Saturday, September 15, 2012

Mampukah Melayu Moden Urustadbir Negara dengan Baik

Sebab rakyat tidak tahu menilalah UBN boleh kekal selama lebih 55 tahun. Hanya satu-satu negara di dunia yang ada satu parti yang memerintah paling lama adalah Malaysia. Negara-negara yang lama pemerintahannya satu parti adalah negara-negara Afrika, itupun Uganda melalui diktator Ida Amin, itupun dah lama llenyap digulingkan oleh rakyat.

Di Malaysia entahlah, kerana kebijaksanaan pemerintahan atau ketidakbijakan rakyatnya. Antara kedua siapa yang bijak. Kita lihat dengan kekal 55 tahun UBN yang bijak di sini adalah pemerintah lah. 

Mungkin rakyat Malaysia terlalu dan amat takut untuk berubah. Buktinya setiap kali pilihanraya UBN menang dengan amat selesa. Pembangkang gagal meraih jumlah sokongan yang padu dan banyak. Kenapa dan mengapa ?

Mahu menyalahkan sistem seratus peratus yang dibuat juga tidak kena, perkara ini bukanlah segala-galanya,  dari segi hakikat dan realiti dunia akui serta lihat UBN dikekalkan. Rakyat teruja dengan slogan-slogan dan janji pembangunan.

Benarlah kata Tony Pua kerajaan membuat pelaburan yang amat banyak tetapi hasil atau pulangannya adalah amat mengecewakan. Baik dalam apa jua segmen yang kerajaan laksanakan.

Adakah orang Melayu islam tidak cemerlang dalam urustadbir negara. Atau pemimpin-pemimpin Melayu tidak layak menduduki kerusi teratas. Adakah sejarah moden nya begitu.

Jika ditelusuri pemerintahan kerajaan - kerajaan Melayu lama. Pemimpin Melayu waktu itu amat cekap dalam mengurustadbir negara. Sehinggakan Melaka boleh jadi pelabuhan tersohor zaman itu, kenapa dan mengapa melayu moden tidak boleh 

Kini negara kita cukup jauh ketinggalan serba serbi dengan negara tentangga hatta Indonesia sendiri pun tidak tercabar dek malaysia



No comments: