Saturday, September 15, 2012

Rakyat bilalah nak bosan dengan Umno Bn

Sikap double standard dan hiprokrit kerajaan UBN terserlah dalam isu air. Kenapa kah TPM baru sebentar tadi (yg disiarkan dalam Buiten TV3) beria-ia sangat mahu menyelesaikan isu air Selangor berbanding dengan isu air di Kelantan.

Apa istimewa nya orang Selangor dengan orang Kelantan. Berapa ramaikah orang Melayu kelantan dan melayu di selangor. Bukankah antara rakyat Kelantan dan Selangor masing-masing rakyat Malaysia. Kenapa kerajaan Pusat ingin sangat membantu Selangor membina Loji Langat 2  tu ?

Ini lah bentuk layanan dan cara memperbodohkan rakyat. 

Diuar-uarkan juga rakyat khasnya rakyat Selangor dikatakan sudah bosan isu ini gagal diselesaikan. Walhal PR baru perintah hanya 4 tahun. Sebaliknya rakyat Kelantan tidak bosan dengan pemerintahan PAS selama 20 tahun. Itulah penipuan atas 'darat' oleh media UBN

Rakyat Kelantan yang 99 peratus adalah Melayu dengan kerajaan Pusat semuanya dikuasai Melayu gagal melihat isu Melayu ini. 

Maknanya selagi ada langit dan bumi maka selagi itu lah perangai UBn macam itu. Kerjanya adalah menipu menipu dan berbohong dan terus berbohong.

Malang sungguh rakyat Malaysia, berpolitik yang tidak berkesudahan dalam semua segmen. aku dah bosan dengan Umno bn.




No comments: