawan di beberapa akhbar arus perdana.
Malangnya, ada antara mereka mengabaikan etika kewartawanan yang sepatutnya menjadi pegangan teguh, baik media arus perdana mahu pun alternatif. Perkembangan membimbangkan ini tidak menghairankan kerana ada antara pengendali portal itu tidak mendapat tempat dalam akhbar arus perdana kerana pendirian tidak beretika dan tidak telus.
Portal Malaysiakini yang mendabik dada sebagai saluran berita bebas tetapi sebenarnya tidak. Ia sama seperti Malaysian Insider yang juga menonjolkan dirinya sebagai portal berita bebas yang kononnya menyajikan berita sahih. Bebas bagi mereka ialah memperlekehkan kerajaan dan negara. Mereka anggap sikap itu baru bebas, bukan mendukung kebenaran tidak kira dari mana.
Tetapi bagi portal berita ini jika mereka memaparkan yang benar, itu bukan kebebasan seperti yang sering dilakukan Malaysian Insider yang tidak kelihatan mahu mendukung etika kewartawanan.
Bagi mereka, bebas bermakna mengambil pendirian antikerajaan dan proparti yang menentang. Justeru, Malaysiakini yang mendapat bantuan kewangan pihak tertentu termasuk dana daripada beberapa pertubuhan Amerika Syarikat yang kononnya mahu menegakkan kebebasan bersuara serta hak asasi manusia di Malaysia berterusan memaparkan berita dan pandangan negatif terhadap kerajaan dan negara.
Kerajaan dengan pelbagai usaha berterusan diperlekehkan sehingga memberi gambaran amat negatif terhadap keadaan dalam negara kepada orang luar.
Namun, apa yang lebih mengharukan ialah mereka menyediakan ruang yang luas kepada sesiapa saja memberi komen melampau sehingga mempersoalkan kedudukan orang Melayu dalam negara ini, selain memperlekehkan agama Islam sewenang-wenangnya.
Mengikut pengurusan Malaysiakini, mereka tidak pula mengurus atau menapis sebarang komen sebelum memuatkan pandangan melampau yang boleh mencetus kemarahan. Apa yang berlaku ini tidak menghairankan kerana portal berita itu memang mempunyai beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai ahli lembaga pengarahnya, selain dikendali dan diterajui orang yang memegang jawatan atau menjadi ahli PKR.
Tidak menghairankan kenapa portal ini mengambil pendirian menentang kerajaan dan mendukung pembangkang. Pendirian sedemikian sememangnya tidak salah tetapi kenapa menyorokkan latar belakang sebenar?
Jangan pandai mengata orang lain tidak telus atau mahu perjuangkan ketelusan tetapi butiran diri sendiri disorok. Mereka mahu mewujudkan ketelusan dalam negara tetapi tidak sanggup telus mengenai kedudukan sendiri sehingga didedahkan akhbar NST baru-baru ini.
Portal berita ini tidak harus memaparkan diri sebagai bebas kerana ia sememangnya tidak bebas. Bebas bermakna tidak memihak kepada sesiapa melainkan berprinsip mendukung kebenaran.
Malaysian Insider sebelum ini menggunakan tulisan tertentu daripada akhbar arus perdana tanpa meminta kebenaran penulis akhbar seperti ia pernah lakukan terhadap kolum ini, iaitu memilih tulisan tertentu yang ia mahu pembacanya mengkritik dan menghentam penulis.
Malangnya apabila penulis memberikan penjelasan terhadap tuduhan tidak munasabah, mereka tidak pula sanggup menyiarkan jawapan itu.
Di internet apa pun boleh dipaparkan termasuk memfitnah. Inilah yang berlaku dalam beberapa portal berita yang tidak lagi menganggap kebenaran sebagai satu prinsip mulia. Apa yang dipaparkan itu mendapat reaksi orang ramai sehingga ada yang sanggup memaki-hamun negara sendiri.
Hasilnya orang luar yang tidak mengetahui keadaan sebenar termakan dengan gambaran buruk itu, misalnya kenikmatan hanya diperoleh orang Melayu dan Islam. Bukan Islam dan bukan Melayu ditindas seolah-olah mereka tidak dibenarkan peluang untuk maju. Semua perlakuan itu kononnya selaras dengan kebebasan bersuara yang mereka tunjangi sehingga menghina agama Islam pun dibolehkan?
Penulis ialah Felo Kanan di UKM
No comments:
Post a Comment