Sunday, September 16, 2012

Krisis Perlembagaan Lagi: Loji Langat 2, Selangor mungkin saman kerajaan Pusat ?

Seperti lazimnya, apa-apa saja yang kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) buat semuanya tidak mendapat kerjasama dan perlindungan hak serta sokongan sewajarnya. Walaupun hal -hal sedemikian yang berkenaan termaktub dalam perlembagaan bertulis negara , sebagaimana amalan persetujuan bersama bawah demokrasi dan amalan doktrin pengasingan kuasa. Dengan amalan semangat federalisme moden yang mereka anuti, sanjungi, dokongi dan akidahi selama ini.

Digaris sudah bahawa semua pekara yang Kerajaan Persekutuan akan bertindak dalam semua perkara itu yang tersenarai sebagai SENARAI PERSEKUTUAN, kerajaan Negeri pula akan menjalankan tugas atau bekerja atau bertanggungjawab atas bidangkuasa SENARAI NEGERI dan antara kedua-duanya boleh bekerjasama dalam perkara SENARAI BERSAMA.

Isunya adalah soal air. Soalnya dalam isu air Selangor khasnya. Kerajaan Persekutuan telah mendahului mulai mencerobohi hak-hak negeri. Loji Langat 2 tetap akan diteruskan dengan bermodalkan sejumlah RM8 billion bakal dilaksanakan dalam masa terdekat. Walaupun negeri sudah menghalang dan memberikan pelbagai alasan yang konkrit tentang penolakan mereka. Namun prosiding redah kerajaan Pusat bercampur dengan kedegilan serta keangkuhan kuasa , mahu projek air ini dilaksanakan juga.


Justeru, kedegilan ini bakal mengundang satu lagi krisis. iaitu krisis perlembagaan yang akan berlaku sekali lagi, lebih sukar dan rumit jika kerajaan Selangor akan bertindak menfailkan saman ke mahkamah bagi menghalang kerajaan Pesekutuan meneruskan niatnya itu. Nampaknya kerajaan Pusat sudahpun meneruskan niatnya juga, 10 dokumen tender Langat 2 telahpun dijual, maknanya projek ini bakal diteruskan jugalah.


Alasan kerajaan Pusat hanyalah satu sahaja iaitu, Selangor berdepan dengan krisis air menjelang 2013. Dan mereka bertindak demi kepentingan dan masa depan rakyat. 

Namun, bagi negeri Selangor pula, mereka bantah dan tidak bersetuju kerana bekalan air mencukupi, air yang dirawat sahaja tidak mencukupi kerana puncanya adalah oleh SYABAS syarikat swasta air yang gagal urustadbir dengan baik. Alasan lain, kerajaan Selangor meletakkan kerajaan Pusat perlu elakkan pembaziran RM8 billion, jika ia belanjakan RM225 juta sahaja bagi baik pulih saluran bekalan, sisitem dan tingkatkan penyeliaan serta rawatan air daripada 15 peratus kini kepada 30 peratus. Kajian pakar telah disandarkan bagi memperkuatkan sokongan alasan berkenaan. Jika terdesak sekalipun, air laut dapat disedut dan dirawat dengan kos cuma mencecah RM2 billion sahaja, berbanding pembinaan loji sahaja mencecah RM8 billion,  ujar MB Selangor.

Maka, jelaslah kerakusan pembaziran wang rakyat bukan lah menjadi agenda mereka, jsuteru bagaimanakah wang rakyat dapat diselamatkan ? jawapannya bagi Selamatkan Negara, ubah segera...

No comments: