Wednesday, October 31, 2012

AES: Boleh fahamlah agaknya ?

Apa lagi yang mahu dikatakan. Bila mana Ketua Pemuda Umno Malaysia KJ BERSUARA. Beliau sendiri 'tidak bersetuju dengan apa yang kerajaan mahu laksanakan. Soalnya pemasangan AES - sisitem penguatkuasa automatik kesalahan trafik bagi pengguna jalanraya di Malaysia.

Walaupun bantahan tersebut lewat, namun asas-asas kebenaran bahawa ia membebankan rakyat khasnya boleh diterima.

Pemasangan AES bukanlah satu-satu cara sahaja bagi memerangi lambakan kes rasuah kalangan penguatkuasa sebagaimana alasan menteri dan UBN. Dan ia juga bukanlah juga satu-satu cara terbaik menangani kes-kes kurangkan kadar kemalangan. Faktor-faktor lain juga perlu diambil kira.

Sebagai contoh dalam kes kenderaan berat. Rata-rata lori kargo, kontena gunakan tayar celup, semuanya untuk jimatkan kos semata-mata . Begitu juga dengan lain-lainnya. 

Jadi, kalau kita kisahkan macam cerita Bangau O Bangau, ketahuilah siapalah sebenra yang memuncakan punca permasalahan berkenaan.

Oleh itu, ngape rakyat masih lagi dungu dan tunggu, inilah masa untuk buat perubahan sebenar. Beri peluang, jika pihak yang kita suruh buat perubahan itu GAGAL , kita tukar dan kekalkan dengan HAK yang sedia ada.

Boleh faham lah agaknya...

Pemuda Umno Gesa Kerajaan Tangguh AES - Khairy
KUALA LUMPUR: Pemuda Umno menggesa kerajaan menangguhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) ekoran pelbagai rungutan mengenai sistem tersebut.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata pihaknya mengenal past banyak kelemahan terhadap sistem berkenaan walaupun ianya bertujuan mengurangkan kadar kemalangan maut.
“Bukan tak setuju. Mungkin pada dasarnya ia satu cadangan yang baik tapi kami sebulat suara tuntut kerajaan tangguhkan AES dan kaji semula pelaksanaan tersebut,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda di sini pada Selasa.
Menurut Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau, kajian semula itu perlu meliputi beberapa aspek termasuk lokasi pemasangan kamera, penetapan kadar had laju praktikal serta pendedahan kepada umum mengenai sistem berkenaan.
“Bagaimanapun penangguhan ini tak bermakna menghalalkan pengguna jalan raya melanggar undang-undang sedia ada tapi AES ni terlalu banyak masalah.
“Harap jemaah menteri yang akan bermesyuarat pada minggu ini dapat membincangkan mengenai isu ini dan keluarkan satu keputusan,” katanya.
AES adalah sistem kamera automatik berteknologi tinggi yang dipasang di lokasi ‘hitam’ bertujuan meningkatkan kecekapan sistem penguatkuasaan selain mampu mengurangkan kemalangan maut.
Ia merakam pesalah trafik yang melanggar dua kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju dan melanggar lampu merah.

Monday, October 29, 2012

AES: Buat dulu, masalah fikir kemudian

Bagi mengelakkan kes-kes rasuah kalangan pasukan polis. Adalah dijadikaan alasan utama dan terbaru bagi meneruskan usaha kerajaan UBN untuk terus memasang AES. Selain daripada, dua tiga alasan lain bagi merasionalkan tindakan terbaru kerajaan tu.

Biasalah bagi kerajaan UBN depa akan buat dulu kemudian barulah difikirkan masalahnya kemudian. Bukannya dibincangkan masalah dahulu kemudian diambil tindakan susulan nya kemudian.

Dipetik daripada blog tapakbersulam, blog bukan pro reformasi

Keluhan rakyat terhadap AES : Dengar lah sang menteri demi Barisan Nasional

 Photo: Kamera Perangkap Laju AES .

BACA DAN PAHAMKAN!! TERUTAMANYA MENTERI

Tindakan kerajaan memperkenalkan Sistem Penguatkuasaan Automatik atau Automated Enforcement System (AES), ke atas kenderaan yang dipandu melebihi had laju, tanpa kajian dan penilaian yang teliti merupakan tindakan bodoh menjelang pilihan raya umum. 

Setelah lebih dua minggu diperkenalkan, AES telah menjadi satu bebanan politik kepada Barisan Nasional dan kerajaan. Rata-rata rakyat biasa melihat pelaksanaan AES adalah satu cara kerajaan menambah perbendaharaan negara bagi menampung perbelanjaan dan subsidi kerajaan yang meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Kini ramai yang memomokkan penerima “Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM)” sebagai penerima wang saman AES. 

Kementerian Pengangkutan mendakwa AES diperkenalkan bagi mendidik pengguna jalan raya untuk mematuhi had laju. Alasan mereka banyak kemalangan maut terhasil akibat kenderaan dipandu melebihi had laju yang ditetapkan.
Alasan ini bukan sahaja belum dibuktikan secara tuntas tetapi juga menampakkan sikap kerajaan cuba merendah-rendahkan pemikiran rakyat seolah-olah menerima sahaja apa yang disuapkan kepada mereka. 

Untuk tujuan perbahasan, kita kena akui bahawa kelajuan yag melampau hingga menyebabkan kenderaan hilang kawalan boleh mendatangkan kemalangan yang dahsyat. Ini merupakan hukum fizik yang tidak lagi boleh disangkal. Di sinilah perlunya had laju, pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang supaya kita boleh mengukur tahap kelajuan melampau pemandu.
Kita juga kena akui bahawa kelajuan yang berlebihan dalam jarak yang dekat dengan kenderaan lain akan menyebabkan kemalangan. Ini tidak pernah diambil perhatian oleh pihak yang mahu membuat polisi mengenai had laju. 

Justeru adalah sangat menyakitkan hati apabila kita disaman kerana memandu di lebuh raya tiga lorong yang sunyi-sepi pada kelajuan 110 KM/J hanya kerana had laju tempat tersebut 90KM/J.

Apakah had laju yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah telah dibuktikan secara saintifik sebagai titik kritikal dalam menentukan kemalangan di sesuatu kawasan? Saya fikir ia adalah merupakan satu hal yang sangat meragukan. Tinjaun penulis secara umum mendapati terdapat had-had laju yang ditetapkan langsung tidak masuk akal bagi sesetengah kawasan. 

Saya tidak berniat untuk membincangkan siapa yang mendapat kontrak dan siapa yang mendapat untung dalam perniagaan ini. Lumrah dunia jika berniaga mesti mahu untung. Namun terdapat tiga isu utama yang jelas menunjukkan pemasangan AES bukanlah bertujuan mengatasi kemalangan jalan raya tetapi untuk mengutip saman. 

Pertamanya, terdapat corak yang jelas bahawa penentuan had laju di kawasan-kawasan tertentu sengaja direndahkan biarpun tidak mempunyai sebab fizikal jalan raya atau aliran trafik yang mewajarkan bagi pengurangan tersebut. Ambil contoh, Lebuh Raya Kuala Lumpur – Shah Alam (KESAS) yang mempunyai tiga lorong sehala tanpa banyak susur masuk dan keluar, had lajunya ialah 90KM/J. 

Had laju ini sama dengan beberapa Jalan Persekutuan yang hanya mempunyai satu lorong bagi setiap hala, tidak mempunyai pembahagi jalan dengan kenderaan dari arah bertentangan dan terdedah kepada kenderaan keluar masuk setiap masa.
Kita dapati di Kesas inilah paling kerap diadakan perangkap had laju. Sekarang di pasang AES bermakna setiap masa terdapat perangkap had laju ini. 

Demikian juga di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Kajang, dalam keadaan fizikal yang serupa, had laju kenderaan tiba-tiba sahaja ditukar daripada 110 KM/J kepada 90KM/J. Di situlah diletakkan kamera penguatkuasaan otomatik ini. Seolah-olah jika kita bawa lebih dari 90KM/J kita akan terbabit dalam kemalangan.

Tindakan meletakkan kamera ini di kawasan yang had laju berkurangan dari kebiasaan had laju lebuh raya adalah satu manifestasi jelas kerajaan mahu menambah pendapatan negara melalui kompaun kesalahan jalan raya. 

Boleh JPJ terangkan kepada kita mengapa terdapat lebuh raya atau jalan raya yang mempunyai dua atau tiga lorong sehala diletakkan had laju sekitar 70, 80 dan 90 KM/J yang setaraf dengan jalan persekutuan di kawasan luar bandar?
Pernahkan mereka yang menentukan had laju ini memandu sendiri dengan kelajuan tersebut di lebuh raya – lebuh raya terbabit? Di sesetengah tempat had laju lebuh raya dikurangkan sehingga 60 KM/J. Pernahkan mereka ini memandu dengan had laju bawah 60 KM/J terutama di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Putrajaya atau di mana-mana lebuh raya 3 KM sebelum plaza tol?

Saya tidak menentang penentuan had laju, namunnya janganlah melampau-lampau dikurang seolah-olah disengajakan untuk tujuan menangkap mereka yang melebihi had laju. 

Hujahan pertama ini juga menjawab mengapa kemalangan maut tetap berlaku biar pun saman perangkap laju sentiasa diadakan. “Tempat lain yang bernanah, tempat lain yang diubati.” 

Keduanya, tindakan menetapkan jumlah kompaun saman yang sama tanpa mengambil kira kelajuan menunjukkan tembelang sebenar pembuat polisi kerajaan. Semua orang yang faham logik akan tahu bahawa memandu kenderaan dengan kelajuan 110 KM/J tidak sama bahayanya dengan mereka yang memandu kenderaan pada tahap 170 KM/J atau 200 KM/J. 

Namun kerajaan menetapkan jumlah saman yang sama kadarnya ke atas mereka yang melanggar had laju yang ditetapkan tanpa mengambil kira jumlah kelajuan tersebut. 

Sebagai contoh dalam sistem saman AES, sebuah kereta dipandu 110KM/J pada laluan had laju 90KM/J akan menerima jumlah kompaun yang sama dengan mereka yang memandu 200 KM/J pada laluan yang sama. Maaf cakap, hanya orang bodoh sahaja beranggapan memandu 110 KM/J sama bahaya dengan memandu 200KM/J. Dan kumpulan manusia ini berada di kementerian Pengangkutan sekarang ini. 

Dengan kadar kompaun yang sama tanpa mengambil kira had laju kenderaan ia menunjukkan kerajaan hanya berminat mengutip kompaun saman bukannya mahu mendidik rakyat atau mencegah kemalangan. 

Bertambah jelas niat kerajaan apabila jumlah kompaun dikurangkan mengikut kecepatan orang yang disaman membayar saman. Sekiranya bayar dua minggu awal jumlahnya hanya RM 150. Jika bayar dua minggu lewat jumlahnya 200. Jika bayar selepas sebulan kompaun dikeluarkan jumlahnya RM 300. 

Apakah bahaya memandu laju bergantung kepada berapa cepat bayar kompaun?Jika bayar cepat, bahayanya kurang?
Jadi jika sesiapa ada wang banyak macam “bapak-bapak Menteri, bapak-bapak Usahawan” bolehlah memandu Ferrari mereka selaju mana yang mungkin. Bayaran kompaunnya lebih murah daripada “penulis cabuk” macam saya yang hanya terlebih 15 KM/j daripada had laju. Ini kerana RM 150 bagi mereka hanya kos makan tengah hari, berbanding saya yang perlu menunggu gaji hujung bulan untuk bayar kompaun yang ketika itu sudah menjadi RM 300. 

Ketiga, mengapa AES banyak dipasang di lebuh raya-lebuh raya berbanding jalan Persekutuan? Kebanyakan kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal dan juga pengguna jalan Persekutuan. 

Sebaliknya JPJ lebih berminat menangkap mereka yang menggunakan lebuh raya kerana di sinilah orang ramai lebih mudah melebihi had laju kerana jalan yang elok dan tiada kesesakan terutamanya waktu malam.
Jadi apakah kesimpulan yang dapat kita buat terhadap keadaan ini? Kerajaan hanya mahu kutip saman. Inilah persepsi rakyat biasa. Tidak penting berapa banyak kenyataan Menteri Pengangkutan, hakikatnya rakyat melihat dan mempercayai sebaliknya. 

Bolehkah Menteri Pengangkutan yang garang di kaca televisyen mempertahankan AES menjawab persoalan-persoalan ini?

Jika benar AES bertujuan mencegah kemalangan bukannya mengutip wang rakyat bagi menambah perbendaharaan negara, kerajaan melakukan empat perkara berikut: 

Pertama, AES hendaklah dipasang di jalan-jalan Persekutuan yang banyak membabitkan banyak kemalangan maut akibat kelajuan melampau. Kamera-kamera AES di lebuh raya seperti Lebuh Raya Utara-Selatan, Kesas dan Lebuh Raya Putrajaya wajar dikaji semula dan sebahagiannya perlu pindahkan kerana ia jelas bertujuan mengutip kompaun bukannya mencegah kemalangan. 

Kedua, jumlah kompaun hendaklah berbeza mengikut tahap kelajuan. Makin laju kenderaan melepasi had laju maka jumlah kompaun perlu lebih tinggi. Melalui kaedah ini barulah kerajaan memberi isyarat yang jelas mengenai bahaya memandu dengan kelajuan melampau. Jika jumlah kompaun sama sahaja akan wujud persepsi alang-alang langgar had laju baik terus ke maksimum sahaja kerana kompaun tetap sama. 

Ketiga, kaedah AES sekarang tidak akan memperlahankan kenderaan kerana konsep “alang telah terperangkap, baik terus bawa laju” akan diguna pakai. Apa guna memperlahankan kenderaan jika ia telah pun dirakam dan akan disaman.Jadi mana mungkin hasrat kerajaan bagi mengurangkan kemalangan akan tercapai. 

Jika benar kerajaan mahu pemandu memperlahankan kenderaan bukannya mengutip kompaun, kamera AES hendaklah di pasang sebanyak dua biji bagi setiap titik perangkap had laju. 

Kamera pertama hendaklah merupakan satu bentuk amaran yang mengeluarkan pancaran cahaya (flash) bagi setiap kenderaan yang melebihi had laju. Kamera kedua diletakkan sekitar lima kilometer daripada kamera pertama dan berfungsi sebagai perakam sebenar kesalahan melebihi had laju. 

Dengan kaedah ini barulah menunjukkan kerajaan benar-benar mahu mengurangkan kemalangan jalan raya, bukannya mengutip kompaun. Ini memberi peluang pemandu memperlahankan kenderaan. 

Keempat, kerajaan perlu menubuhkan satu suruhanjaya khas yang bertanggungjawab memantau pelaksanaan AES. Suruhanjaya seperti ini telah ditubuhkan di beberapa negara maju termasuk Australia. Ia akan bertanggungjawab menerima aduan orang ramai dan menentukan sama ada wajar atau tidak AES dipasang di satu-satu tempat. Ini bagi mengelakkan AES dijadikan alat untuk mengutip kompaun bukannya mencegah kemalangan. 

Saya berharap kerajaan akan memberi perhatian kepada perkara ini sebelum ia menimbulkan sentimen kemarahan rakyat kepada kerajaan dan Barisan Nasional. Rakyat bukan tidak mahu mematuhi undang-undang, namun undang-undang yang dibuat, penguatkuasaan yang hendak dilaksanakan hendaklah masuk akal. Jangan nanti sudah terhantuk baru tergadah! 

Elok pecat sahaja Menteri Pengangkutan yang cakap serupa orang bodoh di dalam televisyen dan hanya menambah kemarahan orang ramai.

keluhan rakyat :

Monday, October 22, 2012

Buruh Paksa: Rakyat Tertipu dan Ditipu Lagi

Rakyat Malaysia ditipu dan tertipu lagi. Selepas beberapa kerat 'tokoh' sejarahwan mengakui dan mengisytiharkan negara kita tidak pernah dijajah. Kini, negara secara senyap-senyap membaham duit kepunyaan 'rakyat', dengan menafikan hak kepada mangsa-mangsa penjajah an ke negara kita.

Terbaru, terdedah bahawa Malaysia diberikan 'pampasan' kesalahan masa lampau kerajaan Jepun yang secara wewenang menindas kejam rakyat (buruh paksa) negara ini. Hasilnya pampasan sejumlah RM207 billion diserahkan kepada kerajaan Malaysia.

Atas apa alasan sekalipun kerajaan mestilah ada rasa tanggungjawab memaklumkan 'dana' berkenaan dan agihan kepada yang berhak samada mangsa-mangsa yang terlibat. Rekod dan siasatan terperinci lihat sahaja kajian para pelajar di IPTA berlambak-lambak, dan rata-rata rakyat boleh dibuat secara pukal melalui inkuiri awam. Genarasi anak-anak serta waris mereka yang masih hidup kini.

Buruh paksa: RM207 bilion wang pampasan lesap?

Harakahdaily,22 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Kerajaan BN dituntut supaya menjelaskan di manakah wang bernilai RM207 bilion yang telah diberikan oleh kerajaan Jepun sebagai pampasan kepada 30,000 pekerja buruh paksa pembinaan landasan keretapi dari tahun 1942 hingga 1946.

Ini kerana, walaupun telah diterima kira-kira 10 tahun lalu namun sehingga kini ia tidak diserahkan kepada mangsa atau waris mereka.

Anggota Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin memberitahu Dewan Rakyat, beliau mempunyai dokumen yang mengesahkan kemasukan wang itu.

Yang mengejutkan, kata beliau, pada 13 Disember 2004, Bank Negara mengeluarkan banker's cek bernilai RM107 bilion dan RM100 bilion
lagi diperuntukkan dalam bentuk syer Maybank yang didaftarkan pada 13 Disember 2004. 

Ini bermakna, wang RM207 bilion yang sepatutnya diberikan kepada 30,000 mangsa buruh paksa ini telah diterima kerajaan sebelum tarikh 13 Disember 2004 lagi, iaitu kira-kira 10 tahun lalu.

Namun sehingga kini, wang itu tidak diberikan kepada mangsa atau waris mereka.

Ekoran itu, kata Mohamad Nizar, bekas Menteri Besar Perak itu, Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Keretapi Siam ke Burma 1942 - 1946 telah menghantar surat kepada kerajaan Malaysia bagi menuntut wang itu.

Surat itu telah pun dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 27 Julai 2011 menuntut pembayaran wang itu.

“Sejumlah 30,000 rakyat Malaysia yang terlibat dalam pembinaan landasan itu. Sejumlah 60% daripada mereka itu adalah orang Melayu, 20% orang India, dan 15% orang Cina. Selebihnya 5% itu adalah kaum lain”.

Menurut Nizar, pejabat Perdana Menteri apabila menerima surat itu telah pun menyerahkan satu salinan untuk dipanjangkan kepada Kementerian Sumber Manusia ada 9 Ogos 2011. 

Beliau juga difahamkan, semua pihak dalam kerajaan termasuk Jabatan Peguam Negara telah bersetuju agar duit itu diserahkan kepada 30,000 mangsa ini.

"Saya mahu menyatakan di sini kalau sekiranya perkara itu telah pun dibentangkan dan diluluskan oleh Kabinet, maka kenapa ianya harus disimpan oleh Treasury ataupun Bendahari Kewangan kita sebegitu lama?" soal Nizar dalam ucapannya itu.

Menurutnya, mereka yang terlibat ada yang telah meninggal dunia, ada yang warisnya masih ada. 

"Saya boleh menyatakan bahawa ayah kepada Tan Sri Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, Ketua Hakim Malaya hari ini adalah salah seorang daripada mereka yang dikerahkan oleh Kerajaan Jepun ketika itu untuk membina landasan kereta api dan dia masih hidup lagi.

"Dia masih ada di Ipoh dan boleh menceritakan bagaimana susahnya 30,000 rakyat Malaysia ketika itu," beritahu Nizar kepada Dewan Rakyat.

Nizar bertanya, "kalau sekiranya wang itu telah diberikan sebagaimana yang dinyatakan, maka kenapakah kerajaan masih tidak memberikan pampasan itu kepada rakyat Malaysia yang telah dipaksa untuk melaksanakan kerja-kerja itu?" 

Bagi beliau, ini merupakan satu amanah yang sewajarnya rakyat Malaysia sedar kerana ini satu hak kepada rakyat yang dinafikan oleh kementerian-kementerian tertentu  iaitu Kementerian Kewangan barangkali, Bank Negara dan juga Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Perdana Menteri yang telah pun mengarahkan supaya kertas Kabinet diluluskan. 

"Jadi saya hendak bertanya sama ada rayuan daripada persatuan itu. Mereka merayu supaya pampasan diberikan kepada mereka, kenapa ianya dinafikan?" soal beliau tegas.

Menurut beliau juga, kerajaan Filipina, Indonesia dan juga Vietnam juga menerima wang yang sama dan telah diserahkan kepada rakyatnya yang terlibat.

Tuesday, October 16, 2012

Sumbangan Guru Tua dinyahsampah bawah Men Pelajaran ini ?

Beberapa hari yang lalu TPM melancarkan dan menubuhkan Kelab Guru Muda 1 Malaysia (gm1m) di Johor Baharu. Entah apa tujuannya sebenar tidaklah diketahui. Jika ia sekadar mahu menghimpunkan guru-guru muda, bagi menyekat kefahaman politik mereka atau mahu mengawal mereka, entahlah. Dalam erti kata lain jika beliau mahu mengawal guru-guru muda, kerana bimbang guru-guru muda sezaman 'facebook' sukar dimengertikan hala tuju, fahaman politik yang dianuti atau mahu tahu setakat mana ukuran pemikirannya mereka barangkali. Hanya beliau sahaja lah yang mengetahuinya.

Dalam himpunan berkenaan beliau sarankan serta mahukan mulai tahun hadapan hanya mereka (para pelajar SPM) yang dapat 9A pencapaian akademik terbaik ditawarkan sebagai guru pelatih. dalam erti kata yang lain kriteria utama bebudak yang cerdik 'akademik' walaupun selekh hubungan sosial dengan orang lain, tidak bercampur, yang hanya mementingkan diri mahupun sombong bakal mendidik anak-anak kita menjelang 2014. Bayangkan masyarakat yang bakal dilahirkan nanti. Ini sekadar andaian dan persepsi sahaja, mungkin akan menjadi realiti.

Tujuan bagi memartabatkan sisitem pendidikan negara kita. Ikut salah satu daripada 11 anjakan dalam PIPP baru lalu.

Dengan ini sekaligus TPM, manfikan hak-hak pelajar yang lain untuk menjadi pendidik. 

Kedua dengan pelancaran gm1m , peranan dan kelangsungan guru-guru tua dinafikan dan dikesampingkan serta langsung tidak penting dalam menyumbang 11 anjakan PIPP 2013-2023 nanti melalui 3 gelombang yang diuar-uarkan itu.

Ini berbanding dengan Pakatan Rakyat (PR) nasib guru bakal dibalas dengan jaminan sumbangan RM500 setiap bulan kepada setiap guru, kerana membalas jasa-jasa mereka bagi mendidik selama ini.

Siapakah antara kedua-dua kerajaan dan bakal kerajaan ini yang pandai menilai jasa dan pengorbanan guru.

Katakan....

Monday, October 15, 2012

MILF berdamai adalah modal dan saham najib ?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Benigno S. Aquino III menyaksikan detik bersejarah pertukaran dokumen Rangka Kerja Perjanjian damai antara kerajaan Filipina yang diwakili oleh Marvic Leonen (depan, kanan) dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang diwakili oleh Mohagher Iqbal (depan, kiri) di Istana Malacanang, Manila, Filipina, Isnin.
Turut sama menyaksikan ialah Pengerusi MILF, Al Haj Murad Ebrahim (kiri), Penasihat Presiden bagi Proses Damai, Teresita Quintos-Deles (kanan) dan Fasilitator Malaysia, Datuk Tengku Ab Ghafar Tengku Mohamed (depan, tengah).
 -fotoBERNAMA  

Bajet 2013 yang gagal meraih simpati rakyat dan menaikkan imejnya. Najib PM1 Malaysia mendapat 'saham runtuh' dan imejnya melonjak naikkan apabila menjadi Pak Pacak dan 'Orang tengah' dalam perundingan MILF dengan kerajaan Filipina hari ini.

Namun, TV3 dan media elektronik lain tidak menjadikan berita utu sebagai berita utama mereka. Bagi mereka ia tiada harga dan tiada nilai berita bagi mereka.

Setidak-tidak Najib adalah jasanya dan sumbangan luar, Jika tidak Najib jadilah macam pelajar yang ada kelulusan akademik tetapi daripada segi ko kurikulum amat lemah tidak dapat menyumbangkan apa-apa. Berbanding dengan mantan-mantan PM yang lalu yang mana banyak jasa di dalam negeri malah untuk luar negeri.

Anifah Aman apalah yang dibuat bagi pihak Najib. Kesian sungguh lah Malaysia dalam Hubungan Luar.

Penulis-penulis sejarah 'payah' nak menulis sumbangan berharga Najib bila dia sudah tidak menjadi PM lagi. 

Kerajaan DAP Pulau Pinang jahat ?

Berita syiling hempap pekerja di LTPP. Mestilah hari esok semuanya 'angkara dan tidak cekap kerajaan PR khas DAP di Pulau Pinang. 

Mestilah, berita malam ini akan 'spin' habis habisan memberi gambaran buruk bahawa ini kerja-kerja jahat kerajaan PP bawah DAP.

Nantikan laporannya

Wanita cedera ditimpa siling runtuh di LTAPP

GEORGETOWN 15 Okt. - Beberapa kepingan siling di depan kaunter tiket Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) runtuh mengakibatkan seorang pekerjanya cedera hari ini.
Pengurus Kanan LTAPP, Mohd Arif Jaafar berkata, ketika kejadian pukul 8.30 pagi itu, wanita berusia 26 tahun yang bertugas di kaunter khidmat pelanggan terpaksa dikejarkan ke hospital selepas siling tersebut tiba-tiba runtuh dan menimpa kepala mangsa.
"Keadaannya stabil dan dia dirawat di Hospital Pulau Pinang sebagai pesakit luar," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata punca kejadian mungkin disebabkan hujan lebat berterusan sejak 4 pagi, menyebabkan permukaan atas siling tidak dapat menampung jumlah air yang banyak sehingga ia runtuh.
Bagaimanapun, katanya, kejadian itu tidak menjejaskan penerbangan penumpang dan pihak pengurusan sudah menjalankan kerja baik pulih di kawasan terlibat. - BERNAMA

Saturday, October 13, 2012

Najib terhina dan menghina ?

Najib kini sudah pandai berpidato, beliau mengelarkan seseorang pemimpin dalam kumpulan pembangkang sebagai saudagar ubat. Maka sekaligus dengan ini beliau menghina semua para saudagar ubat. 

Oleh kerana mahu memperlekehkan pembangkang yang menjanjikan itu ini. Sabah dinafikan hak walaupun ditunaikan janji tetapi janji itu tidak sempurna atau dilakukan sepenuhnya, Maka Najib 1Malaysia rasa tertekan dan beliau hanya pandai mengajuk janji pemimpin pembangkang. 

Dia kata sebelum itu bahawa ada pemimpin pembangkang yang menghina beliau kerana menghina beliau menari dengan tarian Samazau. (salah satu suku kaum di Sabah). Beliau berkata demikian kerana beliau menari sebagai tanda hormat dengan warisan budaya kaum berkenaan. Begitukah cara PM1 Malaysia hormati orang.

Berbalik dengan rasa hina dan penghinaan terhadap Najib dan oleh Najib. Adalah dua benda yang berbeda yang perlu difahami dan ditekuni.

Maknanya Najib 1Malaysia gagal berkata-kata secara rasional. Dalam masa yang sama dia hendak orang hormat kepada dia, tetapi dalam masa yang lain dia sendiri menghina kumpulan tertentu.

Kita, ingin bertanya antara kaum di malaysia ini, kaum manakah yang paling ramai sekali menjadi saudagar ubat. tentulah kaum sebangsa dengannya. jadi najib 1Malaysia sendiri yang menghina pekerjaan saudagar ubat dan dalam masa yang sama menghina sebahagian profesion pekerjaan  pilihan oleh kaumnya sendiri.

Ucapan beliau dapat diikuti sebentar tadi dalam Buliten Tv3 yang disiar ke seluruh negara.

Antara sahabat dan musuh yang halakan senjata, apa perlu buat ?

Hari semakin hari, pilihanraya umum semakin dekat. Yang berkuasa paling takut kehilangan kuasa. Yang mahu mendapat kuasa semakin kuat usaha untuk berkuasa. Masing mengatur strategi masing-masing, tentunya pihak yang ada kuasa amat banyak strategi yang digunakan dengan pelbagai cara dan pelbagai alat yang diperalatkan.

Semua parti sibuk menguruskan strategi masing-masing, rakan-rakan UBN masih terlalu mengharap strategi yang dijalankan oleh Umno. Amalan kebergantungan berlaku sejak dulu. Sebab itu Umno nampak kuat dan dia kuasa apa sahaja yang ada dalam kerajaan. Itulah yang ia mahu rakyat nampak dan itulah juga yang mahu dinampakkan oleh Umno.

Kini, Umno sudah tidak lagi boleh mendabik dada. Umno sudah tidak lagi segagah dahulu dan segarang dahulu. Walaupun sudah 54 tahun kekal berkuasa. Walaupun berkali-kali mendebik pembangkang setiap kali pilihanraya. Dulunya cuma atau  jika ada pembangkang hanyalah satu-satu parti yang ada cuma Parti Islam SeMalaysia (PAS) mewakili Melayu dan DAP mewakili kaum Cina. 

Kini segala-gala sudah berubah, PAS pun sudah bijak mengatur strategi, pada pemimpin dan pendokong juga sudah mulai terbuka dan membuka perjuangan mereka. begitu juga dengan DAP.

Sejak angin perubahan itu ramai penganalisa dan penulis mengkalsifikasikan perjuangan dan masa depan PAS yang menuju alaf baru ataupun PAS Baharu, telah membawa segala-gala dimensi baru. Maknanya PAS sudahpun melakukan tranformasi besar-besaran dalam meendekati kaedah dan strateginya.Maka macam-macamlah yang diperkatakan. Ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju langsung dalam hal itu. Apa pun ia berjaya menarik minta penganalisa serta rakyat dalam hal ini.

Umno sejak dulu lagi nampak gah, berjaya dan terus menerus berjaya memperdaya lawannya. Hatta yang paling banyak diperdayakan olehnya adalah rakyat terbanyak. Sebab itulah Umno dapat kekal bertahan dan kekal lama. Di samping pembangkang di Malaysia sebelum ini  tidak pernah kuat pun. Apatah lagi bersatu bawah satu 'pasukan' untuk menumbangkan UBN.

Justeru, kali inilah yang menampakkan pembangkang semakin kuat. Gabungan PAS, DAP dan PKR. Mereka gelarkan diri sebagai Pakatan Rakyat (PR). Di mana dulu-dulu kita tidak dapat membayangkan dua parti yang berbeda arah dan hala tuju serta dasar perjuangan ini boleh duduk bersatu. Inilah yang dikatakan perkembangan politik baharu.

Namun, sesudah semua itu nampak menyakinkan dan memberi harapan baru kepada rakyat. Parti PAS terus menerus dilanda 'peperangan' pendekatan. Umno semacam tahu punca dan laluan yang retak di dalam parti PAS.

Oleh itu, dilakukan usaha-usaha mendekatkan diri yang boleh dijadikan jembalang. Amalan pecah dan perintah zaman British yang penjajah gunakan dieksplotasi sepenuhnya bagi memecahbelahkan perpaduan dalaman PAS. Caranya, dengan mendekati bekas-bekas pimpinan atau pimpinan atasan yang 'kecewa' atau 'kalah', bagi menyerang semula daripada dalam.

Inilah yang dinamakan sebagai senjata sendiri dihalakan kepada rakan-rakan. oleh itu, segera ',alihkan senjata' dengan merampas ataupun mematikan sipemegang senjata berkenaan.

Wednesday, October 10, 2012

Orang Kafir tidak diperlukan oleh islam ?

Apabila DAP bercakap soal Islam dan menceritakan Islam sepanjang isi ceramah kepada rakyat. Kelmarin penulis berkesempatan mengikuti ceramah YB Leong Ngah Ngah Pengerusis DAP Pahang.

Apa yang tidak kena padanya ? DAP mengaku dia berpersepsi buruk terhadap PAS sejak 50 tahun yang lalu, mungkin PAS pun sedemikian juga terhadapnya dulu. Bagi diri YB berkenaan beliau juga termakan sama dengan hasutan besar khas daripada media pro Umno yang ampuh iaitu Utusan

Kini tranformasi PM yang keramat itu telah merahmatkan sebaliknya dengan mengubah hal -hal berkenaan, Kenapa DAP dapat bersama-sama PAS atas satu persepakatan dan juga kini bersama-sama atas satu pentas. Apakah keajaiban yang mengubah segala-galanya itu.

DAP tahu PAS tidak boleh didekati kerana PAS adalah extrimisme Islam yang menolak kompromi dengan sebarang orang kafir. Itulah pransangka buruk beliau selama ini.

Dan yang paling mengejutkan ada dalam satu majlis ceramah anjuran PR di Johor , seorang Cina tolong mempromosikan kepada penonton sebuah buku karangan tentang islam oleh Yusof Qardawi.

Entahlah kemenangan Islam yang macam mana yang dimaksudkan oleh orang tertentu yang tidak mahukan sokongan yang bukan Islam dalam konteks negara ini. Entahlah usul fiqh mana yang ustaz ni gunapakai , wallahualam

Sunday, October 07, 2012

PRU13 : Najib mahu mandat besar, benarkah ?

Seperti kelazimannya, UBN (Umno Bn) masih lagi berteka-teki dengan bermain-main lagi untuk mengumumkan kepada rakyat tentang tarikh pilihanraya ke 13. Mengapa dan kenapakah ia terjadi sedemikian sukar ? Bajet 2013 - Bajet Santa Cluas atau Bajet berhabis-habisan sudahpun dibentangkan pada Jumaat 4 Oktober yang lepas. Ramai peramal meramalkan sebagai D Day bagi UBN ? Rata-rata rakyat menyambut Bajet 2013 dengan 'tawar hati'. Buktinya tiada ulasan pujian yang melangit-langit tinggi seperti kelazimannya. Media pro UBN senyap sunyi tiada gembar gembur tentang apa yang kerajaan lakukan secara berlebih-lebihan seperti biasanya.

Banyak persoalan tertunggak yang menjadi libaliti kepada rakyat dilontarkan, minta diselesaikan segera, kenapa dan mengapa harga barangan gagal disubsidikan serendah-rendah jika ekonomi Malaysia maju dan gagah. Maka banyaklah pula unjuran jawapan yang masing-masing kena jelaskan tentangnya. Banyak pula masa yang diperdebatkan tentangnya. Ini adalah gara-gara kerajaan UBN yang ada dikekalkan lagi .

Semuanya (rakyat ) ditenggelami, dilemaskan dan segala macam penjenamaan slogan . Jenamaan baru  yang dijelmakan utamakan bagi memikat psaikologi rakyat adalah 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan'. Ditokok dengan 'Janji Ditepati'. 

Rakyat hidup bukan dengan slogan, realitinya rakyat perlu makan minum dan berbelanja bagi keperluan kehidupan harian mereka yang tidak menghambat dan menghimpit mereka. Hakikatnya masalah domestik rakyat gagal diselesaikan.

Dikhabarkan tiada seorang menteri kabinet bersedia diri bagi menghadiri sesi perbahasan Bajet, adalah terlalu amat malang bagi rakyat. Suara aduan (dari pembangkang/penegur) diremehkan. Namun mereka masih mahu nafsu besar mandat rakyat ditagih lagi. 

Slogan ini menampakkan makan tuan, rakyat bukanlah didahulukan , bilamana ujian 'kuasa' dan tsunami kuasa rakyat mula membahagi para penguasa di Putrajaya buat masa ini. Semuanya teruji dengan pemimpin jenis ini, tidak rela melepaskan kuasa dan kekuasaan mereka dengan mudah demi rakyat. Walaupun rakyat mula mendesak supaya tarikh pilihanraya diumumkan dan diberitahu segera.

Justeru semuanya , adalah mudah difahami, ianya kuat kerana " 3 ta'-  tahkta, harta dan wanita. Paling ditakuti UBN bakal kehilangan 1 dalam 3 seperti perkara yang tidak perlu diperjelaskan.

Kejatuhan 1 daripada 14 negeri iaitu Selangor sahaja sudahpun memeritkan UBn dan para kroninya.

Serangan demi serangan, strategi demi strategi melemahkan kerajaan Selangor dicipta. Terbaru adalah 'Video Klip Air' selepas saman Air oleh rakyat daripada 700 orang mencecah 1000 orang yang menfailkan saman di mahkamah baru-baru ini kerana kegagalan manifesto Selangor dinikmati rakyatnya.

Entahlah banyak mana Janji Ditepati dengan Janji Yang Dimimpikan oleh kerajaan UBn sejak dari awal merdeka sampai ke hari ini.

Penulis pun sekarang sedang mengumpul manifesto-manifesto Perikatan dan BN dan  merancang-rancang untuk menyaman kerajaan terhadap janji-janji yang tidak ditepati. Termasuklah mengumpul nama-nama arwah saudara mara yang sepatutnya didapati tetapi telah dinafikan hak.

Seingat penulis, banyaklah kes-kes tertunggak bertambah tertunggaknya. Mahkamah akan disibukkan sedikit masa lagi.

Entahlah mahkamah hanya mahu terima saman pemula dari orang Umno atau penyokong Umno sahaja kot.

PM harap dapat mandat besar PRU-13

NAJIB menepung tawar pasangan pengantin, Mohd. Hafiz dan Nur Asdayana pada majlis persandingan pasangan itu di Kijal, Kemaman semalam.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap beliau akan diberikan mandat yang besar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
Bercakap dalam satu temu bual dalam program CNBC Conversation yang dihoskan oleh pengacara terkenal, Martin Soong yang disiarkan melalui Astro CNBC (Saluran 518) semalam, Najib berkata, tempoh lima tahun akan datang adalah sangat penting bagi kerajaan untuk menunaikan janji dan komitmen yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin terdahulu kepada negara.
"Saya ingin mendapat mandat yang besar, Martin, kerana bagi mencapai visi kami menjadi sebuah negara maju menjelang 2020, tempoh lima tahun akan datang ini akan menjadi sangat penting. Sangat penting kerana anda bercakap mengenai pusingan akhir.
"Anda bercakap mengenai bahagian terakhir ini dan ia adalah bahagian paling penting kerana kami benar-benar perlu untuk melaksanakannya," kata beliau.

Saturday, October 06, 2012

Kerajaan Selalu Cakap Jangan Suka Salahkan Orang Lain

Kebebasan media akan undang campurtangan kuasa asing, negara bakal hancur. Mana logiknya. rakyat Malaysia bukan macam itulah, rakyat Malaysia punyai jati diri yang cukup kental. Jika mereka tidak percayakan apa yang Utusan laporkan masakan UBN dapat bertahan sampai 12 kali pilihanraya. Inilah logiknya.

Jika begitu, media bebas undang campurtangan nasing untuk hancurkan negara. Maka media yang terkonkong akan menjumudkan pula rakyat dan membekukan pemikiran mereka. jadi dengan fikiran yang dungu macam mana mahu majukan negara.

Inilah yang mengusarkan kita rakyat biasa. Macam mana negara yang bermindakan minda kelas pertama di dunia boleh termakan hasutan agen asing. nah betapa lemahnya sisitem pendidikan kita, sampai mudah sangat ditipu oleh agen asing lah pula ni.

Inilah dalam negara kita, cendikiawan kita alahai, dulu seorang prof yang hebat di salah sebuah menara gading otai kita bagi tahu Negara kita tudak pernah dijajah. Ini pula seorang wartawan veteran yang hebat, portal kita jadi agen kuasa asing pulok  dah.. alahi Malaysia.

Kerajaan ajar kita jangan mudah salahkan orang. Ini apa macam siapa salah siapa ni ?

Portal 'bebas' ejen kuasa asing hancurkan negara

Mengaku telus tapi sembunyi identiti

Dengan wujud internet dan penggunaannya secara meluas sesiapa saja yang mempunyai sambungan dengannya kini boleh menulis dan memberikan pandangan serta huraian mereka secara terus mengenai apa perkara pun yang berlaku dalam negara mahu pun di dunia. 
Apakah dengan terdapatnya kemudahan meluas begini hingga mencetuskan begitu banyak blog dan pelbagai portal berita melahirkan kewartawanan corak baru dengan kesahihan berita tidak lagi menjadi prinsip yang harus didukung? 

Bebas bagi mereka ialah memperlekeh kerajaan dan negara. Mereka anggap sikap itu baru bebas, bukan dukung kebenaran tidak kira dari mana”
Maka, kini wujud portal berita seperti Malaysiakini, Malaysian Insider dan Malaysian Chronicle yang antaranya dikelolakan mereka yang pernah pada suatu ketika bertugas sebagai wartawan di beberapa akhbar arus perdana. 

Malangnya, ada antara mereka mengabaikan etika kewartawanan yang sepatutnya menjadi pegangan teguh, baik media arus perdana mahu pun alternatif. Perkembangan membimbangkan ini tidak menghairankan kerana ada antara pengendali portal itu tidak mendapat tempat dalam akhbar arus perdana kerana pendirian tidak beretika dan tidak telus. 

Portal Malaysiakini yang mendabik dada sebagai saluran berita bebas tetapi sebenarnya tidak. Ia sama seperti Malaysian Insider yang juga menonjolkan dirinya sebagai portal berita bebas yang kononnya menyajikan berita sahih. Bebas bagi mereka ialah memperlekehkan kerajaan dan negara. Mereka anggap sikap itu baru bebas, bukan mendukung kebenaran tidak kira dari mana.

Tetapi bagi portal berita ini jika mereka memaparkan yang benar, itu bukan kebebasan seperti yang sering dilakukan Malaysian Insider yang tidak kelihatan mahu mendukung etika kewartawanan. 
Bagi mereka, bebas bermakna mengambil pendirian antikerajaan dan proparti yang menentang. Justeru, Malaysiakini yang mendapat bantuan kewangan pihak tertentu termasuk dana daripada beberapa pertubuhan Amerika Syarikat yang kononnya mahu menegakkan kebebasan bersuara serta hak asasi manusia di Malaysia berterusan memaparkan berita dan pandangan negatif terhadap kerajaan dan negara. 

Kerajaan dengan pelbagai usaha berterusan diperlekehkan sehingga memberi gambaran amat negatif terhadap keadaan dalam negara kepada orang luar. 

Namun, apa yang lebih mengharukan ialah mereka menyediakan ruang yang luas kepada sesiapa saja memberi komen melampau sehingga mempersoalkan kedudukan orang Melayu dalam negara ini, selain memperlekehkan agama Islam sewenang-wenangnya.

Mengikut pengurusan Malaysiakini, mereka tidak pula mengurus atau menapis sebarang komen sebelum memuatkan pandangan melampau yang boleh mencetus kemarahan. Apa yang berlaku ini tidak menghairankan kerana portal berita itu memang mempunyai beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai ahli lembaga pengarahnya, selain dikendali dan diterajui orang yang memegang jawatan atau menjadi ahli PKR.

Tidak menghairankan kenapa portal ini mengambil pendirian menentang kerajaan dan mendukung pembangkang. Pendirian sedemikian sememangnya tidak salah tetapi kenapa menyorokkan latar belakang sebenar?

Jangan pandai mengata orang lain tidak telus atau mahu perjuangkan ketelusan tetapi butiran diri sendiri disorok. Mereka mahu mewujudkan ketelusan dalam negara tetapi tidak sanggup telus mengenai kedudukan sendiri sehingga didedahkan akhbar NST baru-baru ini.

Portal berita ini tidak harus memaparkan diri sebagai bebas kerana ia sememangnya tidak bebas. Bebas bermakna tidak memihak kepada sesiapa melainkan berprinsip mendukung kebenaran.

Malaysian Insider sebelum ini menggunakan tulisan tertentu daripada akhbar arus perdana tanpa meminta kebenaran penulis akhbar seperti ia pernah lakukan terhadap kolum ini, iaitu memilih tulisan tertentu yang ia mahu pembacanya mengkritik dan menghentam penulis. 

Malangnya apabila penulis memberikan penjelasan terhadap tuduhan tidak munasabah, mereka tidak pula sanggup menyiarkan jawapan itu. 

Di internet apa pun boleh dipaparkan termasuk memfitnah. Inilah yang berlaku dalam beberapa portal berita yang tidak lagi menganggap kebenaran sebagai satu prinsip mulia. Apa yang dipaparkan itu mendapat reaksi orang ramai sehingga ada yang sanggup memaki-hamun negara sendiri. 

Hasilnya orang luar yang tidak mengetahui keadaan sebenar termakan dengan gambaran buruk itu, misalnya kenikmatan hanya diperoleh orang Melayu dan Islam. Bukan Islam dan bukan Melayu ditindas seolah-olah mereka tidak dibenarkan peluang untuk maju. Semua perlakuan itu kononnya selaras dengan kebebasan bersuara yang mereka tunjangi sehingga menghina agama Islam pun dibolehkan?

Penulis ialah Felo Kanan di UKM

Amalan Bina Dinasti dalam UBN dan PR: Adakah sama sahaja ?

Isu membina empayar politik dengan utamakan anak-anak dengan mengujudkan 'dinasti' adalah menjadi amalan biasa dalam UBN. Bila dinati dalam UBN anakpinak dilimpahi dengan kekeayaan dan kemewahan luarbiasa. ia menjadi amalan yang tidak sihat.

Penulis pernah berhujah tentang amalan buruk UBN ini, Namun terkedu bilamana seorang rakan berhujah balik , dengan katanya pembangkangpun amalkan amalan yang sama juga. mana ada beda.

Itu sebab lah antara PR lambat naik juga. entahlah tetapi tetap aka kebenarnnya. Sebab PR gagal memberi alternatif yang terbaik.

Karpal: ‘Jangan khuatir nepotisme dalam PR’
SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI
6 Oktober 2012
Karpal Singh
$entry.content.caption.value
AIR ITAM - Rakyat tidak perlu bimbang dengan amalan nepotisme yang didakwa wujud dalam Pakatan Rakat (PR), kata Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh.
Katanya, amalan nepotisme yang dikatakan mengutamakan ahli keluarga dalam PR tidak perlu dibimbangikerana setiap anak pemimpin ada hak untuk menceburi bidang politik.

“Setiap anak kepada seseorang pemimpin mempunyai hak untuk bergiat aktif dalam politik. Berdasarkan Artikel 8(1) Perlembagaan Persekutuan, setiap orang adalah sama dari sudut undang-undang.

“Anak Lim Kit Siang, Lim Guan Eng sudah membuktikan kepimpinannya di Pulau Pinang. Jadi saya fikir nepotisme dalam PR tidak perlu dikhuatiri," katanya kepada media semalam.

Beliau mengulas senarai Kabinet bayangan PR yang disiarkan oleh akhbar baru-baru ini.

Berdasarkan senarai itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai Perdana Menteridan turut menyenaraikan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri) tetapi turut meletakkan anaknya, Nurul Izzahsebagai Menteri Wilayah Persekutuan.

Mengenai Kabinet bayangan itu, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, PR tidak percaya kepada senarai sedemikian.

"Kami percaya kepada realiti. Bila tiba masanya nanti, PR akan mendedahkan senarai kabinet sebenar, bukan lagi bayang-bayang.

"Kami tidak percaya kepada wayang kulit," katanya.

Negara Dirahmati: Pemikiran & Penilian Najib, mana salahnya

Akhirnya Najib sedar bahawa negara dirahmati ALlah adalah negara yang aman damai tiada kacau bilau. Jika macam tu, ngapa Swwis, AS dan lain-lain negara Barat lain tiada kacau bilau tentu itulah jawapannya.

Itulah sebab, Najib memerlukan penasihat agama yang betul dan jujur. Inilah fahaman dn pemahamannya. jadi tuan-tuan boleh fikirkan kenapa , negara yang dirahmati berlaku banyak ketirisan, ......ambil sikit tak apa kot.. yang penting 

Malaysia negara dirahmati Allah

NAJIB Tun Razak tertarik melihat model pakaian dan senjata polis bantuan era tahun 60-an selepas merasmikan Ekspo Malaysiaku di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama, Nor Mohamed Yakcop (kiri). - UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN

Thursday, October 04, 2012

Kabinet Bayangan: Biasa tidak ada yang mahu dipelikkan

Apa salahnya, jika betul. Semua orang merancang dalam melakukan kerjabuat mereka. Jika tiba masa PR memerintah, apa salah dengan kabinet bayang atau bayangan mereka. Itu adalah lumrah bagi mana-mana parti politik.

Kumpulan parti lawan tentulah kurang senang, kerana ini dan itu. Tetapi mereka yang kurang senang itupun juga merancang utuk kekal lagi. Dan mereka nampak merancang juga supaya terus kekal lagi.

Apa yang tidak kenanya. Sepatutnya rakyat tidak perlu risau. Yang sepatutnya rakyat risau adalah soal ekonomi, keselamatan, pendidikan, kemudahan awam yang sampai kini tidak ditepati janji yang hanya ditunai cuma separuh tidak sepenuhnya untuk dijayakan.

Jangan alih perhatian daripada perkara yang sebenar. Cita-cita pelajar adalah untuk berjaya dan cemerlang, manakala cita-cita ayah adalah mencari sebanyak duit untuk bahagiakan keperluan keluarganya sepenuhnya.

Jadi bagi parti politik cita-citanya adalah untuk memerintah dan berkuasa ke atas negara ini. Manakala cita-cita UBN kekal lama dan pertahankan kuasa memerintah selagi ada langit bulan dan bintang. Ini adalah normal.

Yang oenting, apa yang mahu didedahkan atau pendedahan hari ini adalah bukan pekara yang palik atau sesuatu yang pelik. Itu adalah tindakan normal.

Blog dedah Kabinet bayangan

KUALA LUMPUR 3 Okt. - Sebuah blog hari ini menyiarkan senarai Kabinet bayangan pakatan pembangkang, jika mereka berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
Sambil menyatakan bahan itu diperoleh melalui sumber dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR), pengendali blog papagomo.com mendakwa, senarai Kabinet bayangan itu dikeluarkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Tiga, Shuhaimi Shafiei.
Dalam senarai yang mempunyai 31 nama itu, PKR diberi 13 jawatan menteri, Pas (10) dan DAP (8) manakala satu diperuntukkan kepada pemimpin dari Sabah dan Sarawak.
Bagaimanapun nama tiga pemimpin iaitu Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu tidak disenaraikan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121004/po_01/Blog-dedah-Kabinet-bayangan#ixzz28ImmZre8
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tuesday, October 02, 2012

Ulasan bajet 2013 yang bias, jangan jadi Prof Zainal

Apakah tujuan laporan Sinar Harian dengan tajuk berita ini. Analogi berita sebegitu sememanglah, kerana segala instrument dan kepakaran mestilah disebelah kerajaan yang memerintah. Kalau Bajet PR menyakinkan dah lama lah PR memerintah Malaysia. dengan pakar masa serta duit yang ada maka dapatlah disediakan satu Bajet yang macam itu. Namun ia tetap tidak dapat lari daripada lemah dan kelemahannya.

Jika PR naik memerintah, ulasan yang sama jugalah akan diulas oleh prof berkenaan. Terlalu banyak sangat hiprokrasi dalam dunia ini. Sepatutnya prof berkenaan kena mengulas ikut keilmuannya dan pertimbangan yang seimbang. Jangan terlalu mengampu, penting dan utamakan rakyat terbanyak.

Seandainya jika prof berkenaan mengulas bercangah dengan apa disanggahi, maknanya sudah tidak lama lah hayat beliau dan profesion beliau. Jika orang bertaraf prof pun boleh buat ulasan semacam ini, apalah yang mahu diharapkan dekat pak mat zin di Kg Bantal Ulu Tembeling.

Tapi Pak Mat Zin yang dari Kg Bantal pun baru  tidak lagi tinggal di sana lagi, beliau sudahpun berkelana dari rumah ke rumah anak-anak nya sekejap di temerloh dan sekepjap lagi ke Kuantan. Beliau kini bakal mengundi PR katanya pada pilihanraya akan datang.

Prof UKM: Bajet Pakatan 2013 tidak yakinkan

1 Oktober 2012
Bajet 2013 BARU
Bajet 2013
KUALA LUMPUR - Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lepas lebih meyakinkan berbanding belanjawan yang dikemukakan Pakatan Rakyat, kata seorang profesor ekonomi hari ini.
 
Profesor Datuk Dr Noor Azlan Ghazali dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, belanjawan pakatan pembangkang yang hanya memberi fokus kepada aspek "memberi, memberi, memberi" tidak mempunyai kerangka yang jelas berbanding Bajet 2013 kerajaan.
 
"Apabila pakar ekonomi mempersoalkan belanjawan pembangkang secara terperinci, mereka gagal memberikan jawapan yang meyakinkan dan jelas, dari aspek ekonomi.
 
" Sebaliknya, pembangkang akan mendakwa pakar ekonomi bertanyakan soalan yang berbaur politik," katanya pada sesi perbincangan "Belanjawan 2013 dan Transformasi Ekonomi Negara" pada Wacana Majlis Profesor Negara (MPN) Pasca Belanjawan 2013: Mentransformasi Negara anjuran MPN di sini, hari ini.
 
Noor Azlan berkata demikian ketika diminta membuat perbandingan di antara Belanjawan 2013 dan belanjawan pakatan pembangkang oleh salah seorang peserta perbincangan itu.

Beliau yang merupakan salah seorang anggota panel perbincangan itu berkata, pelbagai pemberian yang dijanjikan oleh parti pembangkang dalam belanjawan itu dilihat hanya bertujuan memancing undi.
 
Noor Azlan berkata, Bajet 2013 yang dibentangkan pada Jumaat lepas adalah begitu menyeluruh dan mengandungi pelan dan strategi yang jelas terutama dalam membantu semua golongan masyarakat dan pelbagai sektor.
 
Beliau juga turut mempersoal hasrat pakatan pembangkang untuk menurunkan harga kenderaan kerana ini akan hanya menambahkan bilangan kenderaan di jalan raya dan sekali gus menambah kesesakan.
 
"Lebih baik tingkatkan sistem pengangkutan daripada mengurangkan harga kenderaan. Nanti lebih banyak kenderaan daripada jalan raya," jelasnya. 
 
Noor Azlan berkata, ini dapat dilihat di negara-negara maju di mana rakyatnya tidak perlu memiliki kenderaan kerana sistem pengangkutan negara berkenaan begitu efisien.
 
Beliau berkata, adalah lebih baik Malaysia mencontohi sistem pengangkutan awam negara maju daripada menurunkan harga kenderaan.
 
Sementara itu, Pengerusi Pusat Kajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran Universiti Kebangsaan Malaysia Profesor Madya Dr Fuad Mohd Jali berkata,  Bajet 2013 menunjukkan komitmen Perdana Menteri untuk merealisasikan aspirasi negara seperti yang dijanjikannya sebelum ini.
 
Bajet 2013 membantu memberikan golongan tua dan muda di negara ini menikmati hidup yang lebih sejahtera, katanya.
 
Ia juga mampu memberi kesan positif terhadap pandangan rakyat kepada kerajaan, katanya dalam perbincangan kedua bertajuk "Mentransformasikan Sosio Politik Negara".
 
"Malah sebelum Bajet 2013 dibentangkan, transformasi yang dilakukan kerajaan melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA) sudah menunjukkan hasil positif," katanya.  - Bernama